Wednesday, February 25, 2009

Tariq bin Riyad



sebuah lagi buku Paklatip selesai zino baca.. lama juga tu.. kalau ikut kan hati satu malam pun boleh di habiskan..tapi pasal zino bacakan utk hazwan, kena lah ikut mood dia.. bukan setiap malam pun berpeluang membaca nya.. kadang tu bila ambil dia dari rumah mama, belum sampai rumah lagi dah tidur.. atau bila dia terpaksa tidur dengan mak, tak berpeluang la nak dengar cerita..

membaca buku karangan paklatip ni memang seronok dan rasa jemu.. habis satu episod teruja nak tau kisah selanjutnya.. tambah bersemangat bila membaca kisah pejuang islam yg berjuang bermati2an kerana Allah.. seperti kisah nya Tariq bin Riyad ,dia memilih pasukan tentera nya dari kalangan yg terbaik, bukan terbaik dari kelengkapan senjata dan bukan juga terbaik dari segi kemahiran menggunakan senjata, tetapi memilih di kalangan mereka yg lebih bertaqwa kepada Allah.. dan mereka berjuang semata mata kerana allah bukan kerana habuan yg bakal di perolehi atau sebagainya..walaupun di medan perang mereka tidak tinggal sembahyang tahjud sepanjang malam..

Walaupun dengan bilangan tentera yg sedikit berbanding tentera musuh tetapi tentera islam tetap tidak gentar atau merasa gerun untuk menegakkan kalimah Allah.. mereka berjuang kerana mahu kemenangan atau syahid.. semangat juang ini kalau masih ada dalam hati setiap umat islam dewasa ini sudah tentu umat islam akan terus mencipta kejayaan.. tidak le mereka di tindas dan di perkecilkan oleh musuh2 islam.. bilangan tidak penting.. yang penting keyakinan dan keikhlasan untuk berjuang semata mata kerana Allah..

syabas kepada paklatip yg telah berjaya menghasilkan novel2 berunsur sejarah islam yg memang tidak jemu di baca, mudah di fahami dan boleh menaikkan semangat juang di dalam sanubari kita.. sudah tentu zino akan mencari judol2 karya paklatip yg lain dan menanti kelahiran novel sejarah Mat Kilau.. hehe

25 comments:

  1. Best jer bunyi nya...

    Dah lama tak baca buku2 lain selain buku2 belajar nih~

    alahai...

    Tariq bin Riyad (or Ziyad?)...minat dengan semangat dia sampai berangan..kalau ada anak..nak bagi nama Tariq..

    ReplyDelete
  2. adakah zin0 dah bce buku salahuddin al ayub?
    h0 h0!~~
    kal0 blum beli cepat2~ then bace kan pada hazwan!
    lalala~

    ReplyDelete
  3. itulah semangat juang yang perlu kita ada..

    harap Hazwan dapat ambil iktibar intipati buku ini sebaiknya

    ReplyDelete
  4. zara
    tumpukan buku buku belajar dulu..

    key
    kan ada kat sebelah tu hehe

    al-hussaini
    mudah2an.. amin

    ReplyDelete
  5. memang suka baca buku2 sejarah nie..elok juga ada buku2 karya paklatip nie dpt juga menarik minat anak2 membaca kisah sejarah dulu2.

    ReplyDelete
  6. best ler... nak wat cenggini gak ler nanti
    beli buku sejarah2 islam baca kat anak2

    ReplyDelete
  7. akhirnye habis gak ye abah angkat hehe

    ReplyDelete
  8. hhhaaa, novel macam ni ler yang maksu suka belikan utk anak2, sebagai bahan bacaan di rumah, sebagai pendorong, sebagai motivator. moga paklatip terus2an dapat idea yang bagus2 ya. aminnnn

    ReplyDelete
  9. azwa
    betul tu..

    mamamanja
    mak dia pun boleh baca.. hehe

    masy
    akhirnya hehe

    maksu
    muga2 paklatip terus berkarya...

    ReplyDelete
  10. Aisey, dah lama tak baca buku Pak Latip. Yg paling best bukunya pasal Salahuddin Al Ayubbi. Itu paling mabeles! Sebab beliau tokoh pahlawan yg sangat2 dikagumi! :)

    ReplyDelete
  11. kerna cari buku nie...bley senirik baca dan baca bersama keluarga....tq bro zino!

    ReplyDelete
  12. oh..oh.. bagus2.. sib baik hazwan minat gak kan utk mendengar..

    ReplyDelete
  13. Deen
    buku tu dalam senarai yg akan di baca lepas ni..


    tulipurple
    kena cari segera buku2 tu hehe

    cutemiut
    semua anak anak zino minat di baca kan buku sebelum tidur.. yg dah besar panjang tu baca lah sendiri

    ReplyDelete
  14. berminat gak nk baca buku2 yg cenggini..kena cuba dulu baca 1 baru tau..ye x zino?

    ReplyDelete
  15. u memang suka baca buku cam gini kan, best ke?

    ReplyDelete
  16. kena beli jugaklah nampaknya..ada gak anak bujang sorang tu..mana tau boleh jadi hero sikit lepas baca cerita ni..he..he..

    ReplyDelete
  17. Dee
    angap macam baca novel je.. hehe

    CB..
    seronok baca buku macam tu.. mengimbau sejarah kegemilangan islam..

    maklang
    sesuai tu.. belum baca lagi dia dah macam hero tu hehe

    ReplyDelete
  18. hmm... historic ek?

    nnt ku try bace.. hehe

    ReplyDelete
  19. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. jard..
    macam baca buku novel je.. tapi yg ni ada fakta sejarah.. seronok baca..

    ReplyDelete
  22. semangat juang yang patut dicontohi...

    ReplyDelete
  23. Sesuai untuk jadi hadiah harijadi untuk anak2 yang sedang membesar..

    ReplyDelete
  24. salam,
    kalau tak silap, kalau pejuang Islam di Sepanyol dan yg diabadikan namanya pada Jabal Tariq, namanya Tariq bin Ziyad...atau adakah Pak Latif menukar sedikit nama/judul buku kerana ia menjadi sebuah novel...ye la, kalau nak karang buku yg menceritakan kisah para sahabat Nabi, kena dhabit dan thabit kisahnya.
    Apepun, tentu intipatinya amat bagus sekali. Boleh hantar ke Lampeter? hehhe...

    ReplyDelete