Monday, June 8, 2015

jom kita ke BALI episod 7

Assalamualaikum  semua... 

lupakan kisah terkurung di luar bilik tu.. jom kita teruskan percutian.. hehe distinasi seterusnya ialah ke pantai TANJUNG BENOA .. asal nya sebuah perkampungan nelayan tetapi dah bertukar menjadi water sport yg popular.. sebelum ke sini kami singgah shopping dulu di JOGER.. saya suka kedai ni.. kalau banyak duit tentu dah memborong banyak T shirt.. tapi terpaksa mengawal nafsu membeli .. kesian kan.. Di JOGER ni banyak menjual T shirt yg di tulis dengan kata kata.. ada yg sesuai utk semua peringkat umur. 





beli juga la selai jangan tak beli.. adik pun selai mem beli beg yg ada tulis2 tu.. 

Di TANJUNG BENOA kami ke Pulau Penyu.. menaikki bot . seram juga naik bot tengah laut ni tanpa memakai life jaket.. bukan sebuah dua bot yg meluncur laju di laut luas tu.. bersimpang sior kata orang tu.. oleh sebab kumpulan kami ni ramai tak boleh la nak naik satu bot kena lah sewa dua.. ok lah biar gambar2 ni bercerita..






suspen je dalam boat ni..



Adik memberanikan diri utk memegang seokor punyu... anak penyu kot.. ada juga beberapa rakan lain yg memegang penyu tu... saja nak ambil feel kot hehe


zino pegang penyu yg dalam air je lah... penyu ni pulak tak boleh nampak orang dia datang sondol.. ada yg terjerit dan melatah bila tetiba penyu tu dah ada di kaki hehe..



kemudian bergambar dengan burung kakak yg dah tua.. hehe burung tu pulak malu2 je...







ada pulak kelawar yg besar... oops bukan inilah batman sebenar.. wang waktu siang dia tidu waktu malam baru aktif menyelamatkan dunia..


kali ni adik seronok sungguh bergambar.. kalau tak tu nak ambik gambar dia surukan muka.. hehe


di akhir sesi lawatan bergambar beramai2.. semua nampak happy .. ini aksi gaya bebas la kenkononnya.. 





selain pulau penyu tempat ni juga pepular dengan sukan lasak ni.. masa nak datang tu ada lah beberapa orang nak mencuba termasuk adik... bila melihat dia orang yg main tu terapong2 di udara rasa seram la pulak.. lagi tu tak ada tunjuk ajar terus nak terbang.. kang tak geti macam mana nak turun atau landing dalam laut hehe.. baik tak usah.. tengok je lah..







tazkirah oleh pak kamar 





gereja

Pura





sebahagian dari bangunan sekolah yg masih dalam pembinaan.. yg unik nya formwork yg di guna ialah buloh.

waktu solat zohur kami di bawa ke masjid Agong yg terletak di Nusa Dua jalan menuju ke Uluwatu.. Pembangunan masjid ini di lakukan oleh BTDC Bali Tourism Development Center.. di sebelahnya di bangunkan sebuah gereja Kristian, dan tempat ibadat umat Hindu. 

ini membuktikan kerukunan pelbagai agama di Bali.. walaupun majoritinya beragama Hindu. sebelah masjid terdapat sebuah sekolah agama.. dan dari masjid kami dapat melihat aktiviti di sekolah.. dan ada juga bahagian sekolah yang masih dalam pembinaan mungkin membina kelas2 tambahan. 

selesai solat kami pegi makan la... lepas tu mandi manda di tepi pantai.. kabar nya ada yg berkayak tapi kayak nya tak bergerak .. siapa tu ? hehe

tungguuuuuu...

jom kita ke BALI episod 6

Assalamualaikum... 

ini ada satu kisah yg menarik utk di kongsi...dua kisah tapi nya.. kisah pertama saya tak perasan pun berlaku.. dengar cerita kawan kawan je.. tak sangka pulak kes kedua terlibat secara langsung.. dalam kes ni siapa yg salah.. hehe atau lebih sesuai di kaji kenapa kes seumpama ini boleh berlaku.. ?? pernah terjadi ke sebelum ni di tempat yg sama.. atau ini case yg sangat rare .. nak tau apa kes nya jomm!!!





kalau tengok gambar tu anda tau ke apa benda nya dan apa kegunaan nya dan bagaimana nak respond bila mendengar nya kan dah banyak soalan kluar .. sekarang dah boleh agak ke? 

