Saturday, March 28, 2020

Covid 19 RMO hari ke 10

LOCKDOWN 
hari ke 11 28.03.2020

Assalamualaikum..

Pakej rangsangan ekonomi prehatin rakyat yg di tunggu2 telah pun di umumkan semalam . Kata PM tidak ada golongan yg tercicir , yang bekerja yg masih belajar , yang bujang dan yang dah berumah tangga semua mendapat bahagian masing masing.. dengan syarat tertentu.. Rata rata memuji dan merasa lega dengan pengumuman kerajaan .

Tapi walau apa pun yg di lakukan , mesti akan ada suara suara sumbang membantah atau membuat ulasan dan komen ( yg pada pandangan mereka bijak) . 

Matlamat kerajaan hanya satu untk merancakkan ekonomi yg sedang suram akibat isu Covid19 dan membantu meringankan beban rakyat yg terjejas teruk akibat perlaksanaan perintah kawalan terhad ini. Di tambah lagi bila perintah di lanjutkan.

Kerajaan tiada pilihan dan kita juga tiada pilihan. Matlamat perintah kawalan pergerakan ini mesti berjaya... kegagalan bukan pilihan. Kita perlu bersedia dengan apa keadaan sekali pun.. Rantaian penularan mesti di putus kan.. MESTI. 

Setiap hari kita di sajikan dengan lapuran bilangan jangkitan yg meningkat. Setiap hari juga kita di sajikan jumlah kematian yg meningkat.. HANYA KITA BOLEH MENGHENTIKAN NYA dengan izin Allah.. Kerajaan dah mendengar kehendak kita .. kita juga perlu mendengar kehendak kerajaan.. benda yg paling mudah.!!!

DUDUK DI RUMAH
DUDUK DI RUMAH
DUDUK DI RUMAH

Friday, March 27, 2020

Covid19 RMO hari ke 9

LOCKDOWN
Hari ke 10 27.03.2020

Assalamualaikum 
Apa kabar sahabat abah semua.. ?

Sebut pasal sahabat abah ada satu kisah nak share.. baru je abah baca tadi. Dia bukan ( belum lagi) jadi sahabat abah , tapi abah terjumpa di wall terbuka ( public view) tulisan nya public tu yg  abah boleh baca dan tinggal kan komen. Kisah yg menyanyat hati yg di ceritakan nya mendapat banyak like dan komen..

Posting terkini nya yg abah baca, dia menceritakan tiga orang anak nya pulak telah di sahkan positif covid19. Katanya nya ambulan dah datang menjemput anak anak nya ke hospital utk mendapat rawatan..

abah pun scroll apa berlaku sebelum nya.. rupa rupanya isterinya telah terlebih dahulu di sahkan positif dan sedang di rawat. Katanya kesihatan isterinya bertambah baik dan hari hari mereka dah boleh berhubong melalui video call.. 

Dan kini katanya dia kesaorangan di rumah apabila anak2 nya pulak di bawa ke hospital utk mendapatkan rawatan.. dia tunjuk persiapan utk memasak terbengkalai agaknya dia anak2 nya sedang buat persispan nak bila bila anak2 nya di jemput ambulan 😭😭😭 

abah scroll lagi...

Abah baca kisah dia menulis luahan hati nya tidak berpuas hati atau terkilan dengan setengah2 komen yang di terima semasa mereka sekeluarga masih di kurentin dan menunggu keputusan saringan. Sepatut nya dalam keadaan demikian kita memberi sokongan moral dan mendoakan yg baik baik ( walaupun tidak dapat menghulur bantuan) tetapi kata nya ada di antara mereka bertanya perkara2 yg sangat menyentuh jiwa raga.. tambah2 lagi dalam keadaan dia dan keluarga sangat risau dan susah hati. ketika itu dia sangat sensitif.

Memang sedih bila keadaan ini berlaku.. dia berkongsi maklumat dan perkabaran dan meluahkan perasaan berhadapan dengan situasi yg sangat mencabar .. tapi yg respond langsung tidak sensitif dengan soalan dan komen komen yg boleh menyinggong perasaan orang.. 

Berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul.. semoga dia terus tabah, redha dan sabar. sekarang tinggal kesaorangan di rumah.. isteri dan tiga anak menerima rawatan di hospital.. 😢😢😢

pesan abah ,
Jadilah rakyat Malaysia yg prehatin dan penyayang. Jangan cepat menghukum , jangan semua perkara di jadikan bahan jenaka , jangan di tambah kesedihan yg sedang di tanggong orang lain .. Mari lah kita saling memberi sokongan di antara satu sama lain.. mari lah kita saling mendoakan antara satu dengan lain. 

