Friday, June 15, 2012

tempat letak kereta otomatik.....

Assalamualaikum....

apa kabar semua.... dah dinner ke? zino baru lepas makan doreyan.. hongeh lagi ni hehe.. oops salah cerita pulak... kali ni zino nak cerita satu lagi tempat yg kami lawat hari tu.. tempat letak kereta otomatik... kenapa pulak di kata otomatik?? apa yg otomatik sangat tu..?? 

jom kita tengok...




ini merupakan sebuah tempat letak kereta auto yg pertama di Tlailand.. terletak di sebuah universiti...panjang pulak nama universiti tu nak di sebut... klik la gambar tu kalau nak tengok nama U tu... yg best nya jumpa student indon kat sana.. sempat juga lah sembang dengan budak2 tu... 




saya cerita secara ringkas je lah ya.. bila kita nak parking kat tempat tu kita hanya pelu letak kereta atas benda kuning tu.. tak kisah la letak macam mana pun.. drive masuk park atas tu kluar kereta kuci elok2 dan ambil tiket parking senget ke apa ke biar je biasa la.. ada orang tu tak geti nak park lurus hehe...





kita tenok apa jadi dengan kereta lebih kurang kita park masuk nak service kereta tu la... tapi kalau servis kat woksop bawah pokok tak ada lah benda alah ni.. hehe




nanti ada lah pencolek angik yg bergerak kat bawah tu lurus kan kereta tu dan pastikan dia terletak betul2 di tengah2 pintu masuk tu... kalau senget dia tak boleh tarik masuk nanti .. tapi semua tu berlaku secara otomatik selepas kita beredar dari kawasan tu.. kok tak tengok sampai kereta tu ilang dari pandangan pu tak pe tuggu yo lah.. hehe





bila tayar depan dan tayar belakang dah lurus.. baru pintu tempat letak kereta tu terbuka ada lah robotcop datang nati bawa kereta tu masuk .. tipu je robokop tu hehe tapi ada lah sistem robot yg mengambil kereta tu nanti hehe




ok nampak tak.. ado bondo yg terpacul kat bawah tu.. itu la robocop yg saya cakap tadi gambar ni tak nampak la dia bergerak.. kalau video ko nampak lah bondo alah tu bergerak muncul dari dalam bangunan tu... 




pandai pulak robot tu sauk kereta tu.. pasal tu dia pastikan dulu kereta tu betul2 di tongah2.. baru senang nak sauk.. kalau senget agak nya susah la robot tu nak angkat.. tekelicik la nanti kot.. agak je lah hehe 






kereta tu pun di angkut pelahan2 ke dalam bangunan tu.. maso tu jangan fikir kek mano kereta tu di letak.. pandai2 robot tu la nak letak kek mano.. bangunan tu 12 tingkat utk parking.. ada lebih 800 petak apo nak peduli kek mano dia nak lotak kan? lagi pun kita tak boleh masuk nak jongok2 kereta kek dalam tu.. jangan buek pasal yo hehe



pelahan yo robot tu buek kojo.. saba betul.. ye lah kena lah berhati2 yo tak kono merc.. lagi la perlu berhati2.. calar kereta orang kang sapo nak tanggong.. 




nampak kan kereta tu dah botol2 masuk kek dalam tu.. tugas robot tu seterusnya bawak kereta tu naik ateh ko pusing kek sebelah ko semua tu di program secara otomatik.. tak ado sapo suroh pun.. orang yg jago parking tu pun tak tau dio pun tengok ke screen monitor je.. 




dah masuk dalam tu baru pintu tu di tutup.. kalau ado kereto lain nak masuk dah boleh la letak kek atas tu ado 6 laluan masuk nak parking ni.. so tak ado lah berebut tempek yg satu tu je.. nanti bila nak ambik kereta jangan tunggu ke sini pulak tak kluar kereta tu doh.. nak ambik kek belakang nun.. ado pulak laluan keluar.. kek sini masuk yo .. ingat tu... 
  