Kes pertama tak mau cerita lah.. sebab zino tak perasan pun kes tu berlaku.. tau pun bila lebih kurang jam 2.00 pagi.. ada mesej whatapps dah dapat masuk ke?? laa ada yg terkurung di luar ke?? 

kes kedua berlaku esok nya.. bukan malam tapi siang bukan petang tapi pagi hehe... pagi tu kami ke pantai KUTA .. bila ajak pegi adik kata tak mau ikut.. nak rehat je kat rumah.. selesai ronda ronda kami pun balik ke hotel.. kerana group pertama dah nak balik .. 

ketuk2 pintu tak ada respond.. ahh sudah adik tu kalau tidu memang susah nak kejut.. kadang tu geletek dulu baru dia nak bangun.. setakat ketuk kat pintu memang tak lah... panggil room servis minta dia bukakan pintu.. tapi kata nya tak boleh buka terkunci dari dalam.. maka mula sesi mengetuk pintu.. sikit punya kuat ketuk sampai tetamu di bilik depan tu kluar meninjau .. agaknya dalam hati kata siapa lah yg memekak kat luar ni?? bila dia tinjau kat luar dia pandang zino sedang mengetuk pintu... dia pun tutup semula pintu dengan kuat gedegang.... elahhh marah la tu hehe..

tak cukup dengan ketuk.. Ezuan dari bilik sebelah siap call lagi.. bukan nya terjaga semakin lena adik tidu.. 1/2 jam lepas tu masih sama.. adik masih lena ketukan makin bertalu2.. geringan talipon masih berbunyi ..adik tetap lena.. dah habis ikhtiar nak bangunkan adik.. tak kan nak pecah pintu.. lepas tu panggil teknikal minta dia off kan aircon dalam bilik tu mana tau dah kepanasan nanti adik boleh terjaga.. masa makin suntuk.. yg nak checkout dah siap bekomeh.. beg pun dah di bawa tutrun adik masih belum terjaga.. berpeluh abah tau.. hehe

Kemudian datang pulak pihak security.. membawa kunci khas.. sekali touch pintu pun terbuka dengan kunci2 sekali terbuka.. laa.. ada pun kunci nya kenapa security tak buka dari tadi lagi.. dah berjam menunggu baru buka.. mungkin juga kunci khas ni ada prosidur security yg perlu di lalui sebelum boleh di gunakan.. lega bila dah boleh masuk cepat2 minta adik bersiap sebab kami semua nak kluar makan.. 

ishhh adik ni...so sekarang nak salahkan siapa ? adik yg tak terjaga atau kaedah ketuk tu yg tak efektif utk mengejutkan orang tidu lena... sebab bukan kes adik sorang je..hehe.. 

Sunday, June 7, 2015

jom kita ke BALI episod 5

Assalamualaikum.. 
berjumpa lagi.. wah tak sabar nak cerita kisah selanjut nya.. hehe macam best je kan hehe.. sebelum ni kita stop dengan kisah berkejaran dari UBUD utk melihat sunset sambil menikmati makan malam di tepi pantai bersama deruan ombak... wah bunyi pun dah romantik.. 





bila kami sampai kelihatan beratus buah kenderaan di kawasan tempat kereta .. wah meriah nya.. tapi malang nya kami terlewat sampai.. peluang utk dinner sambi melihat sunset tak kesampaian..(kena datang lagi ni ) sebahagian besar pengunjung pun telah mula meninggalkan tempat tu menuju ke kenderaan masing masing.. bagaimana keadaan agaknya bila semua kerusi di penuhi pengunjung walaumana kelamkabut mereka nak menyediakan juadah serentak.. kalau berbuka kat sini best juga kan? hehe..

