Monday, December 17, 2018

Selamat hari ulang tahun

Selamat hari ulang tahun kelahiran utk diri sendiri yg ke 62 tahun...

Alhamdulilah Terima kasih Allah kerana masih meminjamkan usia ini hingga ke saat ini.. Semoga Allah memberkati usia yg telah mencecah umur warga emas ini.. terlalu sedikit amal yg di lakukan dan terlalu banyak dosa yg di lakukan sepanjang tempuh usia yg di pinjamkan..

Semoga Allah memberi keampunan keatas semua dosa yg dilakukan sama ada sengaja atau tidak dan  melimpahkan rahmat nya ke atas hamba nya ini .. sesungguh nya Engkau lah yang maha pengasih dan maha penyayang..

abah juga berterima kasih di atas ingatan dan ucapan serta doa anak beranak sedara mara dan sahabat amdai sama ada di akaun fb dan whatsapp group.. semoga doa yg serupa berbalik kepada si pengirim.. aminn

terima kasih..

sarapan pagi ni pulut kuning 
sempena hari jadi 


Wednesday, October 17, 2018

AYAH SEORANG PENYELAM

Assalamualaikum..

Abah nak cerita satu kisah bersama ayah masa kecik kecik dulu.. Pada satu hari tu ayah berpakat dengan seorang abang sepupu utk satu projek. abah tak tau butir yg di bincangkan tapi yg abah ingat abah dan beberapa orang budak lagi (tak ingat siapa mungkin adik beradik abah atau sepupu lain)  mengekor ayah dan abang sepupu masuk ke Lubok Ambun. LA ni satu kawasan sungai yg pada zaman dulu menjadi tempat kami memancing.. Tempat tu dalam dan di war warkan juga katanya ada buaya.. kat sini dulu abah selalu pasang tajo.. (cerita tajo ni lain kali)

Ayah bawa senapang sama.. Ayah pesan nak ikut kena diam2 jangan cakap2... abah masa tu kecik lagi tak ingat umur berapa . yg tau mengekor je lah..

Sampai di satu lokasi di kawasan lubok Ambun tu ayah minta semua mencangkong , dan diam . abah pun ikut je lah pesanan ayah...  ayah dan abang standby sambil memerhati ke dalam lubok.. ayah standby utk terjun dan abang standby dengan senapang di tangan.. abah bedebar2 menunggu apa yg bakal berlaku seterus nya..

Semua orang tak boleh bercakap semua orang tak boleh bising. hingga bila nyamuk gigit pun kena kuis je pelahan2.. masa tu la nyamuk menguji kesabaran. Rasanya lama juga menunggu ... Tiba tiba ayah menunjuk isyarat ke arah lubok, abang terus mengangkat senapang menghala ke arah yg di tunjuk.. abah panjangkan leher nak tengok apa yg sedang di perhatikan...

Tanpa warning tanpa countdown tetiba PANG !!!! bunyi satu letupan kuat dari senapang abang.. terkejut abah.. dan sepantas kilat juga ayah terjun ke dalam air.. pesis gaya seorang atelit yg sedang buat terjunan papan anjal. serentak dengan tu kami semua bangun memerhati dan mencari kat mana ayah.. air berkocak kuat tapi kelibat ayah tidak kelihatan.. ayah terus menyelam menuju sasaran.. lamanya ayah menyelam . Bukan nya ada tong gas untuk bernafas dalam air tu lama2

Lama juga abah menunggu sebelum ayah muncul dan menjulang se ekor ikan yg besar. ikan bujuk kata ayah.. pada abah kelihatan ikan yg berwarna gelap tu besar betul.. besar dan panjang..  ooo pasal tu ke kena tembak.. ( fikir abah masa tu kot) abang membantu menaikkan ikan ke darat.. dalam hati wow terror nya ayah.. Dalam gelap gelap lubok tu ayah masih dapat mengesan kat mana ikan yg di tembak tu pegi..

lama lepas tu baru abah faham rupa2nya walaupun ikan hidup di dalam air sesekali dia akan muncul utk mengimbangi jumlah udara dalam badan utk memudahkan dia berenang dalam air.. macam teori pelampong ..

