setiap kali masuk bulan ramadhan, maka bazaar ramadhan akan tumbuh di merata tempat.. business di bazaar ramadhan merupakan satu sumber pendapatan tambahan kepada peniaga atau kepada sesiapa saja yg berhajat nak mencari pendapat tambahan..
pada kebiasaan nya pihak berkuasa tempatan akan mengatur mengawal dan menyediakan tempat tempat bazaar ramadhan di tempat tempat tertentu dengan mengambil kira lokasi yg stretegik, keluasan tapak, kesesakan lalulintas dan sebagainya...
dari tahun ke tahun bilangan bazaar ramadhan akan bertambah , ada juga yg berpindah ke lokasi baru apabila keujudkan bazaar ramadhan menumbulkan keresahan dan kesulitan kepada pihak lain... di situ perlu ada kompromi di mana tempat tempat yg sesuai dan selesa utk orang ramai berurusan..
salah satu tapak bazaar ramadhan yg di kenali ramai adalah di Taman tasik Permaisuri... Bandar Tun Razak.. katanya bazaar ini di kunjungi oleh pelanggan di kawasan sekitar dan di luar dari kawasan tersebut.. setiap petang keadaan perniagaan amat meriah dan di penuhi orang ramai.. peniaga pendapat untung dan pembeli mendapat apa yg di cari utk di jadikan juadah berbuka... kedudukan bazaar juga strategik dan berhampiran tempat letak kereta stadium bola sepak...
cuma malang nya tiada siapa yg mengatur di mana patut di letak kereta dan sebagainya dan pada kebiasaan juga orag ramai paling suka meletak kereta berhampiran dengan bazaar tempat mereka berurusan... maka akan terjadi lah seperti mana gambar gambar yg anda lihat.. jalan yg ada tiga lorong telah menjadi satu lorong kerana sikap tidak bertimbang rasa setengah dari pelanggan sendiri..
sebenar nya zino tak perlu lalu jalan ni utk pulang setelah ke bazaar ramadhan tetapi sengaja ajak alang ikut jalan ni utk merakam keadaan sebenar dan boleh di kongsi di sini... rasanya keadaan serupa berlaku di mana mana bazaar ramadhan.. keselesaan setengah pihak menjadi kesulitan kepada pihak yg lain... kadang kala kita lupa dan hanya mementingkan diri sendiri dan suka mengambil sikap tidak apa dan tidak kisah.. kalau orang lain boleh letak kenapa saya tak boleh??
fenomina ini berlaku setiap tahun, akan banyak la aduan dan rungutan yg bakal di terima di analisa dan di rumuskan setiap kali selesai bulan puasa... penambah baikkan pastinya akan di lakukan utk tahun tahun berikutnya tetapi keadaan ada kala nya sukar di kawal dan di bendung... budaya rakyat malaysia sudah bagitu dan amat sukar utk di trafomasi kan kecuali dengan paksaan.. maka kita kena terima hakikat nya bagitu..
ini belum lagi kita selami keadaan perniagaan itu sendiri..... walauapapun terpulang lah kepada kita sendiri sama ada utk menyokong atau berkecuali dalam isu bazaar ramadhan ini... selagi ada perasaan bertolak ansur toleransi dan bersabar segalanya akan berjalan lancar walaupun pergerakkan kereta tidak bagitu lancar......
renung2kan dan selamat beramal. hehe
5 comments:
sya tak berani nak parking tak tentu hala, satu hal pulak jadi jem jalan sebab main sesuka hati je letak kenderaan kan?
PARAM yang penuh nostalgia dan paling bes zar rasa adalah param Pasar keramat... tetap haeppning macam zar kekecik dulu.. kuih kuih lama dan pelbagai lauk mmg terpilih dn sedap sedap
bazar ramadhan kat kpg kerinchi dah tak haven macam dulu...
Salam..
PARAM kat taman Perumahan saya ni memang meriah...jadi tumpuan taman2 yang berdekatan...saya kadangkala pegi jugak untuk beli air tebu...:)
Dah lama tak ke Param..salah satu sebabnya inilah..masalah parking sesuka hati sehingga menimbulkan kesulitan..
Post a Comment