Saturday, December 3, 2011

kisah empat

kacang lupakan kulit...

salam semua, dah bersedia untuk mengikuti kisah seterusnya..? apa agaknya kisah kacang lupakan kulit tu kan hehe.. jom kita sama sama meneruskan lawatan di bandar Madrid.. oo ye sedikit maklumat tentang Madrid ni.. kat sini tak ada bangunan tinggi.. kecuali tiga buah.. semasa dalam perjalanan dari airport ke hotel kami tak nampak pun sebuah bangunan yg tinggi macam kat KL.. dan paling tinggi pun agaknya setakat 10 tingkat je.. dan nama dia orang pun susah zino nak ingat tapi ramai nama yg ada Carlos... hehe agaknya kat sini macam mohamad la kot hehe

hari kedua kami di Madrid kami melawat ke sistem kereta api bawah tanah.. kalai kat sini baru ada satu keretapi bawah tanah LRT putra tu.. kat sana berceganggah.. bersimpang siur bawah tanah tu macam spagetti...maklum lah mereka dah lama mulakan laluan bawah tanah ni kita baru nak belajar.. hiway pun dia orang boleh buat bawah tanah.. ok la jom kita tengok gambar gambar ni...

bangunan lama.. tapi di bawahnya stesyen keretapi moden...

Taklimat ringkas kat luar je ...


kombinasi lama dan moden..
kalau kat Malaysia tentu bangunan tu dah kena roboh.. contohnya bas stand Klang hujung tahun ni bakal di roboh sebab nak buat stesyen MRT kat bawah tu..


tube yg bakal di naikki..

laluan tube.. kat sana keretapi tu dia org panggil tube..

dalam tube.. serupa LRT kat sini a kot ..

banyak tempat berdiri dari duduk masa ni tak ramai orang
kalau tak padat..

lawa gambar kat belakang tu...



dah sampai airport, stesyen yg ni bersambung dengan airport di Madrid..


bergambar sebelum berpisah dengan deligasi Madrid..

di akhir lawatan kami naik keretapi terus ke airport.. beg dia orang dah siap bawa guna bas.. ramai yg mengadu kebuluran sepanjang lawatan seharian sampai ke petang tak ada lunch hehe.. mat salleh ni tak geti nak makan ..tapi kami ok je.. agaknya cuaca sejuk tu buat kami tak le lapau sampai tak larat nak bergerak.. hehe.. penerbangan ke Paris mengambil masa satu jam lebih.. bertolak jam 5.00 ptg dan sampai Paris dah malam.. sebelum tu Kat terminal di Madrid ni pun kami jumpa ruang solat di panggil Chapel utk beberapa agama...

ada 4 agama yg ada sembahyang ke? ada 4 bilik berasingan dalam tu...

dari airport ke hotel kami dah set dengan travel agen supaya ada orang jemput dan hantar ke hotel.. perjalanan lebih kurang 45 minit kot.. sesambil tu berbual la dengan driver tu dan bertanya dengan kehidupan dia di Paris.. driver tu pun bercerita la keperitan hidup di bandar yg mahal ni.. kalau dia kata mahal kami yg datang ni lagi lah jadi mahal.. hehe kata nya dia berasal dari amerika selatan, Brazil kalau tak salah.. dan dah mengembara dan bekerja di beberapa negara termasuk German.. dan sekarang menetap di Paris.. katanya dah tak balik kampong lagi dah keluarga dia pun berada di sana..

malam tu kami berlegar di sekitar hotel je lah.. dalam sejuk2 tu berjalan juga sebab masa agak singkat kat sini esok nya padat dengan program.. sempat la ambil gambar2 ni... jom kita tengok...

ini macam eye of malaysia tu la kot..

dari belakang hotel tu nampak sayup2 je eiffel tower.. dalam hati bertanya2 dapat ke sampai ke sana..memandangkan esok program sampai ke malam..

ada banyak gerai2 dengan pelbagai jualan...
agaknya sempena krismas la kot hehe..


jalan belakang tu menuju ke gerbang yg terkenal di Paris tu sape tau nama gerbang tu ?

