Saturday, May 26, 2012

24 jam siap

Assalamualaikum semua....

Apa yg siap 24 jam tu hehe... kalau ikut turutan tajuk tu patutnya di tulis paling akhir tapi terpaksa di dahulukan entah macam mana berita berkaitan cerita ni telah tersebar luas di FB... macam berita hangat je kan hehe... tapi tak ada la hangat sangat... cuba ada perkara yg mahu di buktikan... 

Semasa di Chiang Mai hari tu Datuk Ketua deligasi bercerita dia menempah sepasang kot dengan harga yg sangat berpatutan dan boleh di siapkan dalam rempuh 24 jam... bukan dia sorang je seorang lagi peserta rombongan juga menempah di kedai yg sama.. maka teringat zino kepada satu rencana yg di siarkan di akhbar harus perdana satu masa dulu.. mungkin juga zino baca cerita tu 10 tahun lepas atau lebih lama..Kerajaan Thai sentiasa berusaha membantu rakyat nya mendapatkan pekerjaan dan pendapatan yg halal unutk menyara kehidupan keluarga.. Walaupun mereka tu bukan Islam.. (lebih 4.6 peratus penduduk nya islam.. sumber wikipedia) tetapi rakyat nya sangat kreatif dan sentiasa berusaha meningkatkan taraf hidup masing masing.. terutama bila berada di bandar besar seperti Bangkok.. kata nya di Bangkok saja ada 10 juta penduduk mencari makan.. 

Dari rencana yg zino baca dahulu.. kerajaan mengujudkan satu industri menjahit yg boleh melibatkan ramai rakyat .. maka timbul lah agaknya tempahan 24 jam.. kedai kedai jahit yg kita lihat di merata tempat hanya lah show room utk menerima tempahan tak ada satu baju pun yg di potong dan di jahit di kedai tersebut.. caya tak ?? Setelah usaha tawar menawar selesai dan kedua pihak bersetuju.. petugas terus menalipon tukang jahit datang ke kedai... entah kat mana lah rangkaian mereka ni duduk.. sampai je dia terus mengambil ukuran.. baju dan seluar.. kain di potong cukup utk sepasang sut (kot dan seluar) .. sekejap tu datang sorang lagi tukang jahit seluar lain kot lain.. beberapa ela kain tu terus di bawa keluar.. 

menurut rencana yg zino baca dulu.. kain itu akan di potong oleh tukang yg mahir dalam urusan memotong, lepas tu akan di hantar pula kepada tukang lain utk jahit tepi... apabila siap akan di hantar pula ke tukang lain yg pakar dalam menjahit bahagian2 kain yg telah di potong tadi.. proses itu berterusan.. dalam sehelai baju atau seluar tu akan melibatkan beberapa tukang dan di buat di tempat yg berbeza.. (ini ikut rencana yg di baca) mereka janji esok nya jam 5 zino kena datang utk fitting.. kebetulan kedai jahit tu tak jauh dari hotel penginapan.. bila zino datang memang baju kot tu sudah separa siap.. seluar pun dah siap.. belum lagi 24 jam tu.. dan mereka berjanji malam tu juga akan siap dan di hantar ke hotel..

bila malam tu zino tertunggu juga mana lah tempahan tak sampai sampai... malam tu kami meronda sampai jam 11.00 malam.. tapi tempahan tak kunjung tiba.. memula tu tunggu la sambil menonton TV yg tak paham bahasa tu hehe.. akhir nya zino terlelap juga.. bila bangun bagi ternampak sehelai kertas di atas lantai di bawah pintu.. dengan nota pihak Hotel call jam 3.25 pagi !! rupanya tempahan zino siap dan di hantar ke hotel.. oleh kerana kawalan keselamatan dia ak boleh hantar ampai ke pintu bilik.. nak naik lift tu kena ada access card.. dan kad hanya ada pada menghuni atau petugas..

