Monday, September 28, 2009

sok sek sok sek.....

Sepatutnya zino nak mula pose.. tapi mem minta tangguh sampai dia boleh pose sama.. so tadi pegi le ke kantin nak isi perut.. dah le kat luar hujan.. masa penuh sesak le kantin tu.. zino dapat la tempat duduk.. satu meja tu kan ada 4 krusi...

tak lama lepas tu datang tiga jejaka.. pusing punya pusing tak ada tempat.. maka dia pun nak tumpang duduk... dia org bual sambil zino baca paper.. yg di oder dah lama tak sampai sampai.. maklum la org ramai.. so terdengar la dia org skeeping sok sek sok sek... dari perbualan tu dapat la zino tangkap.. dia org tu pensyarah.. dalam islamic banking.. salah sorang dari mereka tu bukan local, mungkin dari negara arab atau negara2 sebelah sana la kot..kan dulu zino pernah beritau tempat zino tu berkongsi dengan satu kolej swasta.. ada yg zino paham dan banyak juga yg tak berapa nak paham.. maklumlah high class punya borak...

satu perkara yg menarik perhatian bila mereka mempertikaikan kehadiran pensyarah dari Iran, kata sorang mamat tu macam mana boleh kerajaan terima pensyarah dari sana kerana fahaman syiah berbeza dengan ahli sunnah, kata mamat arab tu syiah tak terima hadis2 dari Bokhari dan Muslim.. pandangan mereka tentang islamic banking berbeza dengan pandangan ahli sunnah.. so student dah jadi keliru... lepas tu masuk pulak bab sembahyang jumaat, kata nya mamat tu tak pergi sembahyang jumaat, dan lain lain perkara yg zino tak berapa clear cerita nya...

kalau ada yg bijak agama di luar sana atau yg ada maklumat tentang isu ini mungkin boleh beri penjelasan.... sejauh mana ilmu dari iran bileh di bawa masuk ke negara ini...

13 comments:

Abang Long said...

Setakat yang Abang long nampak tentang Syiah ini:

1 - Mereka solat menghadap kiblat yang sama.
2 - Mereka baca Al Quran yang sama.
3 - Mereka sujud kearah kiblat yang sama.
4 - Kaabah yang sama sewaktu haji.
5 - Dua kalimah syahdah yang sama.

Kalau hendak diikutkan, dalam Sunnah Wal Jamaah pun terlalu banyak perbezaan pendapat dan amalan. Contohnya soal wuduk, empat mazhab dengan 4 cara yang berlainan. Wallahuaklam

cheryna zamrinor said...

sha rasa bab mende2 lain sama je pak zino (sbb masa kawan sha ada housemate iran, semuanya lebih kurang je). apa yang kita perlu faham pasal diorg dr middle east nieh satu je. mereka juga macam separuh dr kita, kalau dah gi overseas tuh lalai sikit. bila sampaoi mesia, ramai yg sexy dan tak semayang:)

mungkin jugak pertikaian tuh pasal dia tak gi solat jumaa. tak elok pengaruhnya kat budak2.

pasal islamic banking plak, sha blaja islamic banking nieh. terus terang dikatakan yg mereka takde satu garis panduan yang kukuh, sbb mende nieh masih baru. garis panduan yang cantik (siap buku dan konsep) ialah di malaysia. pensyarah sha pernah cerita, dia ke tanah arab utk ajar islamic banking pada org arab.

dan, waktu sha kerja bank dulu...sha diberitahu yang islamic banking di UK gunakan panduan islamic banking di malaysia. itu sebab nama pun sama - hsbc amanah di malaysia dan hsbc amanah di uk.

wallahualam...sha taklah bijak sangat...cuma ikut pengalaman dan pemerhatian sahaja:)

Anonymous said...

hmmm.. konpius kannnns

Abang Long said...

Tolong jawab soalan ini. APAKAH KUIH ATAU JUADAH YANG PALING DISUKAI SETIAP LEBARAN ?

TERIMA KASIH :)

pB said...

salam ...

zino said...

abanglong
terima kasih atas ulasan

sha
nampaknya model malaysia menjadi ikutan.. bagus la..

en.me
memang mengkonfiuskan..

abanglong lagi..
satay, lontong mee soto, lemang, ketupat, roti jala dan sebagai nya

pendek kata apa saja yg di hidang akan licin hehe

pB
salam... bila nak datang rumah beraya ni..

Sasha said...

bab2 agama ni bukan boleh ambik mudah... selagi tak dgr dari sumber yg sahih & para Ilmuwan Islam, Sha tak puas hati... So kena bg betul2 clear melalui byk pendapat/pandangan...

Dee said...

oh..soklan tu kena org yg bijak pandai psl agamalah jwb..dr dulu dee tertanya2 napa ada 4 mazhab..tp x ketemu org yg leh explain..nti nk tya saudara leenohlah..

Sya said...

ooo eavesdropping ek????

mommy said...

maya x mahir bab2 agama ni..
so x leh bagi pandangan..^^

Jard The Great said...

speechless... ;p

Mak Su said...

oouuwww, tak retilah ai

Zareda Norman said...

zar dulu belajar juga islamic eocnomics ni.. zar teringat kata seorang prof masa kami pi persidangan ekonomi di kuantan baru ni. katanya selagi kita merujuk kepada sumber yg sama iaitu Al-Quran mengenai ekonomi islam, seharusnya ianya tak menjadi kekeliruan. Wallahualam.