Friday, May 1, 2015

Cuti panjang tak kemana ke?

Assalamualaikum...

Selamat bercuti semua... selamat menyambut hari pekerja dan selamat bercuti panjang... sampai isnin ..ada yg dah sampai Bukit Tinggi Sumatra.. ada yg dah sampai Kemboja.. ada juga yg dah sampai ke Bali.. wah meriah nya cuti cuti.. ramai juga yg buat posting kata dah ada di kampong sekarang ni... 

Alang dengan Kaklang pun on the way berholiday.. masih lagi dalam perjalanan kata nya dah mula sangkut jem.. sabar je lah.. memang ramai yg mengambil kesempatan cuti panjang utk bercuti di luar kawasan.. sama ada balik kampong atau ke tempat2 pelancongan yg banyak di dalam negara kita ini.. bukan senang nak dapat cuti panjang tanpa memohon cuti.. jadfi gunakan lah sepenuh nya..

abis tu kenapa zino tak ambil kesempatan yg sama.. keluar holiday ke mana mana.. biasanya dalam keadaan macam ni biasanya kami juga akan ambil kesempatan utk bercuti tapi kali ni pergerakkan agak terbatas.. 

pertama sebab si kec ik dua ekor dalam sangkar tu.. sepatutnya dah boleh di bebaskan biar dia hidup bebas bersama mak bapa dia.. tapi masih tak konfiden nak di lepaskan baru2 ni bila di letak kat luar dia mula merayap jauh diluar kawasan .. takut apa apa terjadi dengan dia.. forbia bila mengenangkan abang2 dan kakak2 dia sebelum ni sekor sekor hilang.. sama ada di ambil orang.. sesat tak jumpa jalan balik atau di langgar kereta.. 

tapi itu bukan lah alasan sebenar perkara yg membataskan pergerakkan kali ni ialah kami menjaga sedara kurang upaya di rumah.. memang sebelum ni semasa arwah mak ada dia memang bersama kami. tapi selepas mak meninggal dia tinggal di kampong . tetapi skrg terpaksa tinggal di sini kerana sedara di kampong ada urusan di luar utk sementara waktu.. setiap kali nak kemana mana kena pastikan ada orang yg tinggal di rumah.. kalau adik ada .. boleh juga kami keluar berdua.. kalau tak zino akan buat urusan sensorang di luar.. esok lusa ada kenduri kawin kena lah zino pegi sorang kalau tak ada yg boleh menjaga dia..

ini bukan satu kelohan.. kami tak ada masaalah pun tapi sekadar menjawab persoalan kenapa kami tidak kemana mana.. terima kasih..


2 comments:

NURAZZAH8 said...

Salam ..saya juga tak ke mana-mana ...cuti ni nak relaks duk rumah masak-masak utk anak-anak yang balik dari asrama dan kolej ..

maklang said...

Cuti 1st mmg x ke mana. Cuti 4 may barulah jln2