bergambar berhampiran satu gerai jualan...

faham ke arah tuju yg di tulis ....kena buka kamus ni hehe

esok nya sebagaimana di janjikan kami berkumpul di sebuah hotel ni sementara menunggu mereka datang menjemput dengan bas... kat Paris ni jem macam Kl juga rupanya walaupun 60% pengguna menggunakan pengangkutan awam, tapi masih banyak kereta di jalan raya.. bas kami yg nak datang pun kata nya sangkut dalam jem hehe.. satu perkara yg zino suka sangat tengok kat sini banyak bangunan lama.. kalau kita ada sebuah bangunan Sultan Abdul Samad.. kat sini belambak hehe hotel yg kami duduk tu pun sebuah bangunan lama.. lift dia muat 4 orang je !! betul kecik bebenar.. kalau bawa barang dua orang je boleh masuk.. agaknya pasal hotel lama kot sesuai dengan ruang yg ada.. tapi kepada yg dah biasa sampai dia orang kata kat mana2 pun sama , bilik air pun kecik .. agaknya pasal mahal kot.. zino suka tangga dia ni .. bila turun ikut tangga walaupun di tingkat empat.. macam cerita hindustan tanggga pusing2 hehe..


tangga pusing... seronok berlari2 menuruni tangga tu hehe


kiri kanan tu bangunan lama tapi bertukar menjadi hotel berbintang2...

Hotel yg zino duduk di sebelah kiri bahagian tengah tu...

pemandangan waktu pagi.. lampu tak sempat tutup lagi...

Bila di Paris rombongan kami bertambah , ada perwakilan tadi syarikat di KL, ada pegawai perdagangan Malaysia yg bertugas di Paris , ada pegawai khas PM berkait pengangkutan awam.. dan CEO beberapa syarikat berkait transport kot.. so makin meriah la jadi nya..

berbual2 sambil berkenalan ada yg baru joint di Paris ni je dan ada yg baru kenal je..

bercerita pengalaman masing masing bila sampai ke Paris semalam, ada yg sampai awal sempat sopping lagi tu... dan ada yg memang duduk di Paris.. kami yg sampai lambat dapat look 2 see 2 je lah..

lawatan bermula dengan perbincangan meja bulat dan mendengar taklimat dari wakil2 dari malaysia dan Paris, dari Malaysia tu CEO SPAD la yg beri taklimat.. program kerajaan membina laluan MRT dan sebagainya.. lepas tu katanya ada lunch maka berlaku lah kisah lucu bila menunggu lunch hehe.. tapi kisah ni kita simpan dulu sebab ada tajuk khas berkaitan cerita ni.. kalau nak diet duduk sana.. sabar la ya hehe

semasa persidangan meja bulat... tapi meja kat sini tak bulat pun hehe

pembentang kertas kerja...

bergambar selepas selesai majlis... duta Malaysia ke Paris di tengah tengah..

sebelah petang nuya ada lawatan dan taklimat dengan sistem pengangkutan awam , terutama bas .. tertarik dengan teknologi yg mereka ada.. sekali lagi terasa kita ni jauh sangat ketinggalan.. mereka juga yg mengedali bas di bandar LONDON tu.. bila masuk tajuk bila anda last naik bas nanti zino akan cerita apa yg mereka ada dan pengalaman zino naik bas..sendiri utk melawat tempat orang ... kat KL zino tak berani naik bas takut sesat hehe..

