Saturday, June 6, 2015

Jom kita ke BALI episod 3

Assalamualaikum.. 

Kita berjumpa lagi... jom kita teruskan perjalanan setelah berselfie di Danau Bratan kami singgah di Masjid Besar Al Hidayah Di Candi Kuning , Bedegul.. terketak di atas bukit.. Oleh kerana kedudukan nya di tanah tinggi air nya sejuk macam air batu.. sempat sembahyang berjamaah dengan penduduk tempatan dan pengunjung lain.




bergambar selepas solat


berwelfie bersama isteri..


Danau Bratin dari atas Masjid


masjid Besar Al Hidayah

Selesai solat distinasi seterusnya makan... kami di bawa ke Rumah makan Saras.. masa kami sampai restoren tu penuh sesak beberapa kali kami bertukar tempat .. walaupun dah buat tempahan lebih awal tapi tokei kedai tak dapat menyediakan tempat yg sesuai utk rombongan kami.. akhirnya kami menunggu di tempat duduk bahagian depan.. 

Saya tak terlibat dalam sesi mengoder.. ( ada ulasan di blog kakcik ) tapi membiarkan mereka memberi cadangan dan meng oder apa yg patut... bila makanan sampai tu dia.. banyak dan berlebih2.. makanan dah sampai apa lagi kami makan je lah sekadar termampu.. hehe..












tengok la apa yg terhidang di atas 
meja tu hehe makan sampai hongeh.. hehe

Distinasi lawatan kami seterusnya ialah TANAH LOT.. Kalau sekali dengar macam petak petak tanah yg telah di beli lot utk di jual hehe.. tapi di Bali TANAH LOT merupakan satu formasi batuan di situ terdapat sebuah PURA TANAH LOT .. tempat ni merupakan distinasi pelancong yg popular.. 

Satu penorama permandangan yang sangat menarik. bila kami sampai dah ramai pengunjung di kawasan ni.. nak dapatkan pot yg sesuai utk berselfie pun susah.. Tapi itu tak menjadi masaalah utk kami.. bergambar merakam keindahan alam ciptaan Ilahi.. 

lihatlah wajah wajah ceria semasa berselfie.. hehe















ikutkan hati nak letak semua gambar2 yg di rakam di sini tapi takut boring pulak kepada yg melihat nya asik tunjuk gambar dia je hehe... Balik dari melawat TANAH LOT baru baki check in .. Hotel AMARIS yg terletak di tengok kota dan tak jauh dari pantai KUTA yg terkenal tu .. katanya macam2 ada di sana...

Tunggu episod seterusnya... 



Friday, June 5, 2015

jom kita ke BALI episod dua..

Assalamualaikum semua...

Rombongan ke Bali terpisah dengan dua penerbangan.. satu group bertolak sebelah petang 29hb Mei 2015 manakala group kedua bertolak sebelah malam.. group pertama naik MAS group kedua naik AIRASIA.. kenapa jadi macam tu?? Confirmation utk joint pun berperingkat peringkat.. siapa yg confirm dulu dapat tiket awal.. yg confirm kemudian kena cari harga terbaik pada masa itu..... harga tiket berubah2 ikut promosi..




saya mem adik Faizal dan Nadia dan sorang lagi kawan Ezuan ( masa tu tak kenal lagi ) berada dalam group kedua dan naik AIRASIA.. bertolak jam 7.45.. penerbangan mengambil masa 3 jam . Penerbangan lancar dengan cuaca yg sangat baik.. Waktu di KL dengan Bali sama.. berlainan kalau kita ke Jakarta berbeza 1 jam.. Sebaik kapal terbang mendarat hujan telah turun dengan lebat.. sehingga nak naik ke atas bas yg menunggu pun tak boleh terpaksa lah bas tu gostan sampai ke tangga kapalterbang.. semasa penerbangan tak ada pulak Pilot kata cuaca buruk..  


Sampai di Ngurah Rai International Airport ezuan dah sedia menunggu.. nasib baik dia yg awal kerana dalam jadual awal sebelum ni kami yg sepatutnya terbang lebih awal.. hehe so dia yg kena rentang kapet merah utk kami .. bila hujan lebat tak jadi bentang la hehe.. Malam tu kami transit di hotel POP tak jauh dari Airport.. Bila melancong ni tak perlu stay di hotel yg banyak bintang.. asal selesa dan boleh nyenyak tidu cukup.. 




