Monday, March 23, 2020

covid19 cronology kes JANUARI.

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

23 Januari

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) terima laporan tiga kes (dua di Sabah dan satu di Selangor) disyaki dijangkiti coronavirus 2019 (2019-nCoV).

- KKM sahkan kes di Sabah negatif.

24 Januari

KKM maklumkan lapan kontak rapat kepada kes pertama 2019-nCoV di Singapura berada di Johor Bahru dan dikuarantin.

25 Januari

-Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, sahkan kes pertama 2019-nCoV babitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari.

- KKM nasihatkan jangan melancong ke China jika tiada keperluan.

26 Januari

-KKM rancang tambah alat imbasan suhu badan di pintu masuk negara.

27 Januari

-KKM mengenal pasti 26 hospital di seluruh negara sebagai langkah kesiapsiagaan bagi mengendali kes disyaki jangkitan 2019-nCoV yang memerlukan pemeriksaan dan rawatan lanjut.

-Kerajaan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta.

28 Januari

-Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah semua masjid di seluruh negara adakan solat hajat.

-Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Pelancongan bagi memantau perkembangan semasa berhubung isu 2019-nCoV.

29 Januari

-KKM sahkan pertambahan tiga kes positif 2019-nCoV, jumlah kumulatif kes positif ialah tujuh.

- Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat tempatan dari Wuhan, China.

30 Januari

- KKM sahkan satu pertambahan kes positif 2019-nCoV dalam kalangan kontak rapat (kes kelapan), jumlah kumulatif kes positif 2019-nCoV ialah lapan.

- Sebuah jawatankuasa khas bagi misi bantuan kemanusiaan membawa pulang rakyat Malaysia dari wilayah Hubei, China diaktifkan susulan penularan jangkitan 2019-nCoV di wilayah itu.

- Jawatankuasa diselaraskan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bersama Kementerian Luar, Kementerian Kesihatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

- Kerajaan Sabah mengambil keputusan menggantung sementara semua penerbangan berjadual dan disewa khas dari China ke Sabah berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak.

31 Januari

- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan coronavirus sebagai darurat kesihatan dunia.

Di petik dari lapuran akhbar berita harian online... utk rekod 


Covid 19 episod 2

23.3.2020
Assalamualaikum

Ini saranan dan cadangan mantan PM , DSN kepada kerajaan PN utk menangai isu covid19 dan kesan ekonomi kepada rakyat .

"Empat perkara yang patut dijadikan keutamaan kerajaan PN:

1. Rangkaian bekalan makanan dan barangan keperluan asas tidak boleh putus.

- ini termasuk topeng muka, sanitizer, PPE, alat bantuan pernafasan dan ubat. Selain mendapat komitmen bekalan dari pengeluar dalam dan luar negara, kita patut galakkan kilang-kilang tempatan untuk meningkatkan pengeluaran barang-barang ini yang banyak bergantung kepada import. 
- Jika krisis dunia bertambah teruk, kita akan mengalami persaingan hebat dan kesukaran untuk mendapati barang-barang ini.  
- Masa itu tiada jaminan kita akan dibekal walaupun kita tawarkan harga lagi tinggi. Sebab itu, kita tidak boleh terlalu bergantung kepada negara-negara lain kerana ada kemugkinan mereka akan mengharamkan eksport jika situasi bertambah teruk.

2. "Get money into the people's hands immediately."

