Tuesday, April 12, 2016

Fit Malaysia Melaka

Assalamualaikum..

Sekali lagi saya berkesempatan bersama ribuan peminat sukan berbasikal dalam program FIT MALAYSIA MELAKA di Masjid Tanah melaka 10hb April 2016. Program ini di anjurkan Kementerian kebudayaan belia dan sukan, KBS. Akan berlangsung di seluruh negara. 


Ini lah rupa medal yg menjadi koleksi seteruskan membuktikan kejayaan menghadiri dan menamatkan program kayuhan sejauh 30km.


Sehari sebelum tarikh kayuhan kami dah sampai ke Melaka . Memula terus ke tempat mengambil plate di pusat sukan Lendu. Selain plate utk diri sendiri kami juga ambil plate utk kawan2 yg akan datang ke esokan hari nya.. sekali.. nama kawan2 tak ada dalam senarai yg telah buat pendaftaran. Rupanya ada isu pendaftaran yg tidak selesai. Nasib baik boleh masukan nama lagi.. 


Ehh tetiba keluar asam pedas pulak.. sebenar sebelah hotel yg ksmi duduk di air keruh tu ada menu asam pedas utk makan malam . Apa lagi feberet la katakan... makan dulu kenyang2 sebelum berkayuh.


Sedap wa cakap lu..hehe  macam nak kena datang lagi ni bawa mem makan kat sini. Tapi nak kena bermslam la jawab nya dia ada malam je. 


Ini lah no no plate utk kami semua esok.. no2 tu kena di pasang kat beskal bila tamat kayuhan no kecik tu di potong dan di kumpulkan utk cabutan no bertuah.. yg bertuah je lah yg dapat hadiah.. hehe.


Ini pulak t shirt yg di buat khas utk program FIT MALAYSIA ni.. sebelum tu ada kawan tanya dapat t shirt tak masa ambil plate.. saya cakap ada lah dan tunjuk lah t shirt ni.. hehe.. tapi tak cakap la t shirt ni free ke kena beli hehe.. 


Kami memang datang awal ke sini. Di Taman rekreasi bukit Beringin Masjid Tanah. Solat di Masjid Londang tak jauh dari tempat ni. Satu nak puji orang kg Londang ni Masjid hampir penuh masa solat subuh berjamaah.. 


Ini lah rakan kayuhan saya. Ezuan tu memang selalu sama la.. ada abah ada lah Ezuan .. tapi kadang2 ada Ezuan tak semestinya ada abah hehe


Kat belakang tu sebahagian peserta yg beribu2 tu. Kata penganjur ada dalam 2000 yg hadir.. tapi kena tolak bslik kawan yg tak jadi datang tu.. kol 6.00 mesej baru bangun tidu.. tak sempat dah nak pecut dari KL ke Masjid Tanah. 


Ini lah logo FIT MSLAYSIA  walau di negeri mana pun di anjurkan logo yg sama akan di gunakan . Kat tshirt juga di cetak benda yg sama.


Penuh sesak kat depan tu bila menteri belia dan sukan sampai. Ingat nak selfie dengan dia tapi malas la nak menyelitkan diri. KJ juga datang utk berkayuh.. nak follow rapat pun tak mampu. 


Cer teka di mana saya .. hehe


Kayuhan 30kn ni melalui beberapa tempat.. yg saya ingat dari masjid tanah ke Pengkalan balak Kuala Sg Baru londang dan balik ke pusat rekreasi . Mongah juga la. 


Dua gambar kayuhan kat atas tu si Azuan yg tangkapkan.. ehh dah macsm polis pulak main tangkap2.


Ini lah dia Azuan .. jangan pulak keliru dengan Ezuan . Bila nampak tempat tu cantik dan sesuai utk berselfie kami stop la.. yg laju dah jauh ke depan . Kami kayuh santai je la.


lagi gambar bersama azuan 


Bergambar di atas batu. kalau ada pen boleh juga tulis nama atas baru.. hehe


Sakan berselfie


Lagi lagi selfie..


Bila nampak papan tanda ni tetiba dapat idea nak merakan lokasi 


Akhirnya sampai juga ke garisan penamat.. alhamdulilah dah tamat baru dapat medal Cantik katanya.. bertambah lagii koleksi medal kayuhan 


Bersama rakan kayuhan yg lain. 


Malang nya no yg cantik ni tak bertuah tapi itu bukan matlamat nya.. cabutan no bertuah 


Kena respek dengan abang Din ni. Dia bukan saja berkayuh dalam program2 macam ni tapi selalu juga touring dari bandar ke bandar di luar Malaysia. 


Tak sabar tunggu kayuhan bermula


Program ini juga mendapat liputan akhbar. Terima kasih kerana sudi membaca.. 

THE END. 

Monday, April 4, 2016

Putrajaya bridge night ride

Assalamualaikum..

Alhamdulilah.. zino dan rakan sukan berbasikal berjaya menyertai dan menghabiskan kayuhan sejauh 20km dalam program putrajaya bridge night ride.