Selepas breakfast terus check out dan program pelancongan kami pun bermula.. Transport yg di sediakan utk kami ialah sebuah Van dan sebuah kereta Avanza.. Dulu masa melancong di Bukit Tinggi Van yg di sediakan muat utk semua ahli seramai 14 orang.. tapi kali ni Van yg di sediakan kecik sedikit dan terpaksa di tambah dengan kereta..ini mungkin gara gara isu confirmation tadi.. maka terpisah lah masa dalam perjalanan.. JOKE kami dalam van orang dalam kereta tak boleh dengar.. biasa la bila dah ramai ramai tu macam2 cerita keluar.. Masing masing sporting dan boleh menerima apa saja gurauan.. yg ni pun penting bila berjalan beramai2.. kalau boleh kata orang tu biar satu kepala hehe.. zino dah bersama sebahagian mereka dalam dua trip sebelum ni jadi dah memang serasi dan boleh masuk.. hehe






tempat pertama yg kami lawati ialah Danau Bratan terletak di kawasan Bedugul Candikuning, Kecamatan Baturiti , Kabupatin Bali. Di Danau ini terdapat sebuah PURA iaitu PURA ULUN DANU.. iaitu tempat suci penganut hindu Bali.. nak masuk kawasan PURA ini ada pantang larang nya mengikut penganut hindu di sini.

Kedudukan Danau ini berada di tanah tinggi dan dingin..  kadangkala berkabus... perjalanan ke Bedegul mengambil masa 1 jam dari Denpasar.. ini merupakan distinasi pelancongan yg selalu di lawati setiap pengunjung.. bergambar membelakangkan bangunan yg unik...

sebelum sampai ke Danau Bratan.. singgah di Taman Sari Bedegul... tetiba ada yg mengeluarkan ular.. hehe.. rupanya ramai yg geli geliman bila tengok ular ni.. dalam ramai2 tu cuma dua orang yg berani mendekati dan memegang ular yg telah di jinakkan itu.. kalau anda berani cuba la.. tapi kalau ragu2 baik tak usah.. juga dua ekor musang yg jinak.. saya sempat memegang anak musang tu je..










Bila sampai ke mana2 tempat pelancongan.. ber selfie dan welfie sudah menjadi satu kewajipan.. kalau dulu bila ambil gambar terpaksa bergilr atau minta bantuan orang lain... tapi sekarang semua boleh dilakukan sendiri.. tambahan pulak dengan adanya monopod.. meriah dengan gambar2 selfie kami...

ada lagi... tunggu...





Thursday, June 4, 2015

Jom kita ke BALI.... episod satu

Assalamualaikum....

Selamat berjumpa lagi... lama blog sepi tanpa berita.. ok kini zino datang dengan berita baru.. kisah percutian ke Bali.. perancangan percutian kali ini telah di sebut sejak balik dari kunjungan kami ke Bukit Tinggi dulu.. bila ada kawan yg bertanya kemana lepas ni ?? ada beberapa tempat telah di cadangkan.. akhirnya majoriti bersetuju utk ke Bali.. 

Bagi zino sendiri inilah kali pertama utk ke Bali dan kali ke empat melancong ke Indonesia .. berlainan tempat.. bermula ke Bandung lima beranak... kemudian ke Bukit Tinggi bersama group.. di ikuti ke Surabaya dengan rombongan kerja dari Opis.. dan kali ini ke Bali..

Memang telah lama berhajat nak ke Bali dan perbagai  cerita telah di dengar berkenaan Bali.. dan kalau kita google pun ada pelbagai cerita kita boleh dapat tentang bali.. Kisah keindahan alam sekitar nya budaya setempat dan pegangan agama penduduk nya.. semua sangat menarik utk kita ketahui dan pelajari.. Bali juga menjadi pilihan mat mat salleh dan minat salleh.. kenapa ? 

Satu masa dahulu Bali di kejutkan dengan kisah pengeboman hotel yg di penuhi mat salleh dan minah salleh.. gempar satu dunia.. dan palbagai spekulasi timbul akibat peristiwa itu.. industri pelancongan terjejas dan pendapatan orang tempatan juga terjejas... bila masa berlalu manusia mudah lupa... Bali kembali gah dan meriah dengan kebanjiran pelancong asing yg sangat2 di alu alukan penduduk tempatan. 

