Masa memula beli kereta dulu kalau nak servis pegi hantar ke servis yg di sediakan oleh pihak pembekal kereta konon nya nak pastikan segala waranty yg ada masih boleh di terima pakai.. tapi servis kat sana tak kisah le apa jenama kereta caj yg di kenakan agak mahal.. walaupun sepatutnya free servis.. upah servis dh beratus belum alat ganti lagi...sebaik habis tempuh waranty.. saya tak lagi hantar ke situ.. satu sebab nak jimat kos, dua sebab tak perlulah saya nak call utk book bila boleh hantar , tiga tak payah lagi saya hantar sebelum subuh dan kereta siap hampir matahari terbenam ke lima.. tak perlu hantar servis jauh dari rumah.. banyak lagi la alasan kalau nak tulis..
so selepas dua tahun saya hantaer servis di woksop ameng je.. tapi heran juga dah beberapa woksop saya hantar nama fomen tu ameng juga hehe.. kali ni servis kereta ni memang saya ikut jadual.. tak macam dulu ikut dan je.. hehe so hari ni tiba giliran kereta perlu di servis.. utk setiap 5000km perjalanan.. tapi bukan setakat nak tukar minyak itam je.. kerana ada kesan minyak itam menitik di lantai.. rupanya oil seal bahagian bawah injin dan atas tu perlu di tukar.dah sampai tempuh hayat la tu.. nak menukar nya senang je buka ganti oil seal dan pasang balik...tapi kerenah nak membuka tu yg mengambil masa panjang.. terutama yg bahagian bawah.. bila dah buka tak boleh di keluarkan tersangkut kat injin.. maka nya injin pun perlu di ensotkan sikit utk membuka bahagian bawah tu.. dari jam 10.30 saya hantar sampai jam 2.30 baru siap.. oleh kerana tak ada orang kat rumah adik kena lah ikut sama.. apa lagi gelisah sepanjang masa menunggu..
sementara menunggu kereta siap sempat la kami ke kedai jual kereta dan menerai (duduk je) dalam satu kereta MPV tu.. bukan main lagi adik saleman tu layan kami .. macam nak beli je.. hehe.. tapi bila dengar harga langsung tak ada selera nak tanya lebih2 hehe..
21 comments:
Saya pun tak hantar ke pusat servis selepas habis tempoh waranti. Mereka tu cas giler2.
Zino belilah MPV tu. Senang nak travel satu famili hehehe
YB
hajat tu ada tapi harga tak mengizinkan.. hehe..kereta sekarang pun boleh sumbat ramai2 hehe
zino
zar masih pi pusat servis, baru ni tukar satu set lampu depan.. 2-3 kali pi baru puas hati.. dasat depa ni kan.. kata ada warranty tp banyak cenkadak jugak
dah terai keto tu..apo lai..mem dan adik mesti sonyum nanti..naik keto baru...
jangan terai mpv, nanti akak unser merajuk,
salamm,
zar
mana nak jual semua waranti bila dah jual macam2 syarat baru keluar hehe
erna
mem tak ikut kalau dia ada mau dia minta tukar kot hehe
tunbegia
setakat ni tak ada keperlua nak tukar kereta sedia ada masih setia berkhidmat.. hehe
wah adik mcm nak jadi mekanik bila besar bukan main kusyuk lagi:)
dia asyik pi kalau fomen tu je .. dah kebosanan.. hehe
'dah beberapa woksop saya hantar nama fomen tu ameng juga'
tersenyum kambing sy bace ayat ni..kebetulan atau memang di sengajakan?
ehehehe
mimie..
agaknya nya ameng tu bermakna fomen kot cuba siasat hehe
pomen2 biasa pon lg expert kan uncle???hehehe..dr pusat servis yg harganya makk aiiii....
hehehe~
aduyai~
zara bila nak dapat beli kereta ni~
aigoo~~
ada..
betul tu..servis centre tu mahal sesangat hehe
zara
idaman kereta apa agaknya tu..
bab kereta ni CM buta.. hingga hari ni masih hantar pusat servis... Tak tahu nak cari kedai baiki kereta, w/p kedai tu berlambak kat KB ni..
hu..hu.. banyak betul yang CM kena belajar!
:: salam... membayar tu satu cerita, nak menunggu lama tu cerita lain pulak... jenuh menunggu le nampaknya...
servis perlu..kalo tidak..kereta cepat meragam..
Dari dulu sampai sekarang perkara paling bosan duduk di bengkel kereta.
kitorang ni pun masih tercari2 pomen yg ok.. malas nk anta kat service centre dah sbb ada je benda yg tak kena..
Saya dlm waranty lagi dah tak masuk toyota, hantar kat woksyop kawan tapi masih pakai minyak ori
di pjaya ni setakat ni kena ler pi servis centre tapi at least yg i pi tu tak yah book...main redah jer pi hehehe. yg main booking2 ni tak kuasa mokcik.
klu di KT, bil2 masa bawa jer pi workshop sepupu cik abe..mudah, murah dan cepat serta berkualiti.
mpv apo tu yang bagi hilang selera tu?
Post a Comment