pepagi dah keluar rumah.. memula hantar fizah sekolah lepas tu terus ke PJ.. ada forum berkaitan public transport.. saja nak dengar apa yang akan di perkata oleh pakar pakar.. ada planner, ada professor, ada developer, ada akitek, ada engineer , NGO's , persatuan penduduk, OKU dan ramai lagi lah.. mengupas isu lama dan baru.. matlamat akhirnya untuk melihat berlaku perubahan kepada sistem pengangkutan awam sedia ada..
satu cabaran besar yang ada dalam sistem pengangkutan di malaysia ni ada 13 agensi yang terlibat dan berkait dengan masaalah pengangkutan.. setiap agensi mempunyai fungsi dan pendekatan yg berbeza , matlamat yg berbeza, keutamaan yg berbeza dan menteri yg berbeza hehe.. so kuasa yg berbeza juga lah jawab nya.. kita ada EPU,MOF,MOT,JPJ,LPKP,PBT,JKR,LLM,POLIS,JPM,KTM, dan beberapa lagi agensi yg mempunyai bidang kuasa tertentu yang perlu di selaraskan untuk membuat sesuatu keputusan.. ada usaha untuk memusatkan semua kuasa ini kepada satu agensi.. berkuasa utk membuat dasar, menyediakan pelan induk pengangkutan dan melaksanakan segala program yg di rancang..
kisah ke dua....
lepas forum kami menjamu selera di sebuah kedai mamak berhampiran.. penganjur tak sediakan lunch.. hehe nak jimat belanja hehe.. masa makan tu baru teringat jiran sebelah ada jemput ke majlis kesyukuran di rumah nya.. bila sampai rumah terus je ke rumah jiran.. majlis kesyukuran kerana anak dia yg aksiden motor superbike dulu (pernah zino cerita di sini) telah kembali pulih seperti sediakala.. kebetulan sorang lagi anak dia yg belajar di Russia, fatin balik bercuti.. Sofie Nur kenal ke?dan anak dia yg sulung baru saja melahirkan anak.. walau pun kami sampai agak lewat tapi majlis nampak bagitu meriah..
bila dah sampai majlis tu kena juga lah makan walaupun jamah sikit je.. dah konyang.. hongeh den.. hehe
20 comments:
hehehe~
makan jgn tak makan..
makan sampai 2 kali tu~
rezeki hehe
Penuh jadual hujung minggu,Alhamdulillah.
mmg penuh jadual sabtu ni ye?
makan n makan n makan...yummy~~
saya tak kenal fatin tu...negara berlainan...hehe
silversarina
tunggu rancangan untuk esok pulak hehe
kakelle
sabtu berlaku dengan program penuh ..
sofie Nur
Fatin pun blurr je bila di tanya hehe
tkpo...jamahla ckit.nnti org sedih pulak dtg majlis tk mkn ;)
liyana
betul ambil hati tuan rumah.. hehe
Demi tak mahu kecikkan hati tuan rumahkan?
Kadang2 demi tak mahu kecikkan hati org rumah, saya terpaksa makan dua kali jugak kalau dah makan di luar dgn rakan2 huhuhu
YB
itu lah kelebihan kita .. walaupun dah kenyang tapi masih boleh spare utk jaga hati kawan hehe..
so sampai besok kenyang ni hehe
acik pun hongeh nih..baru lopeh makan roti canai kat Seri Teja P9...
alhamdulillah....
hehehe... syukur org tu kembali sihat dr eksiden..
makan je kerjo ek?
dah kenyang pun terpaksa 'sumbat' jugak ye~
lupekanje
berapa keping di bedal tu hehe
tulipurple
amin..
jard
rezeki hehe
princess
kena juga lah sumbat...
salam...menarik forum tu...rupanya Malaysia ni memang mengalami masalah yg sama dlm semua aspect...tade satu centralise body yg boleh buat keputusan...then no resolved issue
arsaili
betul.. struktur politik di negara kita menjadi nya macam tu..satu2 isu melibat kan pelbagai agensi.. itu baru isu pengangkutan,
cuba lihat isu imigration sama juga banyak agensi terlibat sehingga sekarang tidak nampak sebarang penyelesaian.. lambakan pendatang dah semakin tenat..
full tank!!!
mingu ni pun dalia pun jadual full giler..tak rehat pun..nasib tak giler,..huhuu...
su
macam tu la gamak nya
dalia
selagi tak gila ok lagi.. on kan je hehe
Post a Comment