Petang semalam jiran sebelah rumah bertanya, dah dapat berita ke? zino tanya berita apa... lalu dia menceritakan anak jiran kami eksiden motor dan masih di ICU.. malam tadi zino sempat berjumpa bapa anak yg kemalangan utk bertanya kabar..
anak dia masih dalam keadaan kritikal, berada di ICU HUKM, jatuh dari superbike semasa konvoi beramai di kawasan bukit di Ampang, cedera teruk di dada, sebahagian paru2 terpaksa di potong...banyak kehilangan darah... dan sebagainya....
amat menyedihkan kami.. seorang anak yg baik, hormat orang tua dan masih bujang.. zino hanya mampu berkata supaya dia banyak bersabar dan berdoa banyak banyak kepada Allah, petang nanti inshaAllah kami akan terus ke hospital....
Tuesday, March 31, 2009
berita bergambar....
flat ini pernah zino duduk masa student..
KLCC dari satu perspektif
aim..... shoot
nak masuk gear berapa ni?...
duduk jauh2 sikit.....
nak tau acara nya baca backdrop tu hehe
mat bond..
selamat datang paklah.....
cerita ada dalam paper kot...berlaku pagi ni di kg Baru... dan zino sebahagian dari orang ramai yg menyaksikan nya... satu mercu tanda akan ujud di sana...
Sunday, March 29, 2009
satu sejarah
SPR selesaikan penamaan 15 calon dalam 40 minit
SUNGAI PETANI: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjaya menyelesaikan proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau yang membabitkan 15 calon dalam tempoh 40 minit, kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
dalam kegawatan ekonomi ni profession YB pun menjadi rebutan.. tak pernah terjadi dalam sejarah pilihan raya Malaysia, 15 calon menawarkan diri.. hehe..

Boikot musnah..hehe
Sabtu lepas adik ada sukan.. dia tak ambik bahagian pun tapi teruja sangat nak pergi.. pagi tu pulak payah sangat nak kejut.. so aku biar je lah dia tidur.. jam 10.00 dia terjaga terus jerit... "abah, adik ada sukan..apa tak kejut ?" muka dah cembeng... aku pun pujuk minta dia mandi dan janji nak bawa pegi sekolah.. sukan di stadium kuala lumpur di Bandar Tun Razak..
se sampai di stadium nampak lah beberapa murid berjalan keluar, aku pun kata.. sukan dah habis ke ? kawan adik tu dah balik.. apa lagi terus lah merajuk.. sedih sangat tak dapat tengok sukan.. bukan setakat menangis meraung habis dia dalam kereta.. penat aku pujuk makin lebat jadi nya.. last last aku tersebut la nak bawa dia ke KFC hehe..... hehe.. reda lah sikit.. sukan tak habis lagi tapi dia sedih kalau tak dapt tengok..aku bawa juga dia ke stadium dalam sedu sedan tu..bila dapat jumpa kawan2 baru le nampak happy..
bila balik dia terus tuntut janji nak ke KFC tu.. lepas ni sambung balik boikot hehe..
Saturday, March 28, 2009
earth hour
THIS SATURDAY 28 MARCH AT 8.30PM YOU CAN VOTE EARTH BY SWITCHING OFF YOUR LIGHTS FOR ONE HOUR - EARTH HOUR.
tapi sentiasa berwaspada...
dalam kegelapan macam2 boleh berlaku...
Friday, March 27, 2009
back to business
tahniah kepada yg menang ... adat la bila bertanding ada yg memang ada yg kalah.. so lepas ni berhenti berpolitiking... mula lah berkhidmat utk rakyat...kotakan apa yg di kata.. dah janji kan.. kerana semua rakyat melihat.. dan akan menilai prestasi masing masing....
sekian terima kasih..
Thursday, March 26, 2009
masa lapang...
apa yg kita paham tentang masa lapang... masa terluang di mana kita tak ada aktiviti kursus yg hendak di lakukan ? atau masa yg kita peruntukkan utk membuat aktiviti lain yang tiada kaitan dengan kerja atau sebagainya.. semua orang ada masa lapang atau memasing memang tak cukup 24 jam sehari..hehe
cuti hujung minggu merupakan masa lapang utk kita.. ini lah masa utk beriadah bersama keluarga atau kawan.. melaksanakan aktiviti yg menjadi hobi seperti memancing, berkebun, menonton, bersantai di pantai atau di bukit2.. tidur hehe dan sebaginya.. pendek kata seribu satu macam benda yg boleh kita lakukan.. untuk merihatkan minda selepas bertungkus lumus bekerja atau belajar...
Dan baru baru ni zino dapat satu aktiviti untuk mengisi masa yg terluang.. sambil menunggu makanan yg di oder sampai ke.. hafizah asyik dengan benda ni.. siap minta belikan buku dia lagi.. lama lama teringin nak tau dan minta le dia ajar.. hehe.. sedikit demi sedikit baru le rasa berminat utk melakukan nya.. tapi tak le se laju fizah.. mana mana yg tak dapat di selesaikan dia akan membantu dengan mudahnya.. hehe..
pernah dengar SODOKU..? mungkin ramai yg dah tau permainan ni.. game ini boleh menajamkan minda dan fikiran ,mengajar kita utk bersabar.. bertenang.. tidak mudah rasa jemu dan jangan putus asa.. cuba la...?

