Sunday, December 27, 2015

Kayuh sampai Jeram


Ini lah route kayuhan kami pagi tadi.. Riz dan rakan rakan yg menjemput kami utk joint kayuhan mereka. So saya pun bersedia menyahut cabaran bersama adik.. jom dik.

Bermula dari Masjid Beranang kami memulakan kayuhan melalui beberapa kampong.. best nya lalu dalam kampong yg aman damai.

 Biasa lah bila masuk kampong perlu lah kayuh perlahan2 dan berhati2.. tak boleh la nak ikut suka.. berselisih dengan orang kampong paling tidak pun kena lah senyum . alamak paling last ke ni? 


Udara pun segar.. kayuhan di lindungi pohon pohon yg menjadi canopi dan teduh menjadikan kayuhan santai lebih bermakna.. sambil berkayuh sambil melihat alam ciptaan Allah yg maha indah.


Ada juga ketika nya kami melalui jalan besar yg banyak kenderaan. Di sini kami lebih berhati hati dan mengutamakan keselamatan.. saling pesan memesan saling ingat mengingat.. 


Yg best nya asyik berkayuh tetiba kami dah sampai Jelebu.. ehh acah je sebenar nya kami sampai kg Jelebu di Beranang hehe kalau zino berkayuh sampai Jelebu kira pecah rekod tu.. hehe


Bila penat kami berenti , kayuh bukan utk berlumba..kayuh besagai aktiviti readah.. yg kesian nya adik beberapa kali hampir give up berkayuh tapi masing terus bagi kata semangat utk adik terus berkayuh.


alamak awal pulak keluar gambar ni hehe... Bila dah sampai lega..


Ada nampak pot yg menarik selfie dulu.. indah sunggah suasana di kampong. Rasa mcm nak cari tanah di sini buat kebun.. ada ke yg sudi nak jual.. hehe


Adik kepenatan.. abah!!  adik dah tak larat ni.. entah berapa kali di ulang nya kami terus bagi semangat kat adik utk bertahan dan meneruskan kayuhan. semangat setiakawan rakan berkayuh sangat kami hargai.. 


Entah berapa kali pulak adik berhenti melepas lelah. Sampai di satu peringkat saya minta adik bawa basikal abah dan abah bawa basikal adik...rupa2 nya basikal yg buat adik cepat penat berbeza sungguh.. abah pulak kepenatan.. bertukar pulak basikal dengan Riz.. nasib baik Jeram dah terbayang...


Dari jauh dah dengar bunyi deruan air.. wah dah dekat ni... dan Bila sampai di Jeram semua happy terutama adik... akhirnya abah dan adik dapat lesen Jeram.. alhamdulilah.. 


Air yg jernih mencurah turun mengalir dari atas batu. melambangkan suasana indah yg tidak dapat di gambarkan.. kawasan yg tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.. sangat sesuai utk mandi manda. ada kawasan kolam yg di bina manusia.. ada saluran paip yg mengambil air dari jeram ini utk di salirkan entah kemana.. deruan air tidak pernah berhenti. Tak lepas peluang utk berselfie hehe


Yg terejun tambam pun ada... selebrate kejayaan sampai Jeram walaupun dia dah sampai beberapa kali. Air terjun ni sangat sejuk tapi sangat seronok utk mandi manda. Tidak tercemar dan agak jernih. Nak sampai sini hanya ada lorong motor saja kenderaan tak lepas.. nak kayuh basikal ok..


Berehat man penat lelah berkayuh..yg penat saya dengan adik je agaknya..yg lain dah season jarak ni kacang je  hehe


mula2 celup kaki wow !!!! sejuknya.. kena pulak dengan badan yg penat...waduh waduh segar jadi nya..


Dia orang sedang bincang utk kayuhan seterus nya tak jauh sangat kata nya 120 km je.. je? Dengar jarak tu pun rasa nak pengsan hehe... 


Adik pun tak lepas peluang berendam.. 
hilang penat ya dik ? 



Saat happy berendam.. tak ada orang lain pun yg berkelah situ kami2 je.. seolah olah jeram tu kami yg punya.. hehe

Ok lain kali nak joint lagi tak? 

Friday, December 25, 2015

Jalan Jalan Cari Asam Pedas...

Assalamualaikum...

