Thursday, January 22, 2009

si pemandu teksi










petang tadi zino berpeluang menghadiri satu majlis berkaitan pemandu teksi.. kabarnya pemandu di tawarkan utk memiliki permit individu maka akan terlepas la mereka dari di cekik majikan yang memajakkan teksi kepada pemandu dengan bayaran kecik darah.. pemandu yg bertungkus lumus mencari rezeki tuan punya teksi yg kaya raya..

entah macam mana dulu satu cadangan "bijak" permit di berikan kepada syarikat besar supaya servis perkhidmatan teksi di pertingkatkan ke taraf dunia.. kabar nya cara bagini mereka akan menyediakan pemandu teksi bertaraf dunia.. servis yg bertaraf dunia.. teksi yg cantik juga taraf duni.. itu kabar nya.. apa yg berlaku di sebalik nya .. maka pemandu merungut.. orang lain yg memerah keringat orang lain yg mendapat laba..

kabar nya keadaan mahu di perbaiki.. lebih seribu permit individu telah di tawarkan... pemandu bersorak gumbira.. mereka bertepuk danbersorak sepanjang majlis menandakan kegumbiraan yg tak terhingga.. mereka tidak lagi di belenggu.. lepas ni mereka boleh ada teksi sendiri.. bawa sendiri.. segala pendapatan milik sendiri .. kalau tuan/puan melihat teksi kaler merah/biru itu adalah teksi milik individu..ok

teringat kisah.. "abah" adik yg baru bersara.. konon nya nak bawa teksi.. tapi syarat syarat yg tokei teksi letak buat dia kecewa.. buat dia letih.. buat dia berputus asa.. kepada pemandu yg dah ada permit sendiri..pandai pandai la.. mencari nafkah.....buktikan anda seorang pemandu berhemah tinggi berbudi bahasa.. bertaraf dunia.. ada kelas gitu..

mari kita sokong pemandu teksi yg berkerja siang malam mencari nafkah utk menyara keluarga.. tanpa penindasan tokei2 yg tamak..., abaikan gambar yg tak berapa sharp tu.. di ambil dari camera talipon yg tak bagitu canggih..

31 comments:

  1. Harap2 dengan tawaran yang diberikan...pemandu2 teksi yang benar2 bertungkus lumur mencari rezeki akan dpt menikmati hidup yang lebih baik kerana tidak lagi ada majikan yang mencekik darah mereka....

    ReplyDelete
  2. zino cakap pasal taxi driver ni kan saya ni kalau gi kerja mmg malas nak naik train yg penuh manusia tu jadi hari2 kebelakangan semenjak lepas raya hari2 naik taxi walaupun satu trip ke sekolah makan antara S$16-$20 ikut traffic..kalau jam tu sampai yg tertinggi...banyak yg saya bualkan dgn driver2 ni....skg saya faham mereka terpaksa kerja keras nak bayar sewa taxi,minyak etc....

    ReplyDelete
  3. Setuju sangat teksi sendiri , memang kesian kat mereka ni, kerja penat dah tu kena bayar sewa lagi tu, harap lepas ni mutu perkhidmatan teksi bertambah baik .. kami kalau ke KL nak senang bergerak naik teksi je , ada 3/4 pemandu teksi depan KLCC bukan nak bawak penumpang tempatan ,mereka nak dapat habuan besar bila bawak pelancong luar sebab tak payah guna meter... memang ada je group drebar tu kat situ .

    ReplyDelete
  4. lepas ni harap² harga tambang teksi bleh turun kut. hehe..menyibuk je aku yg sekali setahun je naik teksi.

    ReplyDelete
  5. kak elle
    masa zino kat sg baru2 ni.. memang teruja nak naik teksi.. hehe sebab nak merasa naik merc besar hehe

    silversarina
    memang macam2 cerita driver teksi ni.. nasihat kepada mereka cari lah rezeki dengan cara yg halal.. dalam paper hari pun ada cerita tak baik pasal perangai driver teksi ni..

    penyubiri..
    baru tau ke tambang teksi memang dah lama turun.. pernah tak bayar tambang masa naik.. masa turun kan ? hehe

    ReplyDelete
  6. alamak penyubiri pulak jadi nya...maaf ye penyubiru hehe

    ReplyDelete
  7. salam bro..
    saya setuju.sbb fil pun bawak teksi lepas pencen polis.dia pun cakap penat..kdg2 duit yg dapat sehari itu hanya cukup bayar sewa teksi..sdgkan dia sehari suntuk tekan minyak

    ReplyDelete
  8. kesian kan kat pemandu teksi ni.. keja penat.. tapi hasil tak seberapa.. semoga selepas ni mutu perkhidmatan teksi lebih baik hendaknya

    ReplyDelete
  9. harap harap lepas ni sikap pemandu teksi akan lebih baik.. dan tak memilih destinasi lagik...

