Saturday, October 30, 2010

rempit...

tetiba je rasa nak ulas pasal rempit ni.. bukan cerita baru pun cerita lama yg menyakit kan hati.. yg menyusahkan mak bapak, dan yg memening kan pasukan polis.. semua orang tak suka pasal rempit ni kecuali mamat mamat yg merempit tu.. tak payah le nak ulas panjang lebar kenapa mereka suka sangat merempit..dan zino pun tak mau tau....

yg penting mereka hentikan la merempit ni.. sangat tidak bertamadun, rasa nya dalam dunia ni Malaysia je yg ada masaalah pasal rempit ni.. tak payah nak di agong agong kan sampai buat film pasal mamat ammat ni.. di Veitnam sana tu bilangan motosikal jauh lebih banyak dari Malaysia ni.. kalau di jalan jalan raya tu di kabarkan motosikal lah yg mendominasi jalan jalan di mereta corok rantau.. tapi mereka tau menggunakan motosikal tu secara bertimbang rasa, menghormati pejalan kaki dan sebagainya... walaupun nampak mereka bersimpang siur di jalan tapi kes aksiden amat sedikit, kenapa?? kerana mereka patuh kepada undang , kerana mereka telah di didik secara tegas dan keras utk menghormati undang undang.. kesalahan jalan raya boleh di penjara!!!!

zino akan lebih sensitif kalau orang yg zino kenal, terlibat sama merempit.. amat tidak patut dan hentikan segera.. ada seorang kawan bercerita satu hari dulu anak dia kena tangkap dan di masukkan lokap kerana merempit, bila polis beritau supaya dia datang utk menjamin anak sengaja dia tak mau datang dan membiarkan anak dia di lokap, biar anak tu sedar serik nya bila kena tahan, biar anak dia rasa kesusahan, biar dia tanggung apa yg dia lakukan sendiri. bukan sebelum ni mak bapa tak tegur, bukan mak bapa sebelum tak marah, malah sampai nak bakar moto.. tapi anak tak pernah indah , anak tak pernah hirau, anak tak pernah akur, bila kena tangkap pandai pulak minta mak bapak jamin.. dah tidur semalam di lokap baru mak bapa datang jamin.. tak payah le cerita apa yg berlaku.. tapi pengalaman tu membuat dia rasa serik..

kepada anak anak di luar sana.. kalau masih merempit hentikan ... hentikan.. tak ada kalau kalau, tak ada cuba cuba.. hentikan dan hentikan nya sekarang.. pihak polis ada banyak kerja lain yg nak di buat, ada banyak kes jenayah yg memerlukan tumpuan mereka, bukan nak layan awak yg buat kerja yg tak bertemadun tu.. cukup la tu dah terlalu lama benda ni di ceritakan di bincangkan .. buang masa je.. dah berapa ramai anggota polis yg terkorban dengan kerja sia sia ni.. dan berapa ramai pulak anak anak muda yg terkorban dengan kerja yg bodoh ni.. berapa ramai lagi ibu bapa yg hancur lebur hati mereka dengan perangai anak anak yg tak makan saman ni.. hentik kan lah hentikan la..

agaknya kalau di veitnam sana org merempit.. hukuman yg sesuai tembak je kot ...

Thursday, October 28, 2010

Monday, October 25, 2010

hilang

tempat kunci..

bila kakak minta saya belikan makanan malam tadi baru perasan kunci kereta tak ada.. tanya mem nampak kunci tak? tanya adik.. tanya kakak semua jawapan sama.. tak..alamak mana pulak tercicirnya.. kebiasaan nya ada dua tempat je kunci tu bila balik.. sama ada di gantung kat dinding tu atau di letak atas meja.. sesekali masih tersimpan dalam poket seluar.. dan ada sekali dua .. masih terletak dalam kereta.. itu sekali dua je lah..hehe

jenuh mencari.. memikir pergerakkan balik tadi dari mana kemana.. memerah otak membayangkan masa balik tadi bila masuk apa yg di lakukan.. duduk kat mana, berjalan kemana.. semua tempat tu di jengok balik.. masih tak jumpa.. hari semakin malam.. kunci masih tak jumpa.. lantas minta mem keluarkan kunci spare dulu.. sementara kunci yg asal muncul.. keluar la ke kedai membeli nasi utk kakak dan adik.. kami rasa macam dah kenyang je makan di time square tadi.. balik dari kedai cuba pulak cari kat luar ..masih tak jumpa..