Wednesday, March 25, 2009
berubah atau rebah.....
"Berubahlah, jika tidak, kita rebah," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian serentak persidangan perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi.
dulu opis zino di the mall, sebelah PWTC tu..setiap kali berlangsung perhimpunan maka berduyun2 la ke sana.. terutama kaum ibu.. bukan nak pergi bersidang tapi nak soping.. terutama di hari terakhir... lelongggggg...hehe
Monday, March 23, 2009
have card will travel..
Hari ni zino cuti ,sepatutnya bawa MIL ke hospital, tapi tak jadi sebab dah tukar masa appointment, so mem tukar jadi hari soping, semalam dah soping beli buku, hari ni sambung soping beli beg, mem dengan beg memang tak boleh di pisahkan.. ada je alasan dia nak menambah koleksi.. agaknya soping merupakan satu terapi megurangkan stress... hehe
Dari SOGO ke JJ pulak, soping barangan dapur, zino pun terbeli baju kemeja 3 pasang ambik kau.. hehe.. kebetulakan kad JJ dah tamat tempuh renew le sekali.. sekurang2nya tak payah bayar paking setiap kali datang.. bila tengok kad tu teringat satu cerita ni, "have card will travel"... so mari kita kira berapa kad yg kita ada.. yg zino pamir tu hanya sebahagian dari koleksi kad yg ada.. ada banyak lagi, dari pelbagai syarikat minyak, dari pelbagai bank, kad paking nya lagi, kad membership nya lagi, kad ID masuk pejabat lagi.. pendek kata banyak la...ada dekat 20 kad
memang tak muat kalau nak di sumbat dalam dompet duit tu, sebahagian nya letak dalam kereta, nak guna baru keluarkan..so anda ada berapa kad? hehe
Sunday, March 22, 2009
iklan....
adik sedang menikmati burger.. nyam nyam nyam..
air yg sejuk dan nyaman... setiap teguk sungguh menyelerakan...
petang tadi kami ke jalan TAR... mem kata nak cari buku.. selepas membeli kami belah .. terasa haus le pulak.. kami singgah ke kedai ni.. lama nya tak minum air root beer ni.. minta gelas besau.. setiap teguk memberi kelegaan hehe.. bila minum air ni teringat kat ayah di kampong.. dulu ayah selalu pesan zino bawak balik air ni.. adik pulak nak makan burger...tak boleh share langsung hehe...
tu je lapuran kali ni...
Saturday, March 21, 2009
Demi keselesaan...
yg ni gambar je.. yg kami beli lebih kurang gambar yg no satu tu...
memula zino surf dalam tenet kat mana nak cari .. ada lah beberapa syarikat.. tu.. salah satu tu ada laman web, zino pun anta email bertanya dan mohon advice.. dua tiga hari lepas tu dapat le jawapan nya, mencadangkan zino beli yg atomatik punya kos boleh tahan juga..
dua hari lepas mem bagi tau ada sebuah kedai di Taman Midah... jual benda2 tu.. la.. dokek yo tak ada pulak alamat dia dalam tenet masa zino surf.. semalam pegi lah tengok.. tak ada lah nak beli yg otomatik.. nak cari yg manual operate saja.. sesuai dengan bajet.. yang penting fungsi yg kami nak tu ada.. boleh tegakkan bahagian belakang.. boleh bengkokkan bahagian kaki.. tambah dengan tilam angin tu.. utk menambah lagi keselesaan..
petang tadi dah pun di hantar ke rumah.. dengan resmi nya MIL dah pun baring menggunakan nya.. muga dia selesa.. mudah nak duduk, mudah nak baring.. petang tadi juga pembantu yg di cari telah kami jemput datang ke rumah.. so mulai malam ni ada lah teman MIL tidur.. ini pun utk menambah keselesaan.. yg terbaik yg boleh kami lakukan..
mari kita sama2 doakan dia cepat sembuh.. dan boleh berjalan kembali....
Thursday, March 19, 2009
kisah hazwan....
hari isnin lagi dia dah mula selsema, asyik bersin je.. tapi bila makan ubat.. ok je.. lepas tu selasa dia tidur rumah mama, lepas tu zino dapat call dia demam, so pesan mama bawa ke klinik.. tapi bila zino datang jemput malam nya, dia bukan saja demam tapi semput sekali...
bila balik rumah dia syik muntah je... minum air pun muntah.. sampai tak ada benda yg nak kluar bila muntah... tak boleh jadi.. malam tu juga kami ke Pusrawi.. ramai pulak orang... memula tunggu juga la.. tapi rasa macam lambat je lalu minta izin utk rawatan dulu.. di bilik rawatan dia muntah lagi.. badan pun nampak lemah je.. tak bermaya langsung.. seharian tak makan.. lepas tu asyik muntah je pulak.. Doktor yg merawat pun suspen..
lepas buat nebulizer Doktor check heartbeat dengan mesin apa tah.. apa lagi bacaan nya tinggi.. bertambah panik doktor yg merawat.. ada kala naik sampai 150 !! dan tak pernah turun bawah 125.. aku tanya doktor normal berapa... dia kata bawah 100.. biar betul.. so dia tak kasi hazwan balik nak tunggu sampai stabil.. dengan kepanikan hazwan melihat wire2 tu mana nak turun nya.. bila dengar nak kena injek mencanak naik bacaan nya.. hehe.. Dr syorkan masuk wad.. ohh no.. cukup la ada sorang dalam wad.. 2 altenatif dr nak masukkan air, nak kena cucuk.. apa lagi meratap le adik.. tak mau dan bacaan meloncak semula...
Doktor masih tak ada jawapan kenapa heartbeat hazwan agak laju.. so Dr kata kena buat x-ray.. ok lah.. Dr should know apa yg harus dia buat.. maka kami ke bilik x-ray , hazwan sibuk bertanya x-ray tu apa, zino kata dr nak ambik gambar je.. nak tengok dalam badan dia.. adik pesan nanti abah duduk sebelah tau..mana boleh dududk kat sebelah dia tu.. zino memang la tak pandai nak baca gambar x-ray tu.. lepas x-ray kena buat ECG pulak.. biar betul Doktor... cuma zino tak sampai hati nak ambik gambar hazwan yg berselirat dengan wire tu.. Doktor puas hati dengan keputusan ECG.. tapi dia syaratkan zino kena jumpa Dr pakar ke esokan hari nya..
kami sampai rumah jam 4.00 pagi.. balik tu sempat singgah kedai mamak.. hazwan dah kebuluran maklum lah seharian tak makan.. lepas tu asyik muntah.. penat jangan cakap la... segala appointment semalam kena kensel.. ada dua meeting penting.. minta orang lain ganti.. nak bagi puas hati kena jumpa Dr pakar juga.. kami jumpa Doktor pakar kanak2.. bila dia tengok gambar x-ray tu dia kata lung ok.. zino pun tanya pasal heartbeat yg tinggi tu.. selamba je dia jawab biasa lah tu.. lega rasanya..
hari ni hazwan dah beransur pulih.. batuk2 tu masih ada.. tapi asthma dah hilang.. bila dah sihat mula lah melompat kesana kemari.. mula le dengar suara yg kuat tu.. mula la mak dia pok pek pok pek hehe..
Wednesday, March 18, 2009
mudah je....
khas kepada yg "rajin" melipat baju.. sebelum ni penyubiru dah bagi satu kaedah.. ini ada lagi satu kaedah melipat.. cepat dan ringkas... lepas ni jangan ada alasan lagi nak melonggokkan baju2 tu ya hehe
Tuesday, March 17, 2009
tuan rumah baru....
Tuan rumah lama dah bagi tau tak lama lagi dia dah nak keluar...
Tuan rumah baru boleh le buat persiapan untuk masuk...
rumah kenalah dibersihkan..
abuk2 kena lah sapu..
sampah sarap juga kena di keluarkan...
ubah suai mungkin kena buat..
tapi boleh le tanggoh..
kabarnya rumah lama tu dah goyang..
kena lah di perkokohkan semula..
pasak kena di tambah..
sokong kena di ubah..
kabarnya..pembersihan dah pun bermula..
yg tak berkenaan tak boleh masuk..
mesti kelihatan cantik..
mesti nampak bersih..
mesti kuat..
mesti gah..
tapi nak pesan sikit ni..
tuan rumah perlu lah ikhlas..
perlu berani..
perlu tegas..
perlu konsistan
perlu fokus..
perlu peka ..
perlu jelas..
jangan nanti ada yg kata wal hasil balik asal..
nyesal nanti..
paham tak ni?
yg baca pulak paham ke?.. hehe..

