Friday, December 20, 2013

Kenangan di Vietnam episod 4

Assalamualaikum....

Sebelum kita membeli belah di Vietnam.. jom kita lihat bagaimana kisah kehidupan orang Vietnam yg sempat saya rakam.. biar gambar gambar ini menceritakan serba sedikit kisah kehidupan di sana.. supaya anda boleh membuat penilaian dan perbandingan dengan kita di Malaysia ni..



Kenderaan utama rakyat Vietnam ialah motosikal.. kita boleh lihat berpuloh ribu moto di atas jalan Di Bandar Ho Chi Min.. di mana mana jalan di mana mana lorong yg dominan di atas jalan ialah motor.. walaupun kadang kala kelihatan bersimpang sior tapi semua berjalan lancar dan tidah ada kemalangan .. mereka saling bertolak ansur bila di atas jalan tidak merempit macam penunggang motor Malaysia


lelaki perempuan menunggang motor.. kebanyakkan motor yg kelihatan hanya lah motor ber CC rendah tak ada pulak nampak motor besar atau superbike.. mungkin ini saja yg mampu di beli orang kebanyakkan rakyat Vietnam.. kata pemandu pelancong kami tu.. harga kereta adalah terlalu mahal utk di beli orang rakyat biasa.. bandingkan ini dengan rakyat Malaysia sangat jauh berbeza sehingga jalan raya kita sesak oleh kerana banyak nya kereta di jalan raya.. 


pemandangan bagini ada lah normal kalau di lihat di jalan raya Vietnam.. tak tau la sama ada naik bertiga ini satu kesalahan atau pun tidak.. tapi pemandangan ini biasa kelihatan.. sekali sekala ada juga kita lihat orang Malaysia melakukan bagini.. 


menjaja di jalanan adalah 
pemandangan biasa di sini..


yang muda yang tua semua 
berusaha mencari pendapatan 
utk kesenambungan kehidupan..


beca di Vietnam berbeza dengan beca di negara kita.. tapi ramai yg berpesan jangan naik beca ni walaupun di tawar dengan harga yg rendah .. silap hari bulan kena sembelih dengan menunggang beca yg menipu yg mau mencari keuntungan singkat. 


penjaja buah2an dan makanan juga 
banyak kelihatan di tepi jalan.. 


ada yg berbasikal


Penjaja pasar pun ada di tepi jalan.. 
nampak tu apa yg di jual? hehe


menjaja secara kecil2an...


makanan pun di jual di tepi jalan.. 
dan mereka sediakan kerusi 
kepada yg nak makan terus di situ..


anak anak orang vietnam,


ada juga yg bekerja memerah keringat 
mendayung sampan


yg tua yg muda lelaki dan wanita


agaknya berapa umur pakcik ni..


 ini merupakan sebuah lukisan menggambarkan kehidupan rakyat Vietnam.. mungkin sedang menghantar barangan utk di jual atau sedang menjaja dari rumah ke rumah.. 

Bagitu lah serba sedikit yang dapat di rakam tentang kehidupan sebilangan rakyat biasa di sana.. mereka sudah biasa susah sudah biasa jadi pelarian sentiasa di buru dalam peperangan .. sekarang masa utk mereka bangkit membangun bersama.. perlabai pekerjaan yg mereka buat utk menampung kehidupan masing masing.. mereka tiada subsidi tiada bantuan kerajaan tiada BR1M.. Harga minyak dua kali ganda harga di malaysia.. harga makanan juga mahal.. sedang gaji mereka sangatb sedikit.. 

maka kerajaan mereka membuka pintu kepada negara luar utk menjana ekonomi tempatan.. pelancongan merupakan satu industri utk menaikkan ekonomi rakyat Vietnam.. dan orang Malaysia telah menyahut seruan ini.. sehingga di mana saja kita pergi kita jumpa rakyat Malaysia sedang berbelanja.. mewahnya orang Malaysia.. RM sangat di hargai di sini seperti juga USD.. 

lepas nim kita pegi shopping ya...

bersambung


Thursday, December 19, 2013

kenangan di Vietnam episod 3.

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Dah sedia utk meneruskan perjalanan di Vietnam..? jom !!! kali ni kita pegi teroka satu lagi produk pelancongan yg mesti lawat kalau datang ke Vietnam terutama ke Ho Chi Min tak sampai ke tempat ni kira nya tak sah la pergi Vietnam.. tempat yg mesti lawat ialah.....

