Ahad 20.10.24
Cerita baru.. Semangat baru..
Selepas balik dari Switzerland abah tercari cari nak ke mana lepas ni.. setiap hari tengok iklan lalu lalang di fb mencari lokasi percutian seterusnya.. Beberapa negara telah di.senarai pendekkan.. Menilai pro dan kontra setiap tempat. semua nampak menarik dan semua rasa macam nak pergi.. hehe ( berangan angan tak salah kan..
Last sekali abah pilih nak mengikuti program Jejak Rasul ke bumi Mesir yg di sediakan Kembara Sufi.. Dulu masa ke Switzerland pun kami pilih KS.. dan ini trip kedua.. Moga semuanya berjalan lancar.. ada juga abah kontak beberapa syarikat lain mana tau dia boleh offer pakej yg lebih baik.. tapi hampa respond mereka terlalu lembab.. bila kena tegur di posting baru kelamkabut nak respond.. Sibuk sangat la tu kot..
Dua minggu sebelum bertolak mereka set up wasap group utk memudahkan komunikasi. sekali abah tengok di kalangan peserta ada nama yg abah kenal sangat hehe.. masa kan tidak, kami sama satu kolej masa belajar dulu hehe..
Group kali ni tak ramai elok sangat la mudah lagi la urusan agen nanti.. dua hari lepas dah ada taklimat perjalanan di buat secara online banyak la soalan perserta utk mendapat penjelasan.. Dan banyak juga pesanan dari koodinater KS..
Kali ni kakak tak dapat ikut.. kerana kekangan cuti.. tak pe nextime kita set di tempat lain kumpul cuti tu banyak2 hehe
BERSAMBUNG