Selepas sarapan pagi baru lah zino turun utk claim tempahan yg di hantar.. memang puas hati.. sangat berbaloi.. kalau di tempah di KL harga berganda ganda.. entah kenapa di KL mahal sangat..bila ada peluang terpijak rugi utk di lepaskan.. hehe tapi kalau sengaja nak ke Bangkok utk menempah baju itu langkah yg kurang bijak... kalau tambang di sponser macam zino baru lah kira berbaloi hehe

ini lah hasil nya....amacam cantik tak??? hehe utk rekod 4 orang yg membuat tempahan.. ada yg satu sut saja.. ada yg tambah sehai kemeja... sorang lagi tu tambah selai lagi seluar dan dua helai baju.. dan yg lagi sorang tu tambah lagi 2 helai seluar dan 4 helai kemeja... ikut majet masing2 la hehe.. 

 ini lah hasil nya


di hantar ke hotel dalam bekas ni..

terima kasih sudi membaca dan memberi ulasan.... 




Friday, May 25, 2012

menjadi lebih indah dengan kreativiti...

Assalamualaikum....

Sebagaimana yg telah di janji kan zino akan memulakan cerita perjalanan ke Chiang Mai dulu... Program lawatan tu melibat dua bandar di Thailand.. Chiang Mai dan Bangkok.. katanya Chiang Mai ada lah bandar ke dua terbesar di Thailand dengan penduduk lebih 2 juta orang.. Orang Thailand ni sangat kreatif dalam lanskap... kami berpeluang melawat ke satu taman yg baru siap tahun lepas sempena ulangtahun Raja mereka...(kalau tak silap la..) rakyat Thailand sangat bangga dan respek Raja mereka.. Mereka mengharapkan raja menjadi simbul menyatupadukan semua rakyat Thailand yg berbeza pendapat dalam  politik..  taman tu sangat luas.. kalau nak jalan kaki rasanya tak larat nak menghabiskan semua kawasan..

Sebahagian kawasan tu kami teroka menaikki  tram yg di sediakan , susah nak bercerita keindahan lanskap yg mereka telah hasilkan zino ni bukan pakar pasal taman... kawan zino kat sebelah tu yg boleh memberi ulasan berkait keindahan kreativiti yg di hasilkan di taman ni.. pihak2 yg berkaitan sangat tertarik melihat keindahan ciptaan orang orang Thailand... terpesona dengan kreativiti yg mereka hasilkan.. tak dapat di gambarkan dalam gambar2 yg di ambil.. kena lihat sendiri baru boleh buat penilaian.. tapi tak apa lah mari kita lihat gambar2 ni utk mendapat sedikit gambaran..

 satu replika..

 tangga batu..

 tertarik dengan jometri..

 nak tau taman ni cantik ke tak tanya kawan zino ni dia akitek lanskap
dia pun cantik kan ? hehe

 anggota rombongan ke Chiang Mai..

 di pintu masuk ke Taman..

 orang Thai ni bijak dan kreatif dengan lanskap menegak..
kata nya vertical lanscap..

 ada tak kita terfikir nak taman labu ke
 terung ke apa2 ke macam ni..?

 bila dah besar senang nak petik... 
dan ia juga menjadi daya tarikan sesiapa yg berkunjung ke sini

 hiasan taman di lereng bukit... kat Kl pun ada rasa nya..

 sekali imbas macam tunggul di penuhi bunga..

 replika istana raja di dalam taman..

 kombinasi tasik dan taman yg sangat indah..

dari sudut yg berbeza..

 tah apa nama pokok ni...berjalan dengan geng lanskap ni dia orang 
sebut nama saintifik setiap pokok dan bunga mana lah zino tau hehe


 lihat lanskap kat bawah pokok tu macam akar dia je..

 ada bentuk naga ke apa ni.. hehe

satu lagi jometri yg menarik..

ok sekian... tunggu travelog ke dua...



Thursday, May 24, 2012

Travelog bermula....

Assalamualaikum semua...

Sebagaimana yg zino janjikan sebelum ini.. zino akan bercerita tentang pengalaman dan pengajaran yg di perolehi semasa lawatan sambil belajar di negara orang... walaupun pepatah mengatakan hujan emas di negara orang hujan batu di negara sendiri baik lagi negara sendiri.. itu zino setuju sangat dan tidak perlu di pertikaikan .. tapi apa apa kebaikkan yg berlaku di negara orang boleh menjadi pedoman kita dan apa apa yg tidak baik kita jadikan sempadan jangan sampai terjadi di ntempat kita.. 

