Thursday, October 18, 2012

asam pedas





Assalamualaikum semua....

Dah makan malam ke? sepatut nya dah la kan dah jam berapa pulak ni..tambah bila kat luar nun hujan cepat je lapar nya.. tapi kalau makan tu kena lah berpada pada.. kalau makan kat rumah mudah la nak kawal.. masak apa yg patut je.. tapi bila kat luar ada bermacam benda yg boleh di oder.. minta je apa nak.. ikut selera masing masing.

berbalik kepada tajuk di atas tu.. saya nak tanya sikit la.. kalau Melaka terkenal dengan asam pedas nya negeri lain apa masakan istimewanya ya..? kalau negeri den.. masak lomak cili padi la.. tapi tempat lain apa ya..mesti ada satu masakan yg boleh di ketengahkan sebagai trademark negeri tersebut..  siapa yg tahu tolong senaraikan.. Perak apa? Pahang apa Kedah apa dan seterusnya.. 

Pada pendapat saya Thailand yg paling berjaya dalam mempromosi makanan ni.. tomyam Thailand di kenali di merata dunia.. di mana mana gerai di malaysia ni mesti ada yg menjual tomyam.. dan ada banyak lagi masakan yg berasal dari Thailand sana.. malah orang siam pun ramai yg berniaga di negara kita...makanan boleh jadi satu daya tarikan pelancong.. betul tak?? 

Kembali semula kisah gambar di atas tu... Di Melaka saya percaya ada banyak kedai atau restoren yg menjual asam pedas ni.. kami dah cuba beberapa kedai tapi masih terpikat kat kedai ni.. ada di sekitar banda hilir tu nama kedai maaf la tak masuk memori hehe tapi kalau nak ke sana tau la.. setiap kali sampai ke Melaka tak boleh miss masak asam pedas ni.. kat rumah mem pun pandai masak hehe tapi makan tapi masih nak cari asam pedas melaka.. 


15 comments:

Unknown said...

syer sahaja apa2.. saya sedia membaca.. asal syaring pkara y best dan saya minatm. saya akn komen..
jika tidak hanya mmbaca tanpa tinggal jejak..
heheee

jika melaka asam pedas. dijohor pula pastinya mee rebus dan lontong, dan tip top pastibya mee bandung

saua duduk melaka 2thn mmg akn pekena asam pedas. tapi syg ikannya cencaru.. naik jemu. hehee

zino said...

CR
pakar masak tentu suka bab makan2 ni kan hehe

uncle gedek said...

saya simpan dendam nak pegi citarasa rinduan tu....

Zareda Norman said...

setiap negeri pasti ada specialty makanan dia.. kedah dengan gulai rebung dia laksa beras, pahang ikan patin, perak rendang tok.. hehheh bab makan memang laju je komen

zino said...

gedek
buat expedisi ke Kulai.. hehe

zino said...

Zar..
makanan tu jadi menu utama ke di kebanyakkan restoren... sesiapa saja ke sana boleh dapat dengan mudah ?

Nur said...

Wah.. saya suka colek roti dengan asam pedas! Sedapnya!
Perak.. masakan apa? Masak tempoyak kot. Sebab doyan banyak. Laksa Kuala Kangsor pun popular juga. :)

zino said...

puteri Nurhayati..
memang berperisa roti dengan asam pedas hehe..

Kengkawan said...

perak femes ngan rendang tok n masak tempoyak.

tapi kan andak mmg suka la asam pedas melaka. tu je nk ckp hehe

Kengkawan said...
This comment has been removed by the author.
zino said...

andak
kena lah ke melaka hehe

Unknown said...

negeri saya mesti la nasi kerabu... laksam dan laksa...heheh

saya sangat suka asam pedas... tapi tiap kali ke melaka or batu pahat mesti kecewa sebab tak jumpa yg sedap

Mulan said...

asam pedas melaka sangat power..!!

zino said...

MSP
kalau google dia akan beri tau gerai asam pedas.. cuba di Hajjah Mona

zino said...

mulan
setuju..