- Bagi menyelematkan ekonomi negara serta menjamin kelangsungan hidup golongan paling terjejas, kerajaan mesti memberi bantuan kewangan yang mencukupi melalui pelbagai cara.
- ini termasuk meningkatkan dan memperluaskan bantuan BR1M, membenarkan pengeluaran dari akaun KWSP serta bantuan kepada mereka yang terpaksa mengambil cuti tanpa gaji atau diberhentikan kerja, peniaga kecil yang terpaksa tutup dan pekerja bergaji harian seperti pemandu Grab dan pemandu teksi.
(Kembalikanlah juga BR1M bujang bagi mereka di bawah umur 40 tahun. Hapuskan dasar tak masuk akal PH untuk hanya bantu bujang berumur 40 tahun ke atas)
- Pada masa ini, kerajaan tidak boleh kedekut lagi. Ini dah jadi matter of survival untuk negara.
- Naikkan lagi peruntukan bagi projek-projek kecil yang boleh dilaksanakan serta-merta. Pastikan proses pemberian projek ini adalah amat cepat dan bayaran untuk projek ini tidak lambat.
- Jika sekadar menurunkan kadar faedah bank berkali-kali seperti yang dilaksanakan oleh rejim gagalkrasi PH pun tak guna. Siapa nak beli kereta, beli rumah atau melabur dalam bisness baru jika Covid belum dapat dikawal dan orang ramai tak ada duit untuk belanja?
- Jika PM ke-7 masih nak putar belit; dan hinakan saya lagi dengan dasar "cash is king" itu pun, saya tak peduli lah. Sebab memang pada masa ini, cash is king kerana putaran wang dalam ekonomi tidak boleh berhenti.

3. Test, test and test. Lepas itu, kuarantin jika perlu.

- kapasiti dan usaha saringan mesti dipertingkatkan. Saya difahamkan bahawa KKM sudah pun merancang untuk meningkatkan jumlah saringan harian dari 3,500 sehari ke lebih 10,000 sehari. 
- Namun, kapasiti ini masih tidak mencukupi kerana 10,000 sehari bermaksud 300,000 ribu orang sebulan sahaja ataupun 1% daripada jumlah penduduk Malaysia
- lebih ramai dan lagi laju kita mampu saring, lagi cepat kita dapat menghalang Covid untuk merebak.
- Suruh atau runding dengan rangkaian perubatan swasta serta syarikat insurans yang mengendalikan MySalam untuk membiayai secara penuh atau berkongsi kos dengan kerajaan untuk memberi ujian percuma kepada mereka yang percaya telah terdedah kepada risiko Covid.  Kos ujian yang perlu ditanggung oleh rakyat sebanyak RM700 seorang tak masuk akal. Bagaimana golongan B40 mampu bayar?
- Ini bukan masa untuk syarikat-syarikat swasta untuk mengaut keuntungan lebihan.

4. Usaha untuk menggalakkan orang ramai yang percaya mereka terdedah kepada risiko Covid untuk menjalani saringan atau dikuarantinkan perlu ditingkatkan dan diperluaskan. 

- Mereka perlu disanjung sebagai hero bila mereka berani tampil ke depan untuk diuji dan dikuarantin. Bukan dihina dan maklumat peribadi mereka ditularkan.
- Jika mereka disahkan pernah ada kontak rapat dengan mereka yang didapati positif Covid, mereka perlu dikuarantikan 14 hari secara mandatori juga walaupun ujian pertama mereka didapati negatif. 
- kerajaan perlu memberi jaminan bahawa sesiapa yang dikehendaki untuk dikuarantin akan dibantu dari segi bekalan makanan atau kewangan dalam tempoh itu.
- Individu-individu yang tahu bahawa mereka pernah ada kontak rapat dengan orang yang disahkan positif juga perlu jujur dan jangan melawat klinik atau swasta untuk dirawat jika mereka jatuh sakit. 
- Sebaliknya, mereka perlu berhubung dengan KKM. KKM akan mengatur rawatan pakar kepada mereka mengikut SOP."

Semoga rakyat Malaysia yg terjejas secara langsung terus mendapat pembelaan dan bantuan sementara kita sama sama menyahut seruan PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN TERHAD. 

Covid 19

CORONOVIRUS 2019
COVID 19
Assalamualaikum..

