Saturday, January 31, 2009

berbeza pendapat....

perkara ni biasa berlaku .. bukan sepanjang masa kita akan sependapat kan.. bukan setiap waktu kita sekata dalam semua hal.. biar apa bidang sekali pun mesti ada pendapat berbeza.. apa jadi kalau semua kita boleh sependapat dalam semua perkara.. agak nya mesti bosan kan.. tapi dalam soal akidah, dalam soal haram halal dan soal agama seharus nya kita ada kesepakatan...

tapi bukan kisah tu yg nak zino cerita kan.. tapi ini perselihihan pendapat dalam hal yg biasa biasa je.. dan galak kali berlaku pun.. tidak sepakat dalam membuat pilihan.. biasa la kan... kes terbaru baru sebentar tadi.. hehe.. kami ke JJ nak beli dua benda.. satu pakaian utk di hazwan.. satu lagi hadiah utk kawan blog yg kawin esok.. (tapi dah lama senyap dari blogging..) .. zino pulak ambil kesempatan cari sehelai dua pakaian sendiri.. dan mem dengan adik cari sepasang baju dan seluar utk hazwan.. bila mem tunjuk pilihan baju dan seluar yg di ambil.. zino tak berapa pekenan dengan seluar dia tu..fesyen tu rasanya tak sesuai utk adik yg dah membesar tu.. minta mem cari kan yg lain.. sedangkan dia dah terpekenan sangat dengan seluar tu.. so krisis pun bermula hehe.. dia terus letak tak mau cari yg lain dah..alahai hehe.. akhirnya zino yg kena cari seluar adik selepas urusan zino selesai.. dan zino kena kompromi dan setuju dengan baju yg mem pilih hehe.. ambik hati la kan

kemudian pergi pula ke tempat utk membeli hadiah.. sekali lagi pilihan kami berbeza.. zino pekenan yg lain mem pilih yg lain aduhhhh.. kecoh lagi.. hehe.. tau sangat kalau pilihan dia tak tercapai.. jangan le suruh dia pilih lagi .. dia buat don no je lah hehe.. so kena lah guna tektik.. supaya pilihan zino menjadi pilihan dia.. haha.. akhirnya berjaya juga.. dia setuju buat pilihan kedua...(sebenarnya pilihan kedua zino juga.. haha..) kalau tak ada yg monyok je balik nanti....

itu lah keunikan..nya.. perbezaan dan persamaan pendapat atau pilihan akan ujud silih berganti.. kalau berlaku pada anda apa yg anda lakukan ? hehe..kalau adik dia akan guling2 nangis kalau tak dapat apa yg di hajat..hehe..

Friday, January 30, 2009

kisah Arifah..



kami baru balik dari PJ melawat Arifah.. sebenarnya esok Arifah akan ke JB semula selepas balik bercuti ke KL seminggu.. Arifah cuti?? sebenar nya ibu Arifah yg bercuti dia melanjutkan pelajaran di IPTA bahagian pendidikkan.. kabar nya hanya setahun .. teori pun 6 bulan je lagi 6 bulan praktikal.. boleh le nanti minta praktikal di KL..so siapa nak jaga Arifah..

memula along kata dia nak jaga.. siang boleh hantar nursery .. memalam dia nak jaga sorang... tapi rasanya tak berapa sesuai.. Arifah masih baby lagi macam mana along nak handle sorang.. akhir nya Arifah kena duduk dengan atok dan nenek di JB.. Ibu pun belajar di Batu Pahat, Johor.. hujung minggu boleh le balik menjengok dia.. Arifah kena berkorban... along juga berkorban.. ibu Arifah lagi la kena berkorban.. atok dan nenek Arifah pun kena berkorban..

Selamat belajar kak long.. selamat duduk dengan nenek Arifah.. mem dah hint kan nanti kita pergi JB ya hehe.. tapi yg pasti 28hb nanti kami ada jemputan di JB.. geng FUNSER nak menyambut menantu.. kalau ada rezeki dan panjang umur memang nak ke sana nanti.. ada ke orang Blogger JB yg nak jumpa zino ? hehe..

