Saturday, February 21, 2009

Bukit Bintang...






Bila di sebut Bukit Bintang.. semua orang tahu.. malah di seantero dunia tau bukit bintang..dan kalau kita serch dalam google..ada 906,000 laman yang ada kaitan dengan nya...segala gala nya ada di sana.. hotel2 pelbagai bintang, restoren beranika rasa , pusat membeli belah dan yang lebih penting kehidupan sebelah malam.. you know what i mean...

memang tak perlu di cerita kan lebih lanjut.. lebih memeranjatkan pendedahan yg di buat di TV minggu lepas.. anak anak muda yg terkinjang kinjang di kawasan lapang yg konon nya sedang beriadah.. tarian shuffle kata nya.. sangat memalu dan mengaib kan.. rata rata mereka terdiri dari anak anak melayu yg masih bersekolah.. yang sepatut nya menumpukan kepada perkara perkara yg lebih berfaedah.. di mana kah ibu bapa mereka?? membiarkan anak anak menghabiskan masa dengan perkara2 yg tak berfaedah..

tidak boleh ke kegiatan ini di bendung.. meniru budaya luar yang tidak nampak mendatang sebarang keuntungan kepada anak muda kita.. orang luar tersenyum sinis.. bukan nya suka tetapi mungkin berfikir.. ini kah contoh sebuah negara islam yg di war warkan.. membiarkan budaya entah apa apa menular tanpa kawalan..

apa pendapat anda??

19 comments:

  1. Orang2 kita ini kalau benda tak elok tu cepat aje nak meniru. Tapi kalau yg baik tu tak nak pula diikut.

    ReplyDelete
  2. no komen tapi faham maksud nya bila saya ke KL pun nampak benor mereka lepak di mana2 aje...takde kerja lain ke dr melepak macam tu?

    Di JB saya tengok sama gak ...masih hingusan pun ada:)

    ReplyDelete
  3. ibubapa patut mainkan peranan plg penting.

    kalau ibubapa pon x kesah, mcmana anak dorg nak kesah?

    ReplyDelete
  4. yunus badawi
    betul tu..

    kak elle
    zino sendiri pun tak paham apa nak jadi..

    zaza
    itu yg zino tak paham.. mak bapak tau ke apa yg anak anak buat..

    en.me
    mungkin en.me boleh rakamkan satu hari nanti hehe

    ReplyDelete
  5. pergh!!

    sangat seronok anak2 muda sekarang...

    bila kat sekolah juga..alahai..cikgu seperti aku juga disalahkan...=(

    owh ya..sudah hupdate!

    ReplyDelete
  6. Salam Zino,
    Tak pernah jalan kat sana. Cuma drive thru sesekali. Harap anak2 kita tidak teriklut2 perkara tak elok tu....

    ReplyDelete
  7. huffle memang dah jadi kegilaan. Bukan setakat TV3 yang siarkan tentang budaya, RTM di bawah selamat pagi Malaysia pun turut serta siarkan tarian ni. Siap promote lagi sejarah tarian ni dari mana and jemput 2 penari utk tunjukkan lam tv. Ditambah lagi dengan Tom Tom Bak, shuffle mesti ada as performance diorang...

    Hasilnya, kalau kat sekolah, time rehat (9.40 -10.00 pagi), ada la tu geng-geng shuffle buat pertunjukkan. Makin kembanglah mereka kalau student pompuan yang tengok diorg...Masuk kelas, baju basah sebab peluh..Letih...

    kalau diorang amik budaya shuffle ni utk senaman diorang, takpe...tapi kalau dah sampai bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, then, bergaduh pula pasal tak puas hati and dengki mendengki sebab shuffle die lagi hebat, perkara ni yang akan menyusahkan...

    zaman sekarang, remaja kita sendiri yang kena pandai disiplin diri diorg sendiri. Maknanya, persekitaran mereka kenalah ok...

    ReplyDelete
  8. zara
    kena sabar cikgu hehe

    zabs
    harap2 macam tu la..

    al-hussaini
    kalau benda tu di jadi kan program riadah ok lah juga.. tapi di BB tu dari petang sampai ke malam .. yg sedih tu mereka leka dengan kegilaan tu ... tak tau le pelajaran macam mana..

    orang kita ni bila meniru selalu terlebih2.. tak nampak apa faedah nya selain nak menunjuk dengan kawan2 dan orang ramai...

    ReplyDelete
  9. Saya tak ada pendapat encik.. saja je tumpang lalu... hehhe

    ReplyDelete
  10. andak..
    mana aci macam ni..atau kat tempat cikgu tak ada masaalah ni kot hehe

    ReplyDelete
  11. Rasanya tidak salah apa yang dilakukan oleh anak muda itu, kerana menepati konsep Islam Hadhari. Cuba baca balik visi, misi dan konsepnya.

    ReplyDelete
  12. hmmm...dah akhir zaman...inilah dia kan..

    oleh itu, kita kenalah bentuk anak2 kita ni supaya tak terjerumus macam mereka...tak gitu ??

    ReplyDelete
  13. abanglong
    iyo ko hehe

    maklang
    harap mereka tak terpengaruh dengan budaya tah apa apa tu..

    ReplyDelete
  14. shuffle ni tarian ker apa?

    Budak2 std 6 kat sek my son mmg gila shuffle....

    ReplyDelete
  15. takut ah nak pg bb..
    rmai sgt cina..
    pastu plak ade grup2 remaja yg berpuak2..takut sgt..

    ReplyDelete
  16. helena
    tarian terkinjang kinjang je yg zino nampak hehe

    intan..
    tak sesuai la nak ke sana tak pergi pun tak apa..

    ReplyDelete
  17. Zino, budak2 sekarang ni takda tempat nak untuk rekreasi. Kurang padang bola. Kurang taman permainan kanak2 (misalnya di kawasan flat yang sesak). Jadi mereka keluar dari rumah. Dan berkumpul untuk aktiviti2 macam yang nampak kat TV hari tu.

    Saya rasa mereka ni berani. Sebab dulu2 kita mana berani nak joget2 lepak2 macam tu kan.. Segan!!!

    ReplyDelete
  18. betul zino, budak2 zaman sekarang ni bukan main ligat.. benda2 yg tak baik cepat je dia org jadi ikutan kan..

    ReplyDelete