Friday, July 31, 2009

terkedek kedek

jom tengok aksi arifah....







Wednesday, July 29, 2009

agak sibuk....

sejak dua menjak ni zino agak sibuk sikit... kalau zino tak dapat atau tidak berkesempatan utk melawat ke blog kawan kawan minta maaf je lah ya.. balik lambat dan selalunya dah penat.. macam malam tadi , dah le balik lambat kena pulak keluar utk joint perjumpaan persatuan penduduk..

nasib baik majlis berjalan lancar, ada juga yg mula nak timbulkan "masaalah" tapi big bos cepat cepat cantas tak bagi dia cakap yg bukan bukan.. so semua nya happy , berakhir dengan senyuman.. tapi mata mengantuk.. berakhir jam 1.00 pagi.. nak bagun tidur pagi tadi hujan lebat le pulak.. rasa nak sambung je .. hehe tapi 5.30 kena juga bangun.. nak buat macam man kan..

pagi ni ada satu talk pasal green building index.. apa lagi tersangguk sangguk dek mengantuk sangat.. sesi petang zino tak tunggu.. lagi pun ada tamu nak datang..selesai satu hari lagi tugasan... sat lagi dah boleh balik.. tak larat rasanya nak stay lama .. i need a vacationnnnn

Monday, July 27, 2009

semakin hampir...

Kes kematian pertama akibat H1N1 baru baru ni melibatkan seorang pelajar Indonesia yang belajar di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.. Sebagai langkah pencegahan pihak pengurusan bangunan di mana kolej di tempatkan mengedarkan secara percuma penutup mulut utk semua penyewa di premis tersebut utk di pakai sepanjang waktu sekurang2nya utk tempuh seminggu.. langkah langkah lain pencegahan juga di pertingkatkan seperti menjaga kebersihan tandas, lift dan sebagainya...

Pejabat kami ..kami juga tidak terkecuali di bekalkan dengan penutup mulut tersebut....kerana kolej tu hanya bersebelahan je...



nak kena pakai la kan ....

Sunday, July 26, 2009

kata nak ke JJ

sejak pagi tadi mem sebut nak ke JJ nak beli barang keperluan.. tapi sampai sekarang masih belum bergerak.. ada je kerja yg di buat nya... last last zino tengok dia dah tertidur kat atas tu mmmm ..sabar je lah..

Saturday, July 25, 2009

H1N1....bila akan berakhir nya...?

Nampak gaya nya masaalah penyakit H1N1 tidak akan reda dalam masa terdekat ni.. semakin ramai suspek dan positif di jangkiti penyakit berbahaya ni.. penawar nya masih gigih di cari.. kalau pesakit di kesan di sesabuah sekolah maka sekolah itu akan di tutup selama satu minggu dan semua murid akan di quarantin dalam tempuh yg sama juga.. maka akan melibatkan 30 ke 40 orang murid.. dan kalau penyakit di kesan di sebuah kolej maka kolej itu pula akan di tutup ini akan melibatkan beribu2 orang..sekarang penyakit tersebut telar menular hampir keseluruh pelusuk dunia.. masih ada ke mana mana negara yg bebas H1N1 ni..? entah

kemungkinan sudah sampai masa kerajaan di seluruh dunia memikirkan untuk quarentin di lakukan serentak di seluruh dunia.. cuti di istiharkan di seluruh dunia utk tempuh satu minggu, larangan perjalanan dikuatkuasakan dalam tempuh yang sama, perjalanan dalam negara juga di had kan kepada yg benar benar perlu sahaja.. bermakna usaha bersama mencegah merebaknya penyakit ini.. amacam ada ke yg berani cadang benda ni di PBB hehe..

zino nak ke Shah Alam ambik barang alang, UiTM telah mencepatkan cuti semester dan kampus Shah alam di tutup seminggu..

Friday, July 24, 2009

salam Jumaat...

Tak bosan-bosan rasanya membaca kisah ini...

