Monday, January 28, 2013

burger larva....

Assalamualaikum...

gara gara terpengauh dengan satu program di TV... setiap malam bertanya bila nak makan burger larvaaaaaa siapa lagi kalau bukan peminat burger vtegar kat rumah ni... so malam tadi sampai juga kami ke sini...

 paparan iklan di luar warung

 oder bayar dan ambil no 
dan tunggu...

 nah !!! ni lah dia 
yg ni kambing special

 yang ni daging special

 yang ni pulak daging biasa.. 
tau kan apa beza special 
dengan biasa??

 yang tinggal cuma ini
itu yg adik nak 
bagi tau hehe

belakang no tu 
tertera no talipon 
tokei..

keputusan nya : 
sangat berbaloi...tak rugi travel jauh2...utk kesana... 

Saturday, January 26, 2013

apa pendapat anda??


Gaji amah: Kerajaan jangan tunduk

KUALA LUMPUR 17 Mac - Kerajaan diminta tidak tunduk terhadap penetapan supaya amah dari Indonesia dibayar gaji RM700 untuk melakukan satu tugas khusus sahaja selain bayaran RM27 sehari jika bekerja pada hari rehat.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman berkata, kerajaan juga harus beralih pada sumber dari negara lain bagi memenuhi keperluan pembantu rumah selain Indonesia.
"Mereka yang memerlukan kerja di sini, jadi kenapa kita pula yang mahu tunduk pada kemahuan itu? Gaji ditetapkan juga amat tidak logik iaitu hanya untuk melakukan satu kerja," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman kelmarin yang mendakwa penetapan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia.

Maamor berkata, gaji sebanyak itu mungkin bersesuaian sekiranya amah tersebut adalah pembantu rumah yang terlatih untuk melakukan tugas-tugas spesifik seperti menjaga orang sakit atau warga emas, namun ia tidak logik bagi mereka yang hanya berkemahiran asas menguruskan rumah.

Namun katanya, rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk mencari alternatif lain supaya mereka tidak terlalu bergantung dengan pembantu rumah dari Indonesia. "Kita boleh mencari negara sumber lain yang bersesuaian yang boleh bekerja di sini sebagai pembantu rumah. Namun hakikatnya, sesebuah rumah tangga itu wajar diuruskan sendiri oleh suami isteri kerana lebih banyak kebaikannya berbanding terlalu mengharap kepada pembantu rumah," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka%5FHadapan&pg=mh_02.htm#ixzz2J4N5Ude3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Dataran Merdeka

Assalamualaikum

Kisah nya tadi pegi sembahyang Jumaat di Masjid Negara . Jauh juga la menapak .. lupa langsung yg Masjid Jamik under renovation (nampak sangat dah lama tak solat kat sana.. maklum la office jauh..)

Sambil2 jalan balik tu shoot sana sini (sambil ambik angin kata orang tu..) tiba2 hujan turun dengan lebatnya apa lagi basah kuyup la jadi nya..nak berlari tak larat den..

Sempat berteduh sekejap bawah satu kanopi tepi dataran tu dengan sorang lagi staff dan dua mamat bangla

Sampai opis baju memang basah habis itu lah rahmat hari Jumaat hari ni...

masa ni cerah lagi..

sampai sini dah gelap sikit..

lepas ambil gambar ni 
hujan lebat 
mencurah2..




Thursday, January 24, 2013

Pindah

assalamualaikum..



sebelum ni Angah duduk kat sini
quarters kerajaan di Precint 14


pagi tadi angkut barang2..
ke rumah sendiri..

ke sini. Semonyeh..
 ini lah rumah baru Angah
selamat tinggal di rumah sendiri Angah..
kena lah keluar lebih awal utk pegi kerja



acara terakhir di satay UK (urat keting) 
Bangi..tapi angah tak ikut kami je lah..


Wednesday, January 23, 2013

Indah sungguh ciptaan Nya

assalamualaikum..



di rakam pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat
tak sangka sangat menarik... 
waktu ni kira2 jam 7.30 pagi..



ini pulak di rakam mlm tadi 
apabila seorang kawan FB bercerita 
ada bulatan di keliling bulan..
cepat2 keluar tangkap..

nampak tak ? 

Tuesday, January 22, 2013

Bantuan....

Assalamualaikum

buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan
adik budak masih belajar
dapat bantuan seronok sakan

sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
bantuan di beri perlu di simpan
boleh di guna di kala perlu

dua tiga kucing berlari
mana nak sama si kucing belang
bantuan sedikit bukan berlori
hati gembira bukan kepalang

ada ubi ada batas
orang berbudi pandai2 la nak balas

buah cempedak dalam parit
berkata benar biar pun pahit...


Sunday, January 20, 2013

ilham tak datang...