Kayuhan bermula dari istana kehakiman dan berakhir juga.di tempat yg sama. Urusan pendaftaran dan bayaran yuran penyertaan di urus oleh Ezuan.. abah tau kayuh je.. pada peringkat awal wan kata dia tak sempat nak bayar so nama kami tak ada dalam senarai. Kuciwa sekejap hehe.


Sukan berbasikal mempunyai ramsi peminat. Baik kayuh siang mau pun malam penyertaan sangat menggalakkan . Penyertaan datang dati jauh dan dekat.

Ada yg datang seca individu dan tamai juga yg datang secara berkumpulan mengikut kelab kayuhan masing masing.. abah tak join mana2 kelab lagi so kayuh la sensorang hehe

Tapi abah bukan ke saorangan biasa nya ada kawan kawan yg berkayuh sama . Ezuan dah jadi rakan kayuhan tetap (di permulaan je la.. sekejap lagi dia berdesup ke depan hehe) 


Ini rakan sekayuhan tapi tak jumpa pun mlm tu.. jumpa gambar dalam group whatapps je.. jangan mare ya.. hehe

Kayuhan melalui beberapa jambatan yg bsnyak di putrajaya ni . Tapi saya tak berhenti pun utk tangkap gambar.. asyik berkayuh lupa nak singgah.. lagi pun gelap nak berselfie.. hehe.

Pitstop di PICC.. tak sangka saya boleh kayuh naik bukit ke lobby PICC tu agaknya sebab malam tak perasan bukit tu tinggi. Ramai yg turun tolak beskal.. bila saya kayuh pelan2 tetiba dah sampai puncak.. ezuan kata satu pencapaian.. kalau dulu banyak tolak dari kayuh bila jumpa busut atau bukit hehe

Sempat juga ber selfie di atas bukit ni.. rakan kayuhan lain tak nampak batang hidung hehe.. dalam ramai2 tu mcm mana nak cari. Katanya ada 2000 penyertaan.. !!!

Selepas berehat sebentar kayuhan di teruskan ke garisan penamat.. bila nampak gerbang start/finish tu lega.. tamat juga akhirnya.. kayuhan malam ni di anjurkan setiap tahun dan ini kali pertama zino sertai.. newbie la katakan. 

Zino bukan yg pertama yg sampai dah berduyun2 kat depan tu.. tapi bukan juga yg terakhir.. berduyun2 lagi kat belakang tu... memula dulu ya.. zino berada dalam kelompok akhir nya sampai... sekarang ni improved sikit la.. 

Alhamdulilah dapat pingat emas.. besar dan berat pingat nya.. bertambah koleksi..


Malam ni teruja dapat berjumpa dan bergambar dengan jaguh dari Jelebu.. bajupun ada cop Jelebu.. jauh2 datang nak kayuh bersama.. (tapi tak jumpa dah selesai baru jumpa) dan ini firstime jumpa pun. Terima kasih azuan sudi cari abah dalam ribuan peserta mlm tu.
 

Sorang lagi rakan kayuhan yg sentiasa bagi galakan dorongan peransang dan tunjuk ajar ialah Riz Ardy.. setiap kali cuti mesti dia akan atur kayuhan santai sebagai latihan dan persediaan. Tapi tak semua kayuhan dapat ikut sama.. sebab dia juga anjur kayuhan paranormal. Hehe..


Wah !!! sempat juga berselfie atas jambatan ya Suzrin hehe

Macam cantik je gambar ni kan hehe
Ok ini gambar last.. kalau ada gambar dari jurukamera professional nanti boleh la di tambah.. 

Tq kerana sudi membaca.. ehhh ada ke yg baca?  Hehe


Monday, March 21, 2016

Drama hari ini.

Assalamualaikum....

Alhamdulilah .. syukur kepada mu ya Allah kerana mempermudahkan perjalanan kami ke Muar hari ini.

Sebelum ke muar tadi kakak nak singgah TECSO nak beli barang katanya.. kesempatan itu zino guna utk cari susu dan botol utk kitten (si comel dan so Comot)..yg kekurangan kasih sayang..  lebih kurang 1/2 jam berurusan di situ..

Sebaik saja zino masuk ke kereta utk memulakan perjalanan perasan temperature.. melebihi had normal malah hampir ke hujung.. ya Allah..!! something is very wrong.. mungkin radiator fan rosak mungkin thermostart yg rosak atau mungkin ada leaking pada air radiator..

Nak ke workshop hari minggu ni kedai tutup.. so buat keputusan balik terus ke rumah tukar kereta. Bila berjalan temperature turun balik ke normal. Mungkin sah radiator fan tak berpusing ni. Punggah semula semua barang dari UNSER  pindah kan ke PREVE.. yg mana mustahak bawa dulu yg lain tinggal dulu nanti hantar kemudian... susun punya susun hampir semua boleh sumbat dlm preve kecuali kipas berdiri.