AIRMATA RASULULLAH SAW...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. 'Bolehkah saya masuk?' tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, 'Maafkanlah, ayahku sedang demam', kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, 'Siapakah itu wahai anakku?'
'Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,' tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan.

Seolah-olah bahagian demi! bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang..

'Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.
Dialah malaikatul maut,' kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya.

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

'Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?', tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
'Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu.
'Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,' kata Jibril.
Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. 'Engkau tidak senang mendengar khabar ini?', tanya Jibril lagi.
'Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?'
'Jangan khawatir, wahai Rasul ! Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya,' kata Jibril.
Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. 'Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.'
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

'Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?'
Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
'Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,' kata Jibril.
Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi.

'Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.'
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, ! Ali segera mendekatkan telinganya. 'Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku'
'peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.'


Diluar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.
Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

'Ummatii,ummatii,ummatiii?' - 'Umatku, umatku, umatku'
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?
Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB:
Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mengingat maut dan mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita.

Wednesday, July 22, 2009

hadiah...

Sebelum ni zino pernah cerita kena ganti bos jaga opis, bila bos balik dari CINA dia bagi zino hadiah ni.....






dia kata thanks u sebab zino bantu dia uruskan opis selama 10 hari... macam macam hal berlaku tapi semua di tanggung beres hehe.. bila balik dari genting zino tengok atas meja ada satu sampul.. bila di buka rupanya zino dapat hadiah , ini lah hadiah nya...




terima kasih pB, kerana sudi bagi hadiah tu.. lepas habis buku yg sedang zino baca sekarang zino akan baca buku ni.. tentu dah ramai yg dah baca buku ni kan.. sekali lagi terima kasih... ada tak sesiapa lagi nak bagi zino hadiah? hehe

Tuesday, July 21, 2009

alam sekitar

















lupakan dewan yg sejuk, lupakan perbincangan yg hangat,
mari kita lihat alam sekitar yg indah dan damai....

misi di teruskan....









Diluar sana berkabus maknanya cuaca agak nyaman, walaupun tak berapa sejuk.. kalau kat puncak sana harus lebih sejuk.. tapi di dalam dewan tetap hangat dari pagi sampai ke malam.. malam ni sampai jam 12 lagi.. nasib baik hotel ni bagi laluan internet free.. so tak ada lah terputus dari dunia di bawah sana hehe..

ok lah hari pun dah malam.. selamat malam.. esok ada lagi program...

Sunday, July 19, 2009

lapuran dari Awana, Genting

Sekarang zino berada tinggi di Awan.. oops bukan di awana, Genting akan berada di sini selama tiga hari sehingga Rabu nanti.. bila tengok program, padat dan sendat.. ada ke masa nak bersuka ria? macam tak ada ada ke masa nak bersenang lenang? macam tak ada.. ada ke masa nak beroler coaster?.. macam tak ada..

tunggu lapuran selanjut nya sekian terima kasih

Saturday, July 18, 2009

balik kampong...

memang hari ni kami buat plan mengejut nak balik kampong.. mem kata nak makan cendol leman dawi, zino nak dengar apa lagi leman dawi nak celotehkan.. hehe.. lepas sarapan pagi tadi pegi bangsar dulu.. mem nak ambik baju yg dah lamo di tempah.. zino pun ada tempah satu baju batik tapi kedai lain la.. baju zino siap baju mem belum siap2 lagi hehe

lepas tol sg besi singgah dulu isi minyak dan buat urusan apa yg patut.. masa tu ayah talipon, katanya tetiba mata mak sakit tak boleh buka.. cara ayah beritau zino dapat rasakan ayah cukup risau dengan keadaan mak, apa lagi berdesup la zino terus balik ke kampong.. leman dawi boleh tangguh di lain masa.. sampai ke rumah terus cari mak, ayah dah tunggu di pintu.. mata mak berair dan merah, tak boleh nak buka sakit.. terus ajak pegi klinik..di Tampin sana..