Cu Chi tunnel.. 

satu rangkaian terowong bawah tanah yg di gunakan gorila Viet kong masa menentang penjajahan Amerika.. konon nya Amerika datang ke vietnam nak membantu Vietnam selatan dari di jajah Vietnam Utara.. dengan semangat juang yg tinggi dan mengorbankan ramai nyawa.. akhir nya askar amerika terpaksa keluar meninggalkan vietnam.. 

Rangkaian terowong ini di bina semasa perang vietnam rangkaian nya sangat meluas di sekitar Ho Chi Min.. ianya menjadi tempat persembunyian tentera vietkong semasa perang.. Pada siang hari mereka tinggal di dalam terowong dan adakala nya berhari2 dan keluar waktu malam utk menyerang askar amerika dan mendapatkan bekalan makanan.. 

Tapi utk tujuan pelancongan terowong asal telah di besarkan utk memudahkan pergerakkan pelancong terutama pelancong mat salleh yg berbadan besar.. sedangkan terowong asal sangat sempit hanya sesuai utk askar viet kong yg kecil. tapi tak semestinya kita perlu masuk terowong bila melawat tempat ni.. kalau forbia tempat sempit .. kurang udara dan keadaan gelap elok tak payah la masuk.. biar la anak anak muda yg meneroka di bawah tu.. hehe

Sepanjang penerokaan di kawasan tu ada sesi penerangan dari petugas utk memberi penjelasan lanjut kepada pelancong .. kat sini pun kami jumpa ramai pelancong dari Malaysia.. dan kat sini juga zino terserempak dengan kawan sekampong hehe.. ok la cerita banyak pun tak guna jom tengok gambar2 pulak..

ada tiket masuk

laluan masuk 
dah ada terowong

selepas sesi tengok 
video perang

lubang masuk terowong 
yg tersempunyi

demontrasi 

saiz lubang yg sempit

nak cuba masuk..silakan..

sesi penerangan

orang kampong den hehe

rakan seperjuangan hehe

mengatur strategi

gambar curi 

bergambar beramai2

salah satu jerangkap 
samar

nak menembak pun boleh

sesi bergambar sebelum 
meneruskan perjalanan 

adik berani masuk terowong

salah satu kemah 
viet kong? 

last sekali di jamu ubi kayu 
makanan masa perang.. 
sama macam kat malaysia 
semasa penjajahan Jepun dulu.


bersambung?? 



Sunday, December 15, 2013

Kenangan di Vietnam episod dua..

Assalamualaikum... dan selamat petang kepada pembaca semua... ( macam ramai je yg baca hehe) jom kita sama sama lihat apa kisah selanjut nya kenangan di Vietnam.. Sebelum saya pergi ke sana amat sedikit maklumat yg saya ada berkenaan produk pelancongan di Vietnam ni.. yg saya dengar dan baca ramai yg pegi sana beli kain baju murah2..dan balik buat business.... sampai ada yg beli kain sekayu buat baju sedondon utk adik beradik anak beranak masa raya..hehe sape la tu kan ? hehe.. 

Kami sampai sehari awal dari group yg lain.. program melancong belum lagi bermula.. sampai pulak malam... terlewat 2 jam dari LCCT.. biasa la tu kata nya AIRASIA biasa macam tu.. bersapau sekejap di airport.. dah malam baru nak terbang.. so sampai Vietnam dah lewat.. apa lagi terus je check in kat hotel berhampiran airport.. hajat hati nak jalan2 sekitar hotel tak kesampaian sebab dah penat.. nak cari makan pun tak tau mana nak cari... makan je lah apa yg di bawa.. coklat roti dan megi hehe..

esok nya kami ke Airport sekali lagi utk menunggu ahli rombongan yg lain.. dalam group yg saya ikut ni zino kenal sorang je.. yg lain tu kenal masa di Vietnam.. beberapa kumpulan famili dan adik beradik.. acara pertama bila semua dah berkumpul ada lah makan tengah hari.. masing2 dah kelaparan.. adik dah galak kali komplin.. 

nak makan tak susah rupa nya di Vietnam ni ada banyak restoren yg menghidang masakan muslim.. restoren yg kami singgah ini pulak di miliki rakyat Malaysia.. Restoren Kg Melayu.. 




makanan juga merupakan salah satu produk pelancong bagi kemudahan pelancong melayu datang ke Vietnam.. kenapa saya sebut kursus pelancong melayu?....sebab di mana saja kami pergi terdapat ramai muka melayu sedang berjalan jalan dan membeli belah di sini  rasa macam berjalan di Jalan TAR je hehe . kalau tak ikut program pelancongan pun anda tak akan sesat kat sini.. anda tak akan kelaparan di sini hehe..

