Belum tahap 'darurat kesihatan'
Oleh HELMI MOHD.FOAD
pengarang@utusan.com.my
SERDANG 11 Ogos - Kerajaan masih belum sampai ke peringkat perlu mengisytiharkan 'darurat kesihatan' meskipun bilangan kematian dan kes positif selesema babi atau influenza A (H1N1) semakin meningkat.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, buat masa ini kerajaan mengamalkan langkah 'pengelakan sosial' iaitu orang ramai tidak perlu hadir ke majlis-majlis umum termasuk yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
''Tidak payah anjurkan program besar-besaran dan mereka yang mengalami demam, batuk dan selesema tolong jangan hadir ke majlis-majlis umum termasuk kenduri kahwin dan majlis-majlis kerajaan. Ini penting bagi mengelakkan penularan virus H1N1,'' tegasnya.
19 comments:
kata tak bahaya, tapi tiap2 ari ada org mati~
T__T
agaknye kene tunggu anak menteri @ family diorg yang meninggal baru nak umum darurat kot
aduhai~_~
nak mati berapa ramai lagi baru nak umumkan ????
barangkali betul kata mrs azmi tu , bila ada kaum kerabat mereka yang mati baru nak umum :(
Tunggu PM kena H1N1 baru isytihar darurat , entah apa-apa , geram !!
Alaaaa......dah lali dgn benda2 macam ni....negara2 luar semua dah ambik tindakan serius, tapi Malaysia.......
- kita masih di peringkat yang boleh dikawal.
- ekonomi kita masih kukuh
- negara kita aman dan damai
- rakyat diminta jangan buat spekulasi
Itu sebabnya majoriti rakyat Malaysia terutama orang Melayu tetap berada dalam `comfort zone' !
Memang sakit hati.......
hmmm.. hmmm... hmmm...
aduhaaaiiii!!!....
somehow memang zar pelik dengan cara kem kesihatan overtake H1N1 ni. Sepatutnya kita kena tengok dari asas dulu, bukan bila pesakit dah kena virus baru kuarantin sebab masa in between sebelum kuarantin tu berapa org dah dia sebarkan virus tu. Virus tu boleh hidup dalam udara selama 6-8 jam.. just imagine..
Salam. Tak yahlah korang nak komplen2..dah itu langkah yang sewajarnya..ikut je la..
dwang ckp pandai sbb x kena kat dwang....
bahaya kanns..
cuak laa pulak huhuhu
harap kerajaan dpt membendung wabak ini dgn cepat...
Saranan yg sgt Bagus!!... dpt jugak menghentikan seketika aktiviti sosial yg tak bermoral...
x bahaya? bila nk kata bahaya? bila anak2 pak menteri sendiri yg kena ke?
Dalam negara, kerabat raja Pahang, diluar negara Presiden Costa Rica.
itu namanya "cool" tak bertempat!!!!
Langkah wajar apa yang dibuat?
Baru nak atur langkah, orang sakit makin kritikal!
At least edarkan penutup mulut dan hidung kat sekolah2 secara percuma.
Kami baru kumpul $$ gi beli face mask tadi; nak pi satu sekolah pendalaman hantar face mask > Kesian orang kampung kat situ tau, anak-anak di suruh pakai facemask tapi kena beli sendiri. Dah la la ni musim hujan pendapatan tak menentu; kena keluar belanja beli facemask lagi. Minta sekolah bagi percuma, jawabnya belum ada peruntukan dari jabatan pelajaran..huhu.. geram dengarnya! Bagi orang senang OK la.. berapa sen sangat facemask tu.. tapi orang susah.. depa terasa bebannya....
cover line cover line.. selalu macam ni diorang.. nape yek?
WHO telah mengangkat tindakan kerajaan Mexico sebagai yang terbaik pernah ditangani.. itulah dinamakan kerajaan mersa rakyat bukan mesra duit ;D
Post a Comment