bila sampai klinik yg biasa mak datang tutup le pulak.. jam 2.00 baru buka balik.. kena lah ke klinik lain juga berhampiran , ada antibiotk, ada ubat tahan sakit, ada ubat titik dalam mata dan ada jel utk mata.... harap2 dengan ubat ubat tu mata mak akan segera baik.. inshaallah.. lepas urusan di klinik ajak ayah mak makan terus kat tampin, tapi tak geti restoren mana nak masuk, cubo yo lah satu restoren tu.. sodap la pulak walaupun berair mato dek podeh e.. hehe.. hazwan pun sampai terjelir lidah menahan podeh tapi ayam rendang yg di ambik nya licin juga hehe

kat depan rumah ada duku langsat, ada rambutan ... apa lagi poe petik je lah.. tinjau juga manggis .. tak ada pulak buah.. kalau ada mau juga poe panjat makan atas pokok tu.. tapi tak boleh lasak sangat kalau bergoyang lebih sikit nanti semut2 akan keluar menyerang hehe.. memang tril makan manggih atas pokok dia ni hehe... ok lah cukup dulu siaran kali ni.. dan apa yg anda buat dihujung minggu??

esok zino akan outstation sehingga rabu..

Thursday, July 16, 2009

sepandai2 tupai melompat.....

ada seorang staff kat opis zino tu... kumpulan sokongan.. perempuan... dah bekerja setahun lebih la kot.. nampak ok .. tak ada masaalah besar bekerja macam orang lain juga.. tetapi...

baru baru ni terbongkar...salinan sijil yg di kemukakan ternyata palsu.. agaknya di lakukan dengan superimposed atau pemalsuan fakta sijil.. zino tidak melihat salinan tu.. so tak boleh nak komen kaedah mana yg di guna.. sumber manusia menubuhkan satu panel menyiasat.. macam mana penyamaran terbongkar zino pun tak tau..

akhirnya ternyata sah pemalsuan berlaku.. tindakan hanya satu buang kerja.. dah pun di buang.. ada ke tindakan lain yg akan di ambil atas kes penipuan ni terpulang kepada panel tersebut..sungguh berani dia.. sungguh selamba.. tapi adakah tindakan juga akan di ambil kepada orang yg telah menyesahkan salinan sijil tu.. siap dengan cop "salinan di akui sah"

zino pun banyak kali mengesahkan salinan sijil ni harus kah minta yg ori setiap kali di minta tolong mengesahkan salinan sijil ni??

Tuesday, July 14, 2009

reportcard..

Setiap tahun sejak zaman along dulu lagi zino le yg akan ke sekolah utk ambil reportcard.. anak anak..berjumpa cikgu dan cikgi.. dan bincang apa yg patut.. tapi pagi tadi memang tak berkesempatan langsung.. ada banyak urusan di pejabat... tak dapat nak ke sekolah fizah utk ambil report card..

so malam tadi zino siap pesan dengan jiran, yg anak dia pun sama sekolah dengan fizah tapi berlainan kelas.. utk tolong jadi wakil berjumpa cikgu fizah dan ambil reportcard.. dan bawa fizah balik...agaknya apa lah kata cikgu .. boleh pulak main kirim kirim.. hehe.. kalau cikgu nak bagi nasihat dia kena lah nasihat dengan jiran zino tu , kalau nak pesan apa pun kena lah pesan dengan dia juga hehe... atau cikgu boleh pesan dalam blog ni atau FB hehe ..

result, alhamdullilah... 8A1 dan 2A2.. semuga berterusan sampai ke SPM nanti.. inshaAllah..

Monday, July 13, 2009

lawatan kerja......



















Petang tadi berkesempatan menyertai lawatan kerja menteri ke Pudu Raya dan Petaling Street.. ingat tak payah cerita lah mai kita tengok gambar2 je.. agaknya dah dengar dalam berita la kot sebab reporter pun berlambak datang hehe

ada yang tanya kenapa zino sibuk ambik gambar hehe..

juga dua kisah...