Kemudian ikan di bawa balik dan di potong2.. Dapat sekor tu pun dah cukup utk di bahagi bahagi dengan sedara mara di kampong .. lupa dah omak buat masak apa ikan bujok tu..Walaupun petistiwa ni dah lama berlaku tapi masih kekal dalam ingatan.. 

Pernah ke tengok ikan bujuk ni ..


ini lah rupa ikan bujuk tu .. ikan yg abang tembak dan ayah selam tu rasanya besar lagi dari yg ni.. 

ini gambar google.. 

Tuesday, October 16, 2018

nostagia KEM SUNGGALA

NOSTALGIA KEM SUNGGALA.

Semasa kayuhan Avillion Culture ride 2018 di Port Dickson baru2 ni (ahad lepas)  laluan kayuhan merentas satu kawasan yang sangat familier buat abah satu ketika dulu. Loop laluan melalui Kg Baru Sri Rusa dan Kem Sunggala.. Secara spontan kenangan tahun 70'an mengamit ingatan.

Abah pun berhenti di tempat yg kami adik beradik selalu datang setiap kali di adakan upacara kawat tamat latihan.. sedang abah leka mengambil gambar papan nama tu ( tepi jalan je pun ) seorang anggota tentera kelihatan berjalan ke arah abah sambil menunjukan isyarat jari tidak boleh mengambil gambar. Abah pun selamba je menyimpan hp mengeluarkan air utk minum .. dia berhenti tidak lagi berhajat utk mendekati abah. Di padang kawat abah tengok ramai tentera sedang berbaris .. sama ada latihan atau satu upacara sedang berlaku.. dan terdengar dengan lantang suara tentera yg memberi arahan... suara itu lah yg mengingatkan abah kisah 50 tahun yg lalu.

Jika abam askar itu datang menghampiri abah... abah akan ceritakan ini kepada nya...

Ayah dulu seorang tentera, mula mula bertugas dalam RAF Singapura di zaman Singapura masih sebahagian dari Malaysia. apabila Singapura terpisah dari Malaysia .. ayah menamatkan perkhidmatan di sana dan balik kampong. Agaknya nya kalau ayah kekal bekerja di sana abah dah jadi warga Singapura hehe.. lama ayah buat kerja kampong (menoreh getah dll ) utk menampong keperluan kami sekeluarga..

Bila berlaku darurat (atau sebelum) ayah mendapat tawaran memasuki askar melayu di Port Dickson. Sejak itu juga kehidupan kami adik beradik berubah.. Mak mengikut ayah ke Port Dickson kami adik beradik tinggal bersekolah di kampong bersama uwan.. ayah juga sempat bertugas di serata tempat seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Di Port Dickson ayah menyewa di kampong Sri Rusa.. (kampong Isa Samad. ) dan apabila setiap kali cuti sekolah kami ke sana duduk bersama mak dan ayah.. Anak2 tuan rumah yg mak sewa dulu tu jadi kawan sepermainan kami ( kadang kawan bergaduh juga)  . dan Kem Sunggala juga kawasan rondaan saya bersama abam Mat.. (anak Cik Som tuan rumah ) dan padang kawat tempat abah ambil gambar tadi juga tempat yg selalu kami ada setiap kali majlis tamat latihan.. tugas terakhir ayah ada lah sebagai jurulatih kawat di padang ini.

Jeritan perintah atau arahan ayah bergema di seluruh padang.. pelatih2 yg mendengar menjadi gerun ..  kami anak2 ayah apalagi.. kecut perut.. hehe sekali ayah jerit memanggil kami balik (ayah cukup pantang ) bila waktu magrib kami masih berkeliaran di luar.. Bila jeritan ayah bergema kami mencelinap balik senyap2 pegi mandi dan bersiap.. seminit pun tak berlengah..

ada banyak lagi peristiwa kami di sini... kaklong Sharifah Omar Otsman Omar Abd Rahim Omar ingat lagi kot ..? hehe.. busu Md Khamis mesti ingatkan hehe

mesti abam askar tu terharu dengan cerita abah ni hehe..


