Sunday, October 23, 2016

gulai omak den..

assalamualaikum..

Dah beberapa kali mem sebut nak makan di gerai omak den.. memula tanya waze dia arah ke Danau Kota.. den nak cari yg lain.. tapi akhirnya jumpa juga nun jauh di labu bertampiran taman enstak.

nama kedai gulai omak den kok omak den punyo tentu makan free..


kalau dari kl agak jauh juga la nak sampai ke gerai ni. on the way balik kg tadi ikut hiway kluar nilai .. lepas tu ijut ye apa kata waze.. dia suruh belok kiri den ikut belok kanan den ikut akhirnya jumpo juga la.. 



apo lai oder gulai daging salai gulai ayam kampong sayur kangkong  telo dadar dan cendol.. 

dalam perjalanan tu mesej dak iyra ajsk join sekali dari tempat dio dokek yo ghupo e.. 5 minit dah sampai hehe

nak kata sedap ke tak saya tangguh dulu. tunggu sampai dak iyra test makan kek nelayan Seremban baru saya bagi preview.. sebelum ni saya test makan kat Bangi.. tapi komen saya belum cukup negeri lagi masakan dia..

TAPI MASAKAN TERBAIK TOTAP MASAKAN OMAK DEN KEK KAMPONG.. 

selesai makan saya terus balik kampong.. kakak nak jumpa uwan dan atuk sebelum hantar dia balik Muar.. 






ini lah rumah ku syurga ku.. tempat tumpah darah ku.. rumah pusaka nenek moyang yg telah berusia ratusan tahun.. rumah yg penuh ukiran seni yg menarik.. rumah yg mempunyai sejarah tersendiri.

selesai minam petang kami hantar kakak balik ke Muar . Atuk dan Uwan pun ikut nak tengok rumah kakak katanya . nak naik kereta baru kata nya hehe alhamdulilah dapat mengumbirakan ayah dan bonda petang ni.. tak sempat ronda muar pun .. sekejap di rumah sewa kakak ayah dah ajak balik hehe . penat tu duduk je dalam kereta.. lain kali pegi lagi bermalam sekali kat sana. 

sekarang zino dah ada kat KL.. esok dah nak kerja..
 

Sunday, October 16, 2016

langkawi...

assalamualaikum...

sekali lagi zino menjejak kaki ke Langkawi.. tapi kali ni utk urusan kerja bersama beberapa pegawai lain.. bak kata orang dulu dulu sambil menyelam minum air.. sambil bekerja sambil meronda di sekitar Langkawi..

saya rasa bertuah dan berterima kasih bila seorang rakan FB bersedia menjadi pemandu pelancong (bidan terjun) semasa zino berada di Langkawi.. Rose Baiduri mengusahakan homestay di Langkawi ..( lupa lak nama homestay nya ) .dua hari Baiduri menjemput dan menghantar saya ke hotel walaupun dalam masa yg sama sibuk mengurus tetamu yg menginap di homestay nya..

kepada yg bercadang ke Langkawi dan pening nak  cari cari tempat penginapan boleh la contact Baiduri utk mendapat perhikmatan yg terbaik... contact Pn Aniey 0135173728..

saya berkesempatam utk melawat beberapa tempat menarik di langkawi tetapi tak mau mengambil banyak masa kerana baiduri ada urusan di homestay nya.. 

sempat la cari sedikit coklat.. orang kata datang langkawi  tak beli coklat macam tak datang Langkawi je lah.. jalan2 di cablecar (tapi tak naik )  ke Tanjung rhu pantai yg sangat cantik , pantai cenang dan menikmati laksa ikan sekoq yg di sebut kawan kawan sebelum ni....

ada banyak tempat menarik yg masih belum di teroka.. ada banyak produk pelancongan menarik di Langkawi ni.. tapi bila jalan sensorang ni mcm tak best nak meronda... nanti lah lsin kali datang lagi dengsn famili.. tempat kami menginap ni pun mempunyai cerita tersendiri .. terletak di pinggir hutan.. dengan chalet kayu yg menarik di bina tanpa mengubah alam sekitar. chalet di bina kawasan lembah atau lereng bukit.. nak sampai ke chalet perlu menaiki buggy. atau kalau yg gagah nak berjalan pun boleh.. bersedia utk.mendaki dan jln yg berliku.

di sekitar chalet ini juga terdapat kehidupan alam semula jadi yg menjadi sebahagian produk pelancongan.. monyet2 berkeliaran .. petang2 segerombolan monyet datang bertandang ke chalet saya.. meninjau2 dari beranda dan tingkap.. hehe.. bermacam2 bunyi boleh di dengar di hutan berhampiran. dan ada yg melihat binatang yg telah hampir pupus.. iaitu kubung.. saya pernah melihat kubung ni semasa kecil dulu . kepada yg tak berapa berani akan berasa seram duduk di sini.. 