malam nya kami ada dinner di atas cruise .. dia orang tempah khas utk kami je atas kapal tu.. sambil menikmati penadangan waktu malam di sepanjang sungai di Paris tu.. kita pun ada kat Putrajaya tu.. tapi zino pun tak pernah naik lagi anda pernah ke? kalau belum elok la naik .. boleh la pengalaman lunch atau dinner atas cruise.. rasanya nanti nak ajak famili naik cruise kat putrajaya tu.. atas kapal ni lah zino saksikan perkara yg tak sepatutnya berlaku atau di lakukan orang kita yg bertugas di luar negara .. sehingga zino letakkan tajuk kacang lupakan kulit.. tapi jangan lah tanya siapa dia dan apa tugas dia ya.. zino tengok dia ni lebih mat salleh dari mat salleh yg ramai2 atas kapal tu.. (sebenarnya pempuan) selamba je minum minuman keras sama dengan mat salleh tu.. duduk Paris la katakan.. zino tak mau dekat dengan orang2 macam ni.. dari perbualan kawan kawan lain.. dia bukan saja tunggang air haram tu.. siap dengan kutuk2 kerajaan malaysia lagi.. dengar cerita nya dia ni tak minat sangat nak ikut sama program kami ni.. tapi kena paksa la tu.. so berungut je lah sepanjang masa agaknya.. buat malu malaysia dan kerajaan je.. orang macam ni lah zino cop bagai kacang lupakan kulit.. kalau zino ada kuasa mau zino minta dia balik malaysia malam tu juga hehe..

ok la lupakan kisah tu jom kita tengok gambar gambar yg sempat di rakam malam tu...

sampai juga akhirnya.... sebelum ni tengok gamba je...

di lihat dari dalam cruise...

saya dah sampai anda bila lagi? hehe


salah satu cruise yg di sediakan....

pandangan yg sangat menarik...

ada satu jambatan di Putrajaya sebiji tiru jambatan ni...


ok.. cukup la kot rasanya panjang dah ni.. lama sungguh utk upload gambar dari kol 4.00 petang tadi.. sampai ke malam...dan entah berapa kerat je yg membaca.. tak apa lah kan.. esok kita naik basikal nak tak? bila last anda naik basikal? masa birthday yg ke 5 tahun dulu je? alahai lama dah tu.. kat sini ramai yg naik basikal ke tempat kerja.. esok je lah ya...

sebelum tu nak ucap terima kasih kepada shariman, kerana sudi membaca , dia call kata dia baca tapi tak boleh komen , sorry la Shariman, kalau nak komen kena buka lah akaun blog.. itu satu cara nak galakkan anda menulis.. hehe memang zino tak benarkan anoy komen nanti dia merapu susah nak kawal hehe.. saya syorkan shariman buka akaun dan joint club blogging ni hehe.. erna pulak komen nak tengok lebih banyak gambar.. ok yg ni banyak gambar kan? harap puas hati hehe.. komen komen yg lain juga saya hargai.. tq.












Thursday, December 1, 2011

kisah tiga

bilik hotel yg di upgrade..

Menghormati waktu..

ada ke yg tertunggu sambungan cerita semalam? kalau ada ok la kalau tak ada pun zino tetap akan merakamkan nya di sini.. hehe isnin program resmi pun bermula.. kami di jemput dua orang wakil dari pihak Madrid.. berjalan kaki ke pejabat kementerian pengangkutan mereka la lot... kawalan keselamatan sangat ketat pemeriksaan macam nak masuk ke airport.. siap dengan metal detector dan bag yg di bawa kena x ray..

Bila kami sampai telah ramai yg menunggu.. termasuk ambasador Malaysia ke madrid.. dengan jasa baik Ambasador juga bilik hotel kami bertiga di upgrade ke bilik yg lebik baik.. bertuah nya kami... Ambasador tu pun baru saja di lantik baru tiga bulan bertugas di Madrid..


kusyuk mendengar taklimat..

wakil Malaysia sebaris di sebelah kiri..


no 3 dari kiri Ambasador malaysia ke Madrid..

oleh kerana persidangan meja bulat berlangsung sampai ke tengah hari dan kemudian di ikuti dengan lawatan ke control centre... kami tak sempat nak balik ke Hotel... perkara pertama yg kawan zino tanya dengan pihak tuan rumah utk menyediakan satu ruang kecil utk kami solat.. malah di tiga bandar yg kami pergi itu lah perkara pertama yg kami request.. dia orang faham dan menghormati permintaan kami... bersusah payah mencarikan ruang utk kami.. di Madrid kami menggunakan ruang bilik mesyuarat.. bagitu juga di Paris.. tapi bila di London kami menggunakan surau pelajar islam di sama.. kerana persidangan di buat di sebuah universiti.. tapi kami agak sedih juga ramai yg melakukan jamak takyah... tidak menghormati dan tidak sensitif rasa nya tak perlu lah di hurai lebih lanjut.. zino sangat bersyukur kerana dapat bersama seorang kawan yg sangat mengambil berat... miss makan tak pe miss bergambar beramai2 pun tak pe tapi kami tak mau miss solat bila tiba waktu nya..