Monday, March 16, 2009
bila bos terlalu garang...
Pagi tadi sekali lagi di ada kan perhimpuan pagi.. acara ni memang di buat sebulan sekali.. dan kesekian kali nya big bos akan beri amanat dan ucapan.. atau celoteh yg panjang dan lebar.... hehe tak terkecuali pagi tadi.. dari satu perkara ke satu perkara... tapi yg satu ni.. menyentap ramai bos bos.. agaknya..hehe
antara kata the very big bos...
" Sebelum ni saya dah beri tau saya nak "projek" ni siap dalam tempuh 9 bulan.. masa saya di tempat lama dulu saya bagi mereka 6 bulan je.. dan perkara tu siap tanpa bantuan consultant.. tapi kat sini tak apa lah saya bagi 9 bulan.."
dan saya nak beri ingatan, kalau mana mana dept tak boleh siapkan dalam tempuh tersebut, saya nak tau apa sebabnya.. dan kalau memang tak siap dan saya tidak puas hati... saya rasa 'head of that dept' memang tak layak ada kat sana.. bagi je asistant jawatan tu.. and i'm serious about that.." (dengan kata lain lebih baik pencen je lah..)
oops... agaknya semua bos bos yg dengar terkedu sekejap.. atau memang ada yg nak hantar surat bersara awal.. ada juga dengar kata kata... "nyesal aku sambung lagi dua tahun, kalau aku pencen dulu tak ada merana macam ni"