Selamat bercuti semua.. wah mesti dah ada macam plan kan. Ada yg holiday ke luar negara dan ada yg melancong dalam negara yg memang ada banyak tempat menarik... 

Kali ni kami tak rancang nak kemana2 pun walaupun saya tetap bercuti sehingga hujung tahun.. so kami buat program sepontan je.. sepatutnya program bermula semalam. Tapi tertunda oleh sesuatu hal yg tak dapat di elakkan..

Mem ajak ke Melaka nak makan asam pedas katanya.. zino on je.. perjalanan ke Melaka lancar. Cuaca pun baik. Awan pun melambai2.. 

Singgah minum pagi di RnR Seremban.. sekali ternampak abang jual lemang kat sudut tu..teringin pulak nak rasa. lemang tu 2 inggit dan rendang di jual ikut gram. Nak sikit je buat colek lemang.. 

Sebaik masuk tol air keroh terdengar ucapan dari pendengar melalui radio hotFM .. katanya selamat hari jumaat kepada sahabat2 dia. La hari Jumaat ke ? Hehe boleh terlupa hari bila nak berjalan.. hehe. Masa tu dah jam 12.45.. jalan jem. Wah kena cari masjid cepat2 ni. Tanya abang Waze.. kat mana masjid negeri? Dia tak jumpa.. lepas tu tanya masjid je. Keluar senarai masjid.. pilih je lah yg mana dekat..dan follow instruction.. hehe


Akhirnya sampai ke Masjid ni. Yg unik nya masjid di Melaka ni dia tak ada dome seperti kebiasaan masjid di tempat lain. Senireka bumbung nya mengambil kira senireka masjid yg di bina sejak zaman berzaman dengan bentuk yg tersendiri. Katanya senireka dari negeri Cina. Tak sempat nak google utk cari fakta.

Satu sudut lain bangunan masjid yg unit penuh dengan unsur2 sejarah. Alhamdulilah sempat solat Jumaat di sini bersama ribuan (ehh sampai ke seribu..?) Ada kot masjid penuh melimpah sampai ke luar. Selesai kami solat turn kaum ibu pulak tumpang solat.. 


Selesai mem solat pencarian asam pedas pun bermula.. memula ingat nak pergi kedai yg biasa kami makan tu je. Restoren kecil terletak tak jauh dari taming sari. Tetiba mem kata nak terai tempat lain pulak.. minta dia google sambil zino terus drive.. 


Last last mem cadang nak terai asam pedas claypot.. set balik kat waze utk tunjuk arah... satu melaka rasa nya kami berpusing2 sebelum sampai jalan Laksamana.. tanpa bantuan waze harus tak jumpa hehe


Bila sampai tengok ramai yg berdiri di luar restoren.. mem kata jom la ke tempat lain.. ehh susah payah mencari tak kan nak pergi mcm tu je.. zino dan adik pun pasang strategi utk menunggu di dalam agak2 yg dekat nak habis makan tu.. tunggu kat tepi meja pressure biar mereka habis cepat hehe.. teknik ni menjadi ada satu couple bagi laluan utk kami.. 


Tercapai juga hajat mem nak makan asam pedas.. bila tanya nak datang lagi tak? Mem jawab tak sama macam mak masak... ehh mana ada restoren dalam dunia ni boleh lawan masakan mak.. ? Mak goreng ikan bilis je pun bertambah2 nasi.. asam pedas lebih2 lagi la. Dah kenyang pun boleh kata lapar.. hehe


Tapi secara average ok juga la kot kalau tak sedap masa kan penuh sesak restoren tu kan. Tapi taste masing2 kita berbeza.. mem lebih suka di restoren kecil dekat taming sari tu.. mungkin tempat ni femus sebab selalu di viralkan dalam fb dan blog.. 


Bila dak kenyang suka hati.. hehe

Kami makan di sini.. Ada lagi sebuah di seberang jalan sama nama .. sama baju pekerja nya mungkin satu tokei.. 

Nak tanya siapa tau 
siapa tokei restoren asam pedas ni? 


Balik singgah RnR Air Keruh.. terliur tengok mangga madu ni... Nak tunggu harum manis lambat lagi musim nya hehe...tapi mahal juga rupa nya mangga ni.


Ini lagi satu restoren yg saya cakap tadi..baru nak set meja kat luar tu..

