Adik dan beberapa kali menyebut.. nak balik kampong nak suruh uwan masak lomak cili api pedas pedas.. dulu dia memang tak minat nak makan kalau tengok kuah kuning.. yg dia tau kari kari.. selain kari langsung tak pandang.. pada satu hari tu uwan di berjaya pujuk minta dia terai dulu masak lomak.. mana tau kot kot adik suka.. bila dia dah rasa terus tekinyam hehe.. lepas tu setiap kali balik kampong nak masak lomak cili api..
tadi pun sama .. sampai je kampong minta uwan masak lomak.. terubat lah kerinduan bila uwan hidangkan masak lomak ayam kampong.. , goreng ikan dan sayur .. alahai bertambah tambah lagi.. sebenar nya kami balik kampong sebenarnya nak melawat mak sedara yg terlantar sakit.. semuga keluarga yg menjaga terus tabah dan redha dengan ketentuan ilahi.. tapi tak sempat nak bersama dalam majlis bacaan yasin malam ni.. selepas jam 4 kami kena balik semula KL dah janji nak jemput hafizah kerja jam 8.00 malam.. dulu dia masuk kerja sama shif dengan dua kawan dia, tapi sekarang shif dah bertukar tak ada teman utk berjalan ke stesen LRT.. so tugas abah le jemput dia balik..
semasa dalam perjalanan balik tadi tetiba jem teruk berhampiran R&R seremban rupa berlaku satu exsiden arah ke selatan .. jem berlaku ke dua arah.. yang sempat zino kira 7 biji kereta remuk di bahagian hadapan.. sedang di urus pihak polis dan pluss .. ambulan pun ada kelihatan..sempat juga di rakam oleh jurukamera junior dan amatur.. tapi tak lulus nak di siarkan di sini hehe
kalau tak hujan di bandar seremban tadi kami dah ikut LEKAS...bila huja lebat tak berapa selesa nak ikut jalan lama terutama di bukit bukit sebelum jumpa hiway LEKAS tu.. di kampong mak kata dah lama tak hujan.. harap2 hujan yg amat lebat di seremban tadi sampai ke kampong.. esok kami akan balik lagi.. ada jemputan kahwin...
berita terkini jam 1.28 pagi: mak sedara yg zino ziarah pagi tadi telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.. dia juga merupakan mak erna (sapina) .. semuga roh nya di cucuri rahmat..
mari kita sama sama sedekahkan fatihah..
al fatihah..
5 comments:
biasalah aksiden sebelah lain, jem dua2 belah huhuhu
Inilah untungnya kampung tak berapa jauh. Boleh pergi balik sesuka hati.
psst - kampung saya lagi dekat. Tak sampai 2 km dari rumah walaupun di negeri berlainan ngeh3x
masak lomak cili api memang sodap.. tambah kalau ada daging salai
Masak lomak cili padi? Ni tengah sakit tekak sebab tadi tengahari menghirup masak lomak cili padi...
memang tak sama masak lomak nogori dongan tompek laen..
..walau pedas tp mengancam!!
Post a Comment