selepas jemput angah di LCCT semalam kami terus ke presint 14 , angah kata nak singgah rumah dia dulu sebelum datang ke rumah kami dengan kereta lain.. masa tu dah jam 1.30 pagi...sebelum bergerak balik hati dah terdetik.. dah sebulan tinggal kereta tu mau ke dia hidup?...
beberapa minit sampai ke rumah , angah call
"abah, kereta tak mau idup, nak buat macam mana?"
"otomatik ke manual?"
"manual"
"kalau macam tu boleh tolak je"
"nak abah tolong ke?"
"tak apa angah buat sendiri dulu"
aku pun terfikir juga macam mana angah nak tolak sorang2.. agaknya ada anak anak muda yg tak tidur lagi di kawasan tu dia boleh minta tolong kot.. beberapa minit lepas tu angah talipoon lagi..
"abah, tak mau idup pun"
"mm, ok lah nanti abah datang"
aku pun datang semula ke putrajaya dengan alang. dalam perjalanan tu masih memikir apa yg angah buat tadi tu.. tolak macam mana.. hehe.. bila kami sampai angah dah tunggu kat depan.. dia kata kereta kat belakang.. kalau ikut perkiraan kereta tu sepatut nya dah boleh setat pasal angah dah tolak ke kawasan yg menurun dan jauh pulak tu.. tak payah nak tolak pun kereta pun patutnya berjalan sendiri..
aku pun tanya,
"angah buat macam mana?"
"tolak la"
"lepas tu?"
"idupkan injin tak idup juga "
" la.. bukan macam tu la... hehehehe"
"abis tu?"
selepas beri penjelasan minta angah duduk dalam kereta tu, zino dan alang yg tolak.. tapi tak menjadi juga.. masih tak paham apa yg patut di buat.. so abah pulak duduk dalam tu angah dan alang yg tolak.. dalam percubaan kedua.. injin pun dapat di hidupkan..
"oooo macam tu ke?"
"tadi tu buat cam mana ?"
"tolak la.. lepas tu cuba idupkan."
"la.. patut tak idup..hehe"
kalau ikut kedudukan kereta angah sebelum dan selepas di tolak sepatutnya dah lama idup.. sampai kebelakang rumah acik dia tolah tapi kereta tak idup juga hehe. selesai urusan, kami konvoi balik ke btr.. sampai rumah dah hampir 4.00 pagi.. hari ni paling mengantuk sekali.. pagi tadi mem kerja, lepas hantar balik tu sambung boommmm.. mengantuk sangat...
Saturday, May 30, 2009
salam hujung minggu
sekarang ni dah jam 1.33 pagi.. zino baru balik dari airport.. jemput angah balik.. cuti dah habis.. isnin dah kena report duty.. angah dah dapat kerja lain.. dan kak ngah tinggal di KB.. angah kata nak tangguh kan report dan mungkin akan ke KB semula..
masa nak keluar rumah tadi.. sebenarnya dah keluar pun tapi belum sampai ke hiway.. tetiba alang call.. abah kaki fizah kena sup panas.. dalam talipon aku dengar fizah meraung... abahhhh balik la... la.. macam mana boleh jadi macam tu.. aku pun cari le tempat utk U turn.. walaupun tak sepatutnya u turn.. bila aku sampai dia masih menangis kesakitan.. mau dia tak sakit..
aku pun ambil jelly gamat sapu kan kat paha yang kena air panas tu.. anak abah lah kata kan sambil tu aku pujuk dia, beri kata kata semangat dan sebagainya.. yg dia lebih risau takut mengelembung macam mak dia kena air panas sebelum ni.. harap2 tak jadi le macam tu.. bila dia dah tenang baru lah aku keluar ke airport..
ok nak makan dulu dah lalau le pulak..