Penyakit Coronavirus 2019
Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) telah mula dikesan di negara China dengan kes pertama disahkan pada 7 Januari 2020 di Wuhan, Hubei, China. Dalam tempoh tiga (3) minggu seterusnya, kes-kes disahkan di Thailand, Nepal, Amerika Syarikat, Korea Selatan, Singapura, Perancis, Vietnam, Malaysia, Australia, Canada, Cambodia, Sri Lanka dan Jerman. COVID-19 adalah jangkitan pada saluran pernafasan dengan gejala demam, sakit tekak atau kesukaran bernafas dengan sejarah perjalanan ke negara China atau kontak rapat dengan kes. Kes pertama di Malaysia disahkan pada 25 Januari 2020. Sehingga , 17 Februari 2020, sebanyak 22 kes disahkan di Malaysia. Daripada jumlah tersebut sebanyak 9 kes telah sembuh dan discaj dari hospital. Secara global sebanyak 71,329 kes dengan kematian 1,775 kes (2.5%) dilaporkan. Kementerian Kesihatan Malaysia meneruskan program dan akviti kawalan dan pencegahan bagi membendung COVID-19 ini.

Kes covid di Wuhan China telah dapat di kawal tapi kes di seluruh dunia bertambah termasuk Malaysia. Kerajaan Malaysia mula melaksana kan perintah KAWALAN PERGERAKAN TERHAD mulai 18.3.2020 sehingga 31.3.2020 dengan bermatlamat memutuskan rangkaian penularan wabak. 

Semoga berjaya.. 
sumber KKM . 

Tuesday, January 7, 2020

Little Dream Homestay Cameron Highland

Assalamualaikum.. 

Percutian singkat kami ke Cameron Highland berakhir semalam. Plan nak naik CH pun di buat secara ac hoc .. mak hajjah kata nak bawa adik bercuti sementara cuti semester.masih ada dan sementara kakak belum masuk kerja lagi. Hari2 mak hajjah tanya dah book homestay ke belum?? hehe.. 

Abah pun survey la tempat yg sesuai utk stay selama 4 hari 3 malam. Memang banyak hotel atau homestay  di CH ni.. sampai tak tau mana nak pilih.. Dah beberapa kali naik sana dan setiapkali nya pilih tempat yg berlainan. Isu yg selalu jadi masaalah tak ada tempat parking .. atau parking terhad.. setisp kali balik dari jalan2 tercari2 di mana nak parking.

Kali ni abah pilih homestay di Carrington Square..( bila ramai sesuai homestay)  terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang . Yg buat abah tertarik tu sebab pemilik nya melayu.. dan abah rasa tentu yg di benarkan menginap pun mesti orang islam je.. komfiden sikit nak guna barang dapur tu.. Homestay ni ada dua bilik.. terletak di tingkat 4 . Kalau malas nak kluar kat bawah tu ada beberapa kedai makan. kedai dobi layan diri pun ada. Tambah menarik kat depan homestay ni ada pasar malam ( mlm sabtu dan ahad) tapi tak ada la sesak mcm kat pekan Brinchang tu) .. 

Ini bukan lah homestay terbaik yg ada di CH tapi bagi abah dah cukup selesa. nak ke Brinchang dekat nak ke Tanah Rata pun dekat. Parking pun mudah walaupun ada parking basemen tapi kami tak pernah turun sebab masih ada parling absilable depan kondo setiap kali balik. 

ini gambar2 abah ambil srbelum checkout. bila masuk kemas bila kluar  pun abah pastikan juga kemas. 

. SEKIAN.



Sunday, January 5, 2020

IKHWAN DELIGHTS Cameron Highland

Assalamualaikum 

Alhamdulilah... tetiba kami menjadi tetamu VIP Tetuan Ikhwan Delights Cameron Highland. 

Kisah nya macam ni.. 
Selepas turun dari melawat kebun teh BOH Sg Palas.. kami terus keTANAH RATA utk lunch di restoren IKHWAN DELIGHTS. Semasa kami sampai abah tengok ada ramai Jamaah Ikhwan ( dari segi penampilan boleh kenal ) di tempat letak kereta depan restoren. Berderet kereta yg mereka pakir di depan restoren... dan abah pun dapat menyelit pakir di tempat yg sama. 