Petang tadi kami ke rumah Angah di presint 14.. dia pun dah tak sabar nak duduk sana.. oleh kerana masaalah yg di ceritakan sebelum ni.. perpindahan di tangguhkan...sampai di Putrajaya lebih kurang jam 7.00 ptg.. lewat sikit sampai kerana menunggu along balik dari JB..

Malam tu kami ada kan majlis membaca yasin dah tahlil di pimpin oleh seorang ustaz muda dari Bangi.. memang tak jemput sesiapa pun kecuali kami anak beranak dengan ipar angah je.. lepas selesai kami makan satay hehe.. sejak dua tiga hari ni asyik makan satay je hehe...

Selesai majlis kami ke Shah alam ke tempat alang, siang tadi alang dah pesan macam2 utk kami bawa ke sana.. semua keperluan tu kami dah sumbat dalam kereta sebelum ke putrajaya lagi.. nak jadi cerita kami sesat entah kemana.. dari lebuhraya bertol sehingga jumpa kilang2, kawasan perumahan dan jalan yg kami lalui semakin kecil dan sunyi hehe..

sudah!!! kat mana pulak ni.. sebatang tanda arah pun tak ada.. zino terus je jalan.. mem dah mula pokpek pokpek hehe.. minta zino buat u-turn.. tapi kalau u-turn pun nak arahkan kemana.. langsung tak ada pedoman.. cepat cepat suruh along On kan GPS... aduh lambat pulak... kami tak putus asa terus berusaha mencari jalan besar.. akhirnya berjaya juga tetiba keluar semula ke jalan menuju shah alam..

selesai misi di tempat alang berdesup balik ke rumah... baju belum gosok lagi..sementara fizah gosok baju dia sempat la zino meng update blog ni...ok fizah pun selesai.. nak gosog baju le pulak..

jumpa lagi...

Saturday, July 11, 2009

aktiviti sabtu....

pepagi dah keluar rumah.. memula hantar fizah sekolah lepas tu terus ke PJ.. ada forum berkaitan public transport.. saja nak dengar apa yang akan di perkata oleh pakar pakar.. ada planner, ada professor, ada developer, ada akitek, ada engineer , NGO's , persatuan penduduk, OKU dan ramai lagi lah.. mengupas isu lama dan baru.. matlamat akhirnya untuk melihat berlaku perubahan kepada sistem pengangkutan awam sedia ada..

satu cabaran besar yang ada dalam sistem pengangkutan di malaysia ni ada 13 agensi yang terlibat dan berkait dengan masaalah pengangkutan.. setiap agensi mempunyai fungsi dan pendekatan yg berbeza , matlamat yg berbeza, keutamaan yg berbeza dan menteri yg berbeza hehe.. so kuasa yg berbeza juga lah jawab nya.. kita ada EPU,MOF,MOT,JPJ,LPKP,PBT,JKR,LLM,POLIS,JPM,KTM, dan beberapa lagi agensi yg mempunyai bidang kuasa tertentu yang perlu di selaraskan untuk membuat sesuatu keputusan.. ada usaha untuk memusatkan semua kuasa ini kepada satu agensi.. berkuasa utk membuat dasar, menyediakan pelan induk pengangkutan dan melaksanakan segala program yg di rancang..

kisah ke dua....

lepas forum kami menjamu selera di sebuah kedai mamak berhampiran.. penganjur tak sediakan lunch.. hehe nak jimat belanja hehe.. masa makan tu baru teringat jiran sebelah ada jemput ke majlis kesyukuran di rumah nya.. bila sampai rumah terus je ke rumah jiran.. majlis kesyukuran kerana anak dia yg aksiden motor superbike dulu (pernah zino cerita di sini) telah kembali pulih seperti sediakala.. kebetulan sorang lagi anak dia yg belajar di Russia, fatin balik bercuti.. Sofie Nur kenal ke?dan anak dia yg sulung baru saja melahirkan anak.. walau pun kami sampai agak lewat tapi majlis nampak bagitu meriah..

bila dah sampai majlis tu kena juga lah makan walaupun jamah sikit je.. dah konyang.. hongeh den.. hehe

Friday, July 10, 2009

jom layannn...



kalau tuan puan ke Seremban,
jangan lupa singgah di sini...
seronok pulak dengar dia berceloteh..
bukan dia main hentam koromo je..
cuba check figure yg di beri tu..
betul ke tak..