sebelah petang kami melawat ke pusat kawalan trafik sebuah lebuh raya lingkaran macam kita punya MRR2 tu tapi lebih besar dan menpunyai torowong yg panjang.. Bandaraya Madrid lebih kuran macam KL.. hiway masuk ke bandar dari pelbagai arah.. kat sini ada 7 hiway masuk kepusat Bandar.. utk mengelak kereta yg tak perlu masuk ke pusat bandar.. mereka sediakan lebuhraya lingkaran.. concept yg sama kita guna utk KL malang nya jalan lingkaran 2 kita gagal berfungsi.. kerana tidak mampu menampung trafik yg banyak..


bilik kawalan trafik lebuhraya lingkaran..

bergambar selepas taklimat...



laluan masuk ke terowong lingkaran..

terowong dia besar segala jenis kenderaan pun boleh sumbat situ..

ok kita stop sampai di sini dulu... esok kita nak naik keretapi... sampai ke airport sebelum terbang ke Paris... sebagaimana di janjikan esok kita ada tajuk baru.. kacang lupakan kulit... kacang botol ke kacang peas ke esok baru tau ya hehe dan lepas tu kita ramai2 naik basikal.. boleh?

terima kasih kepada yg sudi mambaca...terima kasih juga kepada yanie, wong, ong, pam, eyrn, blog lepak, dan raz yg sudi singgah tapi sampai kat pintu pagar je hehe.. tak sudi nak singgah ke hehe..

Wednesday, November 30, 2011

kisah dua



kat sini tak ada Polis tapi ada POLICIA hehe

Cemas di tahan Polis...

sebagaimana di janjikan semalam , kita sambung lagi kisah perjalanan di perantauan.. semasa leka dan asyik mengambil gambar di luar stadium.. tak perasan ada mata memerhati kami.. agaknya dia nampak macam orang kampong masuk bandar agaknya.. dah sah orang asing.. entah siapa lah kami ni dari kaca mata dia... tak semena mena dia merapati kami... dan terus memanggil kawan zino... masa tu zino pun ada di sebelah.. bila dia tengok zino memerhati sama dia pun minta zino berunder ke belakang..

dia memperkenalkan diri sebagai polis pelancong dengan menujukkan kad polis dia sepintas lalu.. zino lihat kawan zino mengosongkan poket kiri dan kanan dan kemudian mengunjukkan dompet duit , yg mencemaskan Polis tu mengambil dompet duit kawan zino sambil membelek2 isi dalam nya.. apa kes ni !!!! kemudian dia minta pasport.. bila selesai dengan kawan zino dia beri isyarat supaya zino pulak datang dekat dia...

soalan pertama yg di tanya, "How much amerikan dollar do you have?" zino kata zino tak ada amerikan dollor yg ada cuma euro je..sejemput.. dia juga minta zino tunjukkan apa yg ada dalam setiap poket.. bukan ada apa pun tisu sapu hingus ada la.. lepas tu dia minta juga pasport.. dia belek2 tapi tak tanya pulak zino datang dari mana.. tau ke dia kalau kata Malaysia .. tapi dia ada tanya datang Madrid ni buat apa... lepas tu dia minta zino tunjukkan beg duit.. tunjuk kat dia berapa euro ada dalam tu.. buat malu komponi je Euro yg ada dalam tu bukan banyak mana pun hehe agaknya dia kesian tengok.. terus lepas kan zino.. nyesal agaknya nak gertak kami.. hehe kawan zino yg sorang lagi pun kena.. bila dah selesai dia boleh kata "have a nice day." . sambil tersenyum.. ciss..

kat KL pun tak pernah lagi kena tahan macam tu dengan Polis.. tapi memang kat Madrid Polis almost ada di mana mana.. sepanjang kami berada di sana .. Polis kelihatan di mana.. dengan kereta peronda dia tu.. kata mamat Madrid , Don't worry about our Polis , they are very professional.. no corruption.. tapi bila tanya biasa ke bila Polis tengok dompet duit .. dia pun tak boleh jawab..