ini lah CEO tompek parking ni.. bukan2 CEO syarikat yg buek tompek parking ni.. yg baju petak2 tu yg baju biru tu pegawai teknikal yg jaga parling tu.. namo e panjang amek den pun dah lupo.. tapi ado la dio sebut nama glamor utk senang nak panggil hehe




ado la di sebut berapa petak masik kosong dan ti tingat mana bila kita nak letak situ kita tau la ada geng lain ko dah letak kereta kak sinun.. hehe




gambar ni bukan apo nak buktikan den betol2 dah sampai suti bukan cerito ni google dari internet yo hehe.. perlu tu nanti bos tanyo betul ko dah sampai sana.. hehe




itu lag gupo tempek parking tu tingkat dia pun rendah yo muek2 kereto saloon.. kalau nak park lori tak muek la.. sebab dio buek rendah2 yo.. tengok gambar den tadi tu tau la tinggi mano kan... 

Wednesday, June 13, 2012

payung

Assalamualaikum.....

Selamat malam semua.... apa lagi nak di cerita ni ya.... i mean kisah di negara jiran tu la... ok la rasa nya kisah ni perlu juga lah di cerita kan.. walaupun dah cerita sikit2 dalam.. FB... tapi perlu di ulang kaji di blog pulak.... dan rasa nya lebih mudah faham kalau di tulis dengan di selitkan gambar sekali.... macam nak bagi tip soalan priksa pulak hehe.. kali ni kisah industri traditional... kisah payung....



nak tanya dulu, siapa pernah jumpa payung kertas di zaman dia dulu? oops zaman sekarang ni dah tak ada la agaknya payung ni ujud sekitar tahun 70'an dulu kot.. lepas tu dah tak nampak dah... kertas utk buat payung di proses sendiri dari bahan sejenis pokok.. makcik yg baju merah tu nak tunjuk macam mana kertas tu di buat..


kebanyakkan pekerja industri ni semuanya makcik makcik dan pakcik yg dah berusia... sesuah dengan bahan yg di usahakan kot... hanya ujud di zaman mereka muda2 dulu... tapi mungkin sekarang tak lagi di gunakan oleh anak2 dara berpayung ke pasaraya ke ke sekolah ke.. tapi lebih kepada bahan perhiasan dan sebagai nya... 


frame utk payung tu di perbuat menggunakan kayu .. remeh juga kerja nya generasi tua macam ni je yg masih sabar mengerjakan nya kot.... masing masing di beri tugas tertentu.. boleh kira dah jadi specialist la tu... 


utk menyiapkan sebuah payung melalui beberapa proses... tugas makcik ni menampak kertas yg di buat sendiri tu ke atas frame payung yg telah di sediakan... gambar ni tak di susun ikut proses sebenar masukkan yg mana dan je .. kira boleh paham juga la kan hehe.. ada payung besar dan ada payung kecil.. ikut permintaan la kot .


ini rangka payung yg telah siap..... di jemur supaya gam yg di gunakan tu lekat sebelum di pasangkan dengan kertas payung nya...


pakcik ni pakar membuat atau memasang frame payung tu tekun dan sabar je tengok dia buat kerja... entah berapa tahun lah agaknya dia buat kerja tu....


bagi close up sikit...


lagi satu angle.... kenapa pakcik ni jadi fokus? rasanya dia lah pekerja tertua yg zino nampak .. yg yg lama sikit perati dia buat kerja... dan tak nampak orang lain yg buat benda yg sama dengan dia... tak latih bakal pelapis ke? 


ni lah hasil nya.... nak tanya sikit sanggup ke guna payung ni utk ke mana mana bila hujan atau panas... 100 % waterproof tu.... zaman zino kecik2 dulu ni lah payung yg du gunakan... kemana saja kita nampak orang guna jenis yg ni.. agak berat sikit.. boleh jadi senjata bila sesak hehe..


di kalangan pekerja tu ada yg mempunyai bakat dalam seni lukis.. dia orang ni lah yg melukis corak atas payung tu.. utk pelawat dia boleh di mana saja yg anda suka sengan sedikit bayaran... pujuk2 baru lah cik kak kita sorang tu benarkan beg tanyan nya di lukis dengan corak bunga...


kawan zino ni pulak lukis terus di seluar jean dia.... hehe


karya yg hampir siap...


cantik tak beg makcik? hehe


final touch..


ok dah tengok proses dia kan.. tak tau kegigihan pekerja dia kan... sekarang masa utk membeli.. berapa batang payung nak ni?? oder la jangan tak oder ya... bantu la lah industri traditional ni... hehe dia boleh post terus ke rumah anda... malah ke seluruh dunia... ada di pamir caj2 pos yg di kenakan utk pos ke luar negara.. 