Wednesday, July 8, 2009

uji minda anda...



lihat gambar di atas betul betul dan
jawab soalan di bawah..

1.bangunan apa kah ini?
2.di mana letaknya bangunan tersebut?
3.apakah kemudahan yg ada ?
4.agensi apa yg beroperasi di sini?
5.pernah kah anda melihat nya?
6.pernah kah anda datang ke sini?
7.tau kah anda terdapat gerai makan di sini?
9.tau kah anda POS pun ada di sini?
10.tau kah anda stesyen LRT ada berhampiran bangunan ini?
11.tau kah anda tau kah anda???

Monday, July 6, 2009

ada sesuatu......

sejak berpindah ke Putrajaya angah belum lagi duduk ke sana... lepas angkat barang dulu dia terus duduk kat rumah kami.. sebab seminggu lepas tu nak hantar kakngah balik ke ketereh.. so dia bercuti hampir sebulan menunggu hari kakngah bersalin.. lepas bersalin kakngah tinggal di sana dan angah balik utk memulakan tugas di tempat baru .. selang beberapa hari terbang pula ...

so baru ahad lepas dia nak mula duduk di rumah baru tu.. petang tu dia talipon.. ada "sesuatu "kat rumah tu... baby asik menangis bila masuk ke rumah dan dia dengan kakngah terasa "sesuatu" tu , rumah tu ada 4 bilik.. di salah satu bilik tu dan di bilik air terasa keras.. setiap kali masuk ke bilik tu meremang bulu tengkok.. baik kakngah baik angah.. baby lelebih la meragam..

malam itu juga angah balik ke rumah kami.. aku nasihat duduk dulu di BTR sehingga sesuatu di lakukan supaya "sesuatu" itu meninggalkan rumah .. dan jangan bawa baby kesana dulu.. macam macam nasihat telah aku dapat apa yg patut di lakukan.. apa pendapat anda dengan makluk halus ni?

Sunday, July 5, 2009

jalan yg menyesatkan..

Balik dari LCC ternampak satu papan tanda, lebuhraya MAJU, jalan Tun Razak.. sangat teruja nak ikut jalan tu.. setahu zino lebuhraya tu baru sampai Putrajaya.. kalau dah boleh sampai ke KLIA ok lah ada altenatif ke tiga.

jam dah 12.00 malam.. mata pun dah tak berapa fokus.. beberapa perkara berlaku sebelum angah dapat flight ke KB semalam tu.. (lain kali cerita lah..) so kami pun decide nak ikut jalan tu balik ke KL.. bermula dengan jalan biasa.. jalan dua lorong yg agak sunyi.. pasal dah tengah malam kot.. sangat mudah terus je... kecuali dua simpang pertama..

bila jalan yg pertama kali di lalui pedoman hanya papan tanda.. kalau dia kata belok kanan, kanan lah kalau dia kata terus tu terus la.. tapi masaalah nya bila termiss baca papan tanda alamat menyesatkan kan.. hehe Jalan tu terus menuju ke Putrajaya, sepatutnya sebelum masuk ke LRM tolong la pasang papan tanda yg mencukupi.. ini tetiba je nampak papan tanda dan kami berada di lorong yg salah maka tak sempat nak melencong.. tak apa lah kita terus je boleh ikut jalan biasa.. nampak pula satu papan tanda kata ke Kuala Lumpur .. tetapi tetiba terasa akan masuk LDP hehe.. cepat2lencong ke Sri Kembangan dan serdang.. tak pasal2 kena lalu melalui satu perjalanan yg jauh sebelum sampai KL. hehe

semalam masa nak jemput angah, zino tak puas hati cuba lagi guna LRM, masuk ikut bukit Jalil..lepas bayar tol ada satu papan tanda KLIA.. terima kasih MAJU.. tetapi rupanya papan tanda tu menghalakan kali ke LR Elite.. chisss.. terkena lagi.. sepatutnya nak guna balik jalan yg kami lalu semalam..hehe

tak apa lah lain kali kami akan cuba lagi sehingga berjaya.. itu lah sukar nya kalau tak cukup papan tanda arah.. boleh buat kami tak tentu arah hehe

Saturday, July 4, 2009

OKU dan anda...

