Tuesday, January 3, 2017

Back Pack ke Bandung.. Episod 4 ke Tangkuban perahu lagi

Assalamualaikum..

1.0 Selesai lawatan ke FARM HOUSE SUSU LEMBANG kami meneruskan pendakian utk ke TANGKUBAN PERAHU.. kata nya dari jauh gunung ni kelihatan macam perahu terbalik .. dulu dah pernah sampai sini tapi pergi juga la sebab salah sorang kawan kami belum pernah ke sana.. Nak masuk kena bayar , kalau dulu murah je tapi sekarang ni kena bayar mahal.. sorang 300,000 !!. Tempat ni telah di swastakan di uruskan oleh satu syarikat.. maka fee masuk pun berlipat ganda.. walau pun mahal sikit pun tak menghalang pengunjung naik kesana.. utk orang tempatan murah lagi kot.. 

2.0 Kawah gunung berapi ni kata nya masih aktif.. masa kunjungan yg dulu bau belerang gunung berapi tu sangat kuat dan di kawah tu tu berasap. beberapa bulan lepas kami melawat gunung berapi tu memuntahkan debu sehingga kawasan tu di tutup utk semua pelancong.. tapi kali ni tak nampak seketul asap pun.. tengah tidu la tu.. 

3.0 Kat Indonesia ni memang banyak gunung berapi yg aktif dan yg tidak aktif . Tangkuban perahu salah satu gunung berapi yg boleh di kunjungi dan menjadi daya tarikan pelancong dalam dan luar.. apa tak nya nak naik ke atas tu kena keluar awal2.. kalau tak gerenti sangkut dalam trafik jem yg panjang. Naik kereta boleh sampai terus kat atas tu naik bas kena transit di satu kawasan yg di sediakan bas tak lepas .. kalau lepas pun tak boleh nak u-turn turun.. 

4.0 Ketinggian Tangkuban perahu ni lebih kurang Genting Highland kot.. dulu saya pernah cerita pasal ni.. tak sempat google.. hehe udara atas tu nyaman kadang kala berkabus sehingga pemandangan terhad. Bila ada pengunjung ramai la yg berniaga dan perlabagai jenis barang cenderahati di jual.. terpulang la kepada pengunjung nak beli ada sebagai kenang2an naik ke sini. yg heran nya kali ni tak ada lagi peniaga yg mengekor kami dengan memujuk rayu kami membeli. mungkin management baru tak benarkan. so mereka hanya dekat utk berbaik2 dengan kami, offer nak tolong tangkapkan gambar dan sebagainya.. selesa la sikit nak bergerak.. kalau tak kemana pergi ada yg mengekor.. ayat yg masih saya ingat dulu.. "pecah teloq" konon nya kami ni lah pelanggan pertama dia .. 

5.0 ok lah kita bercerita dengan gambar2 la pulak.. hehe.. 

kawah gunung berapi.. 
yg katanya masih aktif..

gerai2 peniaga.. 
nun di hujung sana 

sebahagian pelancong.. 

pemandangan dari tempat tinggi 
berpeluh mendaki..

katanya ada yg degil turun 
ke kawasan kawah...


kawasan lapang yg terhad utk menampong pengunjung yg ramai 

lanskap yg cantik ciptaan 
Yang Maha Berkuasa 

lereng gunung 

Merakam ketika di tempat tinggi


sayup2 nampak kat bawah tu..


ada tangga sape yg bercadang 
nak panjat ke atas tu.. 


peace yo.. hehe


jualan ni kat tepi jln 


macam2 ada..


gerai berderet mengamit2 pelancong.. 


makanan pun ada


seronok berjalan di lorong ni.. 


pandang kiri pandang kanan 
bekenan stop tawar menawar dan beli.. 


yg ni special kayu yg tersedia design 
tinggal nak di bentuk je..


sebahagian hasil kerja tangan 


antara produk yg terhasil.. 




firstime jumpa teh botol ni kat Bandung la.. 
tapi katanya dah ada kat KL 
betul ke? 



berderet2..


sempat singgah minum teh halia.. 
sebelum balik.. ehh tak tangkap 
gambar pulak 


kuda pun ada.. budak seronok la 


mak budak pun naik hehe




ini gambar selfie.. 
DSLR tak boleh selfie hehe


berselfie dari puncak..



lagi2 selfie


tak ada monopod nak hujuq panjang lagi hehe


nak naik sini lagi ke lepas ni ? 
entah la.. tapi di akui Tangkuban perahu satu produk pelancongan yg mesti lawat.. 


bersambung.. 

Sunday, January 1, 2017

Back pack ke Bandung.. episod 3

assalamualaikum...