Wednesday, January 28, 2009

rumah usang itu..




Di zaman kegemilangan nya dulu rumah ini di diami oleh pembesar negeri.. mengikut sejarah.. jalan masuk ke kawasan ni asalnya terletak di tepi sawah dan rumah ini berada berhampiran jalan masuk.... tetapi apabila kerajaan membina jalan raya baru.. ianya di bina jauh dari laluan asal..sehingga rumah ini terletak jauh kebelakang.. lama kelamaan jalan asal tidak lagi di lalui orang ramai.. maka tinggal rumah di tepi sawah.. bersendirian.. pembesar negeri membina banglo do atas bukit mengadap jalan .. (rumah yg pernah zino cerita kan..) lalu rumah ini di benarkan utk di duduki oleh pembesar daerah.. bersama sanak sedara yg ada.... dan apabila sedara yg terahir meninggal dunia rumah ini perlu di serah kembali kepada anak cucu pembesar negeri..

Malang nya tiada siapa yg berhajat nak mendudukki rumah ini.. seperti juga rumah besar di atas bukit tiada siapa juga yg berhajat utk menguruskan nya.. dengan pantas rumah ini di mamah usia.. halaman rumah yg satu masa dulu tempat kami bermain menjadi semak samun.. rumah yg dulu sentiasa di kunjungi rakyat jelata sunyi sepi.. muram dan terlalu uzur...hanya menunggu masa utk menyembah bumi.. rumah ini jauh lebih besar dari rumah keluarga zino tu..

sayang seribu kali sayang.. apa kan daya.. bagitu lah lumrah alam.. bila kita di perlukan kita akan di jaga, kita akan di belai, apabila tidak di perlukan lagi.. kita akan di biarkan bagitu saja..... menunggu masa utk terus lenyap dari dunia ini.....

Tuesday, January 27, 2009

Sg Gabai...














tiba tiba je mem buat plan... lepas sembahyang nanti kita pergi.. along masih bersama kami.. angah dah balik malam tadi lagi.. aku tengok dia dah siapkan beg pakaian sepersalinan utk adik .. fizah tertanya tanya .. nak ke mana ni?? entah tanya la emak tu!!.. rupanya tak puas ke Lubuk Petai tu.. tak dapat nak santai.. tak dapat nak rehat2..

ok lah kalau macam tu jom kita cari Sg Gabai.. abah dah pernah pegi ke? along tanya.. belum, kita cari je lah.. abah tau ke kat mana? agak gak tu tau la... jam 3.00 petang kami memulakan pencarian.. ikut jalan arah ke langat.. berpandukan tanda arah yg ada.. sampai pekan bt 18 membelok ke kanan.. betul ke jalan ni? aku bertanya.. betul la ikut arah papan tanda tu.. alang beri kepastian.. aku ni kan rabun nak lihat semua tu hehe..

akhirnya bertemu dengan jalan masuk ke sg gabai.. jalan yg sempit.. beberapa kali bertembung dengan kereta yg mau keluar.. aku tak pernah sampai lagi ke sana.. aku tak boleh nak agak jauh le lagi.. beberapa kali bertanya dengan yg keluar berjalan kaki tu.. jauh lagi kata mereka.... aku terus memandu .. jalan semakin sempit.. di kiri kanan banyak kereta parking.. akhirnya aku nampak gerbang.. selamat datang ke sg gabai.. dah sampai lah agaknya ni.. aku terus masuk parking di satu kawasan di sebelah kiri.. ada papan tanda parking 2.00 .. ok lah kot..

memang meriah .. ramai pengunjung datang.. tua muda ada besar kecik..ada tempatan dan dari luar semua ada.. tok arab pun kelihatan.. aku minta along cari pot sesuai.. kami datang berbekalkan tikar dan pakaian mandi.. tapi tiada bekalan makan.. hehe aku dan mem terus ke gerai berhampiran oder apa yg ada utk mengalas perut.. adik dah tak sabar2 nak mandi.. adik boleh mandi ke bah?? dia pun tak mau pisang berbuah dua kali.. along dapat satu pot di bahagian atas.. tak le tinggi sangat tapi hongeh juga nak mendaki.. kabar nya kat atas sana lagi cantik jom kita tengok??