Hari ni zino berpeluang menyertai program bersama OKU.. lebih kepada melihat keperluan OKU dalam pengankutan awam, terutama sekali bas.. supaya mereka juga berpeluang seperti orang lain bebas bergerak kemana mana tanpa sekatan dan kekangan..

Isu ini telah di bangkitkan sekian lama.. tapi nampak nya penyelesaian masih belum di perolehi sepenuhnya.. masih banyak kerja yang perlu di lakukan.. baik di pihak pemilik dan pengendali bas , dalam kontak ini RAPIDKL dan juga pihak PBT .. perbincangan demi perbincangan telah di lakukan , lawatan tapak, retreat dan sebagainya.. tetapi masih jauh dari mencapai satu matlamat.. ada masih banyak kerja yg perlu di lakukan..

Pihak RAPIDKL telah menyediakan 100 bas yg di katakan mesra OKU, tetapi apa yg di sediakan rupanya masih belum mencapai tahap yg di katakan selesa kepada OKU.. pihak PBT juga di katakan perlu menyokong dari segi penyediaan kemudahan tempat menunggu yg juga perlu mesra OKU.. beberapa komiti telah di tubuhkan tapi masih belum ada keputusan konkrit... pendidikan dari segi pemahaman keperluan OKU perlu di teruskan kepada semua pihak, supaya kepekaan dari segi penyediaan kemudahan mesra OKU di titik beratkan.. tidak guna menyediakan kemudahan tetapi sebenarnya menjadi satu kesusahan kepada yg ingin menggunakan nya..

sekarang ini kita bercakap pula pasal universal design.. satu rekabentuk sesuai utk semua golongan , bukan lagi tgertumpu kepada satu satu golongan sahaja.. zino pernah menulis perkara yg sama sebelum ini tapi sehingga sekarang berasa agak kecewa kerana hasil nya masih belum kelihatan.. Walaubagaimana pun program hari ini memberi harapan baru kepada persatuan OKU dan pihak pihak tentang tanggungjawab masing masing demi memahami tugas dan keperluan OKU dan memberi keselesaan kepada mereka menjalani kehidupan seperti orang biasa..

mari kita tengok gambar gambar ni....



ramp bagini bahaya kepada OKU


melihat kemudahan di lapangan..


sesi penerangan di hadapan bas RAPID..


pengangkutan khas utk OKU


sesi ronda ronda bersama bas RAPIDKL


ramp dari jalan raya ke hentian bas


gradient yg agak tinggi , bahaya kepada OKU


CEO RAPIDKL turun padang pemberi penjelasan..

Thursday, July 2, 2009

award...










ini adalah award2 yg pernah di terima ...
selalunya bila dapat simpan je dalam lemari..
sebelum lemari tu penuh ..
elok zino buat pamiran dulu.
ada yg bernama dan ada yg tidak..
pokok nya semua award tu dari kawan yg best..
yg tak bagi award pun best juga.. hehe

kepada yg berkunjung ke blog zino..
mari kita share semua award ni..
dan kepada semua

terima kasih kerana sudi berkawan dengan zino..
tak sangka dapat ramai kawan dari blog ni..
ada yg dah jumpa
ada yg belum jumpa
dan ada yg nak jumpa hehe

Wednesday, July 1, 2009

enak...nya





memang sodap..
memang enak..
memang .... mmmmmmm
tak payah cakap la..

semalam keluar waktu lunch cari doreyan....hehe