Wednesday, May 15, 2013

Jom naik LRT




Assalamualaikum...

so kita go straight to the point.... kisah nya hari ni zino naik LRT ke nak ke opis.. kenapa tetiba je nak naik LRT ni ?? jom baca kisah selanjut nya..

hari ni zino perlu mendaftar di opis baru.. makna nya mulai hari ni kena bekerja di pusat bandar semula.. dulu pun zino pernah bekerja di bangunan yg sama cuma berlainan jabatan.. oleh kerana hari ni hari utk mendaftar saja keluar lambat sikit.. (boleh lak gitu hehe)  sampai ke stesyen lebih kurang 8.00 pagi.. awal juga tu kan.. hehe.. tapi bila sampai di stesyen zino dapati dah ramai penumpang menunggu.. dah boleh agak apa nak jadi lepas ni..

Bila LRT sampai zino tengok kat dalam tu dah padat.. tapi masih dapat menyelitkan diri sebelum dia jadi sendat.. wah tak boleh nak bergerak .. kiri ada orang kanan ada orang depan belakang semua nya penuh berdiri pun tak jauh dari pintu.. semua ruang penuh... awal pagi ni semua harum2 lagi hehe.. zino cadang nak sambung dengan monorail di Stesyen Hang Tuah supaya tak perlu nak cross jalan bila turun dari stesyen ke opis.. 

Ramai juga yg turun di Hang Tuah .. berkunda kunda berjalan naik ke atas sebelum menggunakan eskalater utk naik ke stesyen Hang Tuah.. sampai kat atas tu zino dah mula berpeluh.. pagi lagi dah rasa berbahang.. dalam hati terfikir juga kenapa la stesyen ni tak ber ekon.. di stesyen monorail lagi ramai yg menunggu.. semua nak masuk golden triangle bila satu train datang hanya sebahagian penumpang yg boleh naik.. kat dalam tu dah sedia penuh dengan penumpang yg turun pulak sedikit sangat..majoriti penumpang pempuan...

tunggu tak sampai 3 minit sampai lagi satu train.. tapi tetap penuh sedikit lagi yg boleh menyelitkan diri kat dalam tu.. zino dah mula rasa pening2 lalat.. tak boleh lagi nak berdiri bersesak2.. dalam orang ramai tu pelan pelan zino kebelakang dan cari tempat utk duduk.. kalau terus berdiri atau paksa juga masuk ke dalam train takut tumbang pulak nanti.. baju dah basah dengan peluh.. sambil duduk sempat pemerhati ragam orang ramai yg terus menerus datang ke stesyen seperti tidak akan surut.. walaupun train datang silih berganti dan penumpang turun dan naik.. tapi yg berdiri menunggu tak juga susut.. tak boleh jadi ni..

Akhir nya zino ambil keputusan utk turun semula ke stesyen LRT utk teruskan perjalanan sampai ke Masjid Jamek.. oleh kerana ramai yg turun di Hang Tuah .. lapang sikit bila zino masuk semula ke dalam train dari sana.. sampai Masjid jamek lagi ramai penumpang yg turun.. berjalan lagi utk sampai ke stesyen LRT laluan kelana jaya.. kalau tadi naik eskalater ke atas kali ni turun ke terowong bawah tanah.. stesyen bawah tanah ni baru le sejuk.. sebab ada ekon.. distinasi zino Stesyen Dang Wangi.

Nasib baik juga antara dua stesyen ni dah bersambung tak perlu lagi kluar masuk stesyen seperti sebelum ni.. bila sampai opis dah jam 9.30 pagi.. satu jam lewat tu.. lain kali dah tak boleh buat macam ni ya.. contoh yg tak baik ni..terus naik utk berjumpa bos ..dia ada tetamu di bilik nya kena la zino berehat kat luar tu dulu.. sempat la peluh kering sebelum berjumpa bos.. 

esok kisah bertemu bos baru ......





12 comments:

gadisBunga™ said...

kat jb takde LRT abah...hehehe~

Acik Erna said...

raso e mau batal nak naik LRT tu yo..he he..naik la keto ..boli keto kocik satu laie..alasan untuk kakak..sok kakak dah balik..dio la guno..ado alasan kek mem nak keluar an duit tu he he

Yunus Badawi said...

Harapnya Menteri yg bertanggungjawab tu jengok2lah keadaan LRT dan monorail yg macam sardin bila waktu puncak.

Saya pernah naik LRT nak ke KL Sentral utk sambung perjalanan dgn ERL ke KLIA di waktu puncak. Masa itu saya bawa sebuah beg bimbit kerana saya kena tidur outstation. Pintu LRT tak boleh nak tutup sebab beg saya terjulur keluar! .... huhu

azieazah said...

KEsilapan tu sebab turun stesen Hang Tuah tukar monorail. Baik la terus jer ke Masjid Jamek utk amik Putra ke Dang Wangi.

Fenomena ni biasa utk orang yang naik public transport (macam saya). Heehe

Sebab tu elok kuar awal pagi. Selamat bertugas di tempat baru!

Unknown said...

Tahniah En Zino...... naik pangkat lagiiiiii ... bestnya.

Saya lapan tahun naik komuter stesyen Pantai Dalam turun ke Bank Negara... pastu jalan kaki ke Wisma Bandar Jln TAR dan bila ofis pindah Kg Baru...3 tahun jalan kaki ke Kg Baru..... bersesak berhimpit hidu macam2 bau dah lali.. sebelum ada kereta sendiri.. uhuhuhu

zino said...

GB

tunggu MRT singapore masuk ke Iskandar hehe

zino said...

erna
nak plan kluar awal lagi..

zino said...

yunus badawi

panjang sangat beg dia ke hehe

zino said...

azieazah
memang silap pilih Hang Tuah ke masjid Jamek lagi ok.. tapi ada yg syor saya terus ke titiwangsa sebelum monorail ke medan tuangku..

zino said...

MystoryPic

terima kasih.. alhamdulilah rezeki..

Nur said...

Bila Encik Zino cerita naik LRT, teringat saya dulu masa dok Wangsa Maju, hari-hari naik LRT. Mesti breakfast dulu sebelum naik, kalau tak, boleh pitam, lagi kalau peak-hours. :)

Si Matatajam said...

Dah lama tak naik LrT... Dulu, ni la pengangkutan tetap dok ulang alik...