adik selamba je naik dulu.. kami mengekori dari belakang.. makin lama makin pelahan.. peluh mula mengalir.. semakin perlahan.. adik pun dah mengadu penat.. lutut dah mula gigil hehe.. sampai di satu peringkat berhenti rehat dulu.. aduhh mencabar juga.. tinggi lagi ke dik? aku bertanya seorang anak muda yg laju ke mendaki.. tinggi lagi bang.. cantik ke kat atas tu.. cantik.. jom lah naik lagi.. adik dah tak larat.. along pun dah geleng kepala.. kat mana adik nak mandi ni.. adik dah penat ni??? akhirnya pendakian di batalkan.. kami turun semula adik dah tak sabar nak masuk dalam air.. aku cari pot yg sesuai utk adik..tempat yg mudah aku nak kawal..

adik sorang je mandi.. aku hanya memerhati.. klik sana klik sini... masih dengan kamera talipon aku.. tapi masih boleh merakan peristiwa.. tempat ni memang cantik.. memang sesuai utk bersantai.. aku pasti akan datang lagi.. rasa ini lah kali pertama aku sampai.. along dah plan nak buat barbeque... kalau macam tu kita set lagi nanti.. mem tentu nak pastikan korum penuh lagi.. hehe..

ada sesiapa nak joint kami jom la nanti ya..

sampan wap.....


birthday girl..


makan time..


sebahagian bahan yg menunggu giliran utk di masak..


semua pun masuk ke dalam tu.. hehe


tu je yg zino makan.. hehe caya tak??


yg tinggal bekas kosong je.. licin hehe..


korum lengkap.. semua happy bila perut dah kenyang..


Setiap kali ada birthday mesti ada satu makan besar.. tapi masa birthday fizah hari tu.. korum tak cukup maka makan makan di tangguh kan.. malam tadi bila semua berkumpul kami keluar beramai ramai... fizah nak makan steamboat.. mem kata kat Seremban.... seremban!!!! jauh nya.. akhirnya kami decide ke Titiwangsa..

Konvoi 3 kereta.. bila sampai tempat letak kereta tu penuh terpaksa la selit sana sini utk park.. kat dalam tu pun tengok dah ramai orang.. tapi masih meja kosong.. memang tak buat booking pun.. masing masing enjoy makan.. last kami ke sini 4 atau 5 tahun lepas kot..

seperti biasa gambar2 tu di tangkap sekitar majlis.. biasa la tangkap guna henpon je.. kualiti tidak le bagitu jitu.. rasanya macam dah sampai masa utk sediakan camera yg lebih bagus....

Monday, January 26, 2009

movie time


suasana agak sunyi...kedai pun banyak yg tutup..


gaya si hazwan.. standby baru sejuk.. kot2 la sejuk kan


cantik.. dekorasi cantik.. hiasan dalam cantik..


dua model sedang bergaya..

lagi aksi model berlatar belakang bunga merah..


dalam panggung sebelum movie bermula..


tak kan dah ngantuk kot..


la ini nak tengok wayang ke nak pesta makan makan ni..? hehe


semalam kami keluar menonton wayang yg tertangguh.. kebetulan KL agak lengang maka senang le nak keluar bagus juga tu ramai ramai balik kampong.. sudah utk kami bergerak..hehe.. so mem cadang tengok wayang.. kakak nak tengok cerita bedtime story.. ok lah dia nak tengok dengan kawan2 tak lulus so keluar la dengan mak abah.. ramai juga warga kota yg tak balik kampong rupanya.. dan ramai juga pelancong pak arab berkeliaran..

tempat ni pun first time kami sampai.. sikit punya luas.. tapi rasanya tempat orang yg berwang.. memula bila dengar mem sebut ayat tu macam tempat beruang hehe.. ruang legar nya luas.. design menarik.. kedai kedai nampak mewah.. tak berani nak masuk tengok dari jauh je.. bila selesai menonton jenuh pulak nak mencari kereta.. beberapa kali bertanya pak guard yg juga warga asing.. nasib baik dia paham soalan .. tanya bahasa malaysia dia jawab enggeris..

gambar2 di ambil sebelum waktu tayangan.. kami dah book online.. senang la sikit.. tak payah nak beratur..