Assalamualaikum..

tak ada idea nak tulis apa... 

sekian terima kasih

Thursday, January 17, 2013

kena ubah diet pemakanan!!

Assalamualaikum..semuga sahabat semua sihat sejahtera....
kisah hari ni..

di bilik makmal

tiga kali misi cucuk..
tiga kali darah dia sedut..
setiap satu jam sedut sekali..
sempat juga balik HQ ambil GL
menonong ke hospital tak tengok pun kad appointment hehe
bila nak daftar misi tanya bayar sendiri ke panel?
dulu dah bagi GL..
dulu tu dah pakai hari ni perlu GL baru...
ooooo macam tu ke..

di bilik Doktor

apa kabar sihat?
sihat doktor
darah awak ni.... (sambil tunjuk result..)
dah terlebih sikit ni...
saya nasihat awak ubah diet pemakanan..
kurangkan yg manis2..
kurangkan nasi
kurang kan itu kurang kan ini...








Tuesday, January 15, 2013

air ooooo air

air tangki tumpah !!!



























sekian

Sunday, January 13, 2013

pilihan masing masing...

assalamualaikum....

dalam apa saja perkara yg kita lakukan 
kita perlu membuat piliha.
nak makan pun kena pilih...
kadang tu nak ambik lauk pun sikit punya lama memlilih..
kuis sana kuis sini tak juga cedok2..
ambil seketul letak balik...
lepas tu cedok balik...

nak beli baju lagi lah kena pilih..
kaler ni merah sangat 
kaler tu pucat pulak..
yg itu ambik tak jadi
yg ini ambik letak balik..
sekali test.. tak pekenan juga... 
pilih lagi..

nak cari awek lagi la kena pilih
nak yg cun je... 
nak yg putih melepak je
nak yg seksi meksi je..
nak yg macam tu la
nak yg macam ni la..
kadang tu letak spec terlalu tinggi..
entah sampai bila asyik dok memilih tak habis2..
tak sedar usia semakin bertambah....

bila berkawan pun kena memilih..
pilih yg baik baik
pilih yg alim alim
pilih yg berbudi bahasa
pilih yg mudah bawa berbicara
pilih yg boleh membimbing kita...

nak pilih pemimpin...
kau orang semua dah besar panjang
yang mana intan yang mana kaca
yang mana benar yg mana auta
yang mana tulin yang mana palesu belaka
yang mana ikhlas yang mana bermuka muka

dan bila memilih agama
kita umat islam tidak ada pilihan..

KATAKAN LAH (WAHAI MUHAMMAD) :(TUHANKU) IALAH ALLAH YANG MAHA ESA;ALLAH YANG MENJADI TUMPUAN SEKELIAN MAKLUK(UNTUK MEMOHON SEBARANG HAJAT); ALLAH TIDAK BERANAK,DAN JUGA TIDAK DI PERANAKKAN;DAN TIDAK ADA SESIAPAPUN YANG SERUPA DENGAN NYA



demi agama islam yg kita sama sama sayang.. 
kita sepatutnya sepakat..
kita sepatutnya sependapat
kita sepatutnya bermuafakat
kita sepatutnya saling mengikat
kita sepatutnya semakin kuat
kita sepatutnya ........





Saturday, January 12, 2013

air di cincang tak akan putus...

Assalamualaikum..

setelah sekian lama tidak berjumpa..
kami dapat berkumpul kembali
walaupun korum tak penuh

persahabatan siber yg telah berlaku sejak lebih 12 tahun dulu..



Aisyah Humaira


ika

dalam dewan

di luar dewan bersama bapa pengantin


Thursday, January 10, 2013

awak sihat ke?

Assalamualaikum...

"awak sihat ke?" 

itu soalan pertama yg di ajukan Dr pakar bila saya berjumpa dia tadi.. kalau ikut rekod Hospital tu last saya jumpa dia tahun 2001 , sampai rekod lama saya pun dah ilang kemana, terpaksa la buka fail baru .. tapi Dr tu masih ingat dan saya pun biasa jumpa bila bawa mak atau ayah utk rawatan..

lepas membuat pemeriksaan awal dan membaca surat dari Dr klinik majikan, Dr cadangkan saya buat beberapa ujian tambahan.. sebelum masuk jumpa dia tadi dah ambil darah , air kencing , check BP bagai.. kena pulak buat ECG, ultra sound (betul ke?) dan ujian stress.. utk jantung..

bila datang semula jumpa dia, dia minta ujian darah dibuat sekali lagi esok.. jantung lulus...

Wednesday, January 9, 2013

redha dan sabar dengan ujian...


adik dengan air susah di pisahkan

assalamualaikum....

krisis bekalan air di sebahagian kawasan
nampak nya masih belum pulih sepenuhnya
keperitan anda yg terlibat sangat saya pahan..
pernah terlibat satu masa dulu..
sangat menyiksakan
menyusahkan
memenatkan
menyakitkan..

bersabar la..

