Monday, September 5, 2016

FIT MALAYSIA N.S Rembau most wanted

Assalamualaikum..
Alhamdulilah sekali lagi saya dapat bersama ribuan peserta lain dalam kayuhan funride.. sejauh 30km anjuran KBS... FIT MALAYSIA FUNRIDE. Bertambah best bila program kali ini berlangsung di tempat sendiri.. laluan yg biasa saya ikut bila nak balik kampong... bila berkayuh baru perasan jalan tu rupanya berbukit bukit bukan rata.. hehe..

Tambah menarik kayuhan kali ni bila KJ turun berkayuh sama.. ramai lah yg cuba bersaing dengan KJ yg dikatakan berkayuh secara konsisten sepanjang 30 km.. saya dimana? Seperti biasa nun tertinggal di belakang !!!.

Saya berkayuh bukan utk menyaingi sesiapa dan juga bukan utk mengejar tempuh masa tertentu.. saya berkayuh lebih kepada beriadah dan menguji kemampuan diri sendiri.. yg nak laju silakan.. nak potong silakan.. yg penting saya menghabiskan kayuhan setiap kali menyertai sebarang event.. nak harap kayuh sendiri di kawasan taman tak mungkin capai sejauh ini.. tiada motivasi.. di sini sama ada suka atau tidak perlu menghabiskan jarak yg telah di tetap kan..

Kayuhan tadi agak mencabar juga sebab ada banyak kali pendakian.. ada yg kata mudah sangat.. ada yg kata boleh tahan.. tapi bukan dalam kategori sukar.. sehingga terpaksa turun menolak basikal.. bila mendaki je pergerakan akan menjadi perlahan kerana tak mau "push" utk laju.. layan je perlahan2..
Yg penting akhirnya sampai ke garisan penamat dan dapat medal.. hehe.. jom tengok gambar.. ( kemudian)








2 comments:

Angah said...

wah wah..mengayuh bersama KJ gitu...tahniah, moga terus sihat walafiat..

zino said...

Alhamdulilah... tq angah