assalamualaikum..
Dah siap menggosok baju sekolah ke? kasut stokin semua dah ready depan pintu hehe.. duit belanja bekal ke jangan lupa pulak.. macam2 ragam anak anak nak ke sekolah ni kan.. itu tak masuk bab nak mengejutkan bangun pagi.. ada yg liat ada yg meragam dan ada ada yg teruja sampai tak lelap tidu asyik ingat nak kesekolah je..
kepada yg ada anak baru nak masuk sekolah.. sila lah menimba pengalaman baru dengan kerenah persekolahan anak anak ni.. saya dah ada pelbagai pengalaman pasal ke sekolah ni.. ok jom nak cerita sikit..tapi jangan lah tanya yg ni siapa yg tu siapa.. nanti pocah lah rahsia mereka hehe
kes pertama
sorang ni mungkin terlampau di manjakan kot, sangat takut nak ke sekolah.. kali pertama menjejak kaki ke sekolah abah pun kena masuk kelas sama kena duduk sama dengan dia, kalau abah bangun dia pun bangun, abah keluar dia pun keluar hehe.. tapi akhirnya dia seorang pelajar yg cemerlang...dan berjaya kemenara gading.tak payah la tanya siapa kan hehe
kes kedua
sorang ni pulak membuatkan abah ia penin dan sampai bertekak dengan cikgu.. asyik2 dia kena tayhan, kena duduk luar kelas tak kena bagi masuk kelas dan sebagai nya, kemuncak nya abah terpaksa ke sekolah walaupun tak berapa sihat sebab dia tak di benarkan masuk kelas selagi abah tak datang, sape tak mengirap.. bila datang apa lagi berlaku lah sesi bersoal jawab dengan cikgu besar.. sampai terkeluar ayat..."cik gu jangan kacau anak saya lagi , dia nak ambik SPM lepas SPM nanti dia tak datang lagi sekolah ni.."" alasan cikgu menahan dia sangat remeh dan cikgu disiplin langsung tak nak bersemuka dengan zino.. ini pun dah jadi sejarah...algamdulilah dia berjaya kemenara gading.. tak perlu juga tanya anak yg no berapa ni..
kes ketiga
sorang ni yg paling payah nak ambik hati. silap sikit merajuk , bila dah merajuk duduk kat sudut mana mana diam membisu.. cakap apa lepas tu dah tak ada makna.. nak bangunkan tidu satu kerja yg besar.. silap sikit mood terus kelaut.. belajar pun pada peringkat awal macam yoyo.. tapi dia meningkat masa di sekolah menengah dan membuat satu pecutan yg membuat semua terkejut hehe , siapa tu? hehe yg penting dia juga berjaya ke menara gading..
kes ke empat..
sangat teruja nak belajar sejak kecil lagi.. masuk tadika umur 4 tahun.. penat pujuk cikgu supaya terima dia masuk pra sekolah.. tiga tahun pra sekolah sebelum masuk tahun satu.. tak pernah tertinggal naik ke pentas setiap kali ada upacara menyampaian hadiah.. kecermelangan nya berterusan sampai sekarang.. masih berada di menara gading... yg ni dah boleh teka kot hehe..
kes kelima
seorang anak yg manja tapi tak boleh lawan kemanjaan sorang lagi tu.. belajar masih lagi yo yo.. kami doakan dia juga akan mengikut jejak langkah yg ain lain tu nanti..
kesimpulan nya.. walaubagaimana pun keadaan nya in sha allah dengan galakan dan bimbingan ibu bapa anak anak boleh berjaya, mungkin ada di antara mereka yg bermula dengan perlahan, ada yg terus memecut sejak awal.. setiap mereka ada kelemahan dan kelebihan sendiri.. selalu beri galakkan selalu beri dorongan kata kata semangat supaya terbuka hati utk mereka belajar.. kalau di paksa tak akan kemana dia hanya lebih kepada berlakon utk ambil hati ibu bapa..
selamat majujaya kepada semua anak anak yg masih lagi belajar..
6 comments:
Assalamualaikum,
Dah lupalah mcm mana saya dulu masa masuk skulah.
Seingatnya, hari pertama sekolah, pergi sekolah bonceng basikal dgn kakak. Dia yg tunjuk kelas dok tang mana...pas tu dok dlm kelas tengok cikgu ajar ABC sbb tak masuk tadika pun. Budak sekarang, darjah satu pun kena masuk periksa utk tentukan kelas.
Anyss
Zaman sekarang banyak kemudahan
wahhh zino kaya dengan pengalaman, semoga menjadi panduan kepada ibu bapa yang lain
Angah
yg baik jadikan teladan..
bermacam ragam ye..
norh
itu la zaman anak2 semasa sekolah
Post a Comment