Seperti juga travelog yg lalu zino bercadang membahagikan penceritaan ini kepada beberapa episod... ada beberapa episod telah pun berlegar2 di kepala dan ada juga episod yg masih samar samar... sama ada dapat di cerita atau sebalik nya... walau bagaimana pun perjalanan selama 5 hari di negara orang pasti menjadi satu kenangan yg tidak dapat di lupakan.. Pada awal nya zino hanya kenal sorang je ahli rombongan yg akan ke Chiang mai dan Bangkok.. siapa lagi kalau bukan ketua rombongan yg juga seorang tokoh yang zino segani , menjawat sebagai KSU di sebuah kementerian... yang lain lain tu masih tak tau siapa... dan dari mana.. ada satu salinan email memberi sedikit gambaran tentang lawatan ni tapi masih tiada gambaran jelas... tak pe lah nanti kita akan tahu juga tujuan dan matlamat lawatan ini... 

Episod macam mana tu ya... 
Anatara lain zino akan bercerita tentang kisah kisah berikut..

menjadi lebih Indah dengan kreativiti...
makanan sebagai produk pelancongan..
sepetang di taman Okid..
kerjaya anak seni...
Di dalam moden ada yg masih kekal sediakala.. 
Panda menjadi simbul persahabatan... 
Industri hiliran..
kreativiti menjadi duit...
karya seni keraf menjadi sumber pendapatan..
nun tinggi di awan..
adalah kah ini satu altenatif??
pasar borong yg sangat luas...
24 jam siap...

wah banyak nya tajuk !!! pegi nya baru lima hari.. insyaallah berikan zino sedikit sokongan anda bakal di hidangkan dengan pengalaman yg sedikit ini bila berada di tempat orang.. ada yg kata letak gambar banyak2... ada yg kata share lah pengalaman di tempat orang.. maka itu lah yg bakal berlaku.. setiap episod mesti ada cerita mesti ada gambar ... kita tutup mukadimah malam ni dengan gambar berikut... boleh tak??... gambar2 lain akan meyusul kemudian... 


jumpa lagi di episod berikut nya...




Saturday, May 19, 2012

melancong sambil bekerja..

Salam semua...

Tanpa di sangka sangka Zino akan terebang lagi.... tapi kali ni tak ada lah jauh macam sebelum ni tapi Alhamdulilah.. bila ada tawaran tu jangan di tolak ye tak.. kata OK je. hehe.. bermula dengan satu sms bos besar hantar ke satu agensi utk mendapat maklumat berkaitan lawatan dan cc kepada zino.. terkejut juga kenapa bos cc kat zino apa kaitan macam tersalah hantar je hehe.  so buat don no je lah... sekejap tu dapat lagi satu sms bertanya pernah tak ikut rombongan lawatan ke luar negara dengan agensi tu ? dengan segera zino jawab TIDAK PERNAH .. oops rasa macam ada harapan ni.. hehe..  tak lama lepas tu dapat lagi satu mesej.. minta zino bagi nama ikut IC , no IC dan No pasport... sah la tu hehe cuma zino masih tak tau lawatan apa kemana dan berapa lama... penting jawab OK dulu hehe 

lepas tu baru lah satu satu maklumat di perolehi lawatan nya ke mana.. dengan siapa.. atas tujuan apa dan bila.. melihat kepada jadual lawatan yg di sediakan macam padat je.. memula sampai tu dah mula lawatan.... sampai la ke petang.. malam baru nak chek in.. esok nya pun sama dari pagi sampai ke petang... malam je free.. badan pun dah ponek.. apo nak buek lagi... tapi tengok la nanti.. tentu boleh selit2 utk melihat keliling..

ada dua bandar yg akan di lawati dengan dua tujuan berbeza.. zino hanya terlibat dengan salah satu lawatan tu saja.. makna nya sebahagian lawatan tu utk zino hanya lah melancong.. sebahagian lagi lawatan kerja.. bos besar kata tak pe lah pegi lah kedua2 sekali.. team kena lah bergerak sama ke dua2 tempat..ketua rombonga orang yg sama..

kemana tu ??? tunggu episod berikut nya.. hehe

Tuesday, May 15, 2012

pelik tapi benar

Assalamualaikum semua... 

Zino ada satu kisah menarik utk di kongsi kan... perkara ni berlaku minggu lepas... tapi oleh kerana kisah mengemas tu masih hangat terpaksa lah di tangguh kan kisah pelik tapi benar ni dulu hehe.. suspen je kan ?? kisah ni bermula selepas mesyuarat projek di tapak.. projek tu di Bandar Tasik selatan... bila lepas msyuarat tu...

