Friday, August 20, 2010

keutamaan puasa..

Keutamaan berpuasa:

“Diriwayatkan dari Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam Surga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk seorangpun kecuali mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya” [Bukhari-Muslim]

“Diriwayatkan dari Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun” [Bukhari-Muslim]

cepatnya masa berlalu , kita telah pun melalui satu per tiga pertama ramadhan...

Tuesday, August 17, 2010

shopping raya..

ahad lepas kami keluar shopping.. alang tak mau ikut, dia kata nak balik awal.. lagi pun dia boleh pegi beli bila bila je.. maklumla anak bujang tak perlu lah menyusahkan mak bapa.. bagi je bajet kat dia pandai le ngurus nanti hehe..so kami pun keluar berempat.. saya dengan adik di bahagian kanak2 sementara mem dan kakak di bahagian ladies.. ramai nya umat manusia sedang menyopping.. meriah sungguh..

adik tak banyak kerenah , apa saja yg abah belikan dia ok je.. belum lagi sampai peringkat macam angah dan along satu masa dulu.. berpuloh2 kedai kami masuk dia masih tak pekenan hehe.. last last dah tak larat nak ikut ragam kami bagi duit kat dia , minta dia cari sendiri dan kami duduk lepak kepenatan hehe.. dia org nak something yg mengikut selera sendiri.. tak mau dah apa yg abah dan mak tunjuk.. hehe..

so bagaimana dengan anda semua? dah beres ke?

Sunday, August 15, 2010

talian hayat

Melaka wujud talian remaja hamil 06-2333333

MELAKA 13 Ogos – Mengambil iktibar daripada gejala pembuangan bayi yang semakin menjadi-jadi, kerajaan negeri mewujudkan talian khas bebas tol 06-2333333 bagi membantu remaja yang menghadapi masalah mengandungkan bayi luar nikah.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kesihatan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, talian tersebut diwujudkan bagi membantu golongan tersebut mendapatkan khidmat nasihat mengenai masalah yang dihadapi. Menurut beliau, remaja yang menghadapi masalah tersebut tidak perlu malu untuk menghubungi talian khas itu.

“Saya amat berharap remaja yang menghadapi masalah hamil luar nikah dan ingin melahirkan anak agar menghubungi talian bebas tol yang disediakan. “Saya minta mereka tidak membuang bayi sebaliknya jika ada masalah, hubungi talian bebas tol yang disediakan. Segala maklumat remaja akan dirahsiakan,” katanya.

orang luar boleh ke hantar kesana? kesian baby yg tak berdosa.. setakat ni saya nak nampak apakah langkah2 yg di ambil mana mana pihak utk membendung gejala buang bayi ni yang semakin membimbangkan ini.. tak ada pihak pun yg berminat nak menangani punca masaalah..cuba di kaji apa yg berlaku 9 atau 10 bulan lepas.. apa yg berlaku sekarang adalah perlakuan yg berlaku 9 bulan lepas.. pesta apa yg di adakan masa itu, majlis apa yg mendorong remaja bergaul bebas.. bukan seorang bukan dua orang.. angka yg menakutkan...

Saturday, August 14, 2010

not in the well...

alang dan fizah ada balik.. so mem cadang nak keluar belikan baju raya dia org dulu tapi perancangan terbantut abah dia demam, panas sejuk dan selsema je.. bangun je asyik selsema.. so abah landing je kat sofa..

inshaAllah kalau esok abah ok boleh le ke SOGO ke JJ ke mana mana ke.. anda semua bagaimaan, semua dah ready ke? hehe

Thursday, August 12, 2010

saudara baru

Semalam, selepas tazkirah sebelum sembahyang zohor di surau di bangunan tempat kami bekerja tu, ustaz memaklumkan ada seorang ingin memelok islam dan ustaz kata elok di sempurnakan sekarang juga dan selepas ni baru ke perkim untuk pendaftaran, kebelulan ustaz ni juga seorang petugas di perkim..

maka kami semua menyaksikan seorang sedara baru mengucap dua kalimah sahadah.. satu suasana yang sangat mengharukan.. sebelum tu ustaz memberi sedikit tazkirah ringkas kepada saudara baru ni bahawa sesungguhnya tiada paksaan untuk sesaorang memeluk agama islam..saudara baru ni tertarik dengan islam setelah di perkenalkan oleh seorang kawan yg juga merupakan saudara baru..

alhamdulilah..