Yang unik nya Bali ini majoriti rumpun melayu di sini beragama Hindu.. katanya hindu di Bali tidak sepenuhnya sama dengan Hindu di India.. banyak telah di ubahsuai mengikut unsur2 tempatan dan tidak terpengaruh dengan anutan hindu di India.. rupanya tidak semua melayu itu Islam dan Islam itu melayu seperti yg selalu kita sebut di Malaysia. Rumpun melayu di Bali ini beragama Hindu..

Perkara ini menjadi persoalan di otak pemikiran zino.. kalau ikut sejarah nya seluruh nusantara indonesia malaysia dan kawasan sekitarnya merupakan penganut Hindu sebelum kedatangan Islam.. bila Islam di bawa masuk oleh mubaligh arab yg berdagang ke Acih, Indonesia.. dan akhirnya ke semenanjung tanah melayu melalui Melaka.. nenek moyang kita dahulu semua bertukar menganut agama Islam.. tapi kenapa penduduk Bali masa itu masih mahu mengekalkan agama nenek moyang mereka.. 

Rata rata penduduk Bali sangat ramah dengan pelancong dan sangat taat dengan agama mereka.. kemana saja kita pergi .. apa saja bangunan yg kita jumpa simbul agama sangat di tonjolkan .. upacara agama di lakukan dengan penuh adat dan tertip.. wah telalu banyak yg nak di ceritakan...

Tunggu episod selanjut nya.... sebab ini baru mukadimah..


Sunday, May 17, 2015

Car free morning

Assalamualaikum semua...

Program car free morning telah lama di laksanakan di Kuala Lumpur.. pada peringkat awal di adakan sekali sebulan kemudian telah di lanjutkan dua kali sebulan.. Selain Kuala Lumpur ada banyak bandar2 lain di dunia ini yg membuat program yg sama. Pada peringkat awal perlaksanaan nya dulu ramai yg beranggapan akan berlaku kesesakan luar biasa bila banyak jalan yg di tutup.. 

Pandangan masyarakat mula berubah dan mula menerima dan menyokong program yg di adakan.. ini peluang bagi wargakota untuk mengunakan jalan jalan utama yg biasa nya sibuk dengan kenderaan.. saya dapat melihat masyarakat dari perbagai lapiran turun sama sama beriadah bersama keluarga sama ada menggunakan basikal.. kasut beroda skateboard dan tak kurang yg berjogging dan berjalan santai bersama keluarga.. termasuk anak anak kecil. 

Kalau di tempat lain kita boleh melihat mereka membentang tikar dan duduk2 sambil bersarapan bersama keluarga di atas jalan jalan raya yg biasanya sibuk.. Pagi ini zino berpeluang utk bersama wargakota beriadah sambil mengayuh basikal . Terima kasih kepada Ezuan yg telah bermurah hati meminjamkan basikal yg mahal tu utk abah pinjam terasa macam pengayuh basikal professional pulak bila Ezuan juga menyediakan helmet khas utk basikal dan sarung tanya.. cuma tak pakai baju ketat je lagi hehe.. nak pinjam baju Wan tentu tak muat nak sarung.. terutama sangkut kat perut hehe..

Yang lebih penting sambil beriadah sambil berselfie hehe.. sekarang saya nak lontarkan cabaran ini kepada anda semua.. jom kita beramai ramai beriadah bersama keluarga dalam program car free morning yg di adakan ahad setiap minggu pertama dan ketiga  setiap bulan.. 

berehat di sebelah KLCC lokasi sangat menarik 
utk bergambar.. hari biasa tak mungkin dapat 
berdiri di sini berselfie..

ribu riban harga beskal ni 
tak mampu lagi nak beli

apa lagi selfie je lah..

DB sedang memberi penjelasan sebuah beskal elektrik yg di cipta sendiri pemilik nya 
car free morning telah membuka minda 
utk idea inovasi kata nya.

beskal jenis ni pun ada dan boleh buat driff lagi tu.. kepada yg kata tak tau bawa basikal tu ini altenatif nya selain basikal roda tiga yg kanak2 bawa tu hehe

sempat juga Ezuan tangkap masa sedang mengayuh..