"Prof !! boleh hantar kami balik tak? nak merasa naik kereta baru ni la"

usik kawan zino...dengan seorang ahli professional dan juga seorang professor di sebuah universiti... kebetulan kereka mewah yg di pandu nya betul park depan pejabat tapak... besar mewah dan nampak gah... nak beli jauh panggang la kata orang tu dapat menumpang pun jadi lah... Prop ini juga bergelar Datuk.. kadang2 zino panggil prof kadang kala panggil Datuk.. dia juga seorang yg sangat peramah dan merendah diri.. 

"boleh jawab dia dengan senyum" 

Pendekkan cerita kami berdua pun menaikki kereta mewah yg tak termimpi utk zino beli balik ke KL, zino berpeluang duduk kat belakang macam tuan besar.. kawan zino duduk depan sebelah driver.. tuan punya kereta la... sambil tu kami sembang la.. oops lupa nak bagi tau prop ni pempuan dalam usia awal 50'an .. di samping menjadi pensyarah dia juga mempuyai sebuah firma perunding yg terlibat dengan projek yg sedang zino handle... kami melalui MRR2 hala ke UluKlang.. dalam hati zino tentu dia akan belok kiri di TESCO utk masuk ke Jln Ceras... bila dia terus je zino pun tanya, 

"Datuk nak ikut jalan mana ni?"

"Saya ikut jalan yg saya tau je " jawab nya sambil tergelak kecil....
"ada jalan lain ke nak ke KL ?" tanya nya lagi....

Soalan dia tu membuatkan kami serentak ketawa, pelik nya soalan tak kan Datuk tak tau Jln Ceras tu boleh ke KL.. sepanjang perjalanan tu penuh dengan gelak ketawa bila mengulas kata dia hanya tau satu jalan je nak ke pejabat kami hehe.. dalam hati saya fikir tentu dia nak masuk Jln Ampang kot kat Ampang Point tu.. tapi bila sampai situ dia jalan terus .. biar betul Datuk ni.. Jalan mana dia nak ikut ni...tapi tak pe lah dalam lama sikit dalam kereta ni hehe..

"baru saya tau ada jalan lain nak ke KL "

giliran saya pulak mengusik Datuk.. sekali lagi kami ketawa besar... dalam pada tu risik2 la dengan Datuk yg juga Proffesor tu.. bila dia beli kereta ni dan berapa harga nya... tanpa selindung dia seronok bercerita.. kereta tu dah berusia dua tahun di beli dengan harga RM300,000.00.. yg best tu dia kata dah lansai dah ni .. tertelan air liur di buat nya hehe.. sebenar nya dia beli cash je.. kata nya lagi gaji dari syarikat perunding dia tak ambil pun di kumpul kadang tu sampai setahun baru dia keluarkan dan beli barang... agaknya tu yg boleh beli kereta cash tu.. dia juga biaya sendiri anak anak belajar di Australia dengan perbelanjaan sendiri.. juga mengikut jejak langkah dia sebagai seorang professional di bidang yg sama.. 

Ada tak zino bagi tau Datuk yg zino sebut ni pempuan .. sambil memandu dia bercerita lagi sehingga kami dah sampai ke Taman Melati.. tau kan ikut je MRR2 tu sehingga simpang nak masuk ke Karak tu.. kat situ baru zino perasan.. rupa nya yg dia tau ke KL tu melalui jalan yg dia selalu ikut dari UIA... benar dia mengajar di UIA sana.. hehe.. dari sana lalu Batu Cave ikut Jalan Selayang utk ke KL semua... itu lah jalan yg dia tau nak ke KL. Pelik kan ?? tapi itu lah yg benar.. dia mengaku dia susah nak berjalan dalam KL ni yg dia tau dari rumah kerus ke UIA dan balik... masa nya banyak di habiskan di UIA.. kerana dia juga rajin membuat research.. sehingga mendapat pengiktirafan sebagai proffessor penuh.. 

Sempat juga sebelum tu dia singgah di secret recipe taman Melati belikan lunch utk kami.. bersungguh dia nak belanja kami.. memula tu kami tolak sebab petang ada meeting tak sempat nak sembang dan makan makan.. tapi dia masih mendesak nak belikan juga .. kalau tak makan pun dia nak bungkuskan .. akhir nya kami kata ok je lah kata orang tu rezeki jangan di tolak..