Wednesday, August 11, 2010

selamat berpuasa...

Assalamualaikum, kepada semua umat Islam di seluruh dunia terutama yang berada di Bumi malaysia dan kususnya yg sedang membaca posting ini, zino dan keluarga ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat melipatgandakan amal ibadat, semuga segala apa yang anda lakukan mendapat keberkatan dari Allah.. inshaAllah..

dengan kesempatan ini juga kami ingin memohon ampun dan maaf dia atas segala kesilapan dan kesalahan sama ada di sengaja atau tanpa kami sedari, terkasar tutur kata dan penulisan atau mana mana perbuatan kami yg tidak perkenan di hati....maf kan kami..

Sunday, August 8, 2010

anivesari..;

bersama anak bongsu yg manja hehe

JJ di I city..

lagi di I city

bersama di time square..

bersama di Mc D Ceras..

lupa pulak kat mana ni hehe

melayan di Hazwan di Sogo..

Semasa zino buat psoting di FB tadi zino tak kira sebenarnya anivesari yg ke berapa tahun.. bila keluar reminder dari HP terus tulis posting anivesari yg ketiga puloh.. cuma bila aimman buat kiraan baru zino perasan.. mungkin jumlah tahun tu ada sedikit kekeliruan.. dan bila angah letak "?" dalam posting perkiraan semula perlu di buat.. tapi rata rata semua dah wish ulangtahun yg ke tiga puloh..tak kisah kan.. hehe

untuk makluman semua, tarikh sebenar perkahwinan kami ialah pada 8hb ogos 1981.. ia itu sama dengan tarikh perkahwinan mendiang puteri Diana.. bermaana kami menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke 29 bukan 30.. minta maaf kepada semua yg telah terkeliru dengan jumlah tahun yg zino kira.. bukan salah anda semua tapi salah zino sendiri.. terlampau excited dengan tarikh bersejarah tu sehingga silap dalam pengiraan..

29 tahun penuh dengan suka duka.. seperti ombak, ada kala kecil ada kala mengganas menghempas pantai, seperti air laut, ada pasang dan ada surut nya, seperti angin, ada kala bertiup sepoi sepoi bahasa ada kala nya ribut juga.. hehe ..semua itu adalah rencah kehidupan yang perlu di lalui, ujian allah supaya kita lebih matang, lebih kental, lebih bersedia menghadapi apa saja.. apa yang penting perlu ada kerja sama, saling percaya mempercayai, saling hormat menghormati.. saling bertolak ansur.. dan lebih penting jangan sesekali ada perasan dendam, saling maaf memaafkan walaubagaimana besar sekali pun kekusutan yang berlaku.. walau apa juga keadaan nya keluarga perlu menjadi keutamaan.. anak anak di dahulukan.. jangan benarkan apa juga perkara yg boleh menggugat keharmonian rumah tangga..

alhamdulilah, kami masih bertahan, kami masih komited utk melihat semua anak anak berjaya, kejayaan mereka utk kami tumpang gumbira..kami tidak mpunya harta utk di warisi mereka.. kami tidak punya banyak wang untuk menjamin masa depan mereka.. tapi kami akan tetap membantu dengan apa cara sekali melihat utk mereka berjaya dalam kehidupan, berjaya dalam pelajaran, berjaya dalam kerjaya yang mereka pilih....dan kami amat rapat dengan mereka semua..

Selamat hari ulang tahun perkahwinan yang ke 29 .. semuga kami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.. amin..