Thursday, May 28, 2009
evi qaisara
Kak Ngah baru saja melahirkan anak sulong di hospital di KB.. tahniah kepada kakngah dan angah... kerana di kurniakan dengan baby girl yg sangat comel.. bermakna bertambah cucu zino sorang lagi... alhamdullilah..
Wednesday, May 27, 2009
jemputan....
Setiap kali cuti sekolah banyak majlis kenduri kawin akan
berlangsung.. setakat ni zino dah terima 7 jemputan..
paling jauh kat kuantan sana tu dan paling dekat lorong
sebelah je.. dapat ke agaknya memenuhi memenuhi semua
jemputan tu..? entah... tengok le rezeki pada hari tu
nanti..
anda bagaimana??
Tuesday, May 26, 2009
anda tau ke?
Selama ni ingatkan tak makna...
sejak mula cerita tu di tayangkan..
sampai la sekarang main sebut je..
baru semalam tau..
rupanya ada makna...
anda tau ke? hehe..
ingat tak cerita Ali Baba?
bila ketua penyamun nak buka pintu gua
lagu ni yg dia nyanyi tu..
"ai ya in seng mata kaje semarang ngilum.."
kalau anda tau apa makna nya hehe??
black purple tau la kot hehe
tambahan:
ayat yg telah di perbetulkan oleh en.me
"Niat ngengsong matek aji semar ngiseng.. rampong ngiseng semar tilem"
selamat mencuba.. hehe

Sunday, May 24, 2009
tugasan selesai
tempat ni malam baru meriah... ini tempat zaza makan laksa.. hehe
inilah mahkota hotel.. asalnya apartment kot..
akitektur kebanyakkan masjid di melaka..
Tugasan di Melaka telah pun selesai.. tapi kerja tak selesai juga dan kena sambung bila ada kesempatan nanti.. ahad aktiviti agak longgar.. ada yg decide balik awal.. zino pun balik awal tak tunggu lunch.. sejak datang dah set nak cari asam pedas.. so kesempatan yg ada hari ni.. so misi mencari pun bermula.. cari punya cari tak jumpa kedai yg di cadang.. tapi zino singgah di satu kedai yg ada iklan asam pedas..
bila makan... mmmm berpeluh di buatnya.. enak dan pedas... oops tak ada gambar bila dah selesai makan baru teringat... hehe.. dengan kesempatan ini juga zino melencong balik kampong berjumpa ayah bonda.. alhamdullilah mereka berdua sihat.. dua minggu lepas demam dan batuk batuk.. setelah minum petang baru lah meneruskan perjalanan ke KL..
esok kembali bertugas seperti biasa... kepada semua selamat bertugas...
Saturday, May 23, 2009
dari melaka...
tugasan hari pertama dah selesai.. tugasan hari kedua akan bermula tak lama lagi..
ada dapur tapi tak masak pun..
ada tempat rehat tapi tak sempat duduk pun..
ada tempat tidur tapi tak puas tidur.. tugasan sampai tengah malam.. hehe
selamat berhujung minggu...
ada dapur tapi tak masak pun..
ada tempat rehat tapi tak sempat duduk pun..
ada tempat tidur tapi tak puas tidur.. tugasan sampai tengah malam.. hehe
selamat berhujung minggu...
Friday, May 22, 2009
pengumuman..
petang esok zino akan ke melaka...
ada tugas yg telah di amanahkan..
balik KL mungkin ahad petang kot..
so ada sesiapa yg nak balik melaka?
kalau sempat nak cari asam pedas
yg di warwarkan best tu..
siapa boleh bagi tips? hehe..
ada tugas yg telah di amanahkan..
balik KL mungkin ahad petang kot..
so ada sesiapa yg nak balik melaka?
kalau sempat nak cari asam pedas
yg di warwarkan best tu..
siapa boleh bagi tips? hehe..
Wednesday, May 20, 2009
sakit....lidah...
Dari semalam adik komplain... lidah sakit.. nak makan pun susah..
so bawa le ke klinik baru je balik.. pesakit terakhir malam ni..
ambik No petang tadi, tapi malas nak tunggu..
agak2 nak tutup baru le pergi
jalan kaki je..
Doktor kata pasal makan aiskrim.. atau minum benda sejuk..
dah agak dah.. so macam2 Doktor pesan ..
tak tau la bertahan berapa lama
zino pun cakap kat adik..
"kalau nak elok lepas ni jangan minum air batu lagi"
"kalau dah elok boleh?"
"nanti sakit lagi abah tak nak bawa klinik"
"adik makan la ubat ni"
mari kita tengok berapa hari adik ingat pesan Doktor tu.. hehe
bila tak ada apa nak buat...
si alang sekarang ni sedang bercuti.. so apa lagi duduk je lah sorang kat rumah.. fizah pun petang baru balik sekolah, kami pulak kadang tu sampai ke malam.. dan dia di tugaskan belikan kakak makanan utk lunch.. pendeklah sikit kaki nak melencong keluar
agaknya boring tak ada kerja nak di buat dia pun surf internet .. nak tau apa dia cari hehe.. resepi buat kueh.. fizah gelak besar tengok gelagat alang.. along pun komen.... dah tak ada keje lah tu..
so sibuk lah alang bertanya mak dia macam mana nak masak kek.. hehe.. zino tak sempat nak saksikan sampai habis episod alang adun resepi dia tu.. pasal mengantuk sangat esok nya baru zino tengok hasil kerja anak bujang tu..mmm boleh tahan juga.. hehe
sedap juga..

