Tuesday, September 15, 2009

Perwakilan MIC kurang ajar

KUALA LUMPUR 14 Sept. - Tiada istilah lebih tepat untuk dilabelkan kepada perwakilan MIC yang mencadangkan gambar bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dikalung dengan selipar selain daripada 'kurang ajar'.

Presiden Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur (PBKL), Datuk Abdul Malik Mydin berkata, adalah sesuatu yang menyedihkan apabila individu yang terlalu banyak berjasa kepada negara dihina sedemikian rupa.

Beliau turut memberi amaran kepada MIC agar tidak menyimbah minyak ke api dengan menghina pemimpin kesayangan orang Melayu. ''Saya melihat situasi di dalam negara kini kian panas dengan isu perkauman. Maka, usah ada di antara kita yang cuba menyemarakkan perselisihan yang timbul. ''Perlu diingat, MIC tidak sesekali akan berada di tahap ini jika ia tidak mendapat sokongan orang Melayu selaku kaum majoriti. Penghinaan seperti itu sungguh biadab,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
... semakin hari semakin menjadi2 kekurangan ajaran mereka mereka yg tak sedar diri ni... kenapa perkara bagini boleh berlaku..???

18 comments:

INTAN said...

konsep 1malaysia x sebati kot...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

kurang ajar amat tu~

cheryna zamrinor said...

bro...balik kampung, singgah estet kat rantau tuh pastu baling selipar...ape diorg rasa kan?

huhh...perasan bagus diorg nieh...nak bodek je lebih...huhhh...bulan posa nak bg org marah....huhh...geram nieh...huhhh....

MOKCIK AZWA said...

Yang banyak menimbulkan masalah adalah dari kalangan mereka ni la kan...

Selamat hari Raya Aidil fitri

Abang Long said...

Memang KURANG AJAR dan BIADAP !

Irfa said...

saya x berani komen lebih2 sbb x pandai bab politik.tp sungguh takut dgn situasi perkauman yg melanda kita sekarang.
ikhlas cakap,kalau tgk kaum tu saya naik bulu roma..entah kenapa.

Dee said...

lebih2 lak eh..dato' malik mydin tu kawan dee dari lum berenang kt selat inggeris..dia mmg syg Tun..tanpa Tun..impian dia x tercapai..

blackpurple @ jowopinter said...

Dah chief-nya pun lebih kurang sama...

Beraya di mana tahun ini Zino?

Zareda Norman said...

dorang ni memang biadaplah..

Sya said...

Anto balik negeri aje

DrSam said...

dia orang bukan setakat menyimbah minyak dalam api, tapi boleh berjalan atas bara api...sebab tu perasan hebat.

lupekanje said...

isk isk iskk....apa dah jadiiiikk???

Moga Allah lindungi negara kita dari segala kekacauan..

Yunus Badawi said...

sejak kebelakangan ni semakin menjadi2 kaum mereka ni. Tak tahu diuntung betul.....

UnGu VioLet said...

Buat Zino..

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari mar untuk zino sekeluarga..
Mohon maaf zahir dan batin jika ada keterlanjuran kata dan bahasa..

Moga Syawal ini memberikan seribu kegembiraan, kebahagiaan dan kesyukuran buat kita semua.. Amin..

Salam Lebaran ikhlas dari Mar..

Izhal said...

semakin menjadi2...

zino said...

dah tau apa dia jawab....

saya terlepas cakap...boleh terima ke tu?

Yana Ismail said...

Zino..

yana singgah nak ucap..slmt hari raya..maaf zahir batin..huhu :D

RahimSabah said...

Ini adalah mainan politik Mlaysia skrg. Biadab mmg kurg ajar.. tapi puncanya kene tngok dulu , dlm keadaan sunami politik skrg ni, jng kcu rmh org. Tngok apa dia buat dg pak lah, pasal x jadi buat jambatan bengkok ya , dia hentam pak lah smpai terpaksa bersara awal. Dia tuduh kerajaan skrg penuh dg rahsuah dan slh guna kuasa, zaman dia dulu bersih sngt ke ?.
Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Batin