Petang tu jam 4 sorang mamat Madrid datang nak bawa kami jalan jalan.. un offficial.. sambil meronda sambil dia bercerita tentang Madrid.. ada masa melopong juga bila mendengar kisah kemajuan negara orang ni.. rasa macam jauh sangat ketinggalan malaysia ni.. sambil jalan tu kamera bersiap sedia utk merakam setiap benda yg di lihat dan menarik perhatian.. cerita selanjut nya kita tengok gambar2 yg di rakam ya.. boleh tak? hehe

sekarang ni musim luruh..
cantik pulak pokok tu bila daun dia menguning dan akhir nya gugur..

jeles tengok GPS dalam kereta kawan ni hehe
nak cari satu pasang kat UNSER aci ntak?


meronda di kawasan taman... mamat ni lah yg jemput dan bawa kami jalan jalan..

yg ni pun Stadium tapi bukan lawan bola tapi kawan lembu hehe Sepanyol kan terkenal dengan matador nya.. dia pun bercerita kisah orang ramai yg berkejaran dengan lembu di jalan raya tu.. alah yg selalu tunjuk dalam TV tu.. kisah nya satu masa dulu cara nak bawa lembu ke Stadium dengan melepaskan nya di atas jalan raya kemudian di halau sehingga ke stadium.. kata nya jalan kecil lori yg bawa lembu tu susah nak masuk.. tapi bila mereka lepas kan lembu orang ramai ikut sama berlari dengan lembu2 tu.. lama lama jadi budaya dan pesta tahunan .. itu lah kisah nya hehe


saja tangkap gambar bas ni kawan kata nak ambik cop madrid tu je hehe

ikut sejarah nya menument ni dulu Gate sempadan madrid kat sebelah atas tu dulu nya luar Madrid , tapi sekarang dia dah duduk tengah2 Madrid.. kisah nya..

rasanya zino stop kat sini dulu.. penat menunggu gambar2 di upload.. dan zino juga tak mau cerita meleret sehingga keluar dari tajuk.. sebenarnya kami jalan sampai ke malam.. maklumlah jam 5.00 petang dah magrib.. dah golap.. malam tu kami berjalan kaki pulak ke kawasan shopping dalam kesejukan.. sehingga sampai satu masa tu glove dalam beg tu kena kluarkan.. mengokot di buat nya hehe

esok nya program resmi bermula maka kisah menghormati waktu akan menyusul.. nantikan sambungan nya.. terima kasih kerana sudi membaca..


Tuesday, November 29, 2011

kisah satu

Pengalaman baru..

Sebagaimana di janjikan zino akan mulakan dengan kisah pertama... bila saja di maklumkan nama zino di calonkan utk hadir ke forum MEF ( Malaysian Europe Forum) perasaan bercampur baul mula meresap keseluruh badan .. macam angin kus kus masuk hehe.. maklum la.. bukan satu negara pulak tu tetapi dapat menjejak kaki ke tiga negara sekali gus.. satu perkara yg memang di luar jangkauan mimpi selama ni.. berangan tu ada la.. lagi pula utk menghadiri satu forum antarabangsa.. siapa lah zino ni kan.. hehe umpama satu titik dalam sebuah novel yg panjang lebar.... ( pepatah baru..) hehe satu je bos zino cakap.. don't worry you can survive there.. bila bos confident zino pun kata ok bos...