Sunday, June 10, 2012

membeli belah....

Assalamualaikum.....

selamat malam sidang pembaca sekelian... ci wah perasan macam ramai je yg baca hehe.. tak apa kan nak berangan.. ? hehe ok lah.. kali ni zino nak berita topik yg baru.. masih berkisar kisah di tempat orang... tapi bak kata pepatah hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri elok lagi negeri sendiri.. ye ke? kalau nak banding emas dengan batu umpama langit dengan bumi.. tapi kenapa kita kata baik lagi negeri sendiri?? fikir fikirkan la... 

Sebagaimana yg pernah zino cerita kan.... rakyat Thailand sangat kretif demi survival mereka... bukan lah kata orang Malaysia tak kreatif.. tapi mari kita lihat apa yg mereka lakukan utk menarik pelancong datang ke tempat mereka... datang utk melawat dan datang untuk berbelanja... sebelum ni zino dah sebut... makanan pun menjadi daya tarikan kepada sesiapa yg datang ke sana... hasil kerja seni juga boleh menghasilkan pendapatan lumayan kepada penduduk sana.. kali ni zino nak bercerita produk yg lebih umum... pakaian.. siapa yg tak kenal orang Thailand sangat pandai meniru pelbagai jenama pakaian yg terkenal dan di jual dengan harga yg murah... sehingga orang tak akan tau sama ada produk yg di beli tu original atau pun tiruan.. dan kepada setengah orang apa dia kisah... asal dia dapat guna jenama yg mewah yg tak dapat di beli di tempat lain...

Kepada industri di Thailand kemungkinan itu bukan satu kesalahan ... sesiapa saja bebas berniaga dan menjual sebarang jenama... kepada pemilik jenama tak tau la kalau itu salah datang la serbu dan rampas.. tapi nampak nya industri tetap berkembang dan di sukai ramai... cuma terpulang kepada penerimaan pembeli.. yg penting ia nya berkualiti dan murah... harga yg di tawarkan ada kala nya tak masuk akal.. murah sangat .. macam mana mereka lakukan.. berapa kos sebenar satu produk.. berapa kos upah dan sebagai nya.. perkara ini la yg patut kita pelajari dan di bawa ke dalam industri kita... menawarkan harga barangan dengan satu nilai yg membuatkan orang akan datang lagi mencari... tetapi berkualiti... kat tempat kita kalau nak yg berkualiti mesti mahal.. yg berjenama mesti cekik darah.. tapi kadang tu kualiti masih boleh di pertikaikan... kadang2 tu letak harga yg tak masuk akal mahal nya.. konon jenama terkenal.. 

so masih kah kita berpegang kepada pepatah di atas tadi ? hehe.. kalau tak nanti ada pulak yg kata dah berpaling tadah kan hehe.. ok lah cerita banyak tak guna jom kita jalan2 di gerai2 jualan di sana dan pilih lah sendiri ya hehe



lukisan minyak yg di pamir utk jualan..


dalam proses menghabiskan baht hehe


pelbagai barangan ada.. pilih je


dekat la kalau nak hehe


design yg sangat menarik..


mengahasikan karya seni 


bahan buangan yg di tambah nilai..


pelbagai desihn memperkenalkan produk tempatan..


sayang nak pakai baju tu... 


sama macam kat Malaysia.. tapi harga tak boleh lawan..


kipas.. bila panas hehe
sekian.....terima kasih sudi membaca... baca ke? hehe

Thursday, June 7, 2012

makanan sebagai produk pelancong..

Assalamualaikum....