Monday, January 7, 2013

not in the well..

Assalamualaikum..

teringat masa kat sekolah dulu .. 
zaman zaman baru nak belajar english.. 
ada sorang tu sebut, 
sir, i am not in the well 
cikgu tanya balik
so where are you?? 
hehe

sehari dua ni zino not in the well juga...

Sunday, January 6, 2013

dah masuk tahun baru....

assalamualaikum...

ada satu soalan.. 
dah masuk tahun baru... 
blog tak berubah baru ke??
atau melangkah bagitu saja..??

Tuesday, January 1, 2013

jom pegi sekolah

assalamualaikum..

Dah siap menggosok baju sekolah ke? kasut stokin semua dah ready depan pintu hehe.. duit belanja bekal ke jangan lupa pulak.. macam2 ragam anak anak nak ke sekolah ni kan.. itu tak masuk bab nak mengejutkan bangun pagi.. ada yg liat ada yg meragam dan ada ada yg teruja sampai tak lelap tidu asyik ingat nak kesekolah je..

kepada yg ada anak baru nak masuk sekolah.. sila lah menimba pengalaman baru dengan kerenah persekolahan anak anak ni.. saya dah ada pelbagai pengalaman pasal ke sekolah ni.. ok jom nak cerita sikit..tapi jangan lah tanya yg ni siapa yg tu siapa.. nanti pocah lah rahsia mereka hehe

kes pertama

sorang ni mungkin terlampau di manjakan kot, sangat takut nak ke sekolah.. kali pertama menjejak kaki ke sekolah abah pun kena masuk kelas sama kena duduk sama dengan dia, kalau abah bangun dia pun bangun, abah keluar dia pun keluar hehe.. tapi akhirnya dia seorang pelajar yg cemerlang...dan berjaya kemenara gading.tak payah la tanya siapa kan hehe

kes kedua

sorang ni pulak membuatkan abah ia penin dan sampai bertekak dengan cikgu.. asyik2 dia kena tayhan, kena duduk luar kelas tak kena bagi masuk kelas dan sebagai nya, kemuncak nya abah terpaksa ke sekolah walaupun tak berapa sihat sebab dia tak di benarkan masuk kelas selagi abah tak datang, sape tak mengirap.. bila datang apa lagi berlaku lah sesi bersoal jawab dengan cikgu besar.. sampai terkeluar ayat..."cik gu jangan kacau anak saya lagi , dia nak ambik SPM lepas SPM nanti dia tak datang lagi sekolah ni.."" alasan cikgu menahan dia sangat remeh dan cikgu disiplin langsung tak nak bersemuka dengan zino.. ini pun dah jadi sejarah...algamdulilah dia berjaya kemenara gading.. tak perlu juga tanya anak yg no berapa ni..

kes ketiga

sorang ni yg paling payah nak ambik hati. silap sikit merajuk , bila dah merajuk duduk kat sudut mana mana diam membisu.. cakap apa lepas tu dah tak ada makna.. nak bangunkan tidu satu kerja yg besar.. silap sikit mood terus kelaut.. belajar pun pada peringkat awal macam yoyo.. tapi dia meningkat masa di sekolah menengah dan membuat satu pecutan yg membuat semua terkejut hehe , siapa tu? hehe yg penting dia juga berjaya ke menara gading.. 

kes ke empat..

sangat teruja nak belajar sejak kecil lagi.. masuk tadika umur 4 tahun.. penat pujuk cikgu supaya terima dia masuk pra sekolah.. tiga tahun pra sekolah sebelum masuk tahun satu.. tak pernah tertinggal naik ke pentas setiap kali ada upacara menyampaian hadiah.. kecermelangan nya berterusan sampai sekarang.. masih berada di menara gading... yg ni dah boleh teka kot hehe..

kes kelima

seorang anak yg manja tapi tak boleh lawan kemanjaan sorang lagi tu.. belajar masih lagi yo yo.. kami doakan dia juga akan mengikut jejak langkah yg ain lain tu nanti.. 

kesimpulan nya.. walaubagaimana pun keadaan nya in sha allah dengan galakan dan bimbingan ibu bapa anak anak boleh berjaya, mungkin ada di antara mereka yg bermula dengan perlahan, ada yg terus memecut sejak awal.. setiap mereka ada kelemahan dan kelebihan sendiri.. selalu beri galakkan selalu beri dorongan kata kata semangat supaya terbuka hati utk mereka belajar.. kalau di paksa tak akan kemana dia hanya lebih kepada berlakon utk ambil hati ibu bapa.. 

selamat majujaya kepada semua anak anak yg masih lagi belajar..