1.0 Saperti di janjikan jam 7.00 pagi kami turun ke lobby menunggu supir utk membawa kami ke distinasi yg telah di rencanakan . kami menggunakan khidmat supir dari PRIMKOP HUSEIN S . Nama Pak Supir nya Saiful.. 0853 2091 6392.. perkhidmatanya memang terbaik.. promo sikit hehe

2.0.. lepas ini cerita nya bergambar..

selfie dulu sebelum keluar dari 
golden flower..

dalam perjalanan ke distinasi pertama  ramai jumpa penunggang basikal berkayuh menuju distinasi sama.. sepanjang perjalanan naik bukit... hebat nya.. 

ini lah supir nya nama Saiful.. orang nya baik berbudi bahasa tinggi dan sepanjang perjalanan memberikan infomasi utk kami pelancong.
yg best tu pakai baju JDT.. hehe 
katanya hadiah dari pelanggan nya sebelum ini..

abah duduk depan senang nsk tempak gambar dulu orang lagi santai kat belakang.. 

sebelum meneruskan perjalanan singgah dulu di FARM HOUSE.. nsk masuk.kena bayar 20,000 seorang.. dan baucer bayaran boleh tukar dengan susu lembang..

nampak tempat menarik terus berselfie.. taman yg di bina cantik dengan ada air terjun sekali.. 

ada gaya seorang pelancong tegar tak hehe

tertarik dengan lansksp yg menghunakan bongkah akar pokok yg di jadikan pagar sepanjang laluan.. simple dan cantik. tak perlu bina yg mahal2 utk kelihatan menarik.. 

alamak kena kandid semasa menembak sasaran.. hehe

tertarik dengan tempat ini.. mangga yg di kunci di pagar atau railing di laluan dalam kawasan taman ini. memula blurr juga apakah motif.. ? adakah semata hiasan atau ada alasan lain.
 kemudian terlihat satu couple sedang mencari spot utk meletakkan mangga yg telah bertulis....

oo baru faham pelanggan membeli kunci di kedai cenderahati bersebelahan dengan tertulis sesuatu di atas nya dan kemudian menguncinyabdi mana2 pot di tempat yg telah di sediakan.. so boleh bayangkan dah beribu2 pengunjubg yg datang berbuat demikian.. 

boleh kira sendiri berapa banyak kunci yg telah di lock di tempat yg di sefiakan
kalsu mangga gate rumah banyak macam ni nangis nsk membuka nya.. hehe.

gambar ini masih di tempat yg sama tapi di pengguhung railing tempat kunci.

agaknya ku kunci hati mu di sini.. hehe

ada rumah hobbit kata nya .. bolehblihat tak boleh masuk.. so berselfie je lah.. kalau masuk pun terantuk kepala kot.. 

tempat ini berada di tanah tinggi cuaca sangat nyaman. melihat rumah ini teringat bukit tinggi.. 

ada pulak yg interframe kat belakang
hehe 

ada taman yg cantik.. 

ini lah tempat nya farm house

bersambung 

back pack ke bandung .... episod 2

assalamualaikum...
kita sambung kisah semalam....

1.0 Sebaik tiba di stesyen Gambir sebelum bertolak ke Bandung kami dah siap2 tukar ke simkad Indon. Komunikasi amat penting. sama ada utk mendapatkan informasi , update dan berhubung dengan yg tersayang yg tinggal (tak nak ikut.. tak yah la ikut hehe) dan update di media sosial hehe.. penting tu..

2.0 Sebaik tiba Di Bandung buka google utk menentukan di mana lokasi hotel dan kemana arah nak di tuju. nak berjalan atau naik taxi. ok.. lebih kurang 2km je jom jalan kaki..

3.0 Setelah berjalan beberapa minit kami lalu di pasar baru.. ooo area sini ke pasar baru ni saya dah pernah sampai dulu.. semasa holiday bersama famili masa tu dengan zero knowledge pasal Bandung . main booking je nasib bsik ezuan bantu carikan supir dan hotel hehe.

4.0 kali ni menginap di hotel golden flower tak jauh dari pasar baru dan masjid besar di bandung ni ( lupa nama) . lepas berehat konon nya nak cari makan malam di pasar baru. bila sampai area tu gerai gerai niaga di sepanjang jalan petang tadi dah lengang.. pasar baru pun tutup.. ahh sudah tak berniaga sampai malam ke dia orang ?  kemana nak makan ni..

5.0 google map sangat membantu . cari cari kami dapat locate beberapa tempat makan yg di tunjuk pakcik google. semak pulak satu satu ada ke yg buka sampai malam. baik betul pakcik google ni apa je tanya dia jawab. last last kami decide utk ke mamadesari . minta pakcik google  tunjukkan jalan. restoren ni terletak di seberang laluan keretapi. kena menyeberang menaikki jejantas usang yg dah berlubang2 .. suspen betul.. jejantas mcm ni kalau masih ujud di KL siang mlm dbkl kena hentam.. hehe

6.0 Sambil2  berjalan tu ezuan sempat mencari supir dan merencana program utk esok nya.. ini yg best jalan dengan ezuan ni information di hujung jari.. supir yg kami cari ni baru pun baru firstime nak guna. kat sini mudah nak dapat khidmat supir.. oder je.. betul ke wan? hehe

7.0 akhirnya jumpa restoren yg di cari terletak di tingkat satu. di bawah tu ada jual mcm2 benda makan . kek ada roti ada coklat ada mainan pun ada . hehe. belek2 menu tertarik dengan satu menu ni... nanti tengok gambar tu ya. hehe..

memulakan perjalanan mencari hotel

guna backpack mudah nak bergerak sempat lagi nsk update status sambil berjalan hehe.. 

wah teruja nampak katil.. nak melepas lelah berjalan..

lepas mandi dan solat belunjur dulu sekejap sementara tunggu nak cari dinner.

seram pulak lorong hotel ni.. panjang dan muram hehe 

sekali jumpa menu ni.. nasi betutu..
 try la 

dah le menggunung jadi nya hehe.. nampak mcm boleh habis tapibakhir nya tak habis juga nasi tu..


esok kami telah program ke beberspa tempat sempat ke pergi semua nya? segala2 nya akan terjawab esok.. 

bersambung....