Sunday, May 19, 2013

kenapa suka buka pekung sendiri..

Assalamualaikum.. dan selamat petang semua..

Mungkin ramai yg dah tau dah baca dan dah dengar kisah anak dengan mak.. sebelum ni saya dengar gosip di radio.. tadi terbaca di akhbar.. katanya ada juga cerita keluar di TV.. tak kisah la siapa betul siapa salah.. kenapa dia orang ni suka cerita hal keluarga di akhbar?? apa yg dia orang dapat bila bercerita?? tak boleh ke hal keluarga di uruskan secara senyap senyap di kalangan keluarga?? kenapa perlu di hebohkan kepada orang ramai..

Yang akan dapat malu bukan orang lain keluarga sendiri juga.. yg di aibkan keluarga sendiri juga darah daging sendiri.. sangat tidak bijak sangat tidak matang. Pihak yg membuat keuntungan hanya media.. lagi sensasi cerita yg di berikan lagi bernilai untuk di siarkan dan jika ada maklum balas dari pihak yg lagi satu lagi lah mereka suka.. cerita boleh bersambung dan bersiri.. di mana etika ??

Apa faedah nya?? apa yang mahu di buktikan..?? apa yang mahu di tegakkan?? yang menang menjadi abu yang kalah menjadi arang.. dua2 pihak mendapat malu ... kedua pihak menanggung aib.. kesian ibu.. buruk ke baik ke ibu tetap ibu.. perlu di hormati perlu di jaga hati nya perlu di lindungi perlu di letak di kedudukan yang sewajarnya.. tambah lagi anak lelaki.. tanggongjawab terhadap ibu tidak akan terlepas walaudalam keadaan mana sekalipun..

sudah2 la tu... 

14 comments:

ckLah @xiiinam said...

Kisah apa tu Pak Zino?

zino said...

Cklah
Kisah artis yg minta mak dia minta maaf kat dia buat press statement lagi tu

Unknown said...

kalau tak buat gitu tak glamour la retis tu.. cari publisiti murahan

azi said...

En. Zino..
Semoga anak-anak kita tetap sayang dan hormatkan kita walau macamanapun keadaan kita...:)

Murni Alfathunnisa said...

pertelagahan dalam keluarga pun nak bagi satu dunia tau..hmm..apa la nak jadi..

Irfa said...

saya ketinggalan ke?kisah siapa ni?

Si Matatajam said...

Memang sedih bila tengok ibu dan anak bertelagah...anak pula minta ibu minta maaf pd perempuan idaman Si anak...tak patut rasanya..Si ibu pula memaki-maki Si anak dan membuka pekung Si anak..last2 dua2 yg malu -.-'

zino said...

mystorypic

dah tak ada story lain la tu..

zino said...

azi
itu yg selalu kita doa semuga anak2 menjadi orang yg berguna dan hormat ibu bapa..

zino said...

murni

itu la tak patut langsung

zino said...

irfa

kisah artis zaman kini...

zino said...

si matatajam..

seluruh keluarga terpalit sama...

Angah said...

angah baru terbaca kisah ni. sedih sangat bila si anak lebihkan perempuan lain berbanding perempuan yang melahirkan dia...

zino said...

Angah
itu la dunia sekarang... yg mana keutamaan dah tak tau nak bezakan..