Sunday, March 15, 2009
kansel makan..
masa nak balik dari spital tadi.. terima sms.. malam ni chong wei vs Lin Dan final.. siapa yg menang? zino terus jawab, Chong wei.. kalau Chong Wei menang kena belanja.. hehe.. walaupun ikut rekod Chong wei baru menang 3 kali dalam 15 pertemuan.. tapi kena semangat sokong pemain Malaysia hehe..
dalam berjalan nak ke kereta tu , nampak le final tu dalam TV kat kedai mamak, terus ajak mem singgah dulu.. hehe.. TV tu ada dua satu kat dalam satu kat luar, kami duduk minum kat dalam.. ingatkan nak makan sekali.. sambil tengok final.. bila kami duduk nak oder tiba tiba tup... TV bertukar bola.. mamat mamat kat luar tu tukar .. ada ke patut..aduhh..
terus kensel makan .. minum je hehe.. bila sampai rumah game dah pun selesai..terus cari maklumat dari online paper..
Chong Wei juarai Terbuka Switzerland
15/03/2009 10:00pm
KUALA LUMPUR 15 Mac - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Switzerland apabila berjaya menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Siri Super itu sebentar tadi.
Chong Wei menang dengan straight set 21-16, 21-18. - Utusan
tahniah.. Chong Wei...
Saturday, March 14, 2009
seharian di SJMC..part2
jam 10.0 kami dah sampai ke SJMC.. bila kami sampai ipar dari shah alam telah pun berada di sana.. mengikut jadual.. MIL akan di bedah jam 1.00 nanti.. tak lama selepas kami sampai.. anak anak ipar sampai, kemudian di ikuti ipar ipar dari kampong.. oleh kerana MIL di tempatkan di bilik bersaorangan.. tetamu yg ramai tidak menjadi masaalah...
jam 1.00 baru le nurse datang untuk membuat persediaan di bilik.. kami terpaksa menunggu di luar.. jam 2.00 MIL di bawa ke bilik bedah di tkt 6, pakar bius menemuduga ipar sebelum prosidur bius di putuskan.. dan akhirnya pakar bius memaklumkan dia akan melakukan bius dari pinggang ke bawah sahaja.. makna nya dalam tempuh pembedahan MIL akan sedar ... kata pakar pembedahan mengambil masa 1/2 jam saja..
selepas ini kami hanya menunggu dan menunggu...ada satu bilik khas utk menunggu.. penat berdiri duduk.. penat duduk berdiri.. ada yg keluar .. kemudian masuk.. jam 3.00 masih menunggu.. jam 4.00 masih menunggu.. ada yg terbaring di sofa.. ada yg main game dalam henpon.. ada yg membaca.. ada yg melayan sms.. jam 5.50 baru lah Dr muncul memaklumkan pembedahan berjaya.. alhamdullilah..kakak ipar dulu masuk semula dengan Dr.. kemudian di ikuti anak anak yg lain silih berganti.. zino yg last sekali masuk.. MIL dalam keadaan sedar, tapi nampak penat.. maklumlah sejak pagi kena puasa.. biar le dia berehat.. biar le dia tidur dulu.. malam ni di ICU... memang tak boleh nak tunggu pun.. di bawah kawalan rapi nurse2 terlatih..
esok kami akan datang lagi...
bersambung...

