Khidmat masyarakat
MUAR 14 Nov. - Bermula dengan pengambilan akhir tahun ini, individu yang ingkar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) akan dikenakan hukuman khidmat masyarakat bagi menggantikan hukuman penjara dan denda.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, hukuman baru itu adalah selaras dengan pindaan Akta Latihan Khidmat Negara 2003 yang dikuatkuasakan 1 November lalu. "Akta Latihan Khidmat Negara (Pindaan) 2009 ini akan bermula bagi panggilan kemasukan pelatih Kumpulan 1 Tahun 2010.
hafizah kata nama dia tak tersenarai dalam PLKN.. pasal tu cepat cepat dia sediakan Plan B.. belajar kereta.. hehe alang dulu pun tak kena PLKN.. juga guna plan B.. tapi bila fizah nak minta belajar motor sekali terus mak dia cantas.. kereta je boleh motor tidak sama sekali.. tak apa lah fizah.. bila sampai masa nanti minta je dengan mak tu downpayment nya hehe..
16 comments:
hehe!
jom amik same2 key! =P
amek je package dedua..makin lama, makin susah nak dpt lesen skrg ni..
selamat belajar memandu kereta..
:: salam...
:: terlepas utk mendapatkan pengalaman di PLKN...diganti dgn pengalaman belajar memandu kereta...kira OK le tu...cuma kempunan le nak belajar memandu motosikal...hmmm...
ooo. sha suka kalau adik dpt plkn. adik pon nak. tp tak dapat. so, dia akan kerja kat kedai gunting rambut sebab...senior sekolah dia dah offer.
bukan senang nak dpt cina bagi ilmu free, so dia terima lah!
mana tau sok2 leh pakai pulak.
zino
eloklah fizah nak belajar memandu, lepas ni mem dah ada drebar baru. zar dulu pun lepas SPM dah ada lesen memandu, senang mak zar nak ke hulu ke hilir tapi panjang ler langkahnya.. ehhehhe
isi masa yg terluang dgn baik... baiklah hasilnya
hahaha..baguslah dh ada lesen muda2 ni..
Eloklah sementara tunggu result ambil lesen memandu dulu.
Plan C tak nak buat ke? Mungkin nak cari kerja sementara utk dptkan pengalaman dan duit poket.
adik aku dah check guna SMS.. dia kata di dapat.. pas SPM ni g lah...
setuju ngan mak fizah, lebih banyak bimbang dari baiknya..
Zino...Huda tu pulak beriya-iya nak ambil lesen B full...memang dia minat betul bermotor besar...tapi tak dibenarkan oleh ayahnya...hehehe
saperlarr tak sayang anak kannns..
Lepas nie, syok la mem ada orang tolong drive klu nak ke mana2...hehehe
bagus idea amik lesen muda2 ..nanti senang..
Haha.. sampai hari ni saya pun xdak lesen motor. Naik motor pon gagap. dulu mak suruh amik lesen motor skali, tp alasan saya... bawak motor gayat, sebab tayar dua berbanding keta yg lebih stabil sebab tayar 4. Best tak alasan saya? Hahahahahaa...!
Tp cita2 saya tinggi, satu hari nanti saya nak amik lesen B full. hehehe...
Post a Comment