Harap2 boleh pinjam lagi beksal ni.. hehe

bergambar dengan staff dan ex staff 
terkejut tengok bos dia berkayuh kot hehe

jumpa lagi di kesempatan yg lain.. bye..

Sunday, May 10, 2015

Selamat hari ibu...

Alhamdulilah....

Hajat nak jumpa ayah bonda hari ni tercapai juga. Memula nak pinjam kereta alang.. tapi alang ada urusan di luar.. kena la juga balik bawa Unta.. masaalah unta ni belum selesai lagi.. suspen je nak memandu jauh..

Oleh kerana mem tak boleh ikut sama ( alasan ada dalam posting yg lalu..) maka terpaksa la balik sorang. Nak ajak adik dia juga sibuk dengan latihan kawat.. esok ada pertandingan kawat peringkat zon.

Sampai di Chembong saya singgah di satu supermarket ni utk tambah stok keperluan mak di dapur. Beras gula minyak masak susu ikan billis bawang cili garam dan sebagainya. Bila semua dah ready masuk kereta... start injin tak mau idup.. ahh sudah.. dah agak dah bila jalan jauh sikit injin sukar di hidupkan kena tunggu sampai injin sejuk.. kluar semula kunci kereta.. dan terus ke restoren berhampiran minum2 sementara injin sejuk..

Hampir setengah jam juga di restoren tu siap oder mee goreng sekali sebelum pergi semula ke kereta utk cuba hidupkan semula.. masa berjalan tu tak putus2 berdoa memohon bantuan Allah  supaya injin hidup dan saya boleh cepat sampai ke kg.. sekali start terus hidup..alhamdulilah.. tak putus2 mengucap syukur..

Akhirnya sampai juga kampong. Memang saya tak talipon mak pun nak balik.. kalau bagi tau awal tentu mak akan masak utk anak cucu dia balik. Saya pun balik sorang je.. apa2 yg ada je lah nanti tak mau menyusahkan mereka. Masa saya sampai mak baru selesai solat asar.. dan ayah masih di bilik solat.. terus bersalaman dengan mak dan cium tangan dan pipi mak sambil bertanya kabar.

Saya terus ke bilik air utk berwuduk dan solat... selesai solat ayah dah sedia menunggu di serambi. Terus dapatkan ayah bersalaman sambil cium tangan dan pipi ayah.. syukur alhamdulilah masih di beri kesempatan utk bersama ayah bonda kesekian kalinya..

Dengan ayah tak banyak yg di borakkan.. sekejap tu mak memanggil dari dapur jemput kami minum petang.. saya terus mengangkat barangan keperluan yg di beli tadi bawa ke dapur..  di dapur telah terhidang goreng pisang panas dan air nescafe.. bila mak yg sediakan semuanya menjadi lebih sedap. Sambil makan sambil berbual dengan mak dan ayah..

Semoga Allah sentiasa memelihara ayahbonda kami.. memberi kesihatan yg baik kepada mereka berdua.. menambah rezeki mereka dan menerima segala amal ibadat mereka berdua.. serta mempermudahkan segala urusan mereka.. amin..

Friday, May 1, 2015

Cuti panjang tak kemana ke?

Assalamualaikum...

Selamat bercuti semua... selamat menyambut hari pekerja dan selamat bercuti panjang... sampai isnin ..ada yg dah sampai Bukit Tinggi Sumatra.. ada yg dah sampai Kemboja.. ada juga yg dah sampai ke Bali.. wah meriah nya cuti cuti.. ramai juga yg buat posting kata dah ada di kampong sekarang ni... 

Alang dengan Kaklang pun on the way berholiday.. masih lagi dalam perjalanan kata nya dah mula sangkut jem.. sabar je lah.. memang ramai yg mengambil kesempatan cuti panjang utk bercuti di luar kawasan.. sama ada balik kampong atau ke tempat2 pelancongan yg banyak di dalam negara kita ini.. bukan senang nak dapat cuti panjang tanpa memohon cuti.. jadfi gunakan lah sepenuh nya..

abis tu kenapa zino tak ambil kesempatan yg sama.. keluar holiday ke mana mana.. biasanya dalam keadaan macam ni biasanya kami juga akan ambil kesempatan utk bercuti tapi kali ni pergerakkan agak terbatas.. 

