Alhamdulilah... tetiba kami menjadi tetamu VIP Tetuan Ikhwan Delights Cameron Highland.
Kisah nya macam ni..
Selepas turun dari melawat kebun teh BOH Sg Palas.. kami terus keTANAH RATA utk lunch di restoren IKHWAN DELIGHTS. Semasa kami sampai abah tengok ada ramai Jamaah Ikhwan ( dari segi penampilan boleh kenal ) di tempat letak kereta depan restoren. Berderet kereta yg mereka pakir di depan restoren... dan abah pun dapat menyelit pakir di tempat yg sama.
Kawasan pakir tu berbayar , abah pun beli kupon pakir sebelum naik ke restoren. Semasa abah menggores kupon letak kereta tu sebuah demi sebuah kenderaan IKHWAN ( ada pelekat expedisi apa tak tadi ) keluar mungkin menuju distinasi seterusnya..
Kami pun naik ke tingkat satu di mana restoren IKHWAN terletak.. Bila sampai di pintu restoren ada notis TUTUP .. alamak tak ada rezeki la jawab nya.. Bila petugas Ikhwan ( yg tadi turut berada di bawah ) mula naik ke atas abah pun tanya , restoren tutup ke?? dia kata tutup lagi 1/2 jam baru buka.. oo ok.. kami pun decide utk beredar .. tak ada rezeki nak makan situ.. nak kena ke restoren lain la jawab nya .
Semasa nak turun tangga ada seorang sedang menaikki tangga , dari gaya nya abah agak dia pengurus restoren , sekali lagi abah tanya restoren tutup ke ?.. dia tak terus jawab tapi menjemput kami masuk sambil memeluk bahu abah , macam dia mengajak kawan lama dia masuk.. penuh hormat dan berbudi bahasa kami pun ikut je .. sampai di dalam dia terus bagi tau pekerja dia, KITA BELANJA PAK CIK NI .. dan terus mempersilakan kami duduk .. allahukbar terkejut abah..
Katanya sebenar nya tadi mereka baru saja lepas menjamu tetamu ( yg baru beredar tadi) dari kumpulan GISB Holding ISTAMBUL TURKI. Bos kedua dari Turki katanya.. mereka dalam expedisi ke seluruh premis / cawangan IKHWAN di seluruh negara.
Ada banyak menu di RESTOREN IKHWAN ni.. tapi tadi kami oder menu yg simple2 je maklum lah orang nak belanja tak boleh la nak ngada2 sangat kan hehe . Abah oder nasi goreng kampong, mak oder nasi goreng kerabu, kakak oder nasi goreng cendawan dan adik oder nasi putih dengan tomyam ayam. Semua makan berselera.. nasi goreng abah abis licin hehe bagitu juga ya lain.. sedap dan boleh repeat.. Semasa tunggu oder tu abah contact Pak Latip Talib mana tau Pak Latip kenal pengurus IKHWAN ni..
Selepas makan abah berjumpa semula dengan pengurus IKHWAN DELIGHTS Cameron Highland.. Cikgu DAUD utk mengucapkan terima kasih.. dan abah pun ada sebut nama PAK LATIP.. Sebelum abah request utk bergambar , Cikgu Daud sendiri offer utk bergambar dengan abah .. bukan sekeping tapi tiga keping di lokasi yg berbeza...
Terima kasih daun keladi .. lain kali kami datang lagi...ok jom tengok gambar..
ini nasi goreng kampong abah..
ini nasi goreng kerabu mak
ini nasi goreng cendawan kakak
nasi adik tak tangkap pulak hehe
ini lah CikGu Daud yg baik hati belanja kami makan.. Firstime jumpa macam dah kenal lama.. mesra pelanggan hehe.. Restoren tutup sebab meraikan tetamu dari Turki.
Selamat maju jaya semua rangkaian restoren GISB HOLDINGS di seluruh duni.. kami pernah singgah lunch di restoren mereka di ISTAMBUL TURKI semasa lawatan kesana dulu.
ini bergambar di luar restoren.. alhamdulilah kami bertuah menjadi tetapi VIP ( yg tak di sangka2) .. rezeki kami petang ni..
Mereka juga ada homestay..
Akhir kata sekali lagi abah mengucapkan berbanyak terima kasih dengan cikgu Daud yg menjemput kami masuk walaupun masa tu restoren di tutup sementara ( selepas jamuan) dan belanja kami makan..
Selamat maju jaya restoren IKHWAN DELIGHTS Cameron Highland dan semua rangkaian IKHWAN di merata negara..
4 comments:
waalaikumussalam. alhamdulillah rezeki tu ^_^
Alhamdulillah.....
Umi Nazirah
Betul tu..
Lupakanje
Alhamdulilah
Post a Comment