Friday, March 13, 2009
seharian di SJMC...
Jam 9.00 kami bertolak ke sjmc.. appointment jam 10.00 pagi.. sepanjang jalan hujan gerimis.. sesampai di SJMC MIL di bawa ipar di atas kerusi roda ke klinik pesakit luar sementara aku berpusing2 dua tiga kali mencari tempat parking.. akhirnya parking di sebelah kawasan perumahan.. harap2 jangan le di saman..
Selepas urusan pendaftaran, urusan x-ray dan sebagainya, MIL di bawa ke wad 311 untuk bertemu dr pakar .. sepanjang tempuh menunggu MIL menangis sambil mengadu sakit.. dan seorang lagi ipar aku sampai.. akhirnya aku bertanya petugas ada ke tempat utk MIL berbaring, mungkin dia tak selesa duduk di kerusi.. kemudian MIL di bawa di satu bilik untuk berbaring sementara menunggu giliran berjumpa Dr..
Bila tiba giliran Dr pakar datang kebilik tempat MIl berbaring.. lantas membawa satu berita.. tulang MIL yg retak telah pun patah.. dan ada keperluan utk membuat pembedahan.. Dr menceritakan risiko sama ada membuat pembedahan dan tanpa pembedahan.. dan meminta kami menimbangkan nya dan membuat keputusan.. sementara kami berbincang Dr keluar utk merawat pesakit lain dulu.. bila ipar meminta pendapat aku.. amat sukar utk aku menjawab nya.. aku biarkan mereka adik beradik membuat keputusan terbaik utk mak mereka..
akhirnye mereka membuat keputusan utk melakukan pembedahan.. tak sanggup melihat mak menderita.. sakit setiap kali berlaku pergerakan.. bila dah ada keputusan kami memanggil semula Dr memaklumkan keputusan.. sekali lagi Dr memberi penjelasan.. supaya kami bersedia dengan sebarang kemungkinan..akhirnya setelah berpuas hati Dr menghulurkan borang perakuan utk di tandatangi.. borang di tanda tangan kakak ipar aku, iaitu kakak mem.. segala yg berlaku dan keputusan yg di capai aku lapur dengan mem yg berada di rumah..
bila nak lakukan pembedahan ?? kami minta secepat mungkin.. maka urusan seterusnya MIL perlu masuk wad.. proses ini mengambil masa yg agak lama.. kerana menunggu kekosongan.. Dr memberi jaminan sekiranya segalanya berjalan lancar, esok jam 1.00 MIL akan di bedah.. sebelum tu Dr akan membuat beberapa ujian tahap kesihatan MIL sebelum membuat keputusan muktamad..jam 7.00 petang baru lah aku dapat meninggalkan SJMC setelah anak ipar datang menggantikan kami menjaga MIL di wad..
bersambung....
Thursday, March 12, 2009
nak cerita apa ya.....
sejak semalam memikir apa yg nak di cerita kan untuk bacaan peminat blog ni..(oops ada peminat ke? hehe) balik semalam dah penat sangat langsung tak buka laptop.. apa lagi blog.. esok zino akan cuti.. bukan sempena cuti sekolah tapi bercuti kerana nak bawa MIL rawatan susulan di hospital..
keadaan nya masih sama terbaring di tempat tidur.. segala2nya mem urus dia kat sana.. pembantu yg di cari masih belum dapat.. inshaAllah segala urusan berjalan lancar.. dah minta salah sorang adik kembar mem bantu .. harap2 urusan esok pun berjalan lancar..
baru lepas makan di kelab PTD tadi, tempat ni sungguh menarik dan nyaman, terletak di taman tasik perdana sana tu.. berhampiran tugu negara.. biasa nya kalau ada urusan di luar baru lah melencong kesana makan.. kalau ada sesiapa nak belanja zino makan boleh le zino tunjukkan kat mana hehe..

Tuesday, March 10, 2009
apa dah jadi???
Bayi mati dicampak atas tilam
PULAU PINANG 9 Mac - Seorang bayi perempuan berusia empat bulan mati dipercayai akibat dicampak oleh bapanya sendiri ke atas tilam, hanya disebabkan kanak-kanak malang itu tidak berhenti menangis.
Kejadian menyayat hati itu berlaku di rumah keluarga tersebut di sebuah flat di Sungai Ara, semalam. Ketika kejadian pukul 4 petang itu, bapanya dipercayai berada di bawah pengaruh dadah. Apa yang menyedihkan, sewaktu bayi itu dicampak, ibunya hanya mampu melihat perbuatan suaminya itu.
bila zino baca berita ni terus mengirap darah den.. apo dah jadi ni..? kucing pun sayangkan anak.. tak tau nak cakap apo dah.. geram, marah, sedih, sayu, simpati dan sebagainya...what say you??
kucing ni tidur bawah meja masa kami menikmati cendul tu.. si hazwan yg tangkap..

