Assalamualaikum....
Sebelum zino bercerita lebih lanjut zino nak buat promosi sikit... kerana sangat berpuas hati dengan khidmat Supir yang membantu kami sepanjang masa di Bandung.. saya telah janji dengan dia akan bantu promosikan khidmat dia di sini... jadi kepada kenkawan yg bercadang nak kesana sangat2 di rekomenkan...
Sebelum kami ke sana , seorang kawan mencadangkan supaya zino menggunakan khidmat Supir utk memudahkan pergerakkan, jemput dari Airport ke Hotel, bawa kami jalan jalan ke distinasi yg ingin kami pergi, cadangkan kami tempat makan yg sedap dan enak2.. memberi khidmat nasihat supaya kami sentiasa selesa di sana.. bercerita tentang adat budaya orang Bandung dan sentiasa bersama kami sepanjang masa dan sedia menghulurkan bantuan... sampai sopping pun ada yg tolong bawakan beg sopping tu.. kos upah Pak Sagi telah di runding masa kami di Malaysia lagi... supaya mudah di asingkan
1.0 sesampai di Airport Pak Sagipan telah menunggu kami, dari jauh saya dah boleh kenal yg mana satu Pak Sagi.. malah saya yg menjerit dulu panggil nama Pak Sagi.. hehe Pak Sagi ada letak gambar dia di wall facebook zino hehe..
2.0 Pak Sagi membawa kami ke lapangan kereta dan menalipon sesaorang, sekejap datang sebuah MPV , Pak Sagi mengenalkan saya dengan Pak Uss yg akan bersama kami sepanjang tempuh kami di Bandung..
3.0 Pak Uss seorang yg sangat sopan bila berkata kata dengan gaya bahasa yg sedap di dengan... mudah di ajak berbual dan akan menjawab apa saja soalan yg di ajukan kepada nya..
4.0 Perkhidmatan yg di sediakan sangat memuaskan sehingga masa kami sopping di Pasar Baru pun ada yg membantu membawa beg sopping, mencadangkan kedai2 yg kami nak beli satu2 barangan tu..
5.0 Upah yang di kenakan berpadanan dengan khidmat yg di berikan.. tambahan lagi kepada kami yg pertama kali menjejak kaki ke sana.. kita rasa selamat dan terkawal sepanjang masa.
6.0 Walaupun bukan Pak Sagi yg membawa kami masa di Bandung tapi kami berjumpa dua kali dengan Pak Sagi di Restoren , sekali masa dinner dan sekali lagi masa lunch sebelum balik.. masa tu Pak Sagi membawa keluarga lain dari Malaysia..
7.0 Pak Sagi berkali kali berpesan kalau ada kawan kawan yg nak datang ke Bandung atau Jakarta boleh la contact Pak Sagi... dan ini merupakan entri Khas utk pak Sagi yg pada zino telah memberi khidmat yg memuaskan kepada kami semasa di sana..
Terima kasih Pak Sagi..
Pak Sagi yg berdiri antara zino
dengan alang
ini Pak Uss , dia bersama kami selama kami di sana
bila makan zino ajak dia duduk sama makan..
yg ni pulak nama nya Adoi, dia yg tolong tunjukkan kami kedai kedai yg sesuai bila kami nak cari satu2 barangan .. jimat masa dari tercari2 sendiri.. dalam pasar baru tu banyak betul kedai.
kepada sesiapa yg bercadang nak ke Bandung dan memerlukan khidmat Supir beritau zino ya nanti zino bagi no talipon Pak Sagi ..


