Sunday, January 25, 2009

Lubok Petai dan Gunung Datuk..

Dah lama zino berhajat nak menjengok tempat ni.. last sekali zino pergi ke sana masa tingkatan 3 dulu.. kalau dulu nak sampai ke sini kami naik basikal dari kampong, lepas tu letak kat rumah berhampiran sawah dan berjalan kaki sehingga sampai ke kaki gunung Datuk..

Selepas kenduri tadi zino cuba teroka kembali tempat yg penuh nostalgia satu masa dulu.. rupanya dah boleh bawa kereta terus ke kaki gunung, rupanya dah ada chalet di tempat tu.. rupanya sawah padi tak tak ada lagi tapi bertukar kepada ladang kelapa sawit.. jalan masuk kecil bertar tapi boleh di lalui semua jenis kenderaan.. cuma bila nak berselisih dengan kenderaan dari hadapan kena lah bergensot ke tepi.. jalan tu muat2 utk satu kereta saja.. meredah ladang getah dan sawit sebelum sampai ke kaki gunung.. rasanya lebih 20 kenderaan boleh di letak atas bukit sana tu....

melihat batu2 besar tu mengambalikan kisah kisah silam masa sekolah dulu.. ada kisah di sebalik batu hehe.. lama sungguh tak datang ke sana .. air masih jernih tiada tanda2 sudah tercemar.. tapi kenapa tak datang lagi kesana ya?? adik lebih teruja bila melihat air.. nak mandi kata nya tapi kami tak ada persediaan.. tak ada persalinan.. sungguh adik tak puas hati.. hanya sekadar mencelup kaki je...janji lain kali datang lagi.. entah bila lah tu...

kepada yg berhajat nak kesana.. mudah saja.. kalau kita ikut jalan Seremban Tampin, kita akan bertemu tanda arah ke Hutan lipur Gunung Datuk .. sebelum pekan Chengkau, lepas tu ikut je papan tanda menuju kg gadong/mungkal ishaAllah anda tak akan sesat.. mari kita tengok gambar gambar ni..













Saturday, January 24, 2009

permintaan adik



ini adik...dia nak ke rumah mama.. sekejap lagi nak ke sekolah... pasal tu muka dia cembeng je.. hehe

ayat tu adik yg suruh letak.. hehe

kepada semua selamat bercuti dan selamat berehat.. kepada yang balik kampong.. selamat balik kampong... berhati2 di jalan raya .. anda mampu mengubah nya..esok den pun nak balik ada kenduri kawin di ghembau..

Thursday, January 22, 2009

si pemandu teksi










petang tadi zino berpeluang menghadiri satu majlis berkaitan pemandu teksi.. kabarnya pemandu di tawarkan utk memiliki permit individu maka akan terlepas la mereka dari di cekik majikan yang memajakkan teksi kepada pemandu dengan bayaran kecik darah.. pemandu yg bertungkus lumus mencari rezeki tuan punya teksi yg kaya raya..

entah macam mana dulu satu cadangan "bijak" permit di berikan kepada syarikat besar supaya servis perkhidmatan teksi di pertingkatkan ke taraf dunia.. kabar nya cara bagini mereka akan menyediakan pemandu teksi bertaraf dunia.. servis yg bertaraf dunia.. teksi yg cantik juga taraf duni.. itu kabar nya.. apa yg berlaku di sebalik nya .. maka pemandu merungut.. orang lain yg memerah keringat orang lain yg mendapat laba..