masa kami makan air semakin pasang.. ombak yg memukul pantai semakin dekat.. makna nya sejam dua lagi harus kawasan tempat duduk tu di penuhi air.. di sini juga katanya salah satu tempat mesti datang bila ke BALI.. tapi heran juga kenapa produk macam ni tak di popularkan di Malaysia.. di pantai PORT DICKSON ke.. atau di mana tempat yg berpantai.. kalau di pantai timur mungkin bersarapan bersama sunrise hehe.. 





tengok la gambar2 tu ikut ragam orang muda hehe.. mlm tu selepas balik ke hotel.. dia orang bercadang nak menjejak HRC BALI.. nak itutt.. hehe.. maka malam tu kami mula menjejak HRC dengan berjalan kaki dari satu lorong ke satu lorong sehingga bertemu jalan besar dan terus berjalan.. Kata nya bila berjalan jalan di BALI ni baik siang baik malam selamat.. tak ada orang yg akan mengacau atau mengganggu. tak ada pick pocket tak ada peragut tak ada penyamun tarbus.. itu kata penandu taxi.. 

malah bila berkenderaan di jalan raya pun mereka sangat bersopan dan berteleransi.. kadang risau juga melihat gelagat kereta yg kluar di simpang simpang.. game of the rule siapa yg keluar moncong dahulu yg lain akan beri laluan.. tak ada nak hon hon.. yg besar hormat yg kecil.. oops apa kisah HRC tadi hehe..

akhirnya kami jumpa juga jenama gah HARD ROCK CAFE ni.. kopi batu keras.. hehe... tak mau la nak cerita apa kehebatan HRC ni.. sebab zino pun tak tau.. dan ini merupakan kali pertama zino sampai ke premis macam ni.. dulu masa di Vietnam zino langsung tak berselera nak ikut serta.. tapi kali nak ambil tau kemana anak2 muda ni nak pergi hehe.. 

yg best nya zino terbeli sehelai T Shirt.. beratus ribu juga lah hehe.. nak jadi koleksi ke entah la.. mungkin first and the last.. 

kemana lepas ni.. ?? balik tidu la.... knock knock knock.. tak buka knock knock knock.. masih senyap... KNOCK KNOCK KNOCK ... masih tak ada respond... ahh sudah.. bukan satu kes tapi ada dua kes.. hehe.. 

tungguuuuuuu...


Jom ke BALI episod 4..




Assalamualaikum dan kabar semua 

masih bersemangat utk membaca ? hehe.. mari kita teruskan pengembaraan ke Bali.. semalam kami berpindah ke hotel Amaris.. Walaupun terletak di tengah bandar tapi Jalan masuk ke hotel ni merupakan satu lorong yg sempit.. kalau ada dua kereta bertembung salah sebuah kena cari tempat utk mengensot utk memberi laluan kepada kereta lagi satu.. lorong ni lebih sesuai utk motosikal atau pejalan kaki.. kalau di KL sure pembangunan tak boleh lulus kereta bomba jangan harap boleh masuk.. 



katanya Hotel Amaris ni ada di beberapa Bandar lain di Indonesia.. ada yg kata pernah menginap di Hotel ini semasa di Bandung dan Jakarta.. Kat Malaysia ada ke ? Mungkin 3 Bintang.. 

Perjalanan hari kedua kami di iringi seorang jurucakap.. atau pemandu pelancong..katanya panggil dia wayan... bercerita tentang adat resam masyarakat hindu bali.. ada lah beberapa perkataan baru yg kami belajar.. tapi yg masih ingat gelaran utk anak pertama hingga ke empat.. anak kelima hingga lapan di ulang balik hehe.. siapa ingat hehe.. 

anak pertama Wayan atau putu
anak kedua made atau kadek
anak ketiga komang nyomang
anak ke empat ketut... anak ke lima dan seterusnya di ulang balik gelaran di atas .. contoh kalau anak ke lima wayan balik ke enam made balik 

Distinasi pertama kami di hari kedua ialah shopping di kedai silver dan kedai cenderahati.. nama kedai dah lupa kalau ada anggota rombongan yg ingat bagi tau ya boleh saya edit.. tempat shopping orang pempuan hehe..