adik kata "mungkin tinggal kat time square tak abah" hehe.. "kalau tinggal kat sana macam manan kita balik tadi" hehe.. ah ha kan hehe.. adik pun kena kerah sama utk mencari , sambil baring je dia jawab tak ada abah.. cari nya tak hehe.. maka sampai masa utk menghantar fizah balik ke shah alam.. entah mana lah kunci tu.. kalau tak jumpa juga terbayang nak kena tukar set kunci kereta.. mana tau kunci tercicir kat luar dan telah di jumpai oleh sesaorang.. bahya tu..

balik dari menghantar fizah sekali lagi operasi.. bincang balik kemana pergerakkan zino selepas sampai rumah.. segala corok rantau dalam rumah dah di geledah.. cuba pulak fikir masa kat luar tadi.. berbekalkan lampu suluh yg tak berapa terang cuba pulak menyuloh di luar.. sebenarnya sebelum tu dah cari pun.. dah cuba cari dalam kereta , di bawah kereta.. dan sekitar kereta tak ada juga.. tapi nak juga tengok semula mana tau.. teringat ada buka peti surat.. dalam peti surat tu kosong je.. so pegi lah ulang tayang buka peti surat.. tersentuh la pokok pagar kat sebelah peti tu.. terdengar bunyi benda jatuh.. bunyi besi.. bila di suloh.. sah kunci kereta di dalam longkang.. macam mana dia boleh tersangkut kat pokok tepi pagar tu.. muskil.. mistri..

syukur alhamdulilah..

Saturday, October 23, 2010

cucian express....

beratur menunggu giliran.. 2 minit..

mula bergerak ke depan... 1 minit

bersedia masuk kekawasan cucian..

bermula di gerbang ini..

kereta pun nak kena sabun dan shampu.. hehe 2 min

proses menyental segala daki.. 2 min

waktu membilas agaknya..1 min

siraman terakhir....sebelum di keringkan..1 min

oops dah selesai..total time = tak sampai 10 min ..
5 inggit je.. kalau kereta biasa 3 inggit ..
teriklan pulak kereta depan tu hehe..

Thursday, October 21, 2010

IT

kata orang nak terjun dalam dunia siber ni kenalah tau IT.. , tak perlu mahir pun tapi sekadar tau le yg basic tu pun dah memadai.. nak tau lebih belajar le lebih... teringat kisah memula IT di perkenalkan di pejabat zino dulu.. masa tu komputer boleh di katakan sebagai satu barang mewah.. kalau sebut dengan bos nak beli komputer terus kena cantas.. sensitif betul.. semua takut serutama golongan veteren ni.. nak sebut komputer tu pun kecut perut.. macam elien hehe

so di pejabat zino dulu ada sekumpulan jurutera yang suka berlawan arus, apa yg opis kata jangan benda tu lah yang kami nak lakukan.. tak bagi peruntukan beli komputer kami pakat beli sendiri.. masa tu masih lagi screen hijau tu, tak ada hardisk, kena tau sikit2 dos, memori baru 1kbyte.. ok lah kami beli kemudian tubuhkan satu kelab , ahli tak ramai pun 8 orang je.. semua jurutera yang berinovasi tinggi.. dan yg lagi best sorang je dalam 8 orang tu yg ada background komputer.. yang lain termasuk zino gelap gulita....hehe kegunaan komputer kusus untuk ahli saja.. dan utk kerja opis pun walaupun bos tak suka.. ok lah ada komputer what next??

ada komputer je tak ada makna, kenalah ada program yg sesuai yg oleh membantu dalam kerja harian, terutama dalam kerja rekabentuk struktur .. kami semua masa tu di seksyen struktur, makna nya banyak le kena buat rekabentuk strukur dan sebagainya.. kami jumpa buku yang banyak listing pasal rekabentuk struktur, peninggalan jurutera jepun yg pernah berkhidmat di pejabat kami tu, apa lagi dengan bantuan sorang rakan yg tau IT tu kami yg buta IT ni menyalin semula program tu dalam bahasa GWBASIC.. bahasa apa tu ? entah jangan tanya zino hehe..bila run je keluar berderet syntx error.. apa benda tu ?? hehe.. jenuh kami cuba utk memahamkan apa yg sebenarnya berlaku, tapi dengan kebijaksanaan kami yg semua nya engineer kan..ewah.. hehe segala permasaalahan tu dapat di selesaikan..maka terhasil lah satu program simple menggunakan komputer..