Saturday, August 7, 2010

pangung anivesari...

tandas..

air terjun

surau

tempat duduk dah berbumbung..

pentas ni bangunan asal..

tempat duduk..penonton..

bila last anda ke panggung anivesari.. zino pun kalau tak kerana tugas memang tak sampai juga ke sana.. zaman zaman masa di kolej dulu panggung ni agak femes juga.. ada je acara yg di jalankan di sini.. lepas tu tak tau cerita sebab lama tak datang.. cuma sekarang ni utk pengatahuan semua.. panggung anivesari sedang mengalami tranfomasi..gambar2 ni menjelaskan nya...

tau kan kat mana panggung ni.. ? hehe

Wednesday, August 4, 2010

Ujian ketahanan..

berapa bulan lah agak nya beg ni bertahan..

beg sederhana mahal..

salam semua,

semalam sekali lagi ke kedai membeli beg sekolah adik..tahun ni, ini beg yg ketiga..beg yg pertama bertahan 6 bulan je..sebelum koyak rabak..beg ke dua, beg 2nd hand along, sebulan je rabak.. so semalam beli lagi.. harap2 bertahan la sampai hujung tahun.. tahun lepas dua beg..

Pesanan kepada pembuat beg sekolah .. atau sebarang beg sandang serba guna.. cari lah bahan yg baik sikit.. boleh tahan lama.. at least setahu ke dua tahun ke.. sejak tiga tahun hazwan sekolah dia telah menguji ketahan pelbagai jenis beg.. yang berjenama, yg selalu keluar TV, yang besar yg kecik semua telah di uji.. tetapi masih gagal melepasi tahap kecergasan yang di perlukan ..

so abah tak payah pening kepala.. tak perlu lah nak guna istilah alah membeli menang memakai , beli je mana mana beg.. dan standby je, 6 bulan akan datang pasti akan kena beli lagi hehe..cuma jangan beli yg mahal sangat atau murah sangat .. Hazwan akan pastikan jangka hayat beg cuma 6 bulan sahaja..hehe..

sekian lapuran utk kali ini..



Tuesday, August 3, 2010

manusia dua alam..

Sebelum zino bercerita lebih lanjut, zino nak minta maaf dulu kalau tulisan ni menyinggung perasaan sesiapa... tak ada niat untuk langsung ke arah itu.. tujuan zino hanya nak menyampaikan pendapat dan membuat teguran secara umum.. manusia dua alam yg zino maksudkan mungkin tak seperti yg anda cuba bayangkan..

Perkara ni telah zino peratikan sejak dulu.. ada beberapa kes telah berlaku tetapi kes terbaru membuat kan zino tergerak untuk menulis di blog ni.. cerita nya bagini.. baru baru ni bila zino bertugas di lapangan , zino agak terkejut di datangi oleh seorang wanita yang zino kenal tetapi datang dengan penampilan berbeza.. apa yg berbeza? pada kebiasaan nya apa yg zino nampak dia selalu bertudung bila ke pejabat.. sopan, manis dan sebagainya.. sesuai dengan kedudukan dan keadaan nya.. tetapi bila zino jumpa dia di lapangan pada malam tu , zino hampir terkejut, hampir tak perasan , sehingga terdetik di dalam hati, siapa pulak cik mek molek yg datang menghampiri zino sambil tersenyum..

lama zino peratikan, baru jelas dan nyata, dia ada lah orang yg sama yg zino kenal tetapi datang dengan penampilan yg berbeza.. tanpa tudung, datang bersama pasangan nya.. hampir hampir zino nak menegur keadaan dia pada malam tu.. tetapi tak jadi.. kenapa pulak zino yg perlu kisah sedangkan pasangan dia ada bersama yang sepatutnya lebih sesuai memberi teguran..rakan yang lain juga tertanya.. tanya.. agak nya bagitu lah penampilan sebenar dia, waktu pejabat bertudung , di luar waktu pejabat bebas dengan gaya sedemikian rupa...dan ini bukan kes pertama yg zino jumpa tetapi kes yg ke tiga yg zino tau..orang yg zino kenal..

kenapa jadi bagitu?? apa tujuan dia bertudung waktu pejabat dan menanggalkan tudung bila di waktu lain..? zino tak ada jawapan nya... dan zino tak ada kekuatan utk menegur dia...