kata nya hutan di langkawi ini telah berusia jutaan tahun.. ok lah cerita banyak pin tak akan habis.. biar gambar2 ini bercerita...

semasa sampai..

bilik penginapan bangunan kayu..
yg cantik 

salah satu chalet 

di bina tanpa merubah struktur tanah sedia ada..

ini unit tempat zino menginap..

meronda di hari pertama sampai senelum urusan resmi

sempat berjumpa Razman sebelum dia terbang ke Kuala Lumpur utk urusan business..

pemandangan yg cantik.. sejuk dan nyaman 

awal pagi sebelum keluar sarapan sementara menunggu transport 
datang

meronda ke pantai berhampiran..

ada chalet yg di bina di atas air kata nya chalet yg ni lagi mahal..

selfie di sini pulak..

bunga teratai

jalan menuju Tanjung Rhu..

sah la sampai Langkawi kan hehe

ini pantai Tangjung Rhu.. datang pagi tak ada orang la nak jumpa minah saleh berjemur datang petang hehe

landmark pulau lagenda

dah sensorang selfie je lah.. hehe

dari sudut berbeza

ini di pantai cenang..

ada juga lah aktiviti di sini walsupun sebelah pagi..

laksa ikan sekoq..

ngeteh bersama kawan opis..

nama restoren tu.. hehe

Saturday, October 8, 2016

kayuhan hari sukan negara

assalamualaikum...

sekali lagi saya berpeluang menyertai program kayuhan.. kali ni kayuhan hari sukan negara sejauh 40km.. tapi masa pendaftaran letak 120km.. konon nya la.. sebenar nya daftar semata2 nak dapatkan jersey .. nak tambah koleksi.. hanya yg kayuh 120 km je ada jersey.. kayuh 40km. dapat tshirt .. t shirt pun cantik.

katanya hari sukan negara ni berlaku setahun sekali.. minggu pertama ( sabtu)  bulan Oktober... (betul ke fakta ni) dan program yg di anjurkan kementerian belia dan sukan ini berlaku serentak di seluruh negara . di lapurkan seramai 7 juta peserta di seluruh negara menyertai program sukan ini.. dengan perbagai aktiviti sukan di adakan..

ini kali pertama saya join .. hehe  sekolah2 dulu tak ada lah aktif mana bersukan ni.. tetiba dah tua2 ni pulak bergiat cergas... tapi bab kayuh basikal je lah.. ini je sukan yg mampu di ceburi.. yg penting peluh keluar ..badan sihat dan minda cergas..

berkayuh bukan nak kejar podium . berkayuh utk sihat..
let jom kayuh..
kayuh sampai tamat dan
dapat medal... lambat pun tak apa asal tak naik lori.. hehe

ok lah jom tengok gambar..

daftar utk jayuh 120km...
tak caya? 


geng kayuh.. 
sebelum mula berkayuh..


team IKATAN..
hebat2 semua ni... 


ini sebahagian peserta utk 40km..
yg kayuh 120km nun kat depan san hehe

sementara menunggu acara bermula
selfie dulu merakam lokasi


masing masing bersemangat tu..


selfie lagi merakam sebahagian peserta kayuh.. kata nya ada seribu lebih.. 
betul ke? 


sampai pitstop pertama jumpa geng opis.. berkayuh dengan anak.. 
hebat lagi ni..


minuman yg di sediakan.. dari keluarga 100plus juga ni.. guna botol.. jangan baling sepah2 pecah nanti bahaya.. 


bila sampai garisan penamat jumpa geng opis lagi.. rajin dia ni berkayuh.. nak sihat katanya.. 


deretan basikal peserta..
ramai yg sampai awal.. 
maklum la masing2 power.


garisan penamat tu perlu juga 
di rakam kan 


akhir nya berjaya menamatkan kayuhan sejauh 40km dalam masa 2 jam 16 minit..  strava yg cakap 


pro rider kayuh 120 km 


amboi syok nya makan 


jumpa rakan kayuh tak lepas peluang berselfie.. respek pasangan ni selalu kayuh bersama.. 


dah ponek duduk berehat..

basikal pun nak selfie juga biar pun basikal murah je 


bangunan masjid yg cantik... 


dari kamera rakan kayuh 


dari kamera orang sebelah.. 
dia juga selalu berkayuh bersama suami.. 


membentang plan kayuhan di masa depan 


katanya rakaman utk majallah pihak penganjur..

telah di ubahsuai

tammat