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah .. amin

Thursday, March 26, 2020

covid 19 kes terkini


Geraf bilangan komulatif kes covid 19 dari hari pertama mula di lapurkan sehingga hari ini. Belum menampakkan berlaku pengurangan .. entah di mana puncak nya dan entah bila...

Perintah kawalan pergerakan terhad dan perhimpunan telah di lanjutkan sehingga 14 04 2020. Bertabahlah rakyat Malaysia..

DUDUK RUMAH
DUDUK RUMAH
DUDUK RUMAH

TOGETHER WE CAN BREAK THE CHAIN . insyaallah. 

Covid 19 RMO hari ke 9

LOCKDOWN
Hari ke 9 26.03.2020

Assalamualaikum ... 
Kehadapan yg di ingati semua sahabat abah di dunia maya dan alam nyata . Semoga anda sekelian berada dalam keadaan sihat sejahtera ada nya. Ada pun abah di sini bersama mak hajjah dan adik juga sihat dan masih bersemangat duduk di rumah. Bagitu juga alhi keluarga lain yang berada di rumah masing2.. 

Sahabat abah semua.

Saperti yang kita semua sedia maklum kerajaan telah pun melanjutkan tempuh perintah kawalan pergerakan terhad selama 14 hari lagi.. bermaana bila habis tempoh perintah yg pertama tanpa berlengah lagi kita meneruskan duduk dirumah sehingga 14 hb April 2020. Usah la gusar usah la marah marah usah la membuat ulasan ulasan yang langsung tidak membina. Bukan hanya anda bukan hanya abah bukan hanya mereka .. malah setiap rakyat terkesan dengan perintah ini. Bersabar lah bertenang lah . Mari kita sama sama hadapi ujian yg getir ini . Mari kita sama sama menjayakan nya. Mari kita sama sama duduk di rumah.

Wahai sahabat abah, 

Kerajaan tentu ada asas yang kukuh mengapa lanjutan ini WAJIB diteruskan. Matlamat perintah ini adalah bertujuan untuk mengelak risiko jangkitan baru virus covid 19. Bila tiada lagi jangkitan maka terputus la rantaian jangkitan virus. Bila tiada jangkitan maka bebas lah Malaysia dari serangan wabak. Penularan dapat di tamatkan. 95 % penduduk telah mematuhi arahan kawalan pergerakan . Syabas rakyat Malaysia yang sanggup bersusah sedikit demi kesejahteraan semua. Baki 5 % bila lagi nak ikut.. Setiap hari kita di sajikan sekian sekian kes baru di lapurkan.. setiap hari juga di lapur pesakit yg berjaya di pulihkan. Dan setiap hari juga berita kematian pesakit di lapurkan. 😭😭😭😭 . 

Sedarlah semua sahabat abah,

Negara CHINA  di mana wabak ini bermula telah pun berjaya melalui tempuh yg sukar ini. Kes jangkitan covid19 berpuloh puloh ribu kali lebih besar dari kita. Jumlah kematian juga beribu kali lebih besar dari kita. Tapi dengan usaha bersungguh sungguh tanpa lelah mereka berjaya keluar dari kemelut yang melanda. Mereka mengguna segala kemudahan yg ada memaksimumkan segala resources yang ada. Negara mereka besar teknologi mereka juga terkini . Kalau tak masakan mereka boleh bina hospital dalam tempuh tak sampai 10 hari. Mereka melaksanakan LOCKDOWN sepenuhnya, tiada rakyat yg boleh keluar dan tiada orang luar boleh masuk. Tentulah banyak kesusahan tapi mereka tiada pilihan. Akhirnya mereka berjaya. 

Ingat lah sahabat aah semua, 

Malaysia tak semewah CHINA.. teknilogi kita juga tidak sehebat mereka. Nak bina hospital kita memerlukan sekurang2nya 3 tahun. Itu pun ada kes pembinaan terbengkalai. Walaupun kerajaan tidak melaksanakan perintah BERKURONG . Walaupun tiada LOCKDOWN marilah kita sama sama patuhi perintah larangan ini. MISSION KITA MESTI BERJAYA , jangkitan baru perlu di kekang. Virus covid 19 mesti di hapuskan. Memang semua orang mendapat kesusahan memang semua orang terkesan dengan perintah ini. Dan kerajaan prehatin dengan masaalah ini dan berusaha menyediakan perbagai insentif utk meringankan beban kita semua. 

Moga covid berjaya di hapuskan mejelang bulan Ramadan .. semoga Allah mendengar rintihan kita semoga allah menerima taubat kita. Semoga Allah mengkabulkan permintaan kita.. aminn.

Wednesday, March 25, 2020

covid 19 RMO hari ke 8

LOCKDOWN
hari ke 8 25.3.2020

Assalamualaikum...