Perjalanan jauh selama 13 jam (betul ke? ) dalam penerbangan juga satu pengalaman.. macam tak caya je pergi sana lepas isyak, sampai sana subuh .. rasa macam beberapa jam je.. tapi berada dalam pesawat dalam tempuh yg lama merupakan satu pengalaman baru buat zino.. kalau dulu travel paling lama pun 4 jam kot (betul ke lupa dah lama sangat hehe) masa ke Osaka..Jepun tidu tak lena berjaga tak kena di buat nya... nasib baik duduk di business class... ok la juga.. duduk sebelah kiri mat salleh perancis agaknya sebelah kanan minah salleh.. oleh kerana waktu landing kat Paris tu baru masuk subuh tak sempat nak sembahyang dalam K Terbang tapi sebaik saja sampai sana perkara pertama yg kami cari ada ruang utk solat.. kena lah bertanya sana sini sebelum berjumpa ruang solat...



papan tanda utk ke surau..

kat dalam ni rupanya ruang meditation utk semua agama.. yahudi, kristian Islam dan satu lagi zino tak perasan agama mana punya.. bilik yg berbeza... alhamdulilah... selesai satu bab sebelum bergegas ke terminal 4 , jauh juga dari terminal utama tapi ada train macam kat KLIA tu.. utk check in penerbangan ke Madrid .. kisah solat di perantauan ni zino akan cerita lagi dalam tajuk menghormati waktu..

Sampai Paris dah tengah hari lebih kurang satu jam lebih je kot.. memang dah set ada orang menunggu utk hantar ke Hotel... kalau nak cari sendiri Hotel tu tentu sosek agaknya hehe.. pengalaman di terminal 4 Paris tu bila minah2 yg comel tu minta kami check in guna mesin ATM tu .. mano lah den geti.. cuba juga lah.. tak kluar pun boarding pas hehe cuma resit yg tak paham bahasa.. je kluar.. hehe buat muka kesian sikit kat minah tu baru lah dia bantu hehe.. kalau hari2 naik kapal terbang mungkin la mudah kot hehe nasib baik kami bertiga.. gagah juga lah bertanya kesana kesini hehe..`


semasa baru sampai ke terminal 4.. kalau zoom kat belakang zino tu mesin utk check in macam kat KLIA tu.. orang kampong macam zino ni mana lah tau hehe..

tempat menunggu sebelum masuk ke kapal terbang ke Madrid..

sesampai di Madrid kami tak tunggu lama, kawan zino kata jom kita pegi stadium Bernaubeu... masa tu hujan.. dengan berpayung kami redah la juga hehe zino ni mana lah tau pasal bola sepak ni.. kata nya Stadium ni utk team Real Madrid.. ada ke peminat real Madrid yg baca posting ni..? hehe.. ada satu kedai yg jual baju real madrid ni.. ingat nak beli la selai dua.. bila tengok harga murah je 75 inggit.. oops bukan 75 euro.. bila di kali 4.5 terus ilang semangat nak beli hehe.. bila mesej alang, dia kata tak payah beli lah beli kat KL lagi murah hehe..


sebagai bukti dah sampai stadium.. nak masuk dalam kena bayar dan ada pemandu pelancong.. kami tak ada banyak masa nak masuk dapat kat luar pun jadi la hehe
siap berpayung dan berselubong lagi..
sejuk meresap ke dalam jiwa terutama bila ada angin hehe


Stadium di tengah bandar.. kalau ada game entah macam mana keadaan sekitar kawasan ni..

ok rasa nya zino stop kat sini dulu... ada banyak lagi cerita menyusul.. kisah cemas di tahan polis akan di ceritakan dulu sebab berlaku kat sini.. jam 4.00 ada kawan yg datang ( mamat madrid) yg bawa kami jalan jalan.. akan zino ceritakan selepas kisah di tahan polis tu... cerita tu mungkin banyak gambar dari tulis..

terima kasih kerana sudi membaca (ada ke? hehe) dan tak lupa terima kasih kepada Ct Noarizah Aris yg dah jadi follower...




jauh berjalan banyak pengalaman....

hello malaysia..