program tu kena lah di uji.. kami compare hasil dari pengiraan menggunakan program dan hasil dari kiraan manual .. YES.. usaha kami berjaya.. maka dengan program yg simple dan mudah itu kami telah membantu diri sendiri utk menyelesaikan tugas pejabat dengan lebih cepat.. kemudian kami run listing program2 lain yg ada dalam buku tu.. bayangkan kerja yg memakan masa sehari boleh di selesaikan dalam beberapa minit.. segala nya usaha kami semua yg bijak dan degil hehe.. lepas tu kami berani kan diri utk membuat perkara yang lebih mencabar, bila ada projek baru untuk di tawarkan kami selitkan dalam kontrak tu beberapa biji komputer utk di agihkan kepada pasukan bangunan, dengan cara itu lah kami mendapat menambah komputer utk kegunaan seksyen rekabentuk.. nak harap peruntukkan memang malap le sikit..

komputer komputer di tempat common area supaya di kongsi bersama, bila dah semakin banyak komputer di perolehi dan pendirian pihak pengurusan pun semakin terbuka.. maka sampai masa komputer perlu di tempatkan di bilik engineer.. i mean semua engineer.. bila di minta secara terus dan telus tidak mendapat kelulusan.. sekali lagi kami melawan arus.. saya yang memula memasukkan sebiji komputer yg di perolehi dari projek ke bilik.. maka kecoh satu pejabat , walaupun semua orang tau komputer tu di gunakan utk kerna kerja rekabentuk.. bilik lukisan pun mula beralih dari melukis menggunakan pen dan pembaris kepada Autocad..

apa jadi dengan komputer di bilik zino.. ?? agaknya pihak pengurusan berbincang secara mendalam untuk meminta zino mengeluarkan komputer tu dari bilik, maka satu hari tu pengarah datang melawat ke bilik zino.. alamak.. tak pernah dia naik ke tingkat kami tu ..tapi satu hari tu dia naik terus masuk ke bilik.. zino dah standby dengan jawapan kalau dia tanya.. tapi entah apa nasib zino dia langsung tak sentuh pasal komputer tapi bertanya pasal hal lain.. so kami anggap meletakkan komputer di bilik adalah wajar dan mendapat restu bos hehe..

dan sekarang perkembangan IT terlalu pesat.. memang tak terkejar di buat nya.. nasib baik zino ada seorang pakar IT, so segala permasaalahan IT ada yg akan memberi bantuan..


Tuesday, October 19, 2010

tahun bilo mulo yo??

bila Sapina menyambut ulang tahun ber blogging, den tercari cari bila agak e den mulo berblogging ni.. hehe entah dah lupo pulak.. tapi memang dah agak lamo juga la.. sebelum den mulokan dulu zar dan wan dah mulokan dulu.. lopeh baco posting2 yg zar tulis baru den teringin nak mencubo.. masa tu nak buka akaun blog pun tak geti hehe... tapi wan dah sonyap sunyi.. sejak honeymoon kek kolo pilah terus tenggolam hehe..

menulis ni memang kegemaran den sojak sekolah dulu, maso tu tak ado internet, tak ada blog, tak ada facebook.. yang ado kertas,pen, setem, sampul dan posmen hehe.. maka zaman tu den banyak menulis surat, ramai la penpal seantero malaya.. kawan sekolah, kawan kepada kawan sekolah , kawan yg kawan kenen2kan hehe dan ramai la.. kito tulis hari ni, ontah seminggu ontah berminggu baru dapat balasan.. bilo ada balasan tu ok la happy juga la kan... biasa la masa tu yg paling ramai jadi penpal memang la pempuan.. ada juga la lelaki tapi ada la sorang duo yo hehe..

tapi zaman tu kalau menulis pun tak ada la ayat ayat yg nak mengayat ke.. tak ada la sangat.. biasa biasa je.. maklum la budak sekolah hehe.. dan yg paling lamo ada sorang kawan tu dari kucing sarawak.. entah apa kabar dia sekarang .. tengelam timbul akhirnya hilang terus.. zino pernah jumpa dia sekali di kucing masa lawatan dulu dah berzaman pun dan dia pun dah pernah datang dan tidu rumah kami masa dia holiday ke KL.. suspen juga mem hehe.. rasanya dia penpal yg paling lama bertahan.. yg lain entah hilang kemana..

sejak berkecimpung dalam dunia blog, zino dapat lebih ramai kawan, yg tinggal di merata pelusuk dunia, yg besar yg kecil yang tua yang muda semua nya ada.. dan dapat ramai anak angkat hehe.. dunia siber tidak mempunyai sebarang sempadan, tidak punya sebarang sekatan, tidak juga punya sebarang darjat dan pangkat.. semua kita serupa.. asal kita saling hormat menghormati antara satu sama lain, asal kita tau batas dan sempadan .. kita bebas menulis apa saja, memberi ulasan apa saja, menyampaikan pendapat apa saja..