Tuesday, May 19, 2009
walkabout
semalam zino ikut kumpulan kerja berjalan kaki dari hq ke KLCC melalui beberapa kawasan jalan dan bangunan.. tujuan nya ialah untuk mencari dan membentuk satu rangkaian pejalan kaki bersepadu di sekitar ibu kota.. meningkatkan kemudahan yg ada memberi keselesaan dan keselamatan dan menggalakkan warga kota berjalan kaki demi untuk kesihatan....
sepanjang perjalanan tersebut masing masing akan mengambil gambar, merekodkan apa saja yg di temui, sama ada halangan, potensi laluan, keadaan sedia ada, kemudahan yg perlu di pertingkatkan dan sebagainya.. so kepada warga kota yg prihatin, mari kita tengok gambar2 ni dan cuba cerita kan apa yg anda tau tentang gambar2 tersebut..
gambar 1
gambar2
gambar3
gambar4
gambar5

Sunday, May 17, 2009
arnab yg comel...
baru sat tadi zino dengan mem pegi ke rumah ipar .. nak pinjam satu buku utk fizah.. anak ipar ni ,sepupu fizah baru lepas SPM.. result amat cemerlang, dan telah pun menerima tawaran biasiswa ke luar negara.. syabas Azrin.. pegi kemana dan bila kita tunggu maklumat yg bakal datang bila bila masa..
tapi nak cerita dulu tentang sekor arnab yg di bela.. cukup jinak, suka melompat, suka sondol kat kaki , suka bergurau.. suka kejar orang hehe.. mem terlompat di buat nya bila buka pintu di sambut arnab yg jinak ini hehe..nak tangkap gambar pun susah asyik melompat mengejar mem ke sana ke mari hehe
anda suka arnab yg montel ni..? hehe
teknologi
teknologi membantu kita menyelesaikan banyak masaalah tapi tidak semua masaalah boleh di selesaikan menggunakan teknologi , cara convensional masih perlu di gunakan..
setuju dengan pandapat ini? ..
Saturday, May 16, 2009
tak tunggu lama..
hari ni mission utk menampal dan menukar tayar.. memang dah dalam perancangan utk menukar dua tayar depan.. the flower alredy finish hehe bila dah terpaksa ke wokshop kena lah lakukan dua dalam satu.. tukar dan tampal..
pekerja: "wa.. semua pun ambik gambar, mau belaja ka?"
zino: tak la saya mau masuk intenet, kasi iklan lu punya kedai ma"
pekerja: "oooo.. itu macam ka"
tapi tak dapat diskaun pun.. bayar sama saja.. tukar tayar buat balancing.. buat aligment.. terharu juga dengan kos nya.. nak buat macam mana kan.. so lihat la beberapa keping gambar yg sempat di rakam.. tokei dah suspen bila zino asyik ambik gambar je hehe..
dan tak lupa sempena hari guru, zino nak ucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu di malaysia ni terutama cikgu yg membaca blog zino.. jasa anda semua amat di hargai.. macam kami ni mana ada hari special utk kami... hehe tak pernah dengar lagi hari jurutera hahaha...
tayar lama perlu di keluarkan dulu..
proses nak keluarkan tayar lama dan masukkan tayar baru..
tayar baru.. ready to roll..
menunggu tayar baru... sempat tokei tu kata.. awak punya breakpad dah nipis la...
nak duit lagi la tu hehe..
alat yg di pasang kat tayar.. nak tengok pisisi tayar tu tegak ke senget..
dari belakang pulak.. kalau tayar makan sebelah maknaya aligment dah tak betul..
mesin utk check aligment tayar tu.. ada no2 yg mereka semak..

