Salam semua,
setelah menerima berita sedih malam tadi , zino ingin merakamkan satu didikasi khas buat seorang rakan FB yg telah pergi buat selamanya... pemergian nya telah di ratapi ahli keluarga dan sahabat handai.. sesuatu yg amat mengejutkan.. Walaupun zino bukan lah org yg terbaik utk menulis didikasi ini , tetapi atas dasar persahabatan , tulisan ini khas utk dia.. semuga roh nya di cucuri rahmat..
"abah tak tau nak mulakan di mana, walaupun persahabatan kita amat singkat abah dapat rasakan kehidupan nad penuh dengan keceriaan walaupun hanya melalui penulisan .. apa yg abah baca dan penjelasan yang nad berikan .. walaupun kita memang tidak pernah berjumpa, maupun berbua secara terus... abah cuma cuba memahami watak dan keperibadian nad melalui tulisan .. sama ada di FB atau di YM.. abah selalu mengikuti perkembangan apa yang berlaku kepada nad, cuma biasanya abah akan mendapat maklum agak lewat.. iaitu setelah perkara itu lama berlaku ...itu pun setelah membaca penulisan nad..
umpamanya, abah mendapat berita kematian ayah yang amat nad sayang beberapa hari setelah peristiwa berlaku.. dan nad bercuti panjang kerana menemani mak di kampong.. tentu nya pemergian ayah memberi kesan yang mendalam buat nad dan mak, nad bercerita mau membawa mak tinggal bersama nad, nad tak mau mak kesaorangan , nad mau menjaga mak semua nya nad lakukan untuk menceria kan hati mak yg dalam kesedihan.. bila mak nad masuk hospital juga abah terlewat mendapat berita.. bagaimana nad sentiasa menemani mak di hospital sepanjang masa.. kemudian satu lagi berita mengejutkan abah terima, bila nad memaklumkan mak nad pula telah kembali kerahmatullah...pergi buat selama lama nya.. sungguh berat beban yg terpaksa nad dan keluarga menanggung .. kehilangan dua insan tersayang dalam tempuh yang singkat.. entah bagaimana nad berhadapan dengan situasi yang amat menyedihkan itu..
abah masih ingat lagi, bila satu hari dulu nad bercerita yang nad telah bertunang dan sedang merancang majlis perkahwinan abah tumbang gumbira.. bagaimana nad ke singapore untuk membeli segala keperluan untuk majlis yg gemilang itu, bagaimana nad merancang untuk mengadakan majlis di hotel lima bintang, abah boleh bayangkan bagaimana meriah nya nanti majlis yg juga di atur dengan bantuan perunding perkahwinan .. abah pun tertunggu tunggu saat majlis itu bakal di adakan.. walaupun mungkin abah bukan lah seorang tetamu yg bakal di jemput ke majlis itu nanti..
tiba tiba semalam abah di beritau nad pula telah di jemput Ilahi.. satu berita yang amat mengejutkan abah, berita yang juga mengejutkan ahli keluarga dan kawan kawan nad.. memang abah tidak tau apa yg sebenarnya telah berlaku.. abah cuba mendapatkan kepastian dari kawan rapat nad.. abah anggap dia kawan rapat nad melalui tulisan nad.. dia mengesahkan maklumat yang abah dapat tetapi tidak bersedia bercerita lebih lanjut.. cukup la dengan pengesahan berita yang abah terima..walau apa pun takdir Allah tetap akan berlaku bila tiba masa nya..."
al fatihah....
12 comments:
siapa yg meninggal ni bro zino?
alfatihah..
al fatihah..hanya allah maha berkuasa yang maha mengetahui...
Salam En Zino
Nad yg pergi ker? Ada link fb ka blog dia ka. Rasa cam pernah berbicara.... Alfatihah Alfatihah Alfatihah...
alfatihah...semoga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Zino,
Alfatihah, sape gerangannya saudara kita tu di FB.
Kita ni walau tak pernah bersua muka tapi hubungan persudaraan yg terjalan sebenarnya amat rapat, bila berlaku kehilangan macam ni tentu terasakan. Mudah-mudahan rohnya di cucuri rahmat.
Salam takziah buat keluarga arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
alfatihah buat nad dan saudara abah yang meninggal semalam...
takziah, alfatihah buat beliau...
al-fatihah, sape nama penuh nad ni zino?
sedihnya, berturut2 ek, al fatihah
Al Fatihah semoga rohnya tenang disana..
Al- Fatihah buat yang pergi...semoga rohnya dicucuri rahmat dan mereka semua ditempatkan bersama2 orang2 yang beriman
Post a Comment