Saturday, January 26, 2013

apa pendapat anda??


Gaji amah: Kerajaan jangan tunduk

KUALA LUMPUR 17 Mac - Kerajaan diminta tidak tunduk terhadap penetapan supaya amah dari Indonesia dibayar gaji RM700 untuk melakukan satu tugas khusus sahaja selain bayaran RM27 sehari jika bekerja pada hari rehat.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman berkata, kerajaan juga harus beralih pada sumber dari negara lain bagi memenuhi keperluan pembantu rumah selain Indonesia.
"Mereka yang memerlukan kerja di sini, jadi kenapa kita pula yang mahu tunduk pada kemahuan itu? Gaji ditetapkan juga amat tidak logik iaitu hanya untuk melakukan satu kerja," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Pengarah Bahagian Pembinaan Penempatan Tenaga Kerja, Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia, Dr. Reyna Usman kelmarin yang mendakwa penetapan itu dicapai hasil rundingan Pasukan Petugas Khas Bersama (JTF) antara kerajaan Indonesia dan Malaysia.

Maamor berkata, gaji sebanyak itu mungkin bersesuaian sekiranya amah tersebut adalah pembantu rumah yang terlatih untuk melakukan tugas-tugas spesifik seperti menjaga orang sakit atau warga emas, namun ia tidak logik bagi mereka yang hanya berkemahiran asas menguruskan rumah.

Namun katanya, rakyat Malaysia mempunyai pilihan untuk mencari alternatif lain supaya mereka tidak terlalu bergantung dengan pembantu rumah dari Indonesia. "Kita boleh mencari negara sumber lain yang bersesuaian yang boleh bekerja di sini sebagai pembantu rumah. Namun hakikatnya, sesebuah rumah tangga itu wajar diuruskan sendiri oleh suami isteri kerana lebih banyak kebaikannya berbanding terlalu mengharap kepada pembantu rumah," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0318&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka%5FHadapan&pg=mh_02.htm#ixzz2J4N5Ude3
© Utusan Melayu (M) Bhd 

9 comments:

Yunus Badawi said...

Kalau gaji setakat seribu lebih saja. lebih baik si isteri duduk rumah buat kerja daripada kena bayar pembantu sebanyak RM700... huhu

zino said...

Yunus Badawi

Betul tu sara hidup sekarang semakin meningkat

Kengkawan said...

fuhhhh...
nak jadi amah gak la..

azi said...

Betul tu...
Kos sara hidup kat KL memang tinggikan..mana nak bayar bibik lagi....kalau dapat yang bagus oklah jugak, kalau dapat sebaliknya...memang tak berbaloi....

zino said...

Andak

Boleh buat partime tu

zino said...

Azi

Betul tu ada tu yg lari dari rumah majikan mcm tu je pasport masih tinggal

azieazah said...

Saya pun rela jadi orang gaji di rumah orang kalu bayaran nya macam tu.

kasihibu said...

sya pun macam kak azie baik jadi orang gaji di rumah sendiri ,urus rumahtangga dan keluarga saja

Unknown said...

mahal sangat...baik isteri xyah kerja..