Friday, May 15, 2009
sabar menunggu...
angah dalam debaran menunggu .. bagitu juga kak ngah.. bila memikirkan saat bagini teringat kisah semasa kami menghadapi situasi yg sama dulu..dan beberapa peristiwa yg berlaku masa itu...
menyambut kelahiran anak sulung paling mengembirakan.. masa tu kami duduk di ulu klang, jalan genting klang masa tu kecik je.. bila nak bawa baby balik banjir di setapak.. so kami terpaksa singgah di rumah mak sedara di setapak tu.. esok nya baru lah ampang..
masa kelahiran angah, berlaku gerhana matahari, lahir tengah hari masa nak bawa baby balik kereta zino tak boleh start, terpaksa lah balik naik teksi .. bila semua urusan dah siapa baru zino pegi kespital utk membawa kereta ke woksop di kg baru..
alang pulak lahir hari jumaat, yang zino tak boleh lupa zino balik sekejap utk sembahyang jumaat , bila balik semula ke spital tengok dah ada baby sebelah mem, zino siap tanya baby siapa tu? hehe..
cuma masa hafizah lahir zino ada di labour room.. pasalnya nak sangat tengok baby girl lahir.. hehe bila doktor kata baby girl macam tak caya lagi tu.. hehe.. masa along dan angah lahir dulu di HKL memang tak ada can nak masuk pun, masa alang pulak tak sempat2 nak keluar hehe..
dan yg akhir sekali si hazwan, masa tu mem tak ada rasa nak bersalin pun dah siap nak pegi kerja tapi dia kata kaki sakit, so zino cadang ke spital dulu.. bila sampai spital misi kata dah nak bersalin ni.. HUKM pun tak bagi zino masuk.. oleh kerana belum sarapan zino pun turun sekejap nak sarapan.. lepas sarapan duduk balik kat temapt menunggu tu.. lama lepas tu misi cakap.. baby dah lahir pun ada kat wad..
pendek kata semua nya mudah utk mem.. syukur alhamdulilah.. sekarang turn angah menunggu kelahiran baby sulung.. semuga semua nya selamat kami di sini sentiasa mendoakan kakngah dan baby selamat ...

Thursday, May 14, 2009
masih pasal kereta...
alang nak pinjam kereta nak ke UKM.. nak hantar kawan balik kata nya..so dia pegi lah isi minyak.. sampai di stesyen tetiba tayar kempis... lepas tu isi lah angin...kempis lagi.. isi lagi.. dan terus drive semula ke rumah.. nasib baik masih di BTR.. so apa lagi mulalah operasi tukar tayar .. zino jadi supervisor je lah.. itu tugas alang dengan along
rupanya kena paku.. tapi paku tu jangan di cabut tuan tuan.. biar kan kat situ nanti senang untuk proses tampal ..agaknya kena masa dalam perjalanan ke stesyen minyak tadi lah tu.. kira nasib baik juga lah perasan cepat dan sempat balik ke rumah.. kalau kena nya masa ke UKM tadi kan ke haru.. so mem tak konfiden bagi alang guna kereta tu takut tayar tu bocoh balik .. oh alah...
so alang pun guna kereta along... semuga selamat pegi dan balik..
alang dan along sedang bertungkus lumus
alang sedang training tukar tayar..
lihat lah paku tu tuan tuan.. selepas di uji memang angin keluar..
"flower" dia pun dah nipis tayar tu..