Sunday, October 17, 2010

gunakan bahasa kebangsaan..

video
semasa pelancaran kempen bahasa malaysia

baru baru ni zino berkesempatan mengikuti program pelancaran bulan bahasa Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan, bertempat di sebuah Oditorium.. pelancaran di sempurnakan oleh menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar...

teringat masa sekolah di kampong dulu, masa tu tak di panggil bahasa malaysia, tapi bahasa melayu.. memang patutnya bahasa melayu pun.. sebab ada bahasa inggeris, bahasa cina bahasa india.. tapi oleh kerana nak menasional kan bahasa tu maka di tukar ke bahasa Malaysia.. pada satu ketika kempen penggunaan bahasa malaysia ni sangat gah sekali sehingga tertubuh nya iniversiti Kebangsaan.. semua universiti pun perlu mengajar dalm bahasa malaysia.. bila menteri bertukar segala benda pun bertukar..

sekarang ni sibuk kembali supaya pihak berkuasa tempatan utk mengambil tindakakan ke atas paparan iklan yg tidak menggunakan bahasa malaysia sepenuhnya , atau dengan kata lain menguatkuasakan penggunaan bahasa malaysia dalam semua bentuk iklan.. nama nama kondominium dan nama komplek dan kedai..perlu mengunakan bahasa malaysia, nama nama kumpukan pertubuhan dan sebagainya juga perlu menitikberatkan menggunakan nama tempatan yg mencerminkan malaysia.

sejak menjak ni nampak macam kita sudak tidak ada kekuatan untuk mendaulatkan penggunaan bahasa malaysia, atau untuk menetapkan penggunaan bahasa malaysia di patuhi sepenuhnya.. rakyat malaysia sendiri memperlekehkan bahasa sendiri.. dan sering mencabar kerajaan dalam masaalah penggunaan bahasa malaysia ini.. malah ada lagi rakyat negara ini yang masih tidak boleh berbahasa malaysia dengan baik..

apa pendapat anda???

Thursday, October 14, 2010

harapkan pagar......

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Hukuman tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia tidak harus dilihat sebagai hukuman berat, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata, sebaliknya hukuman itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada berdasarkan bukti kukuh yang dikumpul polis. "Tindakan ISA itu satu keputusan yang telah pun difikirkan oleh kerajaan. "Biasalah pada kita yang tak tahu (hasil siasatan) ni, mesti kita kata keraslah, kejamlah dan sebagainya," katanya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mendedahkan sembilan individu terdiri tujuh kakitangan Jabatan Imigresen dan dua warga asing, ditahan di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia. - Bernama

dah terlalu lama berlaku lambakan pendatang di Malaysia ni.. yang masuk secara haram tu satu hal.. yg masuk ikut saluran halal pun rupanya haram juga... bilangan mereka sekarang ni amat menakutkan.. tetapi seolah olah tidak ada apa boleh di lakukan.. pebagai masaalah sosial berlaku atau di lakukan oleh pendatang ni, menjadikan kehidupan tideak lagi sebebas seperti dahulu, sehingga di kampong kampong pun bukan lagi satu tempat yg tenang dan selamat..


Sunday, October 10, 2010

sangat malang...







12 maut bas ekspres hempap beberapa kenderaan

10/10/2010 10:53pm

SEREMBAN 10 Okt. – Seramai 12 orang maut, manakala berpuluh-puluh lagi cedera apabila dua buah bas ekspres, tiga buah kereta dan sebuah van terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah dekat Rembau petang ini.

Berikutan nahas ngeri yang berlaku pukul 6.50 petang itu, lalu lintas kedua-dua arah terpaksa ditutup kepada semua pengguna lebuh raya dan menyebabkan kesesakan yang teruk. – Utusan.

PETALING JAYA: At least 10 people are killed when an express bus crashed into a guardrail and ploughed into four vehicles near Simpang Ampat on the North-South Expressway in Negri Sembilan Sunday night.