Kawasan pakir tu berbayar , abah pun beli kupon pakir sebelum naik ke restoren. Semasa abah menggores kupon letak kereta tu sebuah demi sebuah kenderaan IKHWAN ( ada pelekat expedisi apa tak tadi ) keluar mungkin menuju distinasi seterusnya.. 

Kami pun naik ke tingkat satu di mana restoren IKHWAN terletak.. Bila sampai di pintu restoren ada notis TUTUP .. alamak tak ada rezeki la jawab nya.. Bila petugas Ikhwan ( yg tadi turut berada di bawah ) mula naik ke atas abah pun tanya , restoren tutup ke?? dia kata tutup lagi 1/2 jam baru buka.. oo ok.. kami pun decide utk beredar .. tak ada rezeki nak makan situ.. nak kena ke restoren lain la jawab nya . 

Semasa nak turun tangga ada seorang sedang menaikki tangga , dari gaya nya abah agak dia pengurus restoren , sekali lagi abah tanya restoren tutup ke ?.. dia tak terus jawab tapi menjemput kami masuk sambil memeluk bahu abah , macam dia mengajak kawan lama dia masuk.. penuh hormat dan berbudi bahasa kami pun ikut je .. sampai di dalam dia terus bagi tau pekerja dia, KITA BELANJA PAK CIK NI ..  dan terus mempersilakan kami duduk .. allahukbar terkejut abah.. 

Katanya sebenar nya tadi mereka baru saja  lepas menjamu tetamu ( yg baru beredar tadi) dari kumpulan GISB  Holding ISTAMBUL TURKI. Bos kedua dari Turki katanya..  mereka dalam expedisi ke seluruh premis / cawangan IKHWAN di seluruh negara. 

Ada banyak menu di RESTOREN IKHWAN ni.. tapi tadi kami oder menu yg simple2 je maklum lah orang nak belanja tak boleh la nak ngada2 sangat kan hehe . Abah oder nasi goreng kampong, mak oder nasi goreng kerabu, kakak oder nasi goreng cendawan dan adik oder nasi putih dengan tomyam ayam. Semua makan berselera.. nasi goreng abah abis licin hehe bagitu juga ya lain.. sedap dan boleh repeat.. Semasa tunggu oder tu abah contact Pak Latip Talib mana tau Pak Latip kenal pengurus IKHWAN ni.. 

Selepas makan abah berjumpa semula dengan pengurus IKHWAN DELIGHTS Cameron Highland.. Cikgu DAUD utk mengucapkan terima kasih.. dan abah pun ada sebut nama PAK LATIP.. Sebelum abah request utk bergambar , Cikgu Daud sendiri offer utk bergambar dengan abah .. bukan sekeping tapi tiga keping di lokasi yg berbeza... 

Terima kasih daun keladi .. lain kali kami datang lagi...ok jom tengok gambar.. 

ini nasi goreng kampong abah..
ini nasi goreng kerabu mak 
ini nasi goreng cendawan kakak
nasi adik tak tangkap pulak hehe
ini lah CikGu Daud yg baik hati belanja kami makan.. Firstime jumpa macam dah kenal lama.. mesra pelanggan hehe.. Restoren tutup sebab meraikan tetamu dari Turki. 
Selamat maju jaya semua rangkaian restoren GISB HOLDINGS di seluruh duni.. kami pernah singgah lunch di restoren mereka di ISTAMBUL TURKI semasa lawatan kesana dulu.
ini bergambar di luar restoren.. alhamdulilah kami bertuah menjadi tetapi VIP ( yg tak di sangka2) .. rezeki kami petang ni.. 
Mereka juga ada homestay.. 