Tuesday, May 12, 2009
problem solved....
Masaalah kecurian kereta semakin menjadi jadi.. setiap hari akan ada kenderaan di curi.. dan pelbagai kaedah kreatif di lakukan untuk memastikan kereta kesayangan tidak di curi orang.. terutama kepada kereta yg berharga tinggi.. dan menjadi kesayangan.. perbagai gejet tambahan ada di jual di pasaran untuk meningkatkan sistem keselamatan untuk kereta..
tapi adakah jaminan kereta tersebut tidak menjadi mangsa kecurian.. ok.. ini ada beberapa kaedah yang akan memberi mesej jelas kepada bakal pencuri.. supaya tidak meneruskan niat mereka...
anda berani melakukan nya..??? hehe..
rantai kan tayar kereta anda tu.. agaknya dia dapat idea ni dari rantai motosikal tu agak nya.. hehe
bakal pencuri mesti geleng kepala tak hingat bila tengok steering lock macam ni..
kalau rasa tak selamat juga.. upah pengawal keselamatan macam ni hehe
gambar gambar dari email yg di terima.... selamat mencuba..

Monday, May 11, 2009
Sunday, May 10, 2009
jalan jalan cari makan......
Sebelum balik kampong.. kami ke shah alam menziarahi kubur arwah MIL.. dan balik ikut hiway elite.. dalam perjalanan balik tu teringat nak makan di seremban.. kata nya ada satu kedai yg menjual beranika masakan kampong dan exotik.. aku pun mint alang sms sepupu di segemban.. sebentar tu hubby dia call, bertanya kami kat mana.. masa tu baru sampai KLIA.. so dia minta kami tunggu selepas tol segemban.. dulu pernah tanya juga tapi panduan yg di berikan buat zino makin gelap nak cari hehe..
pendek cerita jumpa lah kedai yg di cari cari.. tak jauh dari sekolah Rendah Rahang, tapi sepupu tak joint sama makan.. undang2 dio hari minggu tak makan nasi.. ado ko!! hehe..a la mak ai banyak nya lauk pauk tradisi negori.. ikut hati nak gaso sumo tapi apa kan dayo.. mem yg ambik dio ikut cita rasa dio lah.. kalau zino agaknya semua yg exotik tu yo..tapi takut den sorang yo makan hehe.. tak po lain kali boleh singgah lagi.. mungkin erna, happyifra dan syareena boleh joint samo hehe.. ado satu masakan yg zino raso dah lupus tapi ado di sediakan.. masak lomak jangek .. ponah donga tak? hehe.. ado jugak masak pelandok.. dan macam2 lae lah.. kang tengok lah gambar yo sompek den ambik..sogan nak tangkap sumo..
sambal tumbok ikan bileh tu memang nostalgia.. lamo botol tak jumpo hehe
antaro lauk yg ado.. sogan pulak nak ambik gamba hehe..
sapo suko lauk ni? sodapp hehe
atau yg ni.. kono lah cubo try dulu..
sambal pun ado bemacam gaso..
bilo selesai makan... licin..
bilo dah hongeh baru lah balik kampong, singgah pulak kek supermaket kek simpang tigo chembung tu.. beli barang dapur mak, bogreh ,gulo, tepong, susu dan macam2 lae lah.. agaknya kek sini lah syareena soping hehe.. dalam perjalnan balik tu singgah pulak kek air paneh mayon, bukan kek podeh tu.. ni air paneh free hehe.. tak ramai yg tau.. tapi memang paneh.. namoe pun air paneh kan hehe.. adik memula colop kaki yo lopeh tu terus mandi..kalau ado yg longoh longoh badan ko, sakit2 sondi ko boleh la berendam dalam air paneh ni..biar soga balik.. hehe last den datang sini maso sekolah marin.. osah lamo e.. tompek tu kocek yo , nak mandi kono lah cedok air dalam kolam kek topi tu bukan tompek air gomdam kaki tu..
air paneh mayon..sojak den kocik dulu macam ni lah rupo e..
adik memulo terjorit paneh lelamo naik syok terus buka baju hehe
masih acah lagi tu.. belum mandi lae..
sekarang ni kek kampong musim paneh... mak ai paneh botull duduk ateh paneh duduk bawah paneh.. angin pun tak bertiup .. bepeloh di buek e.. omak dan ayah pun batuk batuk yo.. agak e pasal cuaco ni jugak la.. musim kemarau macam nak datang yo ni.. sebelum balik poe pulak ke LC tengok rumah mem, lalang dah kono tobeh tapi kono lah balik selalu tengok lopeh ni.. dan lopeh tu poe pulak ramuan cino ziarah kakak mem yg dah bertahun lumpuh sejak kono strok dulu.. bilo balik KL dah malam.. dan sompek lae singgah shah alam rumah kakak mem..
matohari nak masuk tidur..
ok lah itu lah perjalanan kami seharian.. memang tak pueh balik sekojap.. minggu dopan den nak balik lae.. kesian mak dan ayah..
ps: kalau ada yg tak paham bahaso yg di guna jangan sogan bertanyo yo hehe..