Unser tu tinggal dulu esok lusa baru hantar wokshop atau minta fomen datang ambil kat rumah . Lepas tu baru teruskan perjalanan. Tapi tak direct ke Muar singgah dulu kg kakak jumpa atuk dengan uwan. Kemudian lencong pulak ke trendak utk hand delivery Saree yg kawan order. Special kan ? Hehe. 

Sampai ke rumah sewa kakak dah jam 6.30 ptg. Tapi kawan dia semua tak ada tengah shopping di GAINT bergegas pulak mencari masjid utk solat asar. Kemudian pegi tinjau kolej manipal tempat kakak belajar nanti.. tak berapa jauh dari tempat sewa. Kemudian nak tinjau juga sekolah Along dulu. Di Tanjung Agas. Dekat juga dari kolej kakak.

Hari pun dah gelap dan saya pun dah tak ingat jln jln dalam bandar tu.. akhir nya kami singgah je mana2 gerai utk dinner. Selepas hantar kakak kami pun pulang semula ke KL. Dari AMJ saya nampak satu arror ke PLUS terus je follow.. ingatkan ke air keroh rupanya ke JASIN .. tak kisah la perjalanan pun lancar..

Akhirnya sampai ke KL.. jam 11.30 mlm..  Alhamdulilah perjalanan lancar. Trafik pun lancar. Minggu depan ke Muar lagi..

Sunday, March 13, 2016

Kayuhan amal dan sihat 6 UKM Putrajaya UKM

Assalamualaikum..

Sekali lagi zino menyertai program kayuhan . Kali ni di anjurkan oleh UKM dan Perbadanan Putrajaya. Bermula si UKM dan berakhir juga di UKM.  Katanya Kayuhan Amal dan Sihat..


Malam sebelum event tu dah standby dah esok nak pakai baju apa.. tak ada lah tercari cari lagi.. macam banyak na baju nya hehe


Ini je rakan yg ikut serta kayuhan ni
Yg lain tu nak tunggu event yg besar kot..


Sekali terjumpa kawan zino yg bertugas sebagai pensyarah di UKM dia ni sama belajar di UTM dulu.. muka je yg tak berubah rubah masih macam student.. tapi dah pangkat besar di UKM tu Professor lagi.. hehe.


Sebenar nya dia juga yg flag off kami semasa permulaan kayuhan


Kayuh dari UKM ke Putrajaya dan balik ke UKM.. ada lah dalam jarak 30 km.. tapi perjalanan agak mencabar ada pendakian bukit yg panjang.. ini kira nya berehat selepas pendakian dan tunggu rakan rakan yg selow..macam la zino ni pecut laju kan hehe


Prorider mesti la tak sabar nak berkayuh lagi.. asyik kena stop je bila nak.habis... pro yg cakap la.. penganjur kata tunggu dulu sampai semua peserta berkumpul semula. 


Ini dah sampai Putrajaya tapi belum sampai garisan penamat. Kena behenti sekali lagi.. bergabung dengan pengayuh dari putrajaya..


Wah!!! macam event powerman pulak. Sebenarnya powerman tu esok hari nya . Nak join tak sanggup sebab tak cukup power. Melibatkan larian kayuh basikal dan lari semula... tak sanggup den tapi kata nya 3000 penyertaan dari dalam dan luar negara 


Sampai di putrajaya berjumpa pulak dengan geng zino di sama . Dia pulak menguruskan sambutan ketibaan kami. Event ini di anjur bersama UKM dengan Perbadanan Putrajaya.


Ini pulak engineer di tempat zino .. jarang jumpa rakan sepejabat masa berkayuh. Selalu dia orang join tapi nak  terserempat tu macam payah je.. tambah lagi bila peserta yg ramai. 


Kayuh sampai malam hehe tak lah ini di sebabkan kamera trick je ni.. sebenarnay tengah panas terik.


Beskal pun nak rehat


Aksi yg tak boleh bla.. hehe
Macam best je kan hehe


Yg ni masa kayuh balik kena pendakian satu bukit yang panjang.. mencabar sungguh.. jalan dah le sibuk kenderaan banyak.. nak kena share pulak dengan pengayuh amatur.. hehe


Akhirnya sampai kegarisan penamat dan dapat medal. Tahniah kepada diri sendiri dan rakan rakan yg lain..


Ini apa kes ni hehe nak cerita juga la kan sikit pun jadi lah...lepas kayuh ada seorang rakan yg datang nak "date " dengan zino hehe.. dia nak belanja zino makan so kami pun pegi lah makan.. tinggalkan rakan lain di sana utk cabutan no bertuah.. saya dah kira bertuah la ada orang belanja..


alamak paparazzi dah tangkap gambar hehe siapa kenal ? Yg empunya diri tu tau lah siapa kan .. dan yg kenal dia pun tau yg lain lain tu buat2 tau je lah.. tak perlu la nak cerita semua kan hehe. Terima je sebab belanja zino.. lain kali cendul pulak ya hehe

Tamat