Distinasi seterusnya melihat budaya masyarakat hindu Bali.. di daerah Ubud.. BALI CULTURAL CENTRE UBUD.












Kami di sambut dengan paluan kompang macam VIP melawat kawasan.. kami datang dengan berlapang dada utk melihat secara dekat adat budaya mereka.. saya perhatikan masyarakat Bali ni sangat hormat dengan tetamu dan sebaik mungkin cuba membuatkan kita berasa selesa bersama mereka.. 

Kami di sambut dengan persembahkan tarian menyambut tetamu kemudian di bawa melawat ke persekitaran utk melihat kebudayaan masyarakat hindu.. ada demontrasi anyaman menumbuk padi dan membuat minyak dari kelapa.. teringat saya minyak yg uwan saya buat dulu dengan memasak santan kelapa sehingga menghasilkan minyak.. minyak ni di gaul sedikit dengan nasi dan di letak sedikit garam halus menjadi juadah yg sangat enak masa saya kecil2 dulu.. tak perlu lauk...

lawatan di akhir dengan persembahan tarian dari kerektor karektor tertentu.. di akhir sesi pengunjung di jemput sama menari di pentas terbuka.. seperti biasa saya mencari helah supaya tidak terlibat menari sama.. sebab saya lihat "lantai di pentas tidak rata" hehe 






lunch di hari kedua kami di bawa ke satu rumah makan di tepi sawah.. lupa pulak nama tempat tu.. nanti kalau ada yg komen tau di mana saya update nama tempat tu.. biasalah juadah yg di hidang ikan pelbagai jenis dan ulam ulam.. bila dah lapar semua menyelerakan.. utk makan supir membawa kali ke kedai masyarakat Jawa.. kerana orang jawa adalah islam.. 

ini tempat yg kami cari ...











Tempat yg sangat sangat kami nak tengok ialah sawah bertingkek tingkek.. itu orang negeri yg cakap orang bali sebut terrace farming hehe.. tempat yg kami lawat tidak le tinggi sangat kata nya ada tempat yg lebih cantik yg lebih tinggi yg lebih saujana mata memandang .. kata nya lebih jauh lebih tinggi kawasan nya tapi di sini pun kami dah terpukau dengan keindahan alam nya tiada kawasan yg terbiar tanpa di gunakan utk mendapat hasil nya di sini.. 

Pokok nya antara hendak atau tidak saja.. di lereng2 gunung pun mereka boleh bertani dan berjaya mendapatkan hasil nya... tentunya mereka ada kaedah pengairan yg unik juga.. dan sekarang pendapatan mereka bertambah apabila sawah mereka menjadi salah satu tempat pelancongan yg menarik.. rasa nya kat Malaysia tak ada pertanian macam ni.. masa belajar geography dulu desebut sebagai padi huma.. Bukan sahaja di Bali di daerah lain di Indonesia padi huma memang menjadi sebahagian dari hidup mereka.. tak ada kawasan yg terbiar tanpa di usahakan.. di kampong saya sawah dah jadi hutan.. ada yg jadi kebun sayur itu pun di usahakan oleh orang luar..

lupa nak sebut bila masuk kekawasan pelancongan ni kenderaan di kenakan bayaran.. bayaran parking kata nya.. semua bayaran tu dah masuk pekej.. 

Disini ada satu kisah.. apabila ada yg terjatuh di kawasan terrace tu.. berderau darah melihat nya takut terguling2 jatuh nun jauh di bawah sana..ada yg sempat buat joke.. yg penting bukan yg jatuh tu harus selamat tapi monopod yg di pegang tu hehe... ishhh kena hati hati.. batas tu sempit nak berselisih dengan pengunjung lain perlu berhati2.. kat sini memang tak lepas peluang utk berselfie.. penuh dengan klik klik.. mat salleh pun ramai dan terpegun.. dan ada juga yg terpegun melihat mat salleh tu hehe.. 

dah dah cepat cepat jom kita tengok sunset.. sambil menikmati dinner di tepi pantai... tengok kapal terbang landing dengar deruan ombak... jom jom..

oops tungguuuuuu