Thursday, February 19, 2009

sepetang yg menyakitkan..

Kerana TV anak ditembak

OREGON, Wisconsin 18 Feb. – Gara-gara terlalu lambat mengalihkan badannya dari depan televisyen, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun ditembak di punggung oleh bapanya menggunakan pistol udara atau BB gun.

Kes itu dikesan apabila kanak-kanak itu menceritakan kejadian itu dalam karangan bertajuk ‘sepetang yang menyakitkan bila ayah menembak saya menggunakan BB gun’ kepada gurunya, yang kemudian membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Pendakwa raya telah mendakwa lelaki berusia 36 tahun itu pada Jumaat lalu, atas tuduhan penderaan kanak-kanak. - AP

apa punya bapak da... hehe nasib baik bukan kat malaysia... cikgu cikgu di semua tolong baca karangan anak murid anda mana tau ada kisah besar hehe..

26 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe...

ni kalau jadik cikgu kimia..kena tau apa yg budak nak sampaikan dalam persamaan kimia yg ditulis..alahai...

haha~

Jard The Great said...

ish.. dahsyat...

zino said...

zara..
nanti dia buat ujian yg bukan2.. hehe

jard
dia tengok cerita koboi kot hehe

MOKCIK AZWA said...

orang sekarang semua nak cepat, tu yang dengan anak sendiri pun tak sabar. Esok2 bila anak dah besar dia pun ikut perangai ayahnya kena balik kepada ayahnya...hah baru la menyesal.

janganla kita jadik macam itteww..

Anonymous said...

ni mesti bapak dia baru beli pistol ni, pahtu nak test try uji rashid.hehe

Zareda Norman said...

bapa dia mabuk ler tu..

Mak Su said...

nasib baik si anak tu tak keluarkan pulak lastik dia, pas tu lastik kepala ayahnya :(, hebat sangat.

p/s: dia masuk sepital plaks, kat HKL.

zino said...

azwa
apa lah cerita yg dia tengok tu kan sampai sanggup tembak anak..hehe

penyubiru
agaknya lah..

zar
boleh jadi juga.. tapi kalau mabuk boleh ke tengok TV..

maksu
wad berapa maksu..

aNIe said...

Bapak tu nak gurau2 ngan anak dia...diorang sekarang gurau kan kasar2...heheheh...

zino said...

mungkin juga.. tapi mesti berbirat bun*** anak dia tu hehe

Pok Li said...

Di Malaysia ada jual anak, ada buang anak

zino said...

pok li
malaysia lagi hebat la gitu hehe

Sya said...

Kalau kat sini kena marah sebab cikgu kata bebudak ni tulis merepek2

scOotBerry said...

hahaha~
pasal lmbt alih dari dpn tv je da kne tembak..
gile ah bapak tuh..
adesss~
naseb bukan kat mesia..

~mrs azmi~ said...

sengal betulla bapak budak tu.. dek kerana tv anak ditembak.. huhu

Neeza Shahril said...

patutnya tembak balik bapak dia tu.. nak tahu sakit ke tak..
tak senonoh punya bapak..

Mak Su said...

24, kardiologi, hkl

zino said...

sya..
kalau kat sini ingat macam cerita hayalan je.. hehe

intan..
kat malaysia guna senapang patah hehe

mrs azmi
buat malu kaum bapak je kan hehe

neeza
cemat yo.. hehe

maksu
thanks u..

Sastri said...

isk isk... macam tu pun boleh ek... bukan salah besar pun, cuma kerana tv...

zino said...

sastri
bergantung apa yg di tengok kat TV tu hehe

Dee said...

mcm2 manusia ni..

zino said...

Dee

zino said...

oops.. itu lah manusia..

en_me said...

kat mesia, sayang anak tangan-tangankannns.. kannns abg zino tewww

simah said...

ni la yg jadi bila ada bapak couch potato... panas baran dan tak guna akal... tapi la zino dalam dunia sekarang..anything is possible dah...

Anonymous said...

Salam Zino,
Jatuhkan hukuman temhak dia pulak dengan BB gun tu (Anak dia yang tembakkan).