Akhir kata sekali lagi abah mengucapkan berbanyak terima kasih dengan cikgu Daud yg menjemput kami masuk walaupun masa tu restoren di tutup sementara ( selepas jamuan) dan belanja kami makan.. 

Selamat maju jaya restoren IKHWAN DELIGHTS Cameron Highland dan semua rangkaian IKHWAN di merata negara.. 

Friday, January 3, 2020

POKOK TUMBANG

3hb Jan. 2020 
Assalamualaikum...

Alhamdulilah kami dah selamat sampai ke homestay di CH.. Kami jangkakan perjalanan naik ke sini tentu lah lancar dengan mengambil kira cuti hujung tahun dah habis dan anak anak pun dah masuk sekolah.. so no more JJCM kepada mereka yg bekerja... 

Giliran kami memulakan percutian pendek ke sini.. adik masih bercuti.. cuti sem adik tak sama dengan kolej2 lain.. Tadi pilih utk naik CH ikut Tapak... awal perjalanan lancar.. satelah 1 jam jalan berliku Tetiba dah nak sampai Ringlet pergerakan terhenti.. ehhh apa hal pulak tu . semua kereta berhenti.. !!! ahh sudah. Tunggu je lah..tak tau apa berlaku .. Kelihatan ada beberapa pemandu yg keluar dari kereta .. mesti dah tunggu lama tu... ada seorang sedang berjalan kaki sebelah kereta abah... 

kenapa kat depan tu ? 
ada pokok tumbang ? 
ada orang clearkan ke?? 
tak ada..!! Allahukbar


akhirnya abah pun turun dan berjalan kaki ke depan utk melihat sendiri.. Tak jauh pun dari tempat abah berhenti.. dari jauh kelihatan sebatang pokok besar tumbang melintang di atas jalan ..

Masing masing hanya mampu memerhati.. tak mampu nak nak buat apa.. pokok yg tumbang tu besar.. katanya berlaku lebih kurang 1/2 jam sebelum kami sampai.. depan abah ada lebih kurang 10 biji kereta.. Pokok yg tumbang melibatkan talian TNB dan Telikomunikasi.. ( tapi tak putus ) .. Bantuan belum sampai.. masing masing sibuk merekodkan kejadian.. ( termasuk abah ) 

1/2 jam lepas tu baru TNB sampai.. ya lah bukan nya dekat nak sampai segera .. Kerja kerja memotong pokok yg besar pun bermula menggunakan chainsaw.. JPAM juga datang membantu.. ( 4 chainsaw di gunakan) orang ramai membantu mengalihkan dahan dahan dan batang pokok yg telah di potong . 


Petugas TNB , JPAM bertungkus lumus melakukan kerja kerja pembersihan.. ada juga usaha utk menarik pokok tu ke tepi menggunakan 4×4 .. tapi pokok tak bergerak.. terpaksa di pokok pendek2 dan di golekkan ke tepi.. Lepas satu jam baru laluan clear...

Terima kasih kepada petugas TNB , JPAM yg telah menjalankan tugas dengan cekap dan berjaya memulihkan laluan dengan cepat.. tepat 2.30 ptg kami meneruskan perjalanan... 


Alhamdulilah.... 

Monday, December 30, 2019

Dusun Bandar


Baru baru ni kawan abah ajak kami makan durian di kebun.. memang teruja la.. last makan durian di kebun ni masa kecik2 dulu je.. masa tu kat kg memang banyak pokok durian.. onyang dulu yg tanam utk anak cucu makan.. Bila tiba musim durian masing2 sangat kreatif utk mengutip buah yg gugur.. 

Ada beberapa famili berkongsi pokok durian yg sama.. pat nyo nyo siapa dapat dia punya hehe.. masa tu rajin bangun malam utk cari durian. hantu ke jembalang ke semua takut tengok keberanian kami adik beradik sepupu hehe . kol 3 pagi bangun dengan berpandukan cahaya touchlight sanggup meredah kegelapan malam semata2 mencari durian hehe.. 