ini ayah abah.. masih sihat berusia lebih 86 tahun.


ini arwah Uwan.. terlalu banyak jasa Uwan dengan kami adik beradik..


ini lah rumah tempat kami di besarkan


Di belakang ni padang kawat tamat latihan.. tempat yg kami selalu datang menyaksikan askar tamat latihan 

Friday, October 12, 2018

BUKU ABAH DAN MAK POI ICELAND .. PART 1

assalamualaikum

Wah lama nya blog ni sepi tanpa berita .. jom la kita meriahkan semula dengan berita terkini lagi sensasi hehe

Bila abah melancarkan buku pertama lebih sebulan yg lalu ramai yang terkejut.. tak ada warning tak ada bayang2 (tapi ada juga abah sebut nak buat satu projek besar) tetiba meletop sebuah buku ala ala travelog dengan tajuk yg di katakan mencuit hati sesiapa yg membaca nya 

ABAH DAN MAK POI ICELAND DAN UK

ada juga yg payah nak menyebutnya terutama perkataan POI .. orang NEGORI cepat lah tangkap tapi kalau yg tak biasa jumpa perkataan tu ada yg menyebut bunyi nya jauh pegi nya dari makna asal hehe .. di situ lah bermula ke istimewaan buku ini.. Ia menjadi tanda tanya.. tapi soalan yg lebih besar ...

" betul ke abah ni boleh menulis ? ada qualiti ke? best ke cerita abah ni? ehh tak sangka engineer yg dulu bergelumang dengan besi dan konkrit ada darah seni utk menulis!!! wow !!!" 

bagitu lah pesepsi awal yang abah terima... dalam hati abah lagi lah dap dup dap dup menunggu respond pembaca.. takut juga indah kabar dari rupa.. maklum lah siapa lah abah hehe..

MACAM MANA TIMBUL IDEA MENULIS BUKU? 

abah terima banyak pertanyaan dari kawan kawan , bagaimana timbul idea utk menulis buku ni? entah... tup tup dah siap satu buku hehe.. 

Jom kita imbau sejarah sikit sebelum abah jawab soalan tu.. atau ada jawapan dalam kisah ini nanti .. Walaupun sejak sekolah dulu subjek yang abah suka matematik dan sain tapi abah juga suka menulis. Zaman abah dulu mana ada blog mana ada fb mana ada internet semua ni . yang ada kertas pen dan stem hehe.. Dulu abah ada ramai sahabat pena mungkin di situ mula nya kecenderungan untuk menulis. kita tulis dan kita pos lepas tu kita tunggu posman . seminggu dua minggu sebulan atau ada kalanya berbulan2 baru kita terima balasan . dan kita menulis lagi.. masa tu abah ada rakan di seluruh negara sehingga sabah sarawak .. 

Bila datang dunia blogging abah terus kan hobi menulis dan membaca tulisan kawan2 lain .. melompat dari satu blog ke satu blog.. ada blog yg mesti singgah kerana tertarik dengan gaya tulisan nya . ada blog yg penuh dengan ilmiah dan nasihat ada blog yg penuh kisah sedih yg boleh buat kita sama bersedih.. ada blog yg makan makan makan... hehe macam blog abah juga lah.. kita baca kita belajar dan kita menulis.. 

Bila wabak FB menyerang , masing2 mula meninggalkan blog sedikit demi sedikit sehingga ada yg lupa kat mana kunci blog di letak hehe ada segelintir yg masih menulis tapi ramai yg dah serender.. dulu masa duduk oversea teman setia nya blogging.. bila dah balik Malaysia.. tetiba dah tak ada cerita nak tulis.. dulu student banyak lah story bila dah kerja ni rutin dah jadi biasa.. hehe

Namun bagitu Abah terus menulis walaupun tidak lagi serancak dulu.. ada mood rajin ada mood tak berapa nak rajin.. bila abah melancong kemana mana mesti abah rakam di sini . Bila keluar makan tempat yg best2 kongsi kat blog.. walaupun sekarang dah tak ramai yg baca sekurang2nya untuk kenang2an di masa depan atau bacaan anak cucu satu hari nanti. 