Forty-five others are said to be injured.


apa yg sebenarnya telah berlaku ni.. sangat malang.. takziah kepada keluarga yg kehilangan ahli keluarga dan sanak sedara..

gambar2 di petik dari posting di FB..

Saturday, October 9, 2010

Astronauts....

robot yg telah berada di MARS
selamat pengantin baru..

salah satu space shuttle yg di kendalikan D Cabana..

stesyen angkasa lepas.. dah semakin panjang bersambung2
milik beberapa negara..Malaysia? tak ada kot..

D Cabana semasa di perkenalkan oleh Prof . dari UPM tapi tak ingat nama..
bertindak sebagai moderator
D Cabana menceritakan pasal space lab..
bergambar selepas sesi bersama VIP dan wakil kedutaan US

student U bersama D Cabana..

baru baru ni saya berkesempatan mendengar ceramah dari seorang astronauts dari NASA, ROBERT D. CABANA beliau juga merupakan pengarah Kennedy Space Center dan telah beberapa kali menyertai misi ke angkasa lepas , malah beliau juga merupakan salah seorang juru terbang kemudian komander bagi menerbangkan space suttle Discovery, Columbia dan Endeavour.. seronok mendengar cerita dari orang yg mempunyai pengalaman luas dalam misi space shuttle.. Kenapa D cabana ada di Malaysia?? , oo dia datang atas jemputan Datuk sheik Muzzafar yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari ahad ni.. dia berjaya menjemput 100 orang angkasawan, tapi mereka tak datang sesaje je.. satu persidangan antara bangsa berkaitan angkasa lepas telah di atur utk di adakan di Malaysia.. semua tu atas usaha Datuk Muzaffar..

ok balik ke pada kisah D Cabana..

Dia kata tidak pernah bercita cita pun utk menjadi seorang angkasawan, tetapi carrier dia bermula juruterbang peluang.. beliau merupakan juruterbang bagi pesawat A-6 bombardier, kemudian menerbangkan A-6 Intruder, kawan sebelah bisik agaknya dia lah salah sorang juruterbang yg bom Vietnam dulu hehe.. mula menerbangkan space suttle pada tahun 1990..

ceramah beliau juga di sertai ramai student dari beberapa universiti IPTA dan IPTS yang bagitu teruja mendengar kisah dan pengalaman D Cabana.. berbagai soalan di tanya yg semua nya di jawab dengan penuh berhemah dan berinfomasi, D Cabana tidak kedekut utk menceritakan pengalaman semasa latihan , semasa penerbangan kali pertama, dan semasa berada di angkasa.. satu perkara yg menarik bila dia memberitau , air buangan yang di hasilkan di proses semula sehingga boleh di minum .. yekk.. hehe.. hanya bahan solid saja yg di bakar dalam tempat yg telah di sediakan..

Di masa akan datang NASA tidak lagi bertanggung jawab untuk mengendalikan misi penerbangan ke stesyen angkasa lepas, tugas itu akan di serah kepada pihak swasta, kata nya boeing berminat utk mengambil alih misi tersebut.. makna nya kalau ada misi ke stesyen angkasa selepas ni akan di kendalikan pesawat yg di bina Boeing.. Misi NASA seterusnya adalah penyelidikan ke MARS dan planets lain. kata nya masa yg di perlukan utk sampai ke MARS adalah 1 1/2 tahun... ada sesiapa nak volunteer ?? hehe.. bagaimana nak menyediakan makanan utk angkasawan bagi tempuh tersebut, bekalan oxigen, sistem tenaga , komunikasi , sistem kumbahan dan sebagainya..

di akhir sesi student tersebut bagitu teruja utk bergambar degan D Cabana.. kami pun tak lepas peluang hehe tapi kena lah tunggu gambar official dari jugambar official hehe..

Thursday, October 7, 2010

Aishah Farhana...






tak payah tulis apa apa lah..
agah je budah kecik ni sure tenang rasa hati ..

Tuesday, October 5, 2010

percaya jujur ikhlas...