Ada yg di jual ada yg makan sendiri.. pendek kata masa tu meriah dengan rezeki durian semua anak cucu cicit onyang dapat merasa durian kampong.. Tapi malang nya pokok durian perlu mengalah atas desakan pembinaan. sebatang demi sebatang di tebang utk membina rumah di kawasan tersebut .. akhirnya tinggal kenangan.

Bila kawan abah cadangkan lepas makan pegi kebun.. tentu la masing2 tak menolak.. lagi pulak dusun terletak di tengah bandar.. siap kami bersolat di bangsal dalam kebun. semuanya mengembalikan nostalgia lalu. Bila balik bercerita dengan mak hajjah.. apa lagi tentu lah dia juga teruja nak makan durian di kebun. hehe

 ada yg beli bawa balik dan ada yg di makan di kebun... sambil2 tu perati pokok durian yg berhampiran.. takut ada buah yang gugur.. mesti lah best makan durian fresh yg baru gugur dari pokok.. 

mak hajjah siap call along .. suruh datang.. cucu kami sorang tu hantu durian hehe.. 

Kepada yg berhajat sila lah datang .. nak location abah boleh bagi.. jangan tangguh lagi takut tinggal kebun je durian dah habis luruh.. tahun depan ada lagi tidak belum tentu.. Tanah dusun ni berpotensi besar utk di bangunkan. Kata nya tuan tanah dah letak harga RM 6 juta utk 4 ekar.. ada brani?? 

pat pat siku lipat
siapa cepat dia dapat...
 

 

Sunday, December 29, 2019

LEMANG TOK' KI

Alhamdulilah...
Akhirnya sampai hajat mak hajjah nak makan lemang Tok'Ki bersama anak cucu. ( walaupun tak semua dapat hadir) .. 
Semasa kami datang berdua sebelum ni ( dah setahun kot) mak hajjah ada sebut nanti nak ajak anak cucu sekali makan lemang. Setiap kali ( macam tu la)  bila makan kat mana mana mesti dia akan sebut kalau anak cucu dia dapat makan sama kan best. 

Pada satu hari tu mak hajjah ada sebut dengan along .. nak makan lemang Tok Ki beramai2.. nak naik kereta ( baru) along hehe.. akhirnya hari ni menjadi kenyataan. 


Bila kami sampai wow penuh dengan peminat lemang... tak ada tempat kosong.. terpaksa lah menunggu sampai ada yg selesai sarapan.. lagipun kami perlu satu meja panjang hehe . Lemang Tok'Ki tidak pernah mengecewakan.. sedap lemak berkrim. hehe rendang pun sedap.. ayam bakar pun enak di makan cicah air sambal yg di sediakan... puas hati lah.. 

Selain lemang ada juga menu lain roti canai tu pun nampak sedap.. ( tak try pulak ) cucu2 makan donut .. dan roti canai.. selain lemang.. 

Abah tengok ramai geng motor yg berkonvoi datang sarapan di sini.. ada tu group tu abah tanya, kata nya dari Sg Buloh datang makan lemang lepas tu nak pergi Tasik Selatan jemputan kenduri kawin.. makkk aii jauh nya lencong sarapan hehe.. dan semaa di hiway tadi pun terserempak dengan satu group motor kuasa tinggi menghala ke tempat yg sama.. ada berpuloh motor besar yg di pandu laju semasa di hiway.. Mesti seronok layan jalan betbukit dan banyak selekoh tu.. seram pulak abah tengok. 

Kepada yg dalam perjalanan ke pantai timur boleh la jadi kan pot ni utk sarapan.. ( orang pantai timur semua dah tau kan) Tapi lemang ni tak boleh makan banyak nanti angin katanya.. tadi ada yg sebut nasi lemak sambal sotong pun sedap.. pendek kata selain lemang ada makanan lain yg boleh di nikmati.. 

SEKIAN..