Sunday, October 30, 2011

Berat mata memandang............

Petang sabtu lepas kami ke Hospital Serdang satelah mendapat tau seorang kawan kami di masukkan kesana . Bila kami sampai dia kesaorangan bila saya bersalam dengan nya dia mengambil masa yg agak lama utk mengenali zino . Lama dia merenung sebelum menyebut nama.

Lama juga kami berbual dan bermacam kisah , kami menjadi tempat dia meluahkan segala yg terbuku di hati . Sangat bersimpati dengan penderitaan yg di hadapi nya tapi apa kan daya sebagai seorang kawan kami hanya mampu memberi kata nasihat , semangat dan motivasi utk dia berhadapan cabaran yg sangat getir.

Bila seorang Dr muda datang bertanya kabar dan menceritakan keadaan luka dikaki dan cadangan Dr kaki terpaksa di potong kerana tidak dapat diselamatkan lagi , dia memandang zino tapi tidak terkeluar sepatah perkataan pun , dia termenung sebentar sebelum memohon keputusan ditangguh sampai esok. Dari penjelasan Dr tu keadaan kaki dia memang agak kritikal dan tidak boleh di selamatkan

Kemungkinan bila zino melawat dia lagi nanti operation telah pun dilakukan . Kami doakan semuga dia tabah dengan dugaan yg dihadapinya ....

5 comments:

MOKCIK AZWA said...

suatu keputusan yang berat tapi demi untuk menyelamatkan nyawa..

semoga semuanya berjalan lancar untuk kawan Zino itu..aminnn

Angah said...

semoga kawan zino dimudahkan segala urusannya..

pB said...

Orang kata


apabila Allah uji kita , maknanya Allah sayang pada kita

zino said...

berita terkini.. kaki telah pun di potong..

KAMATO said...

moga dia tabah menghadapi dugaan