Perjalanan abah ke ICELAND juga abah rakam di sini..  ramai yg singgah membaca . tetiba rating blog abah mencanak naik.. perasan je lebih ni dan di situ lah mula timbul idea utk membuku kan nya..

Ok kita stop dulu.. esok lusa abah sambung.. bagaimana angan2 jadi cita2 dan akhirnya jadi kenyataan. 

BERSAMBUNG






Monday, July 16, 2018

malang tidak berbau.... mendebarkan

Drama yg mengejutkan..

masa tu Abah sedang memandu pada kelajuan 100km ke 120 km/hr di Jalan Kucing.. lebih kurang jam 11.30 mlm.. tiba tiba.... BOM.. !!!  satu letupan kuat dan cermin kereta abah berlubang..!!! dan abah terasa sesuatu kat dada.. berderau darah di buat nya..

ehhh.. kereta kena tembak ke.. ? sentuh kat dada.. ok tak rasa sakit pun.. abah terus memandu masih tenang masih boleh mengawal keadaan..  tetapi kelajuan di kurang kan.. batu terpelanting kot.. di atas dashboard penuh dengan serpihan halus kaca...

bila abah pandang ke bawah... ehh ada seketul besi.. oo benda ni tembus masuk tadi ke?..

apa pun abah sangat2 bersyukur kami berdua selamat.. tidak panik dan masih boleh mengawal kenderaan sampai ke rumah...

kena betul lurus dengan 
kedudukan driver

berlubang tembus.. 


di lihat dari dalam


bila lama retak nya bertambah.. circular dan radial. 


seketul besi penyebab.. yg masih mistri dari mana datang.. berapa kelajuan dia datang? sehingga menyebakan tembus ke dalam..

kereta telah pun di hantar ke kedai cermin utk di ganti baru. nasib baik cermin depan di lindungi insuran.. kalau tak garu kepala di buat nya... 

berita terkini
PROSES GANTI CERMIN KERETA DAH SIAP 

Wednesday, July 4, 2018

Berkayuh utk sihat....

Assalamualaikum..

Satelah bercuti panjang dari dunia kayuhan .. puasa dan raya.. ahad lepas abah berkayuh semula.. tak jauh pun tiga kali pusing je di laluan KLCFM.. rekod laluan ni pernah buat 5 pusingan bila berkayuh sorang2 tiada kawan yg kayuh sama..

Pagi sebelum keluar berkayuh tu ada drama sikit.. hehe.. elok elok angkat basikal bawa keluar baru abah perasan "ehhh hujan gerimis !" masa tu baru 5.30 pagi. hajat hati tu nak solat subuh kat masjid Jamek .. lama dah tak solat situ... kat situ ada salah sorang imam nya  cacat penglihatan.. tapi bacaan nya sangat merdu.. so bila dah gerimis tu abah pun kata " tak jadi lah kayuh " terus bawa basikal semula ke dalam. cadang tu nak guna folding je.. malam tadi dah siap pam tayar .. basikal ni bila lama tak di guna angin tayar boleh kempis..kenapa ya? 

abah pun bersiap2 utk solat subuh di surau berhampiran.. surau pun dokek je jalan kaki pun sampai.. Di surau Jamaah belum ramai lagi.. masih bercuti raya kot.. atau dah mula MIA.. hehe.. biasa nya bila hujung minggu ada tazkirah subuh.. mungkin awal2 syawal ni jadual ustaz2 pun belum di susun lagi... abah terus balik... baru abah perasan "ehh hujan dah teduh la!" cepat2 naik atas tukar uniform dan beritau mak.. "nak pi kayuh la.. hujan dah berenti"... bersemangat betul.. hehe

