Tak tau la ada ke tak benda ni di tempat anda ... bukan lembu tu .. bukan juga kerbau tu..!! yg tu kat mana pun ada .. hehe yg zino maksudkan kan majlis mantai.... kalau di NS majlis ni di adakan sebelum puasa dan sebelum raya... apa benda mantai tu?? boleh lah zino kata kan majlis mantai ni ada satu majlis permuafakatan penduduk kampong utk mengadakan majlis menyembeleh lembu atau kerbau secara bergotong royong kemudian di bahagi2kan kepada penduduk kampong mengikut share masing masing... sebelum majlis tu dia da kan kebiasan nya sehari sebelum puasa.. penduduk kampong telah bermuafakat dan menetapkan berapa orang utk share se ekor kerbau atau lembu dan berapa pulak setiap orang perlu bayar.. ada kemungkinan seorang tu mengambil lebih dari satu share... makna nya dia dia perlu bayar mengikut bilangan share yg di ambil..
setiap bahagia lembu dan kerbau yg di sembelih akan di bahagikan sama rata mengikut bilangan share.. daging, tulang , hati limpa, paru2 , dan sebagainya.. pendek kata semua orang akan dapat semua bahagian... biasa kepala lembu atau kerbau tu akan di lelong di kalangan penduduk kampong.... masa ni la sedara mara yg bekerja di perantauan akan menunjukkan dia lebih layak dan mampu utk memiliki kepala tersebut... lelongan di adakan secara beserta gurau senda sesama sedara mara dalam suasana yg sangat meriah...
bukan setakat sembelih lembu saja , ada kalanya di seling dengan masak lemang ketupat dan segala macam juadah utk memeriahkan lagi sambutan mantai tu.. se olah olah macam nak sambut raya.. hehe.. daging dari share masing masing akan di masak.. di buat rendang, di lempap di salai dan sebagainya... masa ni meriah dengan daging.. memang tak habis utk di masak semua... keadaan masa tu sangat meriah.... itu dulu....
sekarang ni sambutan tidak semeriah dulu.. majlis mantai dah di komersialkan.. katanya esok di Paroi akan di ada kan majlis mantai perdana... kalau nak daging murah pegi la ke sana... hehe
14 comments:
best tu.. kalau dapat kongsi, nak juga share barangs ekilo dua daging lombu fresh tu..
mintak satu ekor...buat korban raye nanti..=]
zar
jom poe somban hehe
wawa
sekor je? hehe
cerito mantai ni..balik ko tak..he he
teringgat maso kekocik dulu
kalau nak puasa balik kampung, sehari sebelum poso ada lemang ada daging
meriah kan?sekarang dah kurang semangat mantai ni.
erna
hari ni ado kojo esok inshaAllah...
sayangibu..
tu le budaya tu ilang macam tu je...
mantai di putrajaya sahaja
Salam zino..
Seronoknyer sambutan mantai tu..dengar cerita ni pun rasa seronok...:..
Kat kedah ni, untuk sambutan ramadan...yang ketara ramai orang jual daging....bergantung2 daging segar yg. baru disembelih...
Pokli...
hari ni dah ada ke?
azi
tapi sekarang kat kampong dah tak ada mantai dalam erti kata sebenar.. dah lebih kurang sama di tempat lain.. beli daging yg di jual di tepi jalan hehe
wah.. mantai... lomang buek tak.
ibundo..
lomak tunjuk yo hehe
Post a Comment