Delta Mekong.. 
Produk pelancongan yg setiap pelancong yg datang tak boleh miss.. ini tempat pertama yg kami pergi.. Sg Mekong yg sepanjang 4,184 km bermula dari Tibet ke laut cina selatan.. melalui 6 negara China, Mynmar, laos, Thailand, cambodia dan Vietnam. Sungai yg ketiga kaya dari segi hasil tangkapan ikan selepas Sg Amazon dan Sg. Congo. ada pelbagai produk yg di sediakan berkaitan Sg Mekong ni.. Kami berpeluang utk melawat proses membuat candy kelapa, menikmati madu yg enak..(ada juga la beli) sebelum menyusuri sg Mekong menaiki sampan... seram pun ada dan seronok pun ada hehe

Jom kita tengok gambar gambar yg bercerita sendiri....







































ok la jom kita balik hotel biar saya yg bawa boat ni hehe... 

Pendek kata anda kena datang sendiri ke sini utk mendapat satu pengalaman baru menyusuri sg menaikki sampan yg di dayung dia orang mak cik.. ada masa nya penuh sg tu dengan sampan sehingga berlaga laga.. patut la awal awal lagi dah di pesan tanga jangan pegang tepi sampan tu takut jari putus.. ingatkan ada pinrana dalam sungai rupa nya sampan tu berlaga antara satu sama lain .. kalau tangan kat situ sah boleh putus hehe.. pendayung nya ada muda ada yg sudah berumur.. tapi ramai yg zino tengok ramai yg dah berumur.. tak tau la berapa Dong mereka dapat dengan kerja mendayung membawa pelancong.. walaupun cos dah masuk pekej tapi kami bagi juga la juga tips utk titik peluh makcik tu ..

lepas ni kita masuk terowong pulak....bersambung..





Wednesday, December 11, 2013

Kenangan di vietnam episod satu

Salam....
Sementara menunggu bas datang mari zino ceritakan kenangan di vietnam...episod satu..

Plan utk bercuti di sini telah di rancang sejsk awal tahun.. seorang kawan mempelawa kalau zino nak ikut belisu melancong ke vietnam.. bila zino kata setuju bermula la menunggu tiket tambang murah airasia.. bila dapat harga yg sesuai baru grab...Bila tiket dah selesai..baru lah plan utk ground..oleh kerana ini perjalanan pertama lebih baik ada pihak yg mengurus bila tiba di vietnam.. rombongan kami di sertai beberapa keluarga lagi..sehingga jumlah keseluruhan 32 orang.. memang kena sewa bas utk kemana2..

Nilai duit RM ada lah tinggi di vietnam dua kali ganda dari indonesia . 1 ringgit malaysia bersamaan 6200 dong atau lebih.. lebih mudah kerana mereka sangat menghargai ringgit.. boleh saja di bayar menggunakan RM...kalau ke Bandung dulu sudah jadi jutawan....bila di vietnam sudah jadi double jutawan....

Pakej yg di sediakan termasuk hotel penginapan makan minum dan melawat ke beberapa tempat menarik ...dan acara yg paling penting ialah shopping.. mereka sangat berkehendak kan RM Malaysia. Selain USD mereka mengharapkan ringgit mencurah masuk.. pelancongan menjadi salah satu sumber utama pendapatan mereka..

Kehidupan di sini sangat susah penduduk pula ramai...katanya penduduk bandar Ho Chi Min ada sekitar 20 juta..!!! Pendapatan penduduk sini rendah...rata rata mereka hanya mampu membeli motosikal utk bergerak kemana ..tak heran jika kita lihat jalan raya di penuhi motosikal...mereka saling bertolak ansur dan bertimbang rasa.. walaupun sesak tapi tapi di katakan sangat sedikit berlaku kemalangan..mereka tak mampu utk jatuh sakit dan mendapat rawatan hospital...perang mengajar mereka utk membangun bersama sama..

Rakyat vietnam sanggup melakukan apa saja utk mendapatkan duit..utk meneruskan kehidupan...mereka tidak malu utk menjaja di jalanan..memujuk rayu pelancong supaya membeli apa yg mereka jaja... ada ibu ibu sambil mendukung anak memohon simpati..dari pelancong yg lalu.. peniaga juga bsrsungguh memikat pelanggan utk membeli... tiada subsidi dari kerajaan ..harga minyak di sini dua kali ganda di malaysia..dan petronas pembeksl minysk utama mereka..

Berssmbung.....