Monday, March 9, 2009
kisah hazwan....
semalam cakap dengan hazwan.. kalau adik tidur dengan alang abah bagi se ringgit.. selama ni dia masih tidur dengan kami la.. dah besar tapi penakut nak tidur sorang.. bila dengar singgit dia dah berbelah bagi... tapi nampak macam 40 60 nak tidur dengan alang.. sebelum dia sempat pikir aku kata.. ok dua inggit..
dia terus teruja.. hehe aku memang tak berapa nak caya dia nak tidur dengan alang.. tapi rupanya dua inggit tu cukup memberi dia semangat.. dia pun pegi kacau alang kata nak tidur sama.. lepas tu aku dengar dia melalak kat atas.. aku buat dont no je lah biar je dulu..
tak lama tu senyap je.. bila aku tinjau dia dah tidur di tempat alang.. ini lah kali pertama dia tak tidur dengan kami hehe.. tak tau le boleh bertahan berapa lama.. alang pun dah balik UiTM.. ada kat rumah hujung minggu je.. bertuah le kalau dia nak tidur sorang.. pepagi tadi dia dah tanya..
"abah, mana dia? "
"mana apa?" saja buat tak paham...
"semalam abah janji 2 inggit.."
selagi aku tak bagi dia mengekor je.. hehe kena lah bagi cepat.. lepas tu aku tanya malam tadi abah dengar dia nangis kenapa?
" mama tu ajak adik tidur kat bilik, adik nak tidur dengan alang.. " sebenar nya dah teruja nak dua inggit..
la.. patut la.. mem pulak yg tak caya anak bongsu dia tu boleh tidur dengan alang hehe.. itu lah kisah adik.. malam ni nak test lagi tapi tidur sorang le pulak hehe..

Sunday, March 8, 2009
baju perat..
tau ke apa dia baju perat? hehe ok ini cerita dia..
pagi tadi zino balik kampong dengan hazwan, tak le pagi sangat jam 11 baru bertolak.. sebelum balik tadi zino dah gosok selai baju dan gantung dulu dalan kereta sampai rumah mak nanti baru nak tukar, rumah sepupu tu depan rumah mak je..nak terus pakai dari rumah malas le pulak.. lebih selesa dengan baju yg zino pakai ni..
sesampai di kampong, tak sempat nak masuk ke halaman rumah mak, sepupu zino dah menunggu kat luar tu kebetulan ada sorang tu nak reverse kereta , terus tak jadi masuk ke laman dan terus park kereta kat sebelah pagar rumah mak tu je..
lepas tu terus lah ke majlis , siap ada kemah dan ramai sedara mara sedang makan... hazwan terus bermain dengan sepupu2 dia.. dan aku terus makan joint dengan sedara mara kat situ....sedang aku makan sorang anak sedara menegur..
dia: "pakngah!!, tak ponah den tengok pakngah datang pakai baju singlet yo.."
aku: "paneh2 ni elok pakai baju ni je.."(nak cover line..)
mak dia: "pakngah kau datang sorang, tak ado orang sebelah nak tego.."
aku: "ada tu si hazwan hehe.. "(cuba nak cover line lagi..)
mak dia: "pakngah kau tak ado orang nak urus, pakai baju perat yo deh datang.."
usik mengusik dan gurau senda sesama sepupu dan anak sedara memeriahkan suasana setiap kali bila balik kampong.. ada saja perkara yg boleh di jadikan modal utk mengusik dan mengenakan orang lain hehe..
balik dari kampong tadi singgah di satu gerai ni di Rembau, adik nak makan , kat tempat kenduri tadi dia asyik main..oder cendol madu dan nasi goreng ayam.. selalunya bila kami balik kampong on the way nak balik KL tu selalu singgah sini.. pekena cendol .. kalau cendul kat seremban tu manjang dah habis bila kami sampai.. hehe
baju perat=baju singlet pagoda yg berlengan tu..
mari kita tengok gambar gambar di gerai makan di rembau..
tunggu sejuk sikit.. panas adik tak boleh makan..
adik menikmati nasi goreng ayam..
cendol madu yg enak..
dari tempat letak kereta gerai tak berapa nampak.. tapi lebih jelas dari jalanraya..gerai tepi sungai..
gerbang masuk ke kawasan gerai.. dulu gerai tu tepi jalan agak bahaya..
dan dah di pindahkan di tepi sungai.. kata nya waktu malam lebih hapenning..