Apa kabar semua.. dah dinner kr? itu kalau baca blog zino ni waktu malam.. kalau baca masa lunch soalan ni kena lah pinda sendiri dan jawab sendiri.. hehe.. kisah kali ni ada kaitan dengan makanan.. saya perhatikan rakyat Thai ni penuh dengan kreativiti... dengan penduduk yg ramai.. kata nya 65 juta... mereka perlu kretif utk mencari rezeki.. kerajaan mungkin tidak mampu utk menyediakan pekerjaan kepada setiap penduduk nya.. maka kerajaan menyediakan enviroment yg kondusif utk kreativiti supaya ia boleh di jadikan satu produk pelancong yg boleh di pasarkan.. dan di sukai..

malah produk yg berasal dari Thailand ini juga telah tersebar ke seluruh dunia dan di minati ramai... nak tanya anda suka Tomyam?? suka ?? betul suka .. zino pun suka hehe.. tau ke apa makna tom yam tu... ?? tom tu makna nya proses merebus... (boiling proses) manakala Yam tu bahan masakan yg rasa masam2... bila di gabungkan jadi lah sejenis masakan yg panas dan rasa masam.. betul ke? hehe tapi yg penting tomyam sangat sedap hehe..

Tomyam yang berasal dari Thai dan laos telah menjadi sejenis masakan yg di gemari di Malaysia singapore dan Indonesia... ada ke masakan Malaysia yg menembusi pasaran seumpama itu dan menjadi kegemaran rakyat di tempat lain..?? bila zino berkesempatan melawat Chiang Mai dan Bangkok baru2 ni .. menu makanan yg di hidangkan setiap kali mesti ada Tomyam..tomyam ni pulak rupanya ada beberapa jenis mengikut kaedah persediaan .. cerita pasal tomyam ni buat meleleh air liur je hehe.. 

kalau kat tempat kita asam pedas sininem dengan melaka.. kalau ke melaka jangan lupa asam pedas... tapi tak ada pulak dengar cerita kalau ke Seremban jangan lupa ikan salai masak lemak... atau gulai lemak cili api... ada le jual i mana mana tapi makanan tu tidak menjadi ikon yg orang ramai mesti pilih.. macam Tomyam di Thailand.. di pepularkan sebagai satu produk pelancong... pendek kata orang yg datang ke Thailand kalau tak cuba Tomyam macam tak  pegi Thailand la hehe..



















sekian utk kali ni.... lepas ni kita jumpa dengan kisah yg lain pulak ya.. bye....

Monday, June 4, 2012

traveloq alor star part 2..

Assalamualaikum semua....

nak sambung siri ke dua ni perjalanan ke Alor Star hari tu.. dah ready nak baca ke? mmm semalam zino stop kat mana ya... dan yg ni merupakan siri dua dan akhir ... lepas tu boleh sambung kisah di siam hari tu... 

esok nya minta adik bangun awal... ajak dia sarapan sama kat hotel tu.. selalu nya memang adik kena tinggal la.. dia kan nya minat sangat nak sarapan kat hotel tu.. banyak sangat pantang nya... kalau kemana mana dia akan sarapan kat kedai mana2 kat luar sana tu.. bila turun macam biasa la dia makan sikit dah tak nak lagi dah.. buat rugi je bayar hehe..lepas sarapan kami terus check out... nak juga tunaikan hajat mem.. hehe

masuk kereta je terus set GPS "padang besar" .. itu lah firstime zino ke sana.. so ikut je lah arahan GPS dari program WAZE tu.. dia kata terus zino jalan terus dia kata belok kiri zino ikut je .. tapi heran juga.. sepanjang jalan tu (peringkat awal) tak nampak langsung signage ke Padang Besar... sampai mem naik risau betul ke?? salah jalan ke maklum la kalau sosek nanti dia yg paling tak puas hati hehe.. zino ikut hiway ke Bukit kayu hitam tu.. asik beri tau BKH berapa kilometer lagi tapi signage PB langsung tak nampak.. macam tak nak pormosi je... sedang kan tempat tu dah jadi satu ikon.. 