Sampai semula depan Office jam 2.20 ptg ngam ngam kawan zino nak pegi lagi satu meeting jam 2.30.. patutnya zino pu pergi sama tapi minta dia handle je perkara yg nak di bincang tak le berat sangat .. ini lah first time zino tengok seorang yg hanya tau satu jalan je nak masuk KL... rasanya dia ni perlu ada pemandu kot senang nak kemana mana.. sayang nya kereta mewah macam tu tapi tak pandai nak ronda2 di KL .. hehe.. nak tau dia guna kereta apa?......






pelik tak??








Sunday, May 13, 2012

sikit sikit lama lama penat...

Salam semua... apa kabar ? kemana anda menghabis kan hujung minggu.. beriadah bersama keluarga ?? bagus.. elok la tu waktu kerja sibuk dengan tugasan.. pegi nya awal pagi balik nya lewat petang... sangat sedikit masa yg dapat di peruntukkan utk kamili kan...

Tapi minggu ni zino ada tugas khas.. sebagaimana di rancang minggu lepas .. dapat juga zino balik bersama mem utk mengemas rumah... mem berkemas di atas zino urus di bawah.. kesian dan sedih  tengok nampak sangat terbiar nya.. kalau arwah mertua ada tentu dia dah bising kenapa di biarkan laman tu rumput panjang... so mission kami pun bermula..


sedih kan bila tengok rumput yg panjang tu... sebenar nya sebelum ni selalu kami upah orang menguruskan nya... bila panjang di mesin ... tapi entah di mana silap nya lama tak berjengok rumah ni.. so semua orang seolah olah melupakan nya... bila kami balik tu dia panjang nya rumput.. 


mesin sandang ni sebenar nya dah lama kami beli .. konon nya nak mengurus sendiri lah rumah ni. balik sebulan sekali mesin rumput dan sebagai nya... tapi kadang tu kekangan masa tak memboleh kan kami balik lama.. kalau balik sekejap apa yg boleh di buat tengok je lah.. upah orang pun nampak tak berkesudahan.. mesin tu kami letak di rumah ayah dan mak.. kalau dia orang nak pakai guna je tak pe ...


tengah syok syok menyabit.. oops bukan sabit memesin hehe... tetiba mesin makin selow dan akhirnya mati.. tengok2 ada benda alah ni membelit kat depan tu.. segumpal wire.. nasib baik ada bawa gagum kena lah potong wire tu dulu.. satu satu.. sehingga terlerai.. 



bila nak start balik .. tak mau hidup pulak.. ha sudah.. ayah pesan kalau tak mau hidup tu cuba tengok spark plug dia... zino pun mula lah nak jadi makenik tak berlesen.. buka la penutup spark plug tu.. sangkut pulak.. salah cara ke apa ke mana lah zino tau.. hehe tarik lagi kuat sikit.. tetiba terkeluar spring yg sepatutnya duduk diam2 dalam benda itam tu.. lepas tu penat otak memikir macam mana nak masukkan balik?? lubang kecik golongan spring tu besar.. penat otak memikir.. cuba juga tonyoh2 kan tak mau dia masuk pun.. akhir nya terpaksa juga ke pekan berhampiran.. nak cari foreman... nak tau apa foreman tu cakap..??

"ala itu senang saja lu talok sikit minyak a.. nanti lu tolak masuk mesti ok punya..."

alahai kenapa pulak tak terfikir nak buat macam tu tadi.. memang sah makenik tak berlesen hehe penat2 je zino usong mesin tu ke kedai.. foreman tu langsung tak nak tolong dia minta zino buat sendiri je.. agaknya kalau dia yg buat kan nak minta upah pun segan hehe.. bila balik zino letak minyak petrol.. foreman kata minya itam.. mana ada .. tak dengar kata la tu hehe tonyoh punya tonyoh sekali spring tu menganjal keluar apa lagi ngapp dia cocok jari yg jarang buat kerja buruh kasar ni.. melekat !! aduhh !! bila zino cabut je apa lagi serta merta darah merah mengalir keluar... cepat cepat panggil mem tisu tisu.... sementara mem turun sempat lagi tangkap gambar walaupun sedang menahan sakit... mem keluar dengan tisu dan masuk balik mencari minyak.. 