nak balik kampong...
dah beberapa kali hajat nak balik kampong tertangguh.. sepatutnya semalam balik tapi tertangguh lagi.. ada majlis kenduri kawin di rumah jiran.. dan sebelah malam nya pula ipar buat majlis tahlil di Shah Alam.. Di kampong pun ada jemputan kenduri tapi kena lah utama kan yg dekat dulu..
so inshaAllah kalau tak ada aral melintang kami akan balik kampong sebentar lagi.. walaupun tak bermalam di kampong , asal dapat jumpa ayah bonda pun dah cukup baik.. nak salam mak, nak cium mak dan ayah .. dan makan masakan mak.. semalam pun adik dah balik dulu.. sebelum balik nanti singgah dulu di hypermarket beli barang keperluan dapur mak di kampong tu..
kepada yg masih di kampong .. selamat sejahtera bersama keluarga.. kepada yg tak berkesempatan balik.. hubungi lah orang di kampong.. kepada yang ibu bapa telah tiada.. panjatkan berbanyak2 doa utk mereka.. amin..

Saturday, May 9, 2009
Kota darul Ehsan..
fakta sejarah..
Kota Darul Ehsan is a row of arches symbolizing the border on Malaysian Federal Highway between the Federal Territory of Kuala Lumpur and Malaysian state of Selangor. Erected on Federal Route , it is the biggest arch in Malaysia.This arch symbolises the sacrifice of the Selangor state to the federal government. This arch was officially opened in 1981.
gambar ni zino ambil semasa dalam perjalanan balik dari subang Jaya.. sambil melayan jem yang menyebabkan perjalanan 1/2 jam menjadi lebih satu jam...cantik kan...
Friday, May 8, 2009
mari menabung..
kita di galakkan bersedekah apatahlagi di hari jumaat.. kalau di masjid Jamek tu bila kita keluar sahaja dari masjid kita akan dapati berderet "fakir" miskin menghulur tabung, bekas, tangan utk mendapat belas ihsan dari jemaah ....
Baru baru ni bila zino berkampong seminggu di Subang Jaya, zino terlihat satu mesin di dalam masjid berhampiran, mula ingatkan mesin ATM biasa, rupanya mesin ATM utk berderma.. bagi memudahkan jemaah yang tak bawa duit "kecik" yg hanya ada bank card atau credit card utk mendeposit kan derma mereka melalui mesin tersebut.. maka akan lebih mudah jemaah yg ingin menderma dengan nilai yg lebih tinggi..dan di jamin selamat..

Wednesday, May 6, 2009
Di persimpangan???
Kadang kala kita berada di persimpangan, sukar untuk membuat pilihan.. sama ada ke kiri atau ke kanan.. sama ada utara atau selatan.. sama ada timur atau pun barat.. walau apa pun pilihan yg ada kita buat kita perlu yakin, kita telah membuat pilihan yang bijak...
tapi di persimpangan ini saya cukup yakin anda mampu melakukan nya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
tapi di persimpangan ini saya cukup yakin anda mampu melakukan nya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
meetinggggg...
sekarang dah jam 12.20.. pm.. zino baru balik dari satu mesyuarat/perbincangan.. bermula jam 8.30 pagi tadi sampai la ni baru habis.. penat ..mengantuk.. dan teringat .......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
untuk kembalikan kesegaran......hehehe....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
untuk kembalikan kesegaran......hehehe....