sampai simpang Changlun baru nampak satu papan tanda sebut Padang besar... memang sah sah perjalanan ke Padang Besar memaui kawasan lapang yg sangat luas.. tak ada rumah tak ada pokok yg kelihatan padang seluas2nya.. kata nya kat situ la ladang tebu terbesar di Malaysia.. luas juga Perlis ni rupa nya... zino tugas kan adik ambik gambar gunung ganang di kawasan tu.. Oleh kerana firstime masuk sana zino mengekor je lah kereta yg kat depan tu.. mesti tak ada tempat lain tu.. hehe

Bila dah sampai berpusing2 mencari tempat parking....mengekor punya pasal la ni... last last masuk ke kawasan parking yg dia tulis utk peniaga saja... situ je nampak kosong.. lepas zino parking tu sekejap je tempat tu pun penuh sengan kereta.. mem terus serbu satu kedai ni... oooo patut la dia beriya ya nak zino ke PB ni.. rupa nya dah set nak beli apa.. dia tak cakap pun hehe tetiba je dia pi borong periuk kat situ.. hehe murah ke mahal tak tau la dia yg pegi berunding zino duduk jauh2 je hehe.. habis je dia beli dah jom balik hehe amboi dah dapat apa yg dia nak terus ajak balik... 

zino pun mencari2 juga la mana tau ada yg pekenan.. macam kat Pekan Rabu banyak jual baju melayu.. kalau setakat baju melayu kat wisma yakin tu banyak.. kalau  nak beli mesti la satu yg special kat sini... cari punya cari jumpa la pakaian dari Patani ni... at least lain sikit dari yg biasa kita jumpa.. test juga la mana tau terpekenan... mmm akhir nya zino beli le selai dua.. adik pun minat...nak cari T shirt tak jumpa pulak yg minat.. tanya masing2 nak makan tak?? adik kata kenyang.. mem pu kata kenyang..kalau macam tu terus balik la.. nanti stop la kat mana2 R nR

masa tu dah jam 12.00 t hari.. panas... mula la mata mengantuk... tu yg tak berapa suka travel masa panas2 ni.. cepat mengantuk... puas menahan utk stop di RnR Gurun... pit stop yg pertama... tempat tu kecik je orang ramai la pulak.. ingat nak oder kopi O ke lepas solat terus beli air yg instant je nak beratur tak larat la...


kalau tak kerana majlis anak sedara mem ni 
tak sampai lagi ke Alor star ni hehe


sampai je mem terus serbu kedai ni...
ooo patut la dia nak pegi sangat..
ada yg nak di cari rupa nya..


apa lagi yg boleh sumbat ..ni hehe


bila dah dapat apa yg di hajat..
dah jom balik hehe


patut la di kata padang Besar...

yg ni bendang di Yan...



Saturday, June 2, 2012

salam dari Alor Star

Assalamualaikum....

salam sejahtera utk semua.... cerita pasal Thailand kena di tangguh kan dulu.. nak bagi laluan lapuran dari Alor Star... hari ni dah dua malam di sini baru perasan hotel ni menyediakan internet percuma tapi kena lah guna komputer yg di sediakan... bila zino cuba lock on dari bilik guna laptop macam berlaku kelembapan melampau...

Ramai yg bertanya di Facebook kenapa ke Alor Star ? sebenar nya kami ke sini kerana ada rombongan cik kiah... dah beritau pun di facebook tapi masih ada yg tak berapa paham.. hehe sebenar nya anak sedara mem kawin dengan orang Kedah ni... so kena lah meraikan kebetulan cuti kan.. Dalam perjalanan datang ke Alor star ni kami tak ikut konvoi dengan pengantin.. beritau bapa pengantin jumpa terus nanti di Alor Star... mereka stay di rumah besan... (abang pengantin pun kawin dengan orang Kedah) kami decide nak stay di hotel.. dua hari sebelum pergi dah book .. itu pun dengan bantuan  geng Facebook bagi kan no talipon beberapa hotel.. kebanyakkan hotel penuh last last dapat Regency ni... mana tak penuh nya rupa nya ada perhimpunan belia anjuran parti politik.. seluruh Alor Star bertukar hijau...