pertama sebab si kec ik dua ekor dalam sangkar tu.. sepatutnya dah boleh di bebaskan biar dia hidup bebas bersama mak bapa dia.. tapi masih tak konfiden nak di lepaskan baru2 ni bila di letak kat luar dia mula merayap jauh diluar kawasan .. takut apa apa terjadi dengan dia.. forbia bila mengenangkan abang2 dan kakak2 dia sebelum ni sekor sekor hilang.. sama ada di ambil orang.. sesat tak jumpa jalan balik atau di langgar kereta.. 

tapi itu bukan lah alasan sebenar perkara yg membataskan pergerakkan kali ni ialah kami menjaga sedara kurang upaya di rumah.. memang sebelum ni semasa arwah mak ada dia memang bersama kami. tapi selepas mak meninggal dia tinggal di kampong . tetapi skrg terpaksa tinggal di sini kerana sedara di kampong ada urusan di luar utk sementara waktu.. setiap kali nak kemana mana kena pastikan ada orang yg tinggal di rumah.. kalau adik ada .. boleh juga kami keluar berdua.. kalau tak zino akan buat urusan sensorang di luar.. esok lusa ada kenduri kawin kena lah zino pegi sorang kalau tak ada yg boleh menjaga dia..

ini bukan satu kelohan.. kami tak ada masaalah pun tapi sekadar menjawab persoalan kenapa kami tidak kemana mana.. terima kasih..


Kenapa dah lama tak update blog??

assalamualaikum...

Tetiba ada yg bertanya.. kenapa dah lama tak menulis di blog..? dan ada juga yg mengaku... saya menjadi follower yg setia blog awak tapi tak ada update yg nak di baca....  ada yg mencadangkan jom kita berblog semula.. tapi kenapa ya payah sangat nak menulis di blog sekarang ni.. entah berapa ramai rakan blogger yg telah pencen terus dari menulis.. ada juga blog yg tidak lagi di sentuh.. 

Sebelum ada facebook seronok je menulis blog ni.. ada je idea yg mahu di terjemahkan dalam penulisan.. malah dalam sehari kadang2 tu dua tiga kali boleh update blog. atau menulis panjang lebar dalam beberapa episod dengan menjadualkan masa terbit nya.. selain menulis dulu rajin sungguh melompat dari satu blog ke satu blog.. ada blog yg wajib baca.. ada blog yg tak boleh miss lawat.. ada blog yg di tinjau secara senyap tanpa di ketahui tuan nya.. ada blog yg buat kita tersenyum sendirian.. pendek kata pelbagai gaya dan ragam menulisan blog yg boleh kita jumpa.. 

bila posting yg kita tulis di blog menerima kunjungan balas kita akan rasa happy.. lagi ramai yg komen lagi la kita happy.. sekurang2 nya kita tau ada yg berminat utk melawat dan memberi ulasan dari apa yg kita tulis.. menjadi sumber inspirasi dan dorongan utk kita menghasilkan penulisan yg lebih baik..

ada yg menulis pendek tapi padat.. ada menulis seolah2 kita sedang membaca novel.. ada yg berjenaka.. ada yg sentiasa memberi nasihat.. ada yg suka copy paste je dari sumber lain.. ada yg rajin memberi resepi dan tip masakan. ada yg bercerita kisah keluarga kisah anak anak kisah perjalanan cerita pengembaraan.. tazkirah agama politik isu isu semasa gosip dan pelbagai tajuk dan tema.. 

Habis tu kemana pergi nya skill semua tu .. berapa kerat je yg masih kekal menulis.. berapa ramai yg masih rajin membaca blog? sejak facebook di perkenalkan interaksi di alam maya semakin pantas.. komunikasi menjadi lebih mudah dan maklumbalas yg di terima juga on realtime.. cepat pantas seolah olah rakan bualan maya seperti berada di sebelah je..bila kita menulis blog entah esok entah lusa baru kita mendapat respond.. kadang tak ada langsung.. tapi bila di fb kita klik enter je tetiba dah ada like.. pantas sungguh hehe..

jom la menulis kembali...  saya sendiri tak berapa yakin dapat semula rentak menulis seperti dulu.. terpulang kepada tuan puan... tepuk dada tepuk keyboard.. renung2kan dan selamat beramal hehe