tapi kalau mengadu dengan orang tua.. dia tentu akan cakap.. alah sikit yo tu jauh dari perut nanti elok la tu hehe... memula tu terasa lah pedih... lepas taruk minyak gamat.. denyut nya semakin berkurang dan sekarang dah ok pun hehe.. bila dah hilang sakit cuba juga masukkan balik spring tu ke tempat sepatut nya.. kena tonyoh kuat2 .. letak minyak petrol lagi.. ahkirnya berjaya juga.. dan mesin pun berjaya di hidupkan semula.. tugas pun di teruskan...


akhirnya perancangan utk mesin rumput bahagian depan dan sisi berjaya di laksanakan.. tak sempat memerun pun.. bila mem suruh stop dah jam 6.00 petang.. kalau tak ada masaalah spring tercabut tu boleh siap awal lagi kot... tapi semua tu ada hikmah nya kan.. sabar je lah.. kalau ikut perkiraan dua kali lagi mesin siap la semua nya.. kawasan kat belakang tu lagi besar.. rumput pulak jenis yg tinggi tu kobau pun tak larat nak makan.. masaalah nya dua kali lagi tu bila?? minggu depan?? bulan depan ?? mudah2an dapat juga kami siapkan nya nanti insyaallah.. 

itu lah kisah hujung minggu kami... hehe


Thursday, May 10, 2012

bila di tinggal lama..

Salam utk semua...

saya kena lah mengaku dah agak lama tak balik kampong mem ni... sebenar nya setiap bulan pun balik.. tapi terus ke rumah mak zino je dan jarang dapat meninjau rumah yg dah lama kosong ni... bukan la di tinggal terus.. sebenar nya sebelum ni kami ada upah orang utk membersih dan menjaga kawasan laman rumah ni supaya sentiasa kemas.. rumput di sabit dan sampah sarap di bakar.. 

Agaknya bila tinggal tanpa penghuni.. rumput terlalu cepat panjang.. dah racun beberapa kali masih cepat tumbuh balik dan cepat panjang.. orang yg di upah pun ada masa nya datang ada kala nya tinggal lama tak di jengok2... banyak duit di belanja tapi wal hasil balik asal... so apa nak buat..?

rasanya kami perlu selalu balik dan urus rumah ni... kalau habuk kat atas tu tak boleh nak cerita lah.. naik tersumbat hidung di buat nya.. sekejap je berkemas peluh keluar mencurah2.. macam berjogging sepuloh round di Titiwangsa tu.. kami dah buat keputusan utk balik kampong mengemas setiap kali ada kesempatan.. sekurang2 nya sebulan sekali.. cuma saya cakap dengan mem kalau nak mengemas ke nak mesin rumput ke kena lah balik awal.. sesudah subuh tu terus balik.. tak ada lah panas sangat nak bekerja kat bawah tu.. mesin rumput tangan tu memang dah beli.. dah mahir guna pun... cuma kesempatan tu yg terhad... 

Semoga plan ni menjadi lah .... cuma  kekadang tu masa tidak membolehkan kami balik selalu.. ada sesiapa nak merasa kerja kampong jom la joint sekali.. sambil beriadah kita mengemas.. hehe..

terima kasih kepada El hunaif dan pempuan sombong kerana sudi jadi follower..

 sedih tengok keadaan laman rumah ni..

 pokok bunga yg dah bertahun hidup boleh mati..

sepatutnya keadaan macam ni..

Saturday, May 5, 2012

selamat berjaya kakak

Salam utk semua..

Mulai isnin ini kakak dan rakan rakan seperjuangan akan mengambil peperiksaan akhir.. dah hampir dua tahun kakak di INTEC demi mengejar cita cita nya... 

Abah ..mak dan abang abang dan adik mendoakan kakak dan rakan rakan akan berjaya dalam peperiksaan itu nanti.. tenang semasa menjawab soal2an tu nanti.. dapat menjawab dengan baik.. dan akhirnya mendapat kejayaan yg di impikan...jangan lupa selalu berdoa kepada Nya mengaharapkan bantuan Nya supaya kakak dan rakan rakan yg lain sentiasa tabah sabar dan tenang semasa menjawab kertas kertas peperiksaan itu nanti.. 

  semoga kakak berjaya.. Insyaallah.. 


adik nak kurus kan badan..

salam utk semua...