Masa tu zino leka bercerita dengan anak anak sambil drive secara perlahan utk mencari tempat untuk meletak kenderaan , tetiba kakak terjerit .. Abah!!!dan tak sempat zino berbuat apa apa tetiba gedebung!!! Terdengar bunyi kuat .. alamak .. Macam mana boleh terlanggar ni.. kereta zino melekat dengan kereta kat tepi tu ke depan tak boleh ke belakang pun tak boleh akhir nya putar kan steering dan terus bergerak terus ke depan perlahan lahan......kreeekk

Dari jauh kelihatan sesaorang sedang memerhati tuan kereta la agaknya tu dia terus datang menghampiri melihat apa yg berlaku , geleng kepala tengok kereta dan terus memandang zino.. then how?? the paint come out.. sorry sorry, it my mistake , never mind i will pay for the repair.. cepat cepat ngaku.. sendiri yg salah.. zino nampak dia cool je belek belek kereta berulang kali.. lepas tu dia minta no talipon, zino pun tulis atas kertas yg di bagi nya.. sekali lagi zino kata sorry.. dia kata ok accident happend.. lepas tu zino masuk kereta utk park di tempat yg betul.. bila zino datang balik kereta yg zino gesel tadi dah tak ada..

zino cakap dengan mem, confiden je mamat tu tadi, langsung dia tak test no yg zino bagi tu tulin le palsu.. dia percaya terus.. zino pun tak sempat nak tanya nama dia pun hehe.. sambil sarapan tu zino tengok ada dua miss call, agaknya mamat tadi yg call dan tak perasan.. terus zino call balik, dia cadang zino cari tempat utk repair calar tu kalau tak ada dia nak hantar ke HONDA.. nanti kos mahal.. baik nya hati.. so kami janji nak settle kan esok hari nya sebab hari kejadian tu ahad, woksop tutup..

esoknya kami janji utk berjumpa di satu woksop di BTR sana utk cat semula kawasan yg tercalar.. setelah beberapa minit berunding dengan tukang cat.. settle dengan kos dan kerja mengecat akan di siapkan petang itu juga.. sementara tu dia minta zino hantar dia ke kedai tempat kejadian semalam tu dan katanya rumah nya sekitar kawasan tu juga.. dalam kereta dia kata dia sangat lega sebab zino org yg julur dan berpegang pada janji.. memula dia rasa ragu2 juga takut kalau2 zino tak datang ke apa ke.. zino pun kata janji perlu di tunaikan.. walaupun saya tak kenal dia dan dia tak kenal pun sape zino.. tapi dalam semua keadaan kita perlu ikhlas.. walaupun zino terpaksa keluar RM utk bayar kerosakan berlaku , yg lebih zino bangga kan.. orang yg tidak kita kenali dapat menilai keikhlasan kita walaupun dalam keadaan zino yg melakukan kesilapan dengan dia..

happy ending.. tak ada rasa dendam, marah sakit hati dan sebagainya... duit bukan segalanya...betul tak???

Sunday, October 3, 2010

rumah terbuka dah habis ke??

patutnya minggu ni last la kot rumah terbuka.. kalau minggu depan dah habis dah syawal.. tapi zino masih ada jemputan utk minggu depan.. agaknya tak cukup hari minggu nak buat.. asyik kena book dulu dengan org lain.. tak kisah la kan kalau ada rezeki nanti sampai juga la kami , kalau bukan jamuan hari raya anggap la jamuan murah rezeki ke, jamuan siratulrahim ke.. lagi pun kunjung mengunjung ni di galakkan utk mengeratkan bersahabatan, mengikat persaudaraan dan menjalin hubungan ia tak??

Ada banyak juga rumah yg sempat kami ziarah sama ada masa raya atau pun rumah terbuka.. tapi masih ada lagi rumah yg tak sempat kami kunjung.. nak buat macam mana tu ya.. yg sempat nak berjalan pun hujung minggu, masa lain tu sama ada kami bekerja atau tuan rumah pun bekerja.. dan setiap hujung minggu pulak selalu nya jem di merata tempat sehingga ada kala nya membantutkan perjalalanan..

kami sendiri sempat mengadakan rumah terbuka mini, utk sebahagian sanak sedara.. sebahagian rakan taulan dan sebahagian jiran tetangga.. kenapa sebahagian?? mem plan nak buat sekali lagi utk sedara mara dia pulak , dan mungkin nak jemput sebahagian kawan dia pulak.. tapi plan tak berapa menjadi, sedara mara dia dah book lebih awal, dan kami kena lah menjadi tetamu ke sana kemari.. hehe nak buat sekali harung..aduhh tak terlarat.. hehe...

panjang umur murah rezeki di lain kesempatan boleh buat lagi.. inshaAllah.. bagaimana anda ? berapa rumah sempat dikunjungi tahun ni??