Monday, March 9, 2009

kisah hazwan....

semalam cakap dengan hazwan.. kalau adik tidur dengan alang abah bagi se ringgit.. selama ni dia masih tidur dengan kami la.. dah besar tapi penakut nak tidur sorang.. bila dengar singgit dia dah berbelah bagi... tapi nampak macam 40 60 nak tidur dengan alang.. sebelum dia sempat pikir aku kata.. ok dua inggit..

dia terus teruja.. hehe aku memang tak berapa nak caya dia nak tidur dengan alang.. tapi rupanya dua inggit tu cukup memberi dia semangat.. dia pun pegi kacau alang kata nak tidur sama.. lepas tu aku dengar dia melalak kat atas.. aku buat dont no je lah biar je dulu..

tak lama tu senyap je.. bila aku tinjau dia dah tidur di tempat alang.. ini lah kali pertama dia tak tidur dengan kami hehe.. tak tau le boleh bertahan berapa lama.. alang pun dah balik UiTM.. ada kat rumah hujung minggu je.. bertuah le kalau dia nak tidur sorang.. pepagi tadi dia dah tanya..

"abah, mana dia? "
"mana apa?" saja buat tak paham...
"semalam abah janji 2 inggit.."

selagi aku tak bagi dia mengekor je.. hehe kena lah bagi cepat.. lepas tu aku tanya malam tadi abah dengar dia nangis kenapa?

" mama tu ajak adik tidur kat bilik, adik nak tidur dengan alang.. " sebenar nya dah teruja nak dua inggit..

la.. patut la.. mem pulak yg tak caya anak bongsu dia tu boleh tidur dengan alang hehe.. itu lah kisah adik.. malam ni nak test lagi tapi tidur sorang le pulak hehe..

36 comments:

ABDUL LATIP said...

Zino,
Saya teringat cerita seorang kawan. Anak mereka tidur sebilik. Pada suatu pagi si anak bertanya kepada ibunya.

"Kenapa malam tadi adik dengar ibu dan ayah mengerang-ngerang?"

Kerana itu elok suruh si adik itu tidur di bilik lain. Takut nanti dia pula yang bertanya hehehe.

zino said...

paklatip..
mengerang sakit gigi kot hehe

Kak Elle said...

uish Hazwan pun tido sebilik adoi...kenapa ye byk saya baca anak2 yg dah bersekolah masih tido ngan mak/bapak sebilik...tak pratik bagi tido sendiri ke?


pssst adik mlm ni minta yg duit warna hijau pulak ye dan esok yg warna merah....hahaha

^ez^ said...

hish...da beso pun tido skali ngan uncle ke?hish..kaco line la tu.hehehe..kena aja dia tido sorang2 la uncle.xpe melabur duit byk cket..hehehee

Neeza Shahril said...

mama tak nak abah kacau kot..
sebab tu panggil hazwan tidur sesama hehee..

zino said...

kak elle
nampak nya tektik 2 inggit berjaya.. tapi tengok la malam ni..hehe..

ez..
nampak gaya kena buat pelaburan ya jawab nya hehe

zino said...

neeza.
mama dia boleh tak caya tu hehe

Pok Li said...

Nasib le saya dah awal-awal dulu asingkan ketika mereka mula berusia 2 tahun. Kalau tidak banyak hinggit juga tu.

zino said...

pok li
bijak bijak hehe

Miss Zahidah Zakaria said...

kalau everynite dia mntak rm2 cmne?
hahaha ;D

zino said...

zaza
kena pandai trik la.. hari2 pun bagi dia duit belanja kan.. so duit tu juga la.. hehe

DrSam said...

memang peringkat permulaan 'pemisahan' tu haru juga. kadang-kadang tu dah tidur bilik lain pun, tengah-tengah malam ketuk pintu bilik lagi si anak ni :)

Yana Ismail said...

hu hu hu..extrinsic motivation..ahaks;)

zino said...

Drsam
kali pertama lulus.. hehe

liyana..
matlamat tercapai.. malam ni tidur dengan along pulak hehe

su said...

ckp kat hazwan....nak adik x?


hehehe...


(jgn marah...gurau2!hahaha)

zino said...

su
kalau dia kata nak cam mana ? hehe

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

hehehe...

camne Uncle?

dia tido sorang tak malam tadi?

hehehe~

zino said...

zara
tidur dengan along bangun je tuntut singgit hehe

en_me said...

hazwan nak adik lagi tewwww.. ehehe

Zareda Norman said...

Takut taku zino yang tido sorang malam ni..

sebab mem pi temankan hazwan hehehhe

Helena said...

hehe..... kelakar la baca....

Yela.... Helena pun kadang2 tidur dgn kids jugak..... hehe

zino said...

en.me
dah cukup kouta hehe

zar
dah dua malam tak baca buku cerita hehe

helena
itu lah ragam budak2 hehe

Anonymous said...

berjaya jugak upah duit..

Abang Long said...

Alahai ... kalau sudah tidur dalam bilik emak dan ayah ... bagaimana sih untuk mendapat 'adik baru?' hmmmmm

Anonymous said...

salam zino

kuasa duit... huhu blh bg smgt tu...:)

Mak Su said...

aiyo, nasib baik bukan kembar, kalu tak dah kena paw 4 ringgit.

Irfa said...

salam bro..
haha.adoi gelak saya baca.
camnerlah mat saleh tu anak kecik dah tido asing?kita ni terlalu manjakan anak ker?anak saya si kakak tu start 5 tahun dah tido sendiri kat bilik dia.bila en abg keje midnite je sy ajak tido sebilik.si adik skrg masih tido ngan kami.skrg ni kalau en abg keje malam saya ajak kakak tido ngan saya,dia pulak yg x nak.x selesa agaknya..

zino said...

nbb
raya nanti tak payah bagi dah hehe

abanglong
tak boleh ke? hehe

manje
budak zaman sekarang kot hehe

maksu
2 inggit kongsi hehe

happyifra
budak manja sorang tu hehe

Dee said...

lmbt gak ye hazwan berpisah tido..nti sy nk asingkan anak sy tido bila dia dh start sekolah..harap2 menjadik..

aNIe said...

Heheheh....mama dia masih nak tidur ngan dia lagik tu...anak bongsu le katakan...

Hahaha...kalau tidur sorang...hazwan kene mintak 5 hengget... :P

zino said...

Dee
budak manja sorang tu banyak songel nye hehe

anie
cepat kayo adik nanti tu..hehe

Unknown said...

anak bongsu, memanglah manja..

saya nih, tiga2 anak masih nak tidur di bilik kami, walaupun dah dibelikan katil masing2..huhu macam manalah nak mengajar mereka ni...

Yana Ismail said...

HUHU..tahniah2!;)

CikguZue said...

dulu2, ada kawan tu, anak bungsu, ayah dah takde, dah djh 2, memang selalu tidur dgn maknye. tapi bila cikgu tanya, sapa masih tidur bwh ketiak mak...dia jadi malu. terus tak mau tidur sebilik dgn mak....itu dulu2. sebab malu...sekarang bebudak moden...hehe...
kayo la hazwan.

zino said...

yus
nak guna tektik zino tu ke silakan hehe

liyana
tq.. hehe

cikguzue
hazwan tu cakap apa pun tak jalan hehe

CuTeMiUt78 said...

wah..camni nak kena sentiasa upah ler.. ya hazwan