21hb April 2020
Assalamualaikum..Lapuran terkini kes baru covid19 menunjukkan trend penurunan .. Geraf komulatif kes baru covid semakin mendatar.. hanya kes 2 angka di lapurkan sejak dua tiga hari kebelakangan ini. Semoga esok dan lusa keadaan menjadi lebih baik dan akhirnya 0 kes baru.
Bermakna tindakan kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan mula menampakkan kejayaan. tindakan aggresif pihak kerajaan dengan mengkaji dan menganalisa serta mengenalpasti kluster tertentu dan memberi tumpuan kepada target group dapat membendung penularan jangkitan dengan sangat berkesan.
Kerajaan juga semakin agresif di lapangan bagi mengawal pergerakan orang ramai. Penularan wabak hanya boleh di tamatkan dengan memutuskan rantaian penularan. Bermula dengan nasihat , kemudian amaran dan akhirnya mengambil tindakan keras dan tegas kepada yg ingkar PKP. Walaupun kerajaan memberi kelonggaran pergerakan tetapi hanya di benarkan utk kes tertentu saperti membeli bekalan makanan dan hal2 kecemasan tetapi tidak melebihi 10km dari rumah. Ramai yg ingkar dan telah di tangkap dan di dakwa.
Makin banyak negeri melapurkan 0 kes . Semoga keadaan terus menjadi lebih baik dari hari ke hari. sehingga akhirnya Malaysia bebas dari jangkitan covid19. Walaupun tanpa covid kita masih perlu terus berhati hati. Kebiasaan baru perlu terus di amalkan. Menjaga kebersihan diri perlu menjadi amalan harian, penjarakan sosial perlu di amalkan sepanjsng masa dan elakan perhimpunan ramai utk mengekang penularan semula covid19.
Di negara lain keadaan masih tidak berubah malah ada negara yg semakin teruk dengan kes naik mendadak.. jumlah kes yg di di lapurkan di seluruh dunia melebihi 1 juta orang. !!! ini sangat membimbangkan. Apa yg lebih di takuti kegiatan ekonomi seluruh dunia juga bakal terjejas teruk.
Di US minyak telah menjadi satu komuditi yang tidak bernilai.. harga minyak jatuh menjunam di bawah sifar. !!! satu keadaan yg tidak pernah berlaku. Sistem pengangkutan udara lumpuh.. Syarikat2 penerbangan di seluruh dunia terjejas dan mengalami kerugian.
Bila Malaysia berjaya pulih lebih awal nanti .. Malaysia perlu segera bangkit bagi memulihkan ekonomi domestik . Merancakkan semula industri pembinaan , perindustrian , pelaburan, pelancongan dalam negeri, infrastruktur dan sebagainya . Rakyat perlu ada pekerjaan utk menampong keperluan dan kelangsungan hidup.. Kemasukan pelancong asing perlu di perketatkan atau di sekat utk sementara waktu.
Puasa dah hampir tiba, kemudian Hari Raya Aidil Fitri.. dan di susuli musim haji.. Telah di bayangkan tiada jemaah haji yg boleh mengerjakan haji tahun ini. Allahukbar !! Tiada lagi umat islam yg boleh berkunjung ke Baitullah dan Madinah.. Solat 5 waktu di rumah , solat tarawih di rumah . tidak ada solat Jumaat tidak ada solat sunat aidil fitri
Allahukbar.. maha suci Allah dari sebarang kelemahan dan kekurangan .. Ampuni lah kami semua atas segala kerosakan dan kebinasaan yg telah kami lakukan di dunia ini. ampuni lah kami di atas kealfaan dan kelemahan kami. ampuni lah kami atas kebodohan dan kejahilan kami. Ampuni lah dosa2 kami.
Kepada engkau kami serahkan diri kami dan kepadamu jua kami akan kembali.. aminn