tak jangka akan berjumpa sesiapa pun kayuhan kali ni.. Ezuan yg biasa jadi peneman setia setiap kali abah berkayuh awal2 dah bagitau tak dapat berkayuh sama... pegi beraya la tu.. so abah jangka akan berkayuh solo pagi tu.. bila sampai kereta yg pakir berhampiran dataran dah mula banyak tapi abah masih boleh pakir di tempat biasa... macam dia orang faham2 je situ spot abah selalu pakir.. ada sekali dulu abah pakir situ pihak polis tercari2 tuan kereta.. rupa nya tak boleh pakir kerana laluan di guna utk acara di dataran . sebaik selesai solat subuh abah tengok sebiji kereta pun dah tak ada situ dan seorang anggota polis trafik berkawal dan menunggu tuan kereta datang. bila dia nampak abah menuju ke kereta dia datang utk maklum hari tu tak boleh pakir dan dia cadang abah alih kan kereta... sebaik abah masuk kereta abah dengar dia buat lapuran... " tuan kereta telah sampai kereta akan di alihkan over "

lepas keluarkan basikal dan bersiap pakai kasut sarung tangan sekerat topi keledar abah pun kayuh ke dataran dbkl utk mendaftar.. daftar utk cabutan no bertuah.. selalu nya memang tak ada tuah pun hehe.. di garisan permulaan telah ada ramai penunggang menunggu .. untung2 duduk di barisan hadapan ni gambar masuk surat kabar hehe.. DJ berceloteh di depan dengan suara yg lunak dan lantang... memang pro DJ sorang ni.. kalau ada sesiapa yg nak tempah utk apa2 majlis pun boleh... sangat professional dengan tugas nya...

brass band dbkl telah mengambil tempat.. penari kebudayaan dbkl yg cun2 dan hensom2 tu pun dah standby utk buat persembahan . kata DJ masih mood raya.  persembahan tarian sebelum kayuhan juga tema riang ria hari raya.. ramai la juruphoto berlungguk di depan kami utk mengambil gambar persembahan tarian... abah pun tangkap la sekeping dua..

bila tiba masa yg di tetap kan upacara flag off pun di lakukan menandakan kayuhan bermula.. tak ada vvip .. ada yg meluncur laju ada yg bergerak perlahan ada yg masih berbual di tepi jalan.. abah pun mula berkayuh.. sorang tanpa kawan.. tak laju dan tak perlahan ikut je rentak sendiri.. ini kayuhan pertama setelah cuti panjang.. jangan bagi urat2 terkejut hehe... selain berkayuh ada juga yg berlari, berjoging dan berjalan .. yg guna skate board pun ada.. tapi kelakar sikit beriadah guna skate board bermotor.. berdiri je atas tu benda tu bergerak sendiri.. keluar peloh ke ? hehe..

satu pusingan baru 7km .. ingat nak kayuh sebanyak mungkin pusingan perlahan2.. nak berbual pun tak ada yg kenal.. dalam asyik mengelamun tu abah di tegur sesaorang.. " salam bos kauuh sorang je ke?" bila abah toleh rupanya Izzudin , seorang pegawai teknologi maklumat yg pernah bertugas di bawah abah dulu ada juga la teman berbual sambil berkayuh.. macam2 topik keluar bila dah start bercerita... selepas dua pusingan kami berehat di depan KLCC pot wajib singgah setiap kali berkayuh.. dan pot wajib berswafoto juga.. nak tunjuk satu dunia Malaysia ada twin tower tertinggi di dunia.. ehh betul kan ?

berehat sekejap di KLCC , Suzrin dan  seorang lagi engineer abah dulu nizam sampai , wah dah berempat.. wah Suzrin dah guna RB.. mesti la laju lepas ni. kata nya baru beli online , baru firstime kayuh guna RB masih belum dapat rentak lagi . abah dulu berangan juga nak beli sebiji .. nak juga merasa kayuh RB. tapi kawan abah tak yakin abah akan guna nya selalu. RB ni sesuai utk kayuh jauh.. 100km ke atas baru seronok katanya.. abah pulak jenis kayuh utk riadah je ayat yg tak boleh tahan dengar tu.. " tak payah lah abah guna RB , abah bukan nya kayuh jauh pun nanti jadi tempat sidai towel je " hehe aduh pedih hehe.. tapi betul juga apa yg dia sebut.. abah berkayuh paling jauh pun 40km je ada sekali je cuba kayuh 60km .. sampai krem kaki di buat nya hehe..