Perjalanan kami ke Alor Star berjalan lancar ada sekali dua jem sekejap dua kali berhenti bila terasa penat dan mengantuk... konvoi pengantin keluar lewat .. biasa lah bila dah beramai2... kami jam 2.00 petang dah sampai mereka nak tau jam berapa ? 10.00 malam baru sampai Alor star... travel selama 11 jam.. terperangkap beberapa kali dalam jem yg teruk.. terutama bila sampai Penang (seberang prai) bertembung dengan orang keluar pejabat... kereta mencurah datang dari jambatan... walaubagaimana pun semua selamat sampai... 

Petang nya zino sempat ke Pekan Rabu dengan adik.. mem nak tidu kata nya biasa la bila dah travel jauh.. dia pulak yg terlebih letih hehe zino yg drive ok je lagi.. lagi pun hujan lebat.. bila dah reda sikit baru keluar dengan adik sambil berpayung... distinasi pertama nak cari kedai kasut/ sandal ke sebab adik dah lama sebut minta tukar selipar yg dah bocor hehe.. jauh nya adik beli sandal.. akhir nya berjumpa juga.. minta la dia beli kasut... tapi tak jumpa yg pekenan.. yg berkenan saiz pulak tak ada .. sandal juga la akhir nya..

Esok nya jam 8.00 (pagi tadi la tu) anak sedara call beritau kami akad nikah 10.00 , terkejut den adik tak mandi lagi.. hehe kami dah turun sarapan nasib baik turun awal... kejutkan adik jenuh tak mau bangun... janji jumpa di RnR Gurun jam 9.30 .. anak sedara tu kata pak imam minta datang jam 9.00 tapi ayah minta tangguh jam 10.00 rupa nya dari Alor Star ke Yan iku Hiway lama juga... sebab menunggu konvoi la kot kami memang dah sampai dulu ke RnR Gurun. akhir nya akad nikah di sempurnakan jam 11.00 pagi.. Alhamdulilah semua berjalan lancar , Pak Imam sebenar nya ada banyak jemputan nak pergi itu dia minta di awalkan .. katanya dia ada 4 majlis kena hadir... bila dah selesai jam 11.00 apa lagi terus ke rumah pengantin...akad nikah tu di Masjid..

Majlis kenduri ni saya tengok cukup sederhana... jemputan pun masih tak ramai lagi.. kami ni sampai macam orang pangkal hehe... jam 12.00 dah selesai makan.. bila dah makan apa lagi mula lah merancang macam macam.. maklum la sesekali ke tempat orang... bapa dan mak pengantin nak balik kerus ke kampong.. kami stay lagi semalam.. anak sedara mem tu pulak ajak ke rumah mertua dia tak jauh dari alor Star .. tak tanya pulak apa kampong dia tu tapi rumah tu kat tengah sawah la... seronok tengok sawah bendang yg terbentang luas.. saujana mata memandang... leka kat rumah tu sehingga plan semua nya terbantut... mata pulak dah kuyu sempat lelap sekejap.. jam 3.30 baru nak balik ke hotel.. lepas solat masing masing lolap hehe.. dah petang tu baru la kluar ke Pekan Rabu.. mem tak pergi lagi ke situ..adik tinggal kat bilik tak nak ikut.. 

bila balik tu beli lah nasi goreng dan ayam masak merah dengan nasi putih.. konon nya satu utk adik satu lagi kami nak share... sekali adik try sikit nasi goreng tu... terus dua suka last last dua dua dia kebas hehe.. akhir nya kena lah kami turun makan kat hotel tu.. nak kluar dah malam2 ni rasa macam tak ada kedai yg buka.. kedia kat AS ni bukan macvam kat KL buka 24 jam .. kat sini jam 7.00 kebanyakkan kedai dah tutup.. kalau cari ada la kot malas la pulak nak pegi mencari nya.. 

ok la esok masih ada.. mem kata nak juga ke Padang besar... nampak gaya kena juga sampai kan hajat dia hehe.. jumpa lagi nanti dengan lapuran seterus nya... selamat malam.. (kalau baca ni malam la)