Skrg kami dah sampai semula KL sekian JJCM kami yg singkat.. hehe..

Jumpa lagi

Sunday, December 20, 2015

PIPR Putrajaya Inter Park Ride 2015..

Sesi berkenalan dengan rakan2 kayuh ezuan.. wah..semua veteren tu.
Sebelum mula selfie dulu.. kayuh tak laju tak pe gaya tetap kena ada..
Ini dah beratur di garisan permulaan.. book tempat depan.. konon2nya cepat la sampai.. hehe

Masih menunggu di garisan permulaan.. selfie lagi

Nak tunjuk sebahagian dari peserta.. ada ramai lagi yg belum masuk di belakang garisan permulaan.. ada yg terus menunggu kat luar sana.. nak elak bersesak sesak la tu.

Ada kayuhan di jalan yg rata ada kayuhan yg terpaksa mendaki bukit. Bila bukit yg rendah semua laju je naik. Bila bertembung bukit yg agak curam baru kita tau rider sebenar. Mereka terus meluncur naik.. sementara amatur larat sekerat jln je
. Yg selebihnya sorong je lah.. sama yg sedang berselfie tu.

Salah satu matlamat kayuhan santai ini di anjurkan adalah utk membawa peserta ke tempat2 yg menarik di sekitar putrajaya. Katanya sejak pertama kali di anjurkan laluan adalah berbeza... supaya peserta dapat mengetahui corok rantau putrajaya ni dan menikmati keindahan nya.

setelah hampir 2 jam berkayuh akhirnya zino sampai ke garisan penamat. Kalau dulu bila zino sampai ke garisan tak ada lah sesak mcm ni. Tapi kali ni zino sampai bersama kelompok yg ramai. Bermaana tak lah ketinggalan jauh.. tapi masih jauh tertinggal dari rakan kayuh yg veteren.

Bila sampai ke garisan penamat setiap peserta di berikan medal. Ini menandakan peserta berjaya menamatkan kayuhan. Alhamdulilah bertambah satu medal lagi.. sebagai tanda kenangan.. agaknya yg dah lama berkayuh berapa lemari medal yg mereka dah dapat kan...

Ini lah rupa medal nya..
Kalau emas boleh gak gadaikan bilo sosak hehe.. tapi tujuan saya menyertai aktiviti ini bukan utk mengejar hadiah tapi beriadah utk kesihatan.. nak berlari dah tak larat.. kayuh la pelan2


Masa flag off tadi dah perasan dah kawan zino ni.. bila selesai kayuhan baru cari dia di kemah urusetia.. dept dia yg menganjur program kayuhan ni rupanya.. tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menganjurkan program kayuhan yg di sertai ramai warga kota.. ada yg datang sendiri ada datang bersama pasukan.. tak kurang yg datang bersama keluarga. Ada yg bersama kelab berkayuh masing masing..

Insyaallah jika ada lagi program mcm ni pasti saya akan mendaftar dan sertai. Urusan pendaftaran serah dengan ezuan je.. hehe.. 

Ok jom kayuh...

Saturday, December 12, 2015

Hobby baru...

Assalamualaikum..

Pagi tadi berkayuh di sekitar tasik putrajaya... tak tau pulak ramai yg berkayuh pepagi.. meriah.. memula berkayuh dulu sekitar 7km je dalam program car free morning.. lepas tu berani joint program KBS Jamboree ride 2015 dalam 10km.

Pagi tadi beranikan diri bila kawan ajak ride 20km.. kepada penunggang tegar 20km ni kacang je.. tapi amatur macam saya seram juga nak kayuh.. bila kayuh santai tak terasa lah penat nya .. bila penat stop ber selfie dulu.. kayuh sambil berborak . lama2 habis juga la..

Dapat lah beberapa tip dari pakar kayuh (Riz). Terima kasih kepada Riz yg menjemput utk berkayuh dan Zainal yg sudi menjadi sparring berkayuh.. dan juga adik.. dapat lah habiskan hampir 20km.. selesai berkayuh singgah minum di umai cafe.. jumpa pulak lempeng dengan rendang ayam.. .. macam boleh turun lagi ni hehe

Ok cerita banyak pun tak guna.. jom kita tengok gambar.. cantik nya Putrajaya...


























lempeng ni acara kemuncak.. 
mengembalikan kelori yg terbakar hehe