Hari ni dah masuk hari ke 8 RMO... katanya  pematuhan rakyat Malaysia supaya duduk di rumah mencapai 95%.. Insyaallah angka ini boleh di tingkatkan lagi dengan kerjasama semua pihak.  Pemantauan dan penguatkuasaan yg lebih agresif dari pihak  berkuasa ( polis dan tentera) perlu di tingkatkan terutama di zon merah. 

Taburan kes yg telah di sahkan positif dan sedang menerima rawatan di seluruh Malaysia sehingga t hari semalam ada lah saperti grafik yg di sertakan. Selangor merupakan negeri yg mempunyai kes tertinggi ( 354 ) di ikuti Wilayah Persekutuan (  255 ) Sabah ( 169 ) dan Johor ( 158 ) . Jangkitan virus covid19 di Malaysia adalah rendah berbanding kes di seluruh dunia. ( mudah2an kekal rendah ) table yg di sertakan menunjukan bilangan kes di seluruh dunia yg melebihi 3000. di dahului negara China ( 81,093) 

Dari kajian yg di jalankan oleh pakar pakar perubatan seluruh dunia trend jangkitan kumulatif virus covid19 adalaf saperti geraf.( di sertakan)  Negara China telah melepasi peak jangkitan virus bermakna mereka di peringkat recovery. manakala Korea telah menghampiri peak. Boleh nampak tak kat mana kedudukan Malaysia dalam kajian tersebut. 

Mari lah kita seluroh rakyat Malaysia berganding bahu dalam membentung penularan wabak dan dapat  memutuskan rantaian jangkitan secepat mungkin .  dengan cara yg sangat mudah ..

DUDUK DI RUMAH

Tuesday, March 24, 2020

covid19 RMO hari pertama

18.03.2020 - 31.03.2020 

PERINTAH LARANGAN PERGERAKAN TERHAD DAN PERHIMPUNAN.

Pertama kali dalam sejarah Malaysia (dan banyak negara di dunia) kerajaan melaksanakan perintah LARANGAN PERGERAKAN TERHAD dan Melarang sebarang perhimpunan  kepada semua rakyat Malaysia selama 14 hari bermula 18.03.2020 sehingga 31.03.2020 

Kenapa di larang?? 

Tujuan larangan ini ada lah bagi mengekang penukaran wabak virus covid19 (yg sudah menjadi pademik) dari manusia ke manusia. Virus ini mudah berjangkit  melalui pernafasan dan sentuhan. Maka apabila larangan pergerakan di buat.. masing masing kekal di tempat masing masing ( di rumah) dalam tempuh yg di tetapkan, (dengan harapan) maka tiada kes jangkitan baru akan berlaku. Bila tiada kes berlaku maka rangkaian penularan TERHENTI.. akan akhirnya wabak ini dapat di hapuskan Insyaallah. 

Larangan pergerakan selama dua minggu bukan CUTI2 MALAYSIA selama dua minggu. Jika kita mahu COVID19  dihapuskan segera sama sama lah kita melaksanakan tanggungjawab masing masing utk menghadkan pergerakan dan DUDUK  di rumah jika tiada keperluan utk keluar.

LUPAKAN SENGKETA SEKETIKA..  lupakan sama ada kita sokong atau tidak kerajaan sedia ada.. berhenti dulu bercakaran sesama kita.. ramai yg terjejas ( dari segi ekonomi , sosial dan keagamaan) atas larangan ini. Tiada siapa yg hendak perkara ini berlaku.. Bersatu lah UNTUK KALI INI  jadilah rakyat Malaysia yg cintakan keselamatan dan keamanan . Kita masing2 memainkan peranan.

Gunakan lah tempuh dua minggu ini utk kita memperbanyakan amal ibadat , membaca al Quran , bermunajat kepada Allah.. memohon keampunan dari nya.. entah apa dosa kita semua sehingga ke rumah Allah pun kita dilarang pergi.. 😭😭😭😭 semoga Allah mendengar rintihan kita semoga Allah mengampun kan kita semua.. semoga Allah menarik balik makluk nya covid19 dari seluruh dunia... aminn

covid19 RMO hari ke 3

LOCKDOWN 
hari ke3, 20hb Mac 2020

Abah berjalan2 di seluruh dunia pagi ni ( secara maya) dan melawat beberapa negara2 yg di serang wabak covid19. Keadaan makin membimbangkan .!!!! Kematian akibat covid19 di Itali telah melebihi di CHINA.. Sedangkan di negara china mereka sedang merayakan kejayaan membendung penularan virus di kalangan penduduk tempatan... 