Kata orang bila kita jauh berjalan banyak yg kita boleh belajar... terutama melihat negara orang... melihat kemajuan mereka , persamaan dan perbezaan dengan kita.. bagaimana kita nak ikut maju.. belajar dari kesilapan mereka.. meniru apa yg baik meninggalkan apa yg buruk..tammadun mereka jauh lebih lama , sejarah mereka jauh lebih hebat.. tetapi tak mustahil kita juga boleh hebat mengikut acuan kita.. bukan cuba meniru .. tapi kita juga boleh berjaya dengan cara kita...

selama 7 hari di perantauan ada banyak yg mau zino kongsikan.. entah yg mana satu nak di mulakan.. perbagai pengalaman dan cerita dapat zino petik dari lawatan ni.. ada kisah suka ada kisah sedih ada kisah cemas dan ada kisah kagum dengan apa yg di lihat... apa yg di dengar apa yg di ceritakan....

sebagai catatan dan renungan kita bersama..( ada ke yg nak baca..) zino akan bercerita dari satu kisah ke satu kisah.. kalau di campur rojakkan tentu zino tidak fokus bercerita dan anda juga tidak mendapat apa apa.. (macam best je hehe) .. dan zino akan letak sub sub tajuk dengan setiap episod yg nak di ceritakan.. bila selesai nanti boleh di jadikan satu novel kot hehe (berangan..)

beberapa tajuk telah di fikirkan....antara nya..

1. pengalaman baru
2. menghormati waktu
3. kacang lupakan kulit
4. mari berbasikal...
5. pengangkutan awam kita dan mereka..
6. bila last anda naik bas..(soalan ni utk zino sebenarnya)
7. kalau nak diet duduk sana..
8. bangunan bersejarah..
9. Cemas di tahan polis.. !!
10. lain lain hal... (hehe dah tak tau tajuk apa lagi.. akan di fikirkan kemudian..)

macam best nya nak cerita kan.... kita sama sama tunggu ...
jumpa lagi esok....

Saturday, November 19, 2011

impian menjadi kenyataan...

Salam semua..

Tanpa anda sangka , adakalanya impian anda menjadi kenyataan.. rezeki datang bergolek kata orang tu... tiba tiba anda mendapat tawaran utk keluar negara !! sesuatu yg di luar jangkauan dalam keadaan biasa.. dan itu yang berlaku pada zino.... tiga minggu lepas BOS call, dan maklumkan dia nominate nama zino utk satu persidangan meja bulat di luar negara.. tapi lepas tu senyap... zino ingat tak jadi la kot.... tetiba minggu lepas dia minta zino jumpa dia urgent..

tawaran masih berbuka tetapi zino perlu menyediakan satu kertas kerja ringkas.. utk kelulusan BIG BOS.. malam tu juga zino buat .. esok nya walaupun bercuti datang ke pejabat utk urusan selanjut nya.. di taip dan di serahkan kepada BOS untuk di angkat ke atas bagi pertimbangan dan kelulusan.. zino tak mengharap sebab BIG BOS bukan mudah utk memberi kelulusan... tapi jam 10.00 bos call mengucap tahniah kelulusan telah di perolehi.. dan bos minta zino batalkan cuti utk urusan selanjut nya..

macam mana nak batalkan zino terpaksa mengetuai rombongan cik kiah ke Pahang.. PA zino yg banyak membantu.. menalipon kesana kemari sehingga akhirnya zino dapat tau ada seorang yg zino kenal akan menyertai program yg sama.. oleh kerana ini kali pertama utk kesana zino , bila dapat tau ada geng yg kenal maka sebahagian tugas telah selesai... malah kawan zino juga menawarkan utk menguruskan tiket dan penginapan utk kami nanti dengan syarat majikan mengeluarkan surat jaminan.. segala keperluan berjalan lancar.. ramai yg membantu utk mempermudahkan semua urusan walaupun dengan notis yg sangat pendek..

cukup seminggu segala2 nya selah tersedia... keperluan yg hendak di bawa juga telah tersedia.. belanja di sana juga sedia walaupun sedikit... sangat sedikit bila menukar ke mata wang yg bernilai jauh lebih tinggi dari ringgit... advance yg zino pohon juga lulus dalam tempuh singkat... terima kasih kepada semua yg membantu.....