bila masuk pusingan ke tiga tetiba seorang lagi kawan abah menjerit "beri laluan beri laluan rider laju laju.."  lebih kurang mcm tu la dia sebut.. ehh suara yg biasa abah dengar.. rupanya kawan abah aziz chikun .. dia memang seorang pengayuh yg abah kenal selama berkayuh ni.. suka mengambil gambar dan boleh di katakan konsisten berkayuh setiap hari bersama pasangan nya..

abah pun lantas berkayuh bersaing dengan dia sambil berbual.. kawan abah yg bertiga tadi mengekor di belakang. ehh ada juga kawan rupanya.. dalam sukan riadah berbasikal ni kita cepat dapat kawan stranger yg tidak kita kenal pun boleh jadi kawan kita secara spontan.. asal jangan berat mulut utk bertegur sapa. tak kira umur tak kira bangsa tak kira jantina.. semua boleh jadi kawan.. nanti bila dah beberapa kali terserempak berkayuh di program yg sama terus jadi buddy hehe..

di depan abah rupanya sorang lagi kawan abah berkayuh bersama pasangan nya.. abang din.. abah respek dia kerana dia dah lama dalam dunia kayuhan ni dan juga rajin buat touring keluar negara. cuma abah je belum berkesempatan utk turut serta.. dah berkali2 dia ajak pun.. takut abah yg selow ni menyusahkan mereka je nanti.. hehe alasan la tu..

hasrat nak berkayuh banyak pusingan tak kesampaian .. bila dan jumpa kawan2 banyak benda yg nak di bualkan. kayuhan pun jadi perlahan dan akhir nya menamatkan setelah tiga pusingan.. dapat lah lebih kurang 20km ok la tu selepas cuti panjang.. selain kawan berkayuh abah terserempak juga dengan kawan yg aktif berlari.. mula2 jumpa ar amin , kemudian Wahid dan Azmi.. kalau ajak berlari memang abah serender awal2 la.. Wahid kata dia buat 3 pusingan je.. ehh sama jarak abah berkayuh.. memang respek lah..

tak ada selfie ke ? mau dia tidak hehe

selfie pertama lepas daftar

di garisan permulaan 

sebahagian peserta barisan depan 

sebahagian penari budaya

pot wajib selfie

bersama izzudin

bersama izzudin suzrin dan nizam 

bersama Aziz

ar Amin 

bersama Azmi juga rajin berlari 

tak sangka berjumpa Wahid

selfie terakhir bersama abang din

SEKIAN 

Monday, May 21, 2018

Kayuhan Politeknik Port Dickson

Assalamualaikum

ini merupakan kayuhan terakhir sebelum bulan puasa. 13hb Mei 18.. Berlangsung di Politeknik Port Dickson...  kayuhan utk 10km dan 30 km.. abah pilih yg dokek yo lah sebab guna folding.. Sehari sebelum ni kami dah sampai menginap ni Golf Resort Port Dickson.. mak dan adik ikut.. memula ingat kan tepi pandai , dapatlah mak dengan adik bersantai.. hehe

ini lah dia Port Dickson Golf & Country Club.. terletak di batu 6 kalau tak salah.. di kawasan kem askar.. 

depan tempat kami menginap tu je ada driving range.. nak praktis pukul boleh la.. 

ada juga kelam renang tapi kena berjalan sikit.. tak jauh mana pun.. dah cakap dengan adik nanti pegi lah berendam.. 


ini geng kayuh dari SSC.. (ujud ke lagi kelab ni ?) Hj Rashid ,8Fazli dan Ezuan.. semua pun dah pakai jersey masing2 hehe..


yg kayuh 30 km nun kat depan yg kayuh 10 km tunggu kat belakang.. 30km tu ada offroad.. abah guna folding tak sesuai masuk hutan hehe 

berswafoto sebelum mengambil haluan masing masing 

Sebelum kayuhan bermula hujan renyai dah turun.. langit pun gelap... macam nak hujan lebat je.. bila flag off je hujan mulai turun. dan makin jauh berkayuh makin lebat.. Wah satu pengalaman baru sambil berkayuh sambil mandi hujan.. Disatu ketika hujan sangat lebat.. masa tu dah berada di jalan besar.. terpaksa lebih berhati2 bila berkayuh . tambahan lagi berkongsi laluan dengan kenderaan lain. 