Balik ke Malaysia abah berasa amat sedih dan marah bila ada segelintir rakyat Malaysia memandang remeh, menyusahkan , membebankan , tak masuk akal dan sebagainya arahan kerajaan terhadap LARANGAN PERGERAKAN TERHAD kepada semua penduduk Malaysia bertujuan memutuskan rangkaian penularan virus .

Lebih menyedihkan dan geram bila mereka dengan sengaja berada di tempat2 awam dan tidak mengindahkan arahan pihak polis utk bersurai dan balik ke rumah masing2. Lebih menjengkelkan ada yg sampai bertindak aggresif dengan memukul anggota yg bertugas sehingga akhirnya di tangkap. 

Jika anda tidak sayangkan nyawa itu hak anda .. tapi anda telah menyebabkan kesusahan kepada  orang lain. Pegawai perubatan dan seluruh kakitangan hospital bertungkus lumus menyabung nyawa utk membantu dan merawat demi menyelamatkan nyawa mereka yg telah di jangkiti virus tapi anda memilih utk terus BEBAL BENGAP BENGONG.. 

Hari ni satu sejarah kita umat islam tidak dapat menunaikan solat JUMAAT.  😭😭😭 Satu pengorban yg sangat besar.. Semoga ikhtiar yang kita semua lakukan ini Allah lihat  dan membantu kita memutuskan rangkaian penularan virus dan akhir nya virus dapat di hapuskan.. 

aminnn

covid19 RMO hari ke 4

LOCKDOWN
hari ke 4 , 21.03.2020 

RMO PERLU BERJAYA !! kita tak ada pilihan tempuh 2 minggu ada lah memadai sekiranya semua patut arahan larangan .. 

Rangkaian penularan wabak virus covid19 mesti di PUTUSKAN. Semua rakyat perlu mengambil bahagian.. terutama mereka yang bijak pandai tambah2 lagi bila berada dalam bidang perubatan
Jadilah contoh yang boleh di ikut,  jadi lah model yg boleh menjadi PEDOMAN . Jangan jadi penghalang , jangan besar kepala , jangan bertindak menyombong diri.. seolah2 anda saja yg betul.. 

ARAHAN LARANGAN utk semua tiada pengecualian 

DUDUK DI RUMAH
DUDUK DI RUMAH
DUDUK DI RUMAH

covid 19 hari ke 6

LOCKDOWN
hari ke 6 23.3.2020

homemade sandwich dengan kopi O kosong... ( pahit tapi sedap).. alhamdulilah... rezeki pagi ini. 

Satu abah nak pesan Sudah2 lah tu sebarkan berita palsu.. dan membuat fitnah !!! negara kita akan hancur dan musnah  jika budaya fitnah berlarutan... 

Sedar lah !!!! Dunia dalam krisis yg sangat serious !!! penularan covid 19 perlu di hentikan. mari kita sama sama membantu kerajaan dengan menjayakan perintah KAWALAN PERGERAKAN TERHAD 

STAY AT HOME 
STAY AT HOME
STAY AT HOME

covid 19 RMO hari ke 7

LOCKDOWN
hari ke 7 24.3.2020

Geraf penularan covid19 jauh lebih mendatar berbanding apa yg berlaku di ITALY.. Insyaallah kita sama2 berdoa geraf terus mendatar ( flat ) dan akhir nya tiada lagi kes baru di lapurkan berlaku. 

Apa maknanya ?? bermakna perintah kawalan pergerakan terhad dan larangan berhimpun mula menampakkan hasil nya.. kes baru masih ada tapi tidak naik mendadak macam di Italy.. 

Terima kasih dan syabas kepada semua petugas di barisan hadapan.. para doktor n nurse di hospital2 yg tanpa lelah terus merawat utk menyelamatkan nyawa , para saintis di makmal2 yg tidak putus2 membuat ujuan demi ujian, para anggota keselamatan , polis dan tentera yg membantu mengekang pergerakan yg tidak perlu .. 

Tidak lupa pengorbanan para peniaga yg terpaksa menutup premis masing2. ( kehilangan sumber pendapatan) para majikan yg bersedia membayar gaji penuh pekerja nya walaupun tanpa produktiviti selama dua minggu.. 

Dan terima kasih juga kepada setiap warga Malaysia yg telah memberi kerjasama utk terus berada di kediaman masing2.. sepanjang tempuh LARANGAN ini. TOGETHER WE CAN DO IT.!!! RMO MUST SUCCESS !!! 

Tadi abah baru dapat mesej.. sahabat abah yg di jangkiti virus covid19 beransur pulih di Hospital Sg Buloh. Mudah2an beliau sembuh sepenuh nya tak lama lagi insyaallah.

ps: geraf copy paste dari fb DSN ..