    ReplyDelete
  10. salam ziarah dan salam perkenalan....selalu tengok nama En Zino ni meninggalkan komen di blog kawan-kawan...baru kini saya berani meninggalkan jejak di blog ini...gambar di atas itu gambar rumah Zino? memang kaya dengan unsur-unsur senibina ... ini rumah di Melaka kan? saya suka tengok rumah-rumah lama di Melaka yang terkenal dengan tangganya yang berwarna-warni...kalau nak balik ke Shah Alam dari Johor...kami selalu lalu jalan lama melalui kampung2 di Melaka...sebab saya suka tengok rumah2 kampung yang antik tu...lalu highway boring...tengok pokok aja sepanjang jalan..hehehe..

    berkenaan pemandu teksi ini, memang saya juga setuju dgn pemberian permit individu ini, semoga nasib pemandu2 teksi ini akan terbela... jika zino baca entri di blog saya, ada 2 insiden yang melibatkan pemandu teksi...saya sangat menghargai pemandu2 teksi yang berhati mulia ini, sanggup memulangkan dompet anak-anak bujang saya yang hilang dengan menghantar sendiri ke rumah. Sayang saya tidak dapat berjumpa mereka kerana mereka datang sewaktu saya sedang bekerja.

    ReplyDelete
  11. seronoklah pkcik2 teksi lepas ni.. merasa betul2 hasil titik peluh sendiri :)

    ReplyDelete
  12. kadang2 kat kertas kerja tu hebat ler... tapi in actual, tak ke mana.. :(

    moga para pemandu teksi yang ada, tetap bekerja keras dan ikhlas :)

    ReplyDelete
  13. mari kita sokong..takbir.....

    hehehee

    ReplyDelete
  14. world class, bertaraf dunia... semua kata-kata ni perkataan favourite mereka dan company-company mereka... bagus article ni Zino...

    ReplyDelete
  15. bagi pemandu teksi yang benar-benar mencurahkan keringat demi mencari rezeki, inilah peluang mereka... semoga bukan sekadar janji kosong yang diberikan kepada mereka...

    ReplyDelete
  16. happyifra
    itulah keluhan pemandu teksi..

    cutemiuit
    harap2nya macam tu la..

    zar
    itu pun satu masaalah.. jem tak mau pegi hehe

    nurazzah
    rumah zino tu kat N9.. rumah yg penuh sejarah..

    masy
    boleh le naik teksi datang sogo hehe

    maksu
    harap2 berjaya..

    mardihah
    semangat ni la yg patut ada hehe

    izhal
    terima kasih..

    sastri
    mereka kena buktikan..

    ReplyDelete
  17. Wah, uncle pi ke majlis tu. Tak nampak pon kat dalam tivi. Asyik nampak muka TPM jer hehehe ...

    ReplyDelete
  18. baguslah tu, kesian kat driver taxi, yang berhempas pulas siang malam duk carik duit

    ReplyDelete
  19. deen
    ada sekelimbas je.. 1/2 saat kot hehe

    crazy beautiful
    lepas ni mereka boleh merancang masa depan yg lebih baik..

    ReplyDelete
  20. Satu idea bagus tu. Teringin pulak nak dapatkan satu permit untuk hubby yg dah retire tu.

    Relaks je kat rumah... he he

    ReplyDelete
  21. weiiii, me tokeiii katernyerrr.. ehehe

    ReplyDelete
  22. nong
    cuba2 lah apply..

    en.me..
    tokei teksi ke ni hehe

    ReplyDelete
  23. Moga individu-individu ini mampu membentuk kesatuan dan kumpulan dalam membantu antara satu sama lain. Takutkan, mereka gagal menjadi seberkas lidi!!! Banyak pengalaman yang mengajar dalam hal ini. Akhirnya entah ke mana semuanya...

    ReplyDelete
  24. Bila mereka jadi BOS SENDIRI. Sebenarnya peluang mereka untuk merubah kehidupan terbuka lebih luas.

    ReplyDelete
  25. Uncle, ade ker, ade ker? Laa awat tak lambai2 tangan. Buat peace ka. Baru la perasan. Heheheee...

    ReplyDelete
  26. azlanlin
    betul tu mereka juga perlu bersatu sukan setakat berpesatuan je..

    abanglong
    kenalah selalu kreatif utk membuat perubahan..

    deen
    artis boleh le lambai2 sebab ada peminat hehe

    ReplyDelete
  27. hari tu dah masuk sekali ke sini.. tapi lupa tukar url. lepas beranak langsung lupa.. padanlah blog tak update.. rumahnya masuk rumah lama.. takde orang.. anda hantu je heheee..

    masa neeza selalu naik teksi di KL, USJ dulu, selalu pemandu teksi merungut pasal ni.. diorang kerja teruk untuk cukupkan duit bayar pada tokey permit.
    kesian pulak dengar..

    ReplyDelete
  28. Oh...Tie pernah terfikir pemandu teksi ni...hidup di bandar atau di pekan kecil... hasilnya mungkin sekadar cukup makan...

    ReplyDelete
  29. neeza
    dah agak mesti ada yg masih tersesat kat tempat lama..

    tie
    itulah keluhan mereka..

    ReplyDelete
  30. bro zino.. ayah saya dulu lepas bersara dia pernah bawak teksi kejap.. sian we ol tgk dia.. letih2 cari duit, kompeni yg kaya :( ja'at la depa ni... dia try mintak individu kata dah tutup

    tapi lepas byk kali we ol desak suh rehat je, dia pun tak bawa teksi dah... baru we ol rasa lega.. baguslah kalo kali ni nasib pemandu teksi ni akan berubah..

    ReplyDelete