Saturday, March 7, 2009
blackout!!
semalam,semasa zino ke flat belakang rumah utk menjemput hazwan, mem call minta singgah di klinik utk membeli ubat..maka berlaku lah dialog ini di klinik..
zino: "nak beli ubat tahan sakit utk MIL.."
nurse:"abang,siapa nama mak mertua tu.."
zino: "mmmmmmmmm... alamak sape nama MIL.."
tetiba 'blackout' zino langsung tak dapat ingat siapa nama MIL hehe.. adik nurse tu dah mula gelak.. sambil geleng2.. aku pulak memerah otak memikir.. aduhh apasal tetiba blackout pulak tak boleh ingat ni.. sat sat nak piki..
zino: "eh macam mana boleh tak ingat pulak ni?"
nurse: "bang, boleh tak saya tulis 'ibu mertua ku' je "
hehehe... semua yg mendengar ketawa, adik nurse menghulur kertas suruh saya tulis.. tetiba terus teringat semula.. hehe.. nasib baik mem tak ikut kalau tak ada yg masam muka nanti hehe..
nota:
terima kasih kepada zar dan ika kerana sudi datang melawat petang tadi..

Friday, March 6, 2009
arifah...
jom tenangkan minda....
melihat telatah baby kita akan rasa tenang, lapang, seronok, ceria dan sebagainya...betul tak??
melihat telatah baby kita akan rasa tenang, lapang, seronok, ceria dan sebagainya...betul tak??
selamat hari lahir....
hari ni birthday mem, dah petang tadi baru teringat nak wish dia.. hehe selalunya keluar makan makan anak beranak.. tapi kali ni tak sambut apa lagi.. posponed kot.. mem pun tak boleh nak kemana mana.. nak kena beri perhatian kepada mak dia 24 jam.. mulai hari ni cuti 2 minggu..
MIL pun terbaring je kat rumah tu.. tak boleh nak jalan..bangun pun tak larat.. permohonan utk dapat kan helper dah buat tengok le dalam seminggu ni.. semuga segala urusan berjalan lancar..
kepada buahati pengarang jantung hehe.. selamat hari lahir semuga panjang umur murah rezeki dan di permudah segala urusan amin..

Wednesday, March 4, 2009
kes kedua....
Sekali lagi zino nak pesan dengan adik adik, kakak kakak, makcik makcik serta nenek dan opah... selalu lah berwaspada semasa memandu bersendirian.... nak tau kenapa??
Baru sebentar tadi mama (kakak yg menjaga hazwan) beritau, menantu dia yg sedang memandu bersendirian di bandar Sri Permaisuri, petang tadi telah di rompak dua jejaka hampeh semasa que dalam traffic yg bergerak perlahan berhampiran Q Bistro.. secara tiba tiba dua jejaka tadi memecah cermin sisi sebelah depan kiri kereta dia dan dengan selamba tanpa meminta izin mengambil beg duit menantu beliau dengan di saksikan orang ramai tanpa dapat membuat apa apa...rompakan berlaku di depan mata orang ramai!!!!
Kejadian ini mengingatkan zino kepada kejadian yg pernah zino tulis berlaku di Station minyak BP sebelum ini.. jarak antara dua tempat kejadian ini kira2 2 Km sahaja.. zino jangka berkemungkinan di lakukan jejaka hampeh yg sama.. nanti lah nak interview anak menantu dia tu bila ada kesempatan nanti..
so berhati hati lah.....

Tuesday, March 3, 2009
terperangkap lebih dua jam...
waktu zino keluar opis hujan telah pun reda...sebelum tubukan main lebat lagi... tapi jalan raya dah jem teruk..nak keluar dari bangunan pejabat pun dah mula sesak... beberapa meter berjalan ke depan dengan terhensot2 nya..lepas tu terus dah tak bergerak... ok sabar sabar.. sat lagi clear la kot... 1/2 jam kemudian masih di distinasi yg sama... 1 jam kemudian.. bergerak la barang beberapa meter ke depan.... baru sampai sebelah LRT SOGO... oo penat den..
"hello...boleh tak balik terus naik LRT..jem teruk ni tak bergerak"
"sekarang kat mana?"
"dah satu jam baru sampai kat SOGO.."
"berenti lah kat sebelah tu..ada tempat ke?"
"nak buat apa ?"
"kita datang situ naik LRT.."
"balik terus kan senang"
aku pun park kat sebelah tepi tu.. mati kan injin, turunkan cermin sikit dan titun...sementara tu mem jalan kaki ke stesyen dan naik LRT dari opis ke SOGO.. aku dah siap mimpi bila mem sampai.. hehe.. bila traffic agak lega baru lah bertolak balik.. itu pun 45 minit kemudian baru sampai rumah...
kalau yg balik awal ok kot.. ada sesiapa yg sangkut dalam banjir ke?
kata nya di jalan Ipoh ni....kereta siapa lah agak nya tu..

