Monday, May 10, 2010

ronda ronda hari minggu..

satu permandangan dalam suria KLCC

KLCC dari dalam suria

ada gaya tak?

budak bijak masa depan.. inshaAllah..

santai..di sekitar suria..


selepas adik berjaya pujuk abah sarapan di Mc D gilira kakak pulak buat plan, katanya nak ke KLCC mencari buku.. dalam fikiran zino teruskan teringat kedai buku MPH di mid valley.. menonong je drive kereta ke mid valley bila dah dekat ak sampai mem tanya nak pegi mana ni? selamba je jawab kedai buku la.. tak perasan pun zino sudah jauh melencong ke distinasi yg di tuju..terpaksa cari tempat u-turn utk ke KLCC semula hehe..

Sampai ke KLCC kakak terus menuju kedai buku di tingkat atas tu.. apa tah nama kedai tu tapi memang cukup besar.. cari punya cari tanya punya tanya.. buku yg di cari belum sampai di pasaran.. entah apa buku la tu.. so what next.. level bawah kedai buku tu panggong wayang.. apa lagi plan tak di rancang seterusnya tengok wayang.. pun zino lupa apa tajuk cerita tu.. layan je kehendak mereka..

habis wayang perut pun keroncong.. apa lagi acara seterusnya makan makan.. lalu di pertosain tu.. adik pulak merengek nak masuk tengok.. lepas makan kami berdua ronda pulak dalam petrosain tu.. mem da kakak tunggu kat luar.. nak jimat kos hehe.. belum sempat ronda alang pulak call, dah sampai rumah tapi tak bawa kunci.. ohh alah..terpaksa lah di lajukan lawatan kami kat dalam tu..

sekian lapuran hujung minggu..


13 comments:

aNIe said...

Heheh...abah zino ni asyik lupa aje...ni mesti sebab semuanya permintaan anak2...abahnya tukang bawak je...

Kedai buku tu Kinokuniya ke?

zino said...

anie
betul betul sekarang baru ingat.. tugas abah layan je.. kemana arah dia org nak pegi hehe

Bardboo said...

huhu...penah pg gak petrosains tu..menarik gk kalo bwk bdk2 pegi

zino said...

beedle.. tak sempat ronda habis nak balik cepat hehe

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam Zino,

Lupa2 pun takpa,janji anak2 puas hati.

Zareda Norman said...

sibuknya dihujung minggu.. ehhhee

attyfir said...

lama dah tak pegi petrosains..

zino said...

zabs..
betul tu asal dia org happy hehe

zar..
entah bila nak berehat kan hehe

atty
kena lah pergi lagi hehe

Acik Erna said...

alahai..bilo la nak sampai ni..teringin ni..

Mak Su said...

tima kasih dgn lapuran yg disediakan

Mulan said...

lama tak pi klcc... senang sbb semua ada kat situ kan..

menonong tu.. apa dalam kepala abah ni..

zino said...

erna
sonang yo..park kereta kat bukit jalil masuk KL naik LRT ke KLCC ..

Maksu
terima kasih kembali sudi membaca

mulan..
banyak sangat yg di fikir hehe