Risau nya HP jam dan kunci kereta yg terdedah dengan air hujan walaupun di letak dalam bekas (beg basikal) tapi tidak 100% waterproof.. satu ketika ada satu couple rider ni stop kat satu gerai. dari tadi abah follor dia ikut juga berenti. ingat kan dia nsk berehat sekejap sebab masa tu hujan tengah lebat tapi dia stop nak minta plastik kat makcik gerai .. dia bagi satu kat abah cepat2 masukkan hp kam dan kunci kereta dalam beg plastik tu sebelum letak semula dalam beg basikal..


alhamdulilah .. akhirnya sampai juga..


ini masa nak sampai ke 
garisan penamat


yes berjaya sebagai johan.. (acah je) 


penyampaian pingat terus di buat di garisan penamat..


inilah pingat terakhir sebelum 
cuti rehat dua bulan kot..


yg best nya hujan2 ada donut free.. promosi la tu lepas ni nak oder boleh contact dia orang ni.. 


nyam nyam nyam.. 


balik KL kluarkan semua pingat yg di perolehi utk tempuh Jan hingga Mei.. wah banyak juga.. ada dua pingat tak masuk sini . pingat yg pertama dan terakhir..  tahun ni agak aktif juga ikut program kayuh ni..

abah kayuh bukan utk berlumba
 abah pun bukan nya nak kayuh laju.. kayuh ikut suka hati abah je.. yg penting abah berjaya menamatkan kayuhan dengan selamat.. 
motto kayuhan abah : 

KAYUH UTK SIHAT 


Sunday, May 6, 2018

Kayuhan Fit Malaysia N.S Nilai

Assalamualaikum..

Alhamdulilah satu lagi rekod kayuhan yg nak abah catit di sini.. iaitu kayuhan Fit Malaysia NS yg berlangsung di Nilai. Fit Malaysia ni di dalam program KBS.. di adakan di seluruh negara .. utk mempromosi gaya hidup sihat.. NS beruntung tahun ni di anjurkan dua kali di sini. sebelum ni di PD..

Penyertaan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dari semua peringkat umur dan gender. Ada kayuhan dan ada larian..


seawal subuh abah dah sampai Nilai target nak solat subuh berjamaah di Masjid Dato Kelana Putra yg terletak tak jauh dari tempat event..

ini rakan seperkayuhan hehe saperti biasa sama masa permulaan je hehe


tak sangka cif Anuar pun ada.. last jumpa 2 tahun lepas masa kayuhan dwitahunan yg penuh drama hehe


sebahagian peserta awal.. 


seorang lagi rakan kayuh yg baru sampai.. 


agaknya salah satu penaja event kayuhan kali ni..


siapa kah VIP yg membuat flag Off .. ingatkan ada KJ tadi.. 

di akhir sesi kayuhan.. kena lapur diri dengan kaklong kawasan yg ambil bahagian larian 5km. lepas tu sambung zumba hehe


alhamdulilah.. akhirnya berjaya kayuh ke garisan penamat.. kami di sajikan dengan beberapa bukit yg meresap di jiwa.. hehe.. sayup sayup nak sampai ke puncak..


minta tolong juruphoto yg ambil.. ada gambar yg abah minta sorang peserta ambil.. gelap gumin hehe


saja nak tunjuk ini pingat dapat di Nilai 


satu lagi sudut menara Nilai
.


bergambar dengan otai katanya.. 


gaya keunggulan 


dari lensa ezuan


dari lensa pihak penganjur..


ini juga dari lensa pihak penganjir


dari lensa aziz..