Dah beberapa hari tak sempat nak update blog... dengan kesempatan yg ada ni zino nak tulis sikit kisah si adik ni.... dua hari lepas punya kes.. meleret sampai ke hari ni...... tak habis lagi... dan akan bersambung esok.. hehe masa kami ambik dia dari tusyen hari tu la ni, tetiba...

"abah, adik nak kuruska badan , nanti hari sabtu adik nak ikut abah jogging..nanti kejut adik tau!!" bersemangat je adik cakap... 

"betul ke tu ?" macam tak caya pulak adik ni....

"betul!! nanti kita pegi gym boleh abah? adik ingat nak angkat berat la " adik terus memberi keyakinan dengan kami dia betul2 nak mengurangkan berat badan... kalau sebelum ni penat kami nasihat.. ada je alasan nya.. bila ajak jogging je... malas la,  ngantuk la, nak tidu la... 

"kalau nak kurus jangan minum air manis2 jangan minum air tin" mem pesan kat adik... 

pesanan yg dah beratus kali kami suruh dia buat kurangkan minum air dalam tin tu air bergas dan air yg manis2... nak minta dia kurangkan makan tak sampai hati.. tapi makan pun kena kawal kalau nak kurus...sejak hari tu hari2 sebut nak kurus nak jogging dan sebagai nya.. kita tengok la esok nak ke dia bangun.. tapi semangat berkobar2 tu.. 

Sebelum ni adik ni kurus je.. kalau siapa yg kenal dan pernah jumpa dia sebelum ni tentu terperanjat tengok perubahan yg berlaku.. seluar baju yg kami beli sekejap dah ketat.. baru2 ni terpaksa beli di tempat orang dewasa.. tak ada dah saiz kanak2 yg dia boleh pakai.. kita wait and see..





gambar gambar kat atas ni sebelum adik mengembang hehe






kat bawah ni gambar kanak2 sihat..

Tuesday, May 1, 2012

kalau nak buat selalu pun ok..

Salam utk semua.....

Sebelum mula bercerita zino nak mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat menyambut hari pekerja kepada semua... sama ada anda di sektor awam maupun di sektor swasta.. sama ada makan gaji atau pun bekerja sendiri... selagi kita pekerja kita layak meraikan hari pekerja esok...

Tapi tadi dapat panggilan dari tapak bina..boleh ke mereka bekerja esok..?? saya kata kalau kerja dalaman tu buat la.. jangan jalan kan kerja yg mengangu hari cuti orang lain yg mahu berehat.. tambahan pulak esok sepatutnya hari utk pekerja.. kalau kena kerja makna nya di bayar berganda la kan..

Petang tadi zino hadir satu mensyarat ni.. biasa nya mesyuarat di buat didalam bilik mesyuarat berhawa dingin.. tapi kali ni tuan rumah berubah tema.. mesyuarat di jalabjan di kawasan terbuka di dalam taman... suasana menjadi lebih santai walaupun perbincangan serious.. sebelum selesai mesyuarat pengerusi umumkan lepas ni ada sesi lawatan dan menikmati buah2an exotik... dan air kelapa awet muda kata nya hehe

Selepas mesyuarat kami di bawa menggunakan trem utk kesatu diatinasi di dalam kawasan taman tu.. ooops lupa nak bagi tau nsebenar nya kami bermesyuarat di Taman Botani Putrajaya.. diatas meja terhidang pelbagai jenis buah2an yg sebelum ni tak pernah zino makan.. nama dia pun dah lupa.. ada lah di sebut satu satu tadi... ada buah2an yg manis.. ada yg masam.. yg kelat  dan sebagai nya .. semua jenis yg di tunjuk zino rasa... selain dari buah rambutan manggis mangga dan sebagai nya... lepas tu nikmati air kelapa yg enak.. dan tak tinggal juga ada satay hehe

Memang satu kelainan .. selain dari mesyuarat mereka nak kenalkan Taman Botani tu kat kami.. memang pun selalu ke Putrajaya ini lah kali pertama zino masuk ke Taman Botani ni.. sesuai utk beriadah.. kalau ada yg nak buat majlis kenduri kawin pun rasa nya tempat ni amat sesuai... lain kali boleh lah bawa anak anak berjalan2 kesini... atau datang utk jogging pun best..


 kelapa muda sedia menanti..

satay pun ada.. 

selamat bercuti.... tapi kalau belum ke pesta buku di PWTC elok la kesana....