Thursday, October 8, 2009

apa dah jadi?

Pelajar bakar dewan peperiksaan sekolah


Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran (kiri) melihat kesan kebakaran di sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan PMR sambil diberi penerangan oleh pengetua sekolah, Meskam Masbor di SMK Johor Jaya 2, Taman Johor Jaya, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU 7 Okt. – Akibat tidak puas hati dengan pengurusan sekolah, terdapat pelajar yang sanggup membakar sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 di sini awal pagi ini.

Perbuatan pelajar itu bukan sahaja mencemarkan imej sekolah, malah menyusahkan pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), bermula hari ini.


apa dah jadi ni cik gu??

14 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

bukan salah cikgu~

RahimSabah said...

Salam - Nilah masalah bebudak skrg, tak do displin lansung. Kementerian keno tengok blik cara kita skrg dg dulu dulu dlm mengatasi masalah displin. Ibubapa/penjaga kena memberi sepenuhnya kpd pihak sekolah di dlm mendidik anak anak kita. Tak guna ank pandai skor 10A, 19A tapi hancur dari segi akhlak. Sosah yo ngan rotan , baru dio tahu he he he

CuTeMiUt78 said...

sekolah johor jaya dua tu, adalah sek adik kita.. eemmm tu la.. sekolah ni actually memang byk kes yg melibatkan budak2 ala2 cam gangster..
terningat dulu, adik kita pernah kena ugut ngan senior sebabnya adik kita tu pengawas... tegur budak senoir rokok kat sek.. last adik kita yg kena belasah.. smpi jd kes polis..

Dee said...

true..bukan salah cikgu n bukan salah mak bapak..salah diri sendiri..

Ada Dalina said...

salah siapa tu?ermmmmmm....bdk2 zaman skang...

cheryna zamrinor said...

bila sha tgk betul2:

mak ayah:
"tak payah respect cikgu, cikgu pon bukan betul sangat."

cikgu:
"apalah mak ayah kau bagi makan nieh, bebal sangat?" (tp kalau mak ayah tuh bg riban2 kat sekolah, murid bebal pon takpe)

budak:
"buat ape aku suka. bukan jadi apa pun, aku kan budak lagi. siapa nak marah?"

so?

MOKCIK AZWA said...

Orang dulu2, siap bagi rotan kat cikgu suh rotan kalau anak dogil. La nie, baru jer cikgu jentik sikit dah bising satu malaysia nak saman cikgu. Silap anak sendiri tak nak selidik.

Bila ada kes anak kena belasah dengan pelajar lain, cikgu juga kena saman...saman la ibu bapa pelajar samseng tu sekalik baru dorang terjaga dari tidur lena.

SoFie NuR said...

waaaaaaaaaa....ganas betul ni...

pe nak jadi la ngan budak2 zaman sekarang

kEy said...

alangkah bg0z, alang2 die dah bakar dewan yg tu, die bakar sekali dewan peperiksaan kat sini.

dapat tangguh peksa sepuluh ari.

oppsss....

lalala~

Mak Su said...

eh eh eh....ganasnya manusia2 milenium ni

Zareda Norman said...

budak budak sekarang ni memang advance.. salahkan bebudak ni.. sebab dorang dah berakal.. tahu mana buruk dan baik..

attyfir said...

puas dah makpak nya tegur..tp budak2 skrg ..terlalu cerdik pandai .ikut kata hati sangat .

zino said...

zara
betul tu..

rahim
banyak sangat pengaruh luar sekarang ni..

cutemiut
di mana salahnya nya sistem pembelajaran?

Dee
dah besar panjang dah boleh fikir sendiri..

ada
masih mencari jawapan..

sha
so tiada sape salah lah ya hehe

azwa
macam ada yg tak kena dengan sistem zaman kini..

sofie nur
jadi samseng tu..

key
hehe

maksu
buat malu mak bapa je..

zar
kalau dapat tangkap cemat je..

atty's
nak tegur masa kecik bila dah besar tegur dah tak jalan..

RahimSabah said...

Salam - Tiada salahnya dg sistem pembelajaran. Setiap individu kita kena berubah , Ibu/Bapa pejaga, murid dan guru. Berapa rmai ibubapa yg menyerang sklah bila ank di kena tindakan, guru yg terlampau emosinal bila menjatuhkan hukamn , murid yg tak makn saman . Marilah sama sama kita berubah demi utk negara tercinta.