Thursday, September 3, 2009
hendak seribu daya..
akhirnya Alain Robert Philippe..alias "spiderman" warganegara Perancis berjaya juga memanjat Menara Berkembar Petronas sehingga ke puncak.., walaupun dia tau dia bakal berhadapan dengan tindakan undang2 tetapi tetap melakukan nya.. dua percubaan yg di lakukan sebelum ini menemui kegagalan kerana berjaya di tahan sebelum sampai ke puncak.. akibat perbuatan nya kali ini dia telah ditahan dan di dakwa dan di denda RM 2000.00..
Mengikut lapuran akhbar , sebelum peristiwa ini beliau telah menawan banyak menara di seluruh dunia dan bercadang untuk menawan bangunan di Dubai pula...
soalnya kenapa ada manusia jenis ini sanggup melakukan sesuatu yang amat berbahaya semata mata utk mencapai kepuasan.. Walau pelbagai rintangan terpaksa di tempuh, risiko yang amat tinggi, tanpa mengambil langkah langkah keselamatan yg mencukupi, hanya berbekalkan kudrat dan keyakinan tinggi untuk mencapai kejayaan dia melakukan nya lagi dan lagi.. semangat yang ada pada philippe yang perlu ada didalam diri kita apabila ingin melakukan sesuatu.. kental dengan pendirian, berani berdepan segala rintangan, bersedia mengharungi sebarang risiko, fokus, punya keyakinan yg tinggi.. dan tidak putus asa bila gagal dalam percubaan pertama..
menara ni yg sedang di perhati utk di panjat selepas ini.. dua kali ganda KLCC..!!!
kata Philippe," Climbing is my passion and life.." anda bagaimana? hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
20 comments:
nampak sgt security klcc teww longgar.. kannns abg zino tewww
football and chemistry are my passion~
ni kali ni polis saje lambat2 tahan ke apa. nape x buat ikut prosedur.
anyway-food is my passion agagga
kita perlu ada 'passion' sebegitu. Jika disalurkan dengan betul Insyaallah tiada lagi 'mission impossible'.
kali ni dia awal2 pagi dh panjat..sbb masa tu guard masih kekenyangan berdengkuran lepas sahur..hahaha..
Zino
Passion tu betul tapi disalurkan ke arah yang kurang betul.. kalaulah kita berpassion begitu dalam menegakkan agama, negara dan bangsa.. alangkah.. alangkah..
wpun daku jenis x gayat..daku x ckup passion nk panjat bangunan sebegitu...heheh
jangan jadi mcm steven yg mati kena sengat ikan pari , dah ler
kalau dah minat....
Teori Maslow kt mtovasi mendorong manusia memenuhi kehendak naluri dan nafsu ..sejauh mana manusia itu dapat mengawalnya
oho..semalam mokcik jumpa dia ni di mahkamah...wow...dikejar dan diserbu oleh media..tapi mamat ni senyummmm jerr...
mokcik pun tak tengok lagi paper..atas kesalahan aper dia kena tuduh ek??
Ala setakat denda RM2k tu sap sap sui jer mamat tu boleh bayarkan..yg penting misi berjaya hahaha
He he... memang dia ni tak de kerja la kot... tak takut mati.
en.me
dia panjat waktu sahur hehe
zara
good one
hanim
ikut prosidur tak lulus hehe.. lagi pun tak trill
Drsam
betul tu semangat macam tu yg kita cari.. tapi perlu ada ilmu dan kepakaran..
Dee
kabar nya dia pun stay kat hotel sebelah je so hari2 dia teropong dan susun strategi..
zar
kalau rakyat malaysia bersemangat macam dia.. aman dunia hehe
intan
panjat pokok kelapa boleh? hehe
pB
malang tak berbau..
cikdinz
betul..
hai lama tak nampak? kemana pergi?
ikan mas
di mana ada kemahuan di situ ada jalan..
azwa
tuduhan kerana menceroboh.. denda maksima 5000 je atau penjara 6 bulan.. oleh kerana kesalahan pertama.. denda 2000 je.. senyum je dia bayar..
kayteeze
satu kerja yg lumayan.. dia bukan datang sorang siap dengan reporter yg guna helikopter.. tunggu cerita dia dalam discovery..
cerita dia dah tersebar di seluruh dunia.. CNN,CNBC, dan entah mana channel lagi buat coverage.. sekurang2nya dia (reporter) akan sebut Kuala Lumpur dan malaysia..dan KLCC..
mana tau lepas ni ramai pelancong yg datang nak tengok tinggi mana bvangunan yg di panjat mamat tu..
Camne dia leh tlepas ke atas bangunan tu? Takde org nampak ke waktu dia mula2 mdaki? Nak cari glamer tu...
err..no komen...
moral of the story;
memanjat mendaki atau yg sewaktunya adalah sesuatu yang sukar dilakukan. tapi di penghujungnya, apabila berjaya...ia menjadi kepuasan dan berbaloi...
untuk mencapai apa2 kejayaan pun, perlu bersusah payah ibarat pendakian atau pemanjatan itu...tidak ada kejayaan yang dicapai tanpa berusaha. Kalau ada pun, tiada kepuasan...
betul tk?
sebab tu dikatakan...penderitaan itu pahit...tapi buahnya manis...hasilnya manis..indah...berbaloi..
tpi si philippe ni, tah haper dia dpt .....just satisfaction kot..??
kirana
glamer dan duit..
acik..
tentu dia mendapat bayaran lumayan dengan pemanjatan yg dibuat nya.. berita dia memanjat telah tersebar di serata dunia.. tentu dia telah buat pakatan dengan stesyen2 TV dan akhbar dengan memberi kebenaran mereka merakam..
dia juga menjual DVD setiap pendakian nya..
Saya panjat benda lain hehehe
Nanti kalau dah agak tinggi saya beritahu org.
Salam - Sumo tu kojo yg x bopaedah , wek jorgeh yo. Apo lah dapek lopeh tu , dapek pakaim golang bosi adalah. Kuk bodobik ke bwh ari tu , sapo nak jawap ?. Ingatlah, jng buek kojo sio2 tu , klau sapo sapo ada kebolehan dan kecekalan cap tu , fikirkanlah untuk kebaikan ummah.
eemmmm macam2 kan manusia ni...
yeah semangat itu harus kita contohi... tapi bab panjat tinggi tu tima kasih je lah... baru 13 tingkat dah loleh... ni kan pulak bertingkat-tingkat lagi... mak aiihhhh cair terus kat tingkap tu nanti ;p
Post a Comment