esok malam zino dan 2 lagi kawan dari dua agensi berbeza akan berlepas ke.... MADRID, PARIS dan LONDON... doakan kami selamat di perantuan selama seminggu... program yg di sediakan ketat.. padat dengan pelbagai lawatan.. dan perbincangan ..menaikki beberapa penggangkutan awam yg terkini.. menghadiri majlis dialog dengan pakar2 pengangkutan awam di tiga bandar tersebut.. kata nya disana dah masuk musim sejuk... semoga kami sihat dan dapat mengikuti semua program yg di sediakan...

sehingga kita berjumpa lagi..... salam..

Sunday, November 13, 2011

rombongan cik kiah siri 2

sambungan.......

sebagaimana di janjikan ikuti kisah selanjut nya kisah rombongan cik kiah di Felda Mayam.. acara akad nikah di lansungkan sebelah malam, ingat kita tengok gambar2 ni je lah utk cerita selanjut nya hehe...


ok lah kira siap la ni jom copek....

lama nya tok imam ni lecture... tak sabar dah ni hehe

ok kita test dulu yo.. kalau ok nanti baru buek yg botol punya...

alhamdulilah akhirnya....

cam nia ikek samping .. ni pun nak kono aja yo..

bersedia semua...!!! ok jom...


hensem tak??? raja sehari lah kata kan hehe

tercapai sudah cita cita den...


the


end.....

Friday, November 11, 2011

Rombongan cik kiah

Pagi ni kami berkonvoi dari kg ke felda mayam di daerah BERA Pahang. Perjalanan bermula jam 9.00 pagi melalui jln Bahau serting jempul kemayan hingga ke bera. Target kami memang nak singgah di masjid bera utk solat jumaat. Sebelum meneruskan perjalanan . Felda Mayam hanya 1/2 jam dari bera.

Kami disediakan sebuah rumah batu 1 tkt 2 bilik rasanya sesuai la utk kami 4 famili , ruang tamu pun besar .

Mlm ni akan berlangsung acara akad nikah dan esok majlis bersanding . Semoga majlis berjalan lancar . Kita tunggu lapuran seterusnya.

Sekian

Monday, November 7, 2011

Majlis aqiqah

Pagi tadi berlangsung satu majlis aqiqah utk dua cucu jiran depan rumah , sorang masih baby dan sorang lagi dah umur setahun kot . Dua kanak2 lelaki yg comel dari dua ibu . Majlis dimulakan dengan acara berjanzi oleh group dari masjid dan surau (bergabung) , mengenakan uniform yg sama , baju melayu warna ungu..

Bagi seorang anak lelaki 2 ekor kambing , bila dah berdua tu maknanya 4 ekor kambing!!! Meriah jadinya. 2 ekor kambing di buat kambing golek dan 2 ekor lagi di guna utk masak gulai ...keterer yg masak pun ok maka kambing golek tersangat laris hehe.

Ok itu je lapuran utk hari ni sekian

Saturday, November 5, 2011

Selamat hari raya

Kepada semua rakan blogger, selamat hari raya Aidiladha , kepada yg dah berada di kampong selamat bergembira bersama keluarga .. Kami rasa macam tak sambut raya je . Segala keperluan utk memasak dah beli tapi tengok mem macam tak ada mood je nak masak hehe.

Bila di tanya dia kata tak ada mood, anak2 tak semuanya balik ....oo a alah patut dia buat relak je tak ke dapur lagi dan memang kami tak kemana lah jawabnya along dah balik JB , kakak pulak dalam mood exam , mungkin dapat jumpa dan jemput dia sekejap esok lepas tu kena hantar balik ke kolej ...berayo ala kadar je jawabnya.

Tadi sempat ke hospital kajang , melawat kawan yg sakit tempuh hari , simpati melihat kaki kanan dia telah selamat di potong paras bawah lutut. Semoga dia tabah dan redha dengan ketentuan allah...