Monday, March 2, 2009
Malang tak berbau.....
semasa kami di JB.. mem dapat panggilan talipon.. MIL jatuh kerusi di rumah kakak di Shah Alam.. kami ingat jatuh biasa la.. sebab masa kat rumah kami pun dah beberapa kali dia jatuh kerana tersasar bila nak duduk di kerusi.. dia macam dah hilang deria rasa.. dah sukar nak mengagak jarak kerusi.. dan perlu di bantu....
tapi kali ni memang telah tersurat sedemikian... dia jatuh lagi kali ni tidak bagitu bernasib baik..tulang pangkal peha retak.. semasa di hospital tadi Doktor memberi penjelasan keadaan nya.. apa yg harus berlaku dalam seminggu dua ni dan apa patut di lakukan..keputusan perlu di buat sama ada perlu pembedahan atau pun sebaliknya.. memandangkan usia dia....berapa lama lagi di hospital masih tak ada kepastian..
MIL hanya terbaring dan sukar utk bergerak.. senario akan berubah selepas ni.. dia perlukan penjagaan rapi.. perlu ada sesaorang sentiasa di sisi dia.. di hospital sekarang anak anak lelaki dia bergeler2 menjaga siang dan malam.. untuk berapa lama? entah.. tak perlu nak fikir kan sekarang.. tapi kami telah memikirkan Plan B.. pembantu perlu di cari segera.. seharian tadi aku dan mem menguruskan nya.. inshaAllah semuga segala urusan berjalan lancar.. perkara2 lain yg berkaitan akan di uruskan bila tiba waktu nya...
itu lah cerita nya..

Sunday, March 1, 2009
cerita bergambar...
kak elle mahu cerita bergambar... jom kita lihat
agenda pertama memenuhi jemputan..
bersama bapa pengantin... tahniah aimman
agenda kedua bersama Arifah..
Arifah belajar gostan hehe
arifah di pangku abah dia..
breakfirst yg enak...
agenda ke tiga masuk kampus..
walaupun dulu belajar di UTM.. inilah kali pertama zino menjejak kaki di kampus UTM Skudai hehe..
terima kasih dengan zara yg sudi menyambut kedatangan kami..dan lawatan singkat sekitar kampus..
semuga satu hari nanti adik dapat belajar di menara gading ini..
alamak terlebih sengeh la pulak hehe
sekian lapuran utk kali ini... kisah tragis.. yg berlaku di KL semasa kami di JB mungkin akan lewat di terbitkan sehingga masa yg sesuai...

Lapur dari Perling JB...
Susahnya nak berinternet di JB ni... dari hotel yg kami duduk tu hampeh je.. sah lain kali tak menginap sana lagi dah.. hehe..
perjalanan dari KL bermula jam 8.00 malam.. selepas hantar fizah tusyen.. balik dah pakat dengan jiran utk hantar dia balik.. dan angah akan datang teman fizah kat rumah.. ini firstime zino jalan jauh waktu malam.. sepanjang perjalanan memang banyak kereta.. sampai melaka hiway masih penuh.. tapi tak le berapa jem.. singgah makan di R&R Air Keroh.. sebelum meneruskan perjalanan...
Nasib baik along ada GPS boleh pandu arah dari TOL ke hotel.. memang mudah.. siap ada suara bagi tau bila patut pusing kiri atau kanan.. landed kat hotel 12.45.. tak lajukan zino drive.. bila sampai apa lagi terus landing...
esok nya kami ada jemputan, sampai ke rumah bapa pengantin jam 1.00 ptg.. segak dengan baju hijau nya.. semua yg menyambut pun baju hijau sampai ke air minuman pun hijau hehe.. tahniah Aimman dah dapat menantu.. supaya menjadi bapa mertua yg baik hehe.. dari rumah pengantin kami terus ke Perling.. siapa ada di Perling?? cucu den la... along pun dah seminggu tak jumpa dia... lepas tu kami kidnep Arifah bawa ke Hotel.. ingat hati nak bawa Arifah jalan2 ke dulu.. tapi gerimis le pulak.. sebelum balik ke hotel singgah di rumah bapa sedara.. saje surprise tak bagi tau pun.. tapi Arifah pulak tak berapa selesa asyik menangis je.. so kunjungan di pendekkan dan terus ke Hotel..
hari ni kami dah sampai ke Perling semula.. Arifah kena tinggal kan kat sini.. sehingga ibu dia habis belajar.. lepas ni kami nak ke satu distinasi.. kemana tu ? nanti selepas kami ke sana baru boleh di terbitkan.. takut plan tak menjadi.. dan petang ni juga kami akan balik ke KL.... dan sesuatu telah berlaku di KL sementara ketiadaan kami ni.. entah la poning kepalo den.. nanti ada kelapangan zino akan cerita kan...
Besan tengah sediakan makan tengahari tu.. so sampai jumpa lagi..oops lunch dah ready hehe..