kabar nya keadaan mahu di perbaiki.. lebih seribu permit individu telah di tawarkan... pemandu bersorak gumbira.. mereka bertepuk danbersorak sepanjang majlis menandakan kegumbiraan yg tak terhingga.. mereka tidak lagi di belenggu.. lepas ni mereka boleh ada teksi sendiri.. bawa sendiri.. segala pendapatan milik sendiri .. kalau tuan/puan melihat teksi kaler merah/biru itu adalah teksi milik individu..ok

teringat kisah.. "abah" adik yg baru bersara.. konon nya nak bawa teksi.. tapi syarat syarat yg tokei teksi letak buat dia kecewa.. buat dia letih.. buat dia berputus asa.. kepada pemandu yg dah ada permit sendiri..pandai pandai la.. mencari nafkah.....buktikan anda seorang pemandu berhemah tinggi berbudi bahasa.. bertaraf dunia.. ada kelas gitu..

mari kita sokong pemandu teksi yg berkerja siang malam mencari nafkah utk menyara keluarga.. tanpa penindasan tokei2 yg tamak..., abaikan gambar yg tak berapa sharp tu.. di ambil dari camera talipon yg tak bagitu canggih..

Wednesday, January 21, 2009

kita nak lihat...


WASHINGTON: Barack Obama yang mencatat sejarah sebagai orang kulit hitam pertama diisytihar Presiden Amerika Syarikat (AS) dalam upacara gilang gemilang di sini pagi tadi, memikul harapan tinggi dunia untuk memulihkan hubungan Washington dengan kebanyakan negara, terutama negara Islam.

Obama, 47, anak seorang lelaki dari Kenya dan ibunya, wanita kulit putih dari Kansas, mengangkat sumpah sebagai Presiden AS ke-44 di pekarangan bangunan Capitol, disaksikan jutaan manusia yang memenuhi National Mall, dari Capitol Hill ke Tugu Peringatan Lincoln, tempat pejuang hak asasi manusia kulit hitam, Martin Luther King Jr menyampaikan impiannya dalam satu ucapan bersejarah mengenai perpaduan kaum di Amerika pada 1963.

kita sama sama tengok 2 X 5 = 10 atau 5 X 2 = 10..

Monday, January 19, 2009

selamat hari lahir



sebentar lagi genap usia fizah 17 tahun.. setiap tahun dia yg first sambut birthday birthday dia kali ni macam macam hadiah dia minta.. beberapa hari lepas buat sepek mata.. bila balik dia tayang dengan alang.. saja bagi alang jeles... tadi kami ke JJ dia minta nak beli anting2.. inilah kali pertama belikan dia anting2 hehe.. bukan nya nampak pun di sebalik tudung tu.. dan satu lagi hadiah on the way la kot oder dari jauh hehe..

selamat hari lahir utk hafizah.. semuga panjang umur , murah rezeki dan di permudah segala urusan... belajar rajin rajin tahun ni SPM.. jangan asyik bergayut dengan talipon tu je.. tak bagi kredit lagi nanti..kang..

Sunday, January 18, 2009

LEKAS










lekas atau Copek adalah satu istilah yg biasa di sebut di N9 tau ke anda sekarang ada satu lebuhraya yang "lekas" utk ke seremban.. ??

sebagaimana kita sedia maklum.... terutama yang selalu menggunakan lebuhraya utara selatan , terutama yang nak menuju ke selatan , seremban dan sebagainya.. selalu kita terperangkap dengan kesesakan di lebuhraya tersebut.. terutama semasa menghampiri bandar seremban..apatahlagi di musim perayaan.. seolah olah lebuhraya telah mencapai keupayaan maksimum dan tidak mampu menampong pulohan ribu kenderaan yang menggunakan nya..

Dan sekarang telah di bina satu lagi lebuhraya ke selatan, yang sekarang ini telah hampir ke bandar seremban, sekarang baru sampai ke mantin.. lebuhraya tiga lorong yg cukup selesa, masih tak banyak kereta menggunakan nya dengan kadar tol yg masih rendah.. promosi je kot..lebuhraya ni bermula dari semenyeh ke seremban.. tapi baru di buka sehingga mantin.. kepada yg tak tau lebuhraya ni.. ikut je besraya sehingga habis dan akan bersambung dengan hiway ni.. peta yg di sertakan mungkin boleh membantu.. lepas tu berdesup sampai mantin..

hati hati